Anda di halaman 1dari 1

Han Shen 6I

Cara-cara berjimat cermat menggunakan air

Air ialah sumber alam yang amat penting dalam kehidupan


seharian kita .Manusia menggunakan air untuk pembersihan ,
minuman , hiburan dan sebagainya . Oleh itu , kita mesti
berjimat-cermat menggunakan air .
Memang tidak dapat dinafikan , menakung air di dalam
tangki adalah satu cara yang berkesan untuk berjimat-cermat
ketika menggunakan air .Di bilik air , kita harus sentiasa
menutup kepada paip jika air di dalam tangki sudah penuh .
Jangan biarkan air melimpah keluar .
Lazimnya , untuk berjimat-cermat menggunakan air , semua
orang dilarang memancutkan air sewaktu mencuci kereta atau
mencuci lantai .Sebaliknya , kita harus menggunakan baldi untuk
mencedok air di dalam tangki seraya menjalani kerja-kerja
pembersihan di rumah . Dalam pada itu , kanak-kanak juga tidak
dibenarkan bermain air .
Sememangnya , orang yang berhemah tinggi akan berjimatcermat menggunakan air . Selepas membilas pakaian , airnya
boleh digunakan untuk mencuci longkang . Selain itu , kita boleh
menadah air hujan untuk menyiram pokok .
Pada keseluruhannya , berjimat-cermat menggunakan air
adalah satu amalan yang mulia . Kita harus mengamalkan
amalan yang baik ini bukan sahaja untuk kebaikan sendiri malah
juga dapat menjamin kestabilan ekonomi negara .

Anda mungkin juga menyukai