Anda di halaman 1dari 9

FAEDAH BERSENAM

Amalan bersenam satu amalan yang baik. Setiap individu perlu


bersenam selama 20 minit dalam sehari. Bersenam memberi banyak
faedah kepada kita.
Aktiviti bersenam dapat menyihatkan badan kita. Apabila badan
sihat, otak pun menjadi cerdas. Semasa bersenam badan kita akan
mengeluarkan peluh dan tenaga yang banyak. Dengan ini, badan kita
akan menjadi sihat dan boleh mencegah daripada pelbagai penyakit.
Otot-otot kita akan menjadi kuat. Kita akan menjadi seorang yang
cergas dan aktif.
Selain itu, hubungan kekeluargaan juga dapat dieratkan
menerusi aktiviti bersenam. Kita dapat meluangkan masa bersama
keluarga dengan cara yang sihat tanpa perlu mengeluarkan belanja
yang banyak. Kita juga dapat menghirup udara segar dan dapat
menenangkan fikiran.
Amalan bersenam harus diamalkan dalam aktiviti seharian
kerana mempunyai banyak kebaikan.

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar yang bersih menjamin kesihatan yang sihat dan


akan membolehkan kita menjalani kehidupan dengan lebih selesa.
Sampah-sarap hendaklah dibuang ke dalam tong sampah. Amalan
membakar sampah-sarap perlu dielakkan untuk mengekalkan udara
agar sentiasa bersih.
Pokok-pokok tidak boleh ditebang dengan sesuka hati.Tanpa
pokok kita akan kekurangan oksigen. Hakisan tanah dan banjir kilat
juga mudah berlaku.
Kita perlu melindungi alam sekitar pada setiap masa. Hidup yang
sihat berpunca daripada alam sekitar yang bersih.

KEMALANGAN JALAN RAYA

Pada hari Rabu yang lalu, satu kemalangan jalan raya telah
berlaku di Jalan Pertama.
Seorang budak lelaki terjatuh ke dalam longkang akibat
dilanggar oleh sebuah kereta. Ketika itu, dia sedang menunggang
basikal dari sebuah kedai runcit untuk pulang ke rumahnya. Kepalanya
berlumuran darah, manakala tangan kirinya patah.
Ramai orang berdiri di bahu jalan dan memerhatikan kejadian
tersebut. Beberapa orang lelaki tampil untuk menolong budak lelaki
itu. Pemandu kereta itu cuma mengalami cedera ringan.
Beberapa minit kemudian, sebuah ambulans datang untuk
membawa budak lelaki itu ke hospital bagi mendapatkan rawatan
selanjutnya.

KEGUNAAN POKOK KELAPA

Pokok kelapa tumbuh subur di Malaysia.

Kebanyakkan pokok

kelapa tumbuh di kawasan tanah berpasir dan pinggir pantai.


Daun pokok kelapa banyak diperlukan pada musim perayaan.
Masyarakat melayu menggunakan daun kelapa untuk membuat sarung
ketupat. Manakala kaum india menggunakan daun pokok kelapa untuk
menghiaskan khemah.
Buah kelapa terdiri daripada tiga bahagian iaitu tempurung, air
dan isi. Tempurung boleh dijadikan sebagai perhiasan dinding
manakala air pula boleh dijadikan sebagai minuman. Bahagian isi
kelapa boleh diparut dan diperah dijadikan santan. Masakan dan kuihmuih Melayu banyak menggunakan santan. Lidi pokok kelapa boleh
menghasilkan penyapu. Batang pokok kelapa boleh dijadikan sebagai
titi untuk menyeberangi parit atau longkang.
Pokok dikenali sebagai pokok seribu guna. Ini kerana semua
bahagian pokok kelapa sangat berguna kepada manusia.

CARA-CARA MENJADI MURID YANG CEMERLANG

Semua murid mahu mencapai kejayaan yang cemerlang dalam


pelajaran. Kejayaan yang dicapai dalam bidang akademik merupakan
salah satu cara untuk membalas jasa baik ibu bapa.
Tumpuan sewaktu guru mengajar merupakan aspek penting
untuk menjadi murid yang cemerlang. Murid-murid tidak patut segan
untuk bertanyakan soalan kepada guru jika tidak faham tentang tajuk
yang diajar.
Di rumah, murid-murid perlu membuat latihan yang diberikan
oleh guru. Murid-murid harus mempunyai inisiatif untuk membuat
latihan tambahan dan ulang kaji tanpa disuruh oleh guru.
Murid-murid juga harus mengikuti kelas tambahan yang
diadakan di sekolah. Kelas tambahan akan membantu murid-murid
memperbaiki kelemahan dalam mata pelajaran tertentu. Pemakanan
yang seimbang sangat penting kepada murid-murid supaya mereka
sentiasa aktif di sekolah.

CARA-CARA MENJAGA KESELAMATAN DIRI


Penggunaan elektrik..tgn basah
Di jalan raya
Penggunaan alat alat tajam

CARA-CARA MENJIMATKAN AIR

Air merupakan sumber alam kurniaan Tuhan yang amat penting


kepada manusia. Air digunakan dalam kehidupan seharian untuk
minum, mandi, membasuh pakaian dan sebagainya.
Menadah

air

hujan

merupakan

menjimatkan penggunaan air.

salah

satu

cara

untuk

Air hujan boleh digunakan untuk

mencuci lantai, kereta dan menyiram tanaman. Air juga boleh dikitar
semula. Penggunaan air dapat dijimatkan jika air basuhan sayursayuran dan beras digunakan semula.
Cara lain untuk menjimatkan air adalah menutup pancutan mandi
ketika bersabun dan mencuci rambut. Penggunaan mesin basuh juga
dapat menjimatkan penggunaan air. Pakaian hanya perlu dikumpul dan
dibasuh serentak dalam muatan penuh.
Setiap individu harus berjimat ketika menggunakan air. Langkah
ini dapat membantu mengurangkan perbelanjaan bulanan isi rumah.

CARA-CARA MENJAGA KESIHATAN DIRI

Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Kita


perlu menjaga kesihatan diri supaya bebas daripada penyakit.
Antara langkah untuk menjalani kehidupan yang sihat ialah
mengamalkan pemakanan yang seimbang. Kita perlu mengambil sayursayuran dan buah-buahan dengan banyak kerana ia membekalkan
pelbagai jenis mineral dan vitamin. Di samping itu, kita mestilah
mengurangkan makanan yang berlemak supaya tidak mendapat
penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung.
Kita mestilah mengamalkan amalan bersukan dan bersenam
supaya

meningkatkan

tahap

kecergasan

fizikal.

Pemeriksaan

kesihatan perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun.


Setiap individu mestilah mendapatkan tidur dan rehat yang cukup.
supaya badan berfungsi dengan baik.
Akhirnya, kita mestilah menjaga kesihatan dengan baik sejak
peringkat awal lagi. Jangan nanti terhantuk baru terngadah kerana
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Laporan Banjir Kilat di Kampung Sentosa

Pada 14 Mac 2014, banjir kilat telah melanda Kampung Sentosa.


Kejadian ini berlaku kira-kira jam 4.00 petang.
Banjir kilat ini berlaku berpunca daripada masalah parit besar
yang tersumbat di kampung ini. Sampah-sarap yang terkumpul di
dalam parit tersebut telah menyekat aliran air.
Penduduk kampung ini terdiri daripada kira-kira 500 buah
keluarga. Dua orang mangsa telah terkorban dalam bencana ini.
Mangsa-mangsa bencana telah ditempatkan di Dewan Komuniti
selama dua hari. Makanan dan minuman serta pakaian telah
dibekalkan kepada mangsa.
Encik Mansor, Ketua Kampung Sentosa berkata bahawa beliau
bersama

penduduk

Kampung

Sentosa

akan

bekerjasama

membersihkan parit besar itu. Penduduk kampung bersetuju dengan


pendapat ketua kampung.

Laporan disediakan oleh,

...................................................
(DIVYA CHANDRAN)
Setiausaha,
Persatuan Penduduk Kampung Sentosa,
Kampung Sentosa.

20 MAC 2014

Anda mungkin juga menyukai