Anda di halaman 1dari 1

Karangan Pengalaman Pergi Ke Pesta Buku

Soalan: Ceritakan pengalaman kamu pergi ke pesta buku.


Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan keluarga telah pergi ke pesta buku. Saya
pergi pada waktu pagi. Saya pergi dengan menaiki kereta. Pesta itu diadakan di dewan
serbaguna.
Setelah sampai, saya melihat ramai orang di dalam dewan itu. Saya pun masuk
ke dalam dewan itu. Suasana di dalam dewan itu sangat riuh.
Saya dapat tahu, sepuluh orang yang terawal datang akan mendapat buku
percuma. Saya merupakan pengunjung yang ketujuh. Saya dan keluarga segera ke
kaunter pendaftaran. Petugas di situ memberi saya sebuah buku cerita dengan percuma.
Setelah mengambil buku percuma, ayah membawa kami sekeluarga berjalan di
dalam dewan itu. Saya dapat melihat pelbagai buku cerita dipamerkan seperti novel,
majalah dan lain-lain.
Di dalam dewan itu juga telah diadakan pertandingan mewarna, melukis dan
bercerita. Pertandingan tersebut menyediakan hadiah yang menarik. Pengunjung yang
ingin menyertai pertandingan juga tidak dikenakan sebarang bayaran.
Saya meminta kebenaran daripada ayah dan ibu untuk menyertai pertandingan
itu. Setelah lama merayu, akhirnya ayah dan ibu mengizinkan saya menyertai
pertandingan melukis dan mewarna.
Pertandingan pun bermula. Saya menyertai pertandingan melukis terlebih
dahulu. Masa yang diperuntukkan hanya dua jam sahaja. Saya melukis gambar flora dan
fauna. Setelah satu jam melukis saya pun mewarnakan lukisan saya dengan krayon.
Masa pertandingan pun tamat. Kini, saya bersedia pula untuk pertandingan
yang kedua iaitu mewarna. Gambar yang saya warnakan ialah gambar pantai. Masa yang
diberikan hanya satu jam. Jadi saya pun mewarna dengan cepat dan cantik.
Setelah masa tamat, pihak juri membenarkan semua peserta pertandingan
berjalan-jalan dahulu di dalam dewan sementara pihak juri memberikan markah. Saya
dan keluarga pun pergi ke sudut bacaan.
Saya membaca novel kisah Ana Muslim. Ayah, ibu, abang dan kakak pula
pergi ke sudut bacaan yang lain. Tidak lama kemudian, juri memanggil semua peserta
yang menyertai pertandingan unuk mengumumkan keputusan.
Saya pun segera berkumpul bersama peserta yang lain. Saya berasa berdebardebar untuk mengetahui keputusan. Tiba-tiba nama saya disebut bagi pertandingan
melukis. Saya mendapat tempat kedua. Saya rasa macam tidak percaya.
Bagi pertandingan mewarna pula, saya mendapat tempat pertama dan
menerima hadiah yang besar. Saya mengajak ayah untuk membeli buku cerita. Ayah
hanya membenarkan tiga buah buku sahaja. Harganya pun tidaklah terlalu mahal.
Semua orang tidak pulang dengan tangan kosong. Saya dan keluarga pun
pulang dengan hati yang sangat gembira. Ayah akan membawa kami lagi ke pesta buku
pada masa hadapan. Saya rasa sangat gembira dan tidak dapat melupakan kenangan
manis ini

Anda mungkin juga menyukai