Anda di halaman 1dari 2

Pengalaman Membeli-belah di Sebuah Pasar Raya

Teh Yi Tong 4I(2010)


Pada hari Ahad yang lalu, saya mengikut ibu pergi
membeli-belah di Pasar Raya Jusco. Pasar raya itu
terletak di pusat bandar. Kami pergi ke sana untuk
membeli barang-barang keperluan.
Lebih kurang setengah jam perjalanan, kami pun tiba di
Pasar Raya Jusco. Pasar Raya Jusco mangadakan jualan
hebat sempena menyambut Tahun Baru Cina. Oleh itu,
banyak orang membanjiri Pasar Raya Jusco.
Mula-mula kami membeli barang-barang pencuci di
tingkat bawah. Pekerja-pekerja sibuk melayan para
pelanggan. Ibu membeli dua buku sabun dan sebotol
syampu.
Setelah membeli barang-barang pencuci, kami naik ke
tingkat kedua iaitu bahagian pakaian. Pakaian yang
berwarna-warni dan beraneka fesyen membuatrkan kami
rambang mata. Akhirnya, ibu membelikan saya sehelai
baju yang cantik.
Sebelum pulang, kami mengunjungi pesta buku di tingkat
atas. Semua barangan akan diberi potongan harga yang
istimewa. Kami telah menghabiskan lebih kurang dua jam
di pesta buku.

Menjelang pukul enam petang, kami pun pulang. Walaupun


letih, namun saya sangat gembira kerana banyak
mendapat pengalaman.

Anda mungkin juga menyukai