Anda di halaman 1dari 26

urubm

WADAH KECEMERLANGAN BM SPM

BAHASA MELAYU
SPM 2021
MUNSYI K’SEVEN
MODUL 3
TEMA: MEMETIK
BINTANG
100% Berpandukan Buku Teks &
Format Pentaksiran Baharu
MODUL 3: MEMETIK BINTANG

MODUL 3
TEMA 2: INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Kertas 1 | Bahagian A: Karangan Respons Terhad….............................................…. 3


▪ Permohonan Kerja & Ciri-ciri Pekerja Cemerlang
Kertas 1 | Bahagian B: Karangan Respons Terbuka …...............................................4
▪ Persiapan-persiapan untuk menjadi modal insan berkualiti
Kertas 2 | Bahagian A: Sistem & Aplikasi Bahasa……...............................................5
▪ Morfologi: Kata Nama Terbitan dan Kata Kerja Terbitan
▪ Sintaksis: Ayat Tunggal & Ayat Majmuk Gabungan
Kertas 2 | Bahagian A: Sistem & Aplikasi Bahasa ………….…………………………………...6
▪ Aspek Penyuntingan/Pengeditan: Kesalahan Bahasa
Kertas 2 | Bahagian A: Sistem & Aplikasi Bahasa ……………..……………………………..... 7
▪ Bahasa Melayu Standard
▪ Aspek Peribahasa
Kertas 2 | Bahagian B: Pemahaman …..................................................................... 8
▪ Petikan Umum
Kertas 2 | Bahagian B: Pemahaman .…...................................................................10
▪ Petikan Sastera
Kertas 2 | Bahagian B: Novel ..................................................................................12
Kertas 2 | Bahagian C: Rumusan .............................................................................13
Jawapan ............................................................................................................15 - 26

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


MODUL 3: MEMETIK BINTANG

PRAKTIS ESENSI SPM [3.1] Penulisan Karangan Respons Terhad


Kertas 1 | Bahagian A: Karangan
[30 markah]
Bahan grafik di bawah menunjukkan iklan jawatan kosong dan ciri-ciri pekerja yang
cemerlang.
Sebagai siswazah lulusan jurusan pengurusan, anda berminat untuk memohon jawatan
yang diiklankan dalam institusi perbankan berkenaan.

Tulis surat itu dengan selengkapnya.

Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan.


Berikut ialah maklumat lanjut jawatan tersebut.

Minimum

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


MODUL 3: MEMETIK BINTANG

PRAKTIS ESENSI SPM [2.2] Penulisan Karangan Respons Terbuka


Kertas 1 | Bahagian B: Karangan Respons Terbuka
[70 markah]

Dunia ini penuh dengan dugaan dan cabaran, terutamanya dalam alam pekerjaan. Setiap
majikan pastinya mengidamkan pekerja yang mempunyai ciri-ciri cemerlang demi
melipatgandakan produktiviti mereka. Tetapi malangnya, pendidikan negara kita terlalu
berorientasikan peperiksaan sehingga tidak dapat melahirkan guna tenaga yang dapat
memenuhi pasaran buruh.

Sebagai individu yang bakal menceburi alam pekerjaan, bincangkan persiapan-persiapan


yang akan anda lakukan untuk menjadi modal insan yang berkualiti.

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


MODUL 3: MEMETIK BINTANG

PRAKTIS ESENSI SPM [1.3] Sistem & Aplikasi Bahasa | Morfologi


Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Morfologi: Golongan Kata
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja tak transitif dan dua
kata kerja transitif. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri
daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda memahami
maksud dan penggunaanya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Kerajaan mengutamakan aspek pen-didikan


negara bagi melahirkan lebih ramai modal
insan yang berketerampilan dan berkualiti.
Demi merealisasikan aspirasi ini, kerajaan
telah menyediakan peruntukan besar dalam
bajet setiap tahun. Kerajaan telah melabur
dalam pendidikan tinggi dengan peruntukan
jumlah wang yang besar. Kerajaan mahu
Malaysia menjadi negara maju dengan
sasaran 60 peratus tenaga kerja memiliki
diploma atau ijazah pertama.
[8 markah]

