Anda di halaman 1dari 3

Kenal pasti subjek dan predikat ayat-ayat di bawah kemudian nyatakan pola ayat yang sesuai.

1 Kemalangan jalan raya itu melibatkan dua buah kenderaan pacuan empat roda.
Subjek Kemalangan jalan raya itu
Predikat melibatkan dua buah kenderaan pacuan empat roda
Pola ayat FN+FK

2 Guru Bahasa Melayu yang bekerja sambilan di sekolah swasta itu dari Kuala Nerang.
Subjek Guru Bahasa Melayu yang bekerja sambilan di sekolah swasta itu
Predikat dari Kuala Nerang
Pola ayat FN+FSN

3 Beberapa orang remaja yang kemalangan di persimpangan jalan dikejarkan ke hospital itu.
Subjek Beberapa orang remaja yang kemalangan di persimpangan jalan
Predikat dikejarkan ke hospital itu
Pola ayat FN+FK

4 Yang berbaju kemeja itu guru disiplin sekolah kami.


Subjek Yang berbaju kemeja itu
Predikat guru disiplin sekolah kami
Pola ayat FN+FN

5 Kejadian tembak-bertembakan yang berlaku di Banting itu amat menggemparkan masyarakat


sekitar.
Subjek Kejadian tembak-bertembakan yang berlaku di Banting itu
Predikat amat menggemparkan masyarakat sekitar
Pola ayat FN+FA

6 Ali kehujanan ketika pulang dari pusat tuisyen.


Subjek Ali
Predikat kehujanan
Pola ayat FN+FK

7 Penyakit yang dihidap oleh Pak Sulaiman membimbangkan semua anggota keluarganya.
Subjek Penyakit yang dihidap oleh Pak Sulaiman
Predikat membimbangkan semua anggota keluarganya
Pola ayat FN+FK

8 Didikan agama sejak kecil mampu melahirkan remaja yang berdisiplin.


Subjek Didikan agama sejak kecil
Predikat mampu melahirkan remaja yang berdisiplin
Pola ayat FN+FK

9 Kondominium eksklusif yang terletak di pinggir pantai itu dibina pemaju yang terkenal.
Subjek Kondominium eksklusif yang terletak di pinggir pantai itu
Predikat dibina pemaju yang terkenal
Pola ayat FN+FK

DISEDIAKAN OLEH CIKGU THEEBAN


10 Penjagaan amalan pemakanan termasuk antara cara mengekalkan kesihatan fizikal dan
mental.
Subjek Penjagaan amalan pemakanan
Predikat termasuk antara cara mengekalkan kesihatan fizikal dan mental
Pola ayat FN+FK

11 Kebimbangannya tentang keselamatan anak bongsu di kampung halaman masih belum reda.
Subjek Kebimbangannya tentang keselamatan anak bongsu di kampung halaman
Predikat masih belum reda
Pola ayat FN+FA

12 Pemandu bas persiaran itu kemalangan kerana kecuaian pemandu di laluan bertentangan.
Subjek Pemandu bas persiaran itu
Predikat kemalangan
Pola ayat FN+FK

13 Dua orang pengawal keselamatan kedai emas itu kecurian.


Subjek Dua orang pengawal keselamatan kedai emas itu
Predikat kecurian
Pola ayat FN+FK

14 Uniform sekolah anak-anak Puan Siti masih belum berbasuh.


Subjek Uniform sekolah anak-anak Puan Siti
Predikat masih belum berbasuh
Pola ayat FN+FK

15 Pemandangan kaki gunung yang amat cantik sekali memukau para pengunjung.
Subjek Pemandangan kaki gunung yang amat cantik sekali
Predikat memukau para pengunjung.
Pola ayat FN+FK

16 Encik Zakaria daripada Pusat Kegiatan Guru Segamat diundang untuk mengendalikan sesi
ceramah itu.
Subjek Encik Zakaria daripada Pusat Kegiatan Guru Segamat
Predikat diundang untuk mengendalikan sesi ceramah itu.
Pola ayat FN+FK

17 Maklumat daripada sumber Internet haruslah dikaji kesahihannya.


Subjek Maklumat daripada sumber Internet
Predikat haruslah dikaji kesahihannya
Pola ayat FN+FN

18 Bunga ros yang dibeli oleh ayah semerbak baunya.


Subjek Bunga ros yang dibeli oleh ayah
Predikat semerbak baunya
Pola ayat FN+FN

DISEDIAKAN OLEH CIKGU THEEBAN


19 Kem kepemimpinan di Pusat Kegiatan Mara Selangor kendalian komander yang bertauliah
mendapat sambutan yang hangat.
Subjek Kem kepemimpinan di Pusat Kegiatan Mara Selangor kendalian komander
yang bertauliah
Predikat mendapat sambutan yang hangat.
Pola ayat FN+FK

20 Khadijah cef tersohor yang memiliki pelbagai resipi tradisional di Pulau Pinang.
Subjek Khadijah
Predikat cef tersohor yang memiliki pelbagai resipi tradisional di Pulau Pinang.
Pola ayat FN+FN

No Ayat Ejaan Imbuhan


1 Hubungan silaturrahim antara masyarakat majmuk silaturahim menyejahterakan
mampu mensejahterakan kehidupan kita.
2 Ahli sukan itu mengkongsikan pelbagai tips untuk tip mengongsikan
mengekalkan kesihatan badan dan mental.
3 Anak-anak perlulah mencontohi sikap ibubapa untuk ibu bapa mencontoh
menjalani kehidupan ini.
4 Pihak pengurusan pusat beli belah itu mengkhaskan pusat beli-belah mengekhaskan
kawasan parkir itu kepada warga emas.
5 Upacara pelantikan dan pengtauliahan kadet baharu Dewan pentauliahan
itu akan diadakan di dewan kosmopolitan. Kosmopolitan
6 Encik Atan bekerja sebagai kontrektor untuk membiaya kontraktor membiayai
keperluan keluarganya.
7 Sulaiman merindukan kaum keluarganya di Kota Bahru Kota Bharu merindui
yang ditinggalkan untuk mencari rezeki di bandar.
8 Kakak dengan bakal tunangnya ditemukan oleh ibu tahlil dipertemukan
dalam majlis tahalil pada pertama kalinya.
9 Puan Hamidah menulis pen untuk membuat catatan diari menuliskan
pada dairi peribadinya.
10 Puan Sunita diamanahkan untuk mengajarkan murid- mata pelajaran mengajar
murid tahun lima matapelajaran Bahasa Melayu.
11 Pihak berkuasa memandang serius tentang jalan raya pelanggaran
perlanggaran peraturan jalanraya di negara kita
12 Pekerja asing itu ditugaskan untuk menjaga pasar raya ditugasi
keselamatan pelanggan pasaraya itu.
13 Semua pihak wajarlah menggembling tenaga untuk menggembleng martabat
memperkasakan kemartabatan bahasa Melayu.
14 Viknesh menyudahkan karangan tentang tokoh sejarah teromba menyudahi
itu dengan serangkap tromba.
15 Kuda-kudaan yang rosak di taman rekriasi itu masih rekreasi dibuat
belum dibaikkan walaupun aduan telah berbuat.
16 Raymond mengirimi surat tawaran kemasukan ke kolej e-mel mengirim
swasta itu melaui e-mail kepada abangnya di
kampung.

-sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain-

DISEDIAKAN OLEH CIKGU THEEBAN

Anda mungkin juga menyukai