Anda di halaman 1dari 2

GAMBAR

Skpantai- murid-murid yatim menerima sumbangan daripada PIBG


(4 dari kiri-Jumat, Roslan, Afandi, Rahmat).
Skpantai2- murid-murid tahun 6 riang berbuka puasa bersama
guru dan ibu bapa.
Skpantai3- Ustaz Ariffaie memberi tazkirah ringkas sebelum solat
hajat UPSR bermula.
Skpantai4Kamariah.

Penyelaras

15

Program

Ihya

Ramadan,

Utazah

SK Pantai hidupkan budaya islam di sekolah


Labuan- Seramai 150 murid, guru, dan ibu bapa Sekolah
Kebangsaan (SK) Pantai telah menyemarakkan program Ihya
Ramadan di Dewan Datuk Isli pada 22 Jun, baru-baru ini.
Majlis ini dirasmikan oleh Ketua Unit Pendidikan Islam, Ustaz Roslan
Mohamed (wakil Pengarah Pendidikan). Turut hadir, Guru Besar SK
Pantai, Jumat Latip; Pegawai Angkat SK Pantai, Afandi Nasir; YDP
PIBG, Rahmat Dasiman, Penyelaras Program, Kamariah Salim;
Penolong Kanan Pentadbiran, Faridah Amit; Penolong Kanan HEM,
Azilna Abdol Garip; dan Penolong Kanan KOKUM, Abdul Kahar Abdul
Rahman.
Menurut Guru Besar, Jumat Latip; program Ihya' Ramadan ini adalah
program tahunan bertujuan menyemarakan semangat rajin
berpuasa di kalangan murid-murid. Di samping itu, semua warga
sekolah dapat menghayati makna sebenar Ramadhan Al-Mubarak.
Melalui program ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara
guru-guru, ibubapa dan murid-murid.
murid-murid juga dapat mempelajari dan mencintai terhadap alQuran di samping mengambil kesempatan menggandakan pahala di
bulan Ramadan. katanya lagi.
Tambahnya lagi; tahun ini terdapat 15 aktiviti sempena program
ihya ramadan. Antara aktiviti yang menarik adalah kempen
sempurnakan auratku, tabung infak ramadan, Al-Quran dihatiku,
kempen perelokkan solatku, ceramah nuzul al-quran, Bacaan surah
yassin dan tahlil, hafiz dan hafizah pilihan, salam aidilfitri, tafakuh
fiddin, kuiz lughatul arabiah, tokoh murid mithali, iftar ramadan,
solat taraweh, khatam al-quran dan majlis penutupan ihya ramadan.
Oleh itu, persekitaran yang baik juga penting dalam usaha menjana
akhlak yang baik
dalam kalangan murid sebagai memenuhi
perintah Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan
hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru

kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah


daripada yang mungkar, merekalah orang yang beruntung. (Surah
Ali-Imran, ayat 104).
Majlis ini dimeriahkan lagi dengan pemberian sumbangan kepada 20
orang murid yatim, bacaan yasin, solat hajat dan majlis berbuka
puasa bersama ibu bapa, guru dan murid.
Menurut Ketua Unit Pendidikan Islam, Ustaz Roslan Mohamed; Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hanya tingal tiga bulan lagi.
Diharap murid-murid tahun enam SK Pantai rajin mengulangkaji
pelajaran dan jangan juga lupa berdoa kepada Allah.
Roslan berkata; diharap SK Pantai akan terus melonjakkan prestasi
tahun ini untuk menyahut seruan
Pengarah Pendidikan disini,
Labuan akan menjadi 10 terbaik dalam pendidikan di Malaysia
dalam masa tiga tahun. Saya pecaya kerjasama daripada ibu bapa
dan guru keberhasilan dapat dicapai dengan cemerlang. Saya juga
berharap murid-murid tahun enam SK Pantai yang menduduki
peperiksaan UPSR tahun ini akan mendapat keputusan yang
membanggakan pihak sekolah.
Tahniah diucapkan juga kepada Penyelaras Program Ihya Ramadan
Ustazah Kamariah Salim yang telah menyediakan 15 program
sepanjang bulan Ramadan. Program sebegini sudah pasti budaya
islam dapat dihidupkan dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan
sepanjang bulan Ramadan. Malah, suasana dan kesedaran
beragama dapat diwujudkan melalui proses pengajaran dan
pembelajaran. Tambahnya lagi.
Kita perlu menyokong usaha membina suasana beragama di
sekolah untuk menyemai benih kebaikan dalam hati anak. Baik guru
mahupun ibu bapa perlu berjiwa besar dalam mengagungkan islam
sebagai agama yang unggul.

Anda mungkin juga menyukai