PRAKTIS ESENSI SPM [1.4] Sistem & Aplikasi Bahasa | Sintaksis


Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Sintaksis: Menukarkan Ayat Aktif kepada Ayat Pasif
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, tukarkan ayat-ayat aktif yang berhurif
condong kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

Penemu duga: (i) Saudara mememohon


program pembinaan modal
insan yang berkualiti ini mengapa?
Pirdauz: (ii) Saya ingin membuat persediaan
untuk menceburi alam pekerjaan.
Penemu duga: Wah, menarik sekali! Jika saudara
terpilih untuk menyertai program ini,
apakah yang anda harapkan?
Pirdauz: (iii) Saya ingin mempelajari ciri-ciri modal
insan yang berkualiti.
Penemu duga: Baiklah, terima kasih.
Pirdauz: Terima kasih.

[6 markah]
5

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


MODUL 3: MEMETIK BINTANG

PRAKTIS ESENSI SPM [1.5] Sistem & Aplikasi Bahasa | Penyuntingan


Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Aspek Penyuntingan
Bahan grafik di bawah mengandungi tiga belas kesalahan bahasa Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Snda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada
jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin
petikan-petikan tersebut.

Karnivel kerjaya yang dianjurkan


Jabatan Tenaga Kerja Negeri Pulau Pinang
telah memberikan anak muda peluang
untuk mendapatkan maklumat perkerjaan.
Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dan
sarat dengan ilmu turut disediakan. Di
antaranya termasuklah acara senam robik,
program bual bicara bersama dengan panel
jemputan, dan uji bakat kerjaya dalam
bidang persiaran bersama ASTRO dan TV3.
Karnival ini juga menyediakan tapak
niaga untuk 30 gerai makanan, pakaian,
barangan digital pelbagai jenama, dan
kaunter kesihatan Hospital Pulau Pinang
untuk memeriksa kesihatan.
Menerusi program Bimbingan Tatacara
Temuduga dan Taklimat Industri pula,
pengunjung mendapat beberapa tip-tip
untuk temuduga.

[13 markah]

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


MODUL 3: MEMETIK BINTANG

PRAKTIS ESENSI SPM [1.6] Sistem & Aplikasi Bahasa


Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Bahasa Melayu Standard

Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya. Kemudian, tulis semula
petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud
asalnya.

Telah sudah ia berkata-kata demikian lenyaplah ia.


Maka pada suatu riwayat orang tua yang berkata-kata
itulah Puteri Gunung Ledang, merupakan dirinya seperti
orang tua.
Telah itu Tun Mamat turunlah dari sana, kembali pada
Laksamana dan Sang Setia. Maka, Laksamana dengan
segala kawannya itu pun turunlah dari atas Gunung Ledang
itu, berjalan kembali ke Melaka.
(Dipetik daripada
“Peminangan Puteri Gunung Ledang”
Dewan Bahasa dan Pustaka)
[6 markah]

PRAKTIS ESENSI SPM [1.7] Sistem & Aplikasi Bahasa


Kertas 2: Sistem & Aplikasi Bahasa
Peribahasa
Baca dialog di bawah dengan telitinya, kemudian berikan tiga peribahasa yang sesuai
untuk situasi dalam petikan tersebut.
Encik Dolah : Kalau begitu, baguslah. Yang mendukacitakan saya ialah terdapat
sesetengah peniaga kita yang baru saja membuat perniagaan tetapi
berlagak seperti orang kaya dan boros. Tegasnya, mereka berniaga
tanpa mengikut peraturan, akhirnya mendapat kesusahan.
Encik Haris : Saya tidak berpendirian begitu. Saya tidak pernah merancang hal-hal
yang tidak berfaedah kerana saya tidak mahu dikatakan belum tentu
akan memperoleh atau memiliki sesuatu tetapi sudah direka-reka dan
keuntungannya.
Encik Dolah : Bagi saya, sesuatu pekerjaan yang dibuat itu hendaklah memuaskan
kehendak hati sendiri walaupun susah atau berasa penat.
Encik Haris : Terima kasih atas nasihat encik.
[6 markah]

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


MODUL 3: MEMETIK BINTANG

PRAKTIS ESENSI SPM [1.8] Pemahaman Petikan Umum


Kertas 2 | Pemahaman Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya. Kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PETIKAN 1

Antara persiapan untuk menghadapi alam pekerjaan ialah kelayakan akademik yang
sesuai dengan pengkhususan pekerjaan. Jika seseorang individu ingin menceburkan diri
dalam sesuatu bidang pekerjaan sudah tentu pihak majikan akan meneliti kemahiran
atau kebolehan yang setaraf dengan sektor atau jabatan yang dapat dijawat melalui
kelayakan akademiknya. Sebagai contoh, individu yang mempunyai kelayakan akademik
dalam bidang perubatan kebiasaannya akan menceburkan diri dalam bidang yang sama
atau berkaitan dengan pengkhususan kemahiran. Oleh hal yang demikian, kita perlu
menguasai kemahiran yang relevan dengan kerjaya agar dapat mengelakkan
pengangguran akibat tidak memenuhi kriteria yang sepatutnya ada apabila berkhidmat
dengan sesebuah agensi sama ada kerajaan mahupun swasta.

PETIKAN 2

Meneroka diri anda sendiri merupakan perkara yang pertama dan paling penting
untuk anda lakukan. Kita selalu keliru dengan perkara kita inginkan. Oleh itu, kita harus
berfikir secara teliti jenis kerjaya yang kita impikan dan bersesuaian dengan diri kita.
Sebelum kita memutuskan kerjaya yang bersesuaian dengan diri kita, kita perlu
memusatkan minda pada pelajaran agar dapat mencapai kecemerlangan yang selaras
dengan kelayakan kerjaya yang menjadi impian. Merancang kerjaya yang relevan dengan
cita-cita merupakan satu perkara yang penting kerana dapat mengurangkan bahaya
salah faham akibat kekurangan maklumat dan kekeliruan. Selain itu, pertolongan
daripada pakar psikologi, kaunselor kerjaya, dan sebagainya boleh membantu seseorang
untuk menentukan jenis kerjaya yang bersesuaian dengan dirinya.

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


MODUL 3: MEMETIK BINTANG

(i) Berdasarkan Petikan 1, berikan maksud memfokuskan minda.


[2 markah]

(ii) Merujuk Petikan 1 dan Petikan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan persiapan
sebelum menceburkan diri dalam sesuatu bidang pekerjaan.
[3 markah]

(iii) Memasuki milenium yang penuh tepu dengan dugaan dan cabaran ini, persaingan
untuk menjawat jawatan yang penting dengan imbuhan pendapatan yang
lumayan telah menjadi semakin sengit. Persaingan sengit tersebut berlaku apabila
setiap tahun graduan lepasan daripada puluhan IPTA dan IPTS semakin
bertambah.

Pada pendapat anda, selain kelayakan akademik, apakah prasyarat yang perlu
dipenuhi seseorang individu untuk menceburi bidang kerjaya?
[3 markah]
(iv) Tidak dapat dinafikan, setiap ibu bapa berharap agar anak-anak mereka bukan
sahaja berjaya dalam bidang akademik bahkan dalam bidang kerjaya. Dalam
kegawatan untuk merebut peluang yang agak terhad itu, kecemerlangan dalam
aspek akademik sama ada ijazah atau diploma belum lagi menjadi kriteria utama
untuk dipilih bekerja.

Sebagai ibu bapa, cadangkan langkah-langkah yang akan anda ambil agar anak-
anak anda bersiap siaga untuk menempuh alam pekerjaan.
[4 markah]

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


MODUL 3: MEMETIK BINTANG

PRAKTIS ESENSI SPM [1.9] Kertas 2 | Pemahaman Petikan Sastera

BAHAN 1

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya. Kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

HARI Ahad. Seraya membimbit bakul kuih yang dipajaknya daripada penduduk-penduduk
kampung, dia pun melangkah cepat ke Gerai Pitas. Cuma di situ sahaja tempatnya
menjaja kuih kalau dia tidak pergi ke kolam.
Di kolam pun bukannya ada kerja lagi yang hendak dibuat; sekadar untuk melihat-lihat
sahaja. Baja makanan ikan sudah diserahkan kepada pekerja-pekerjanya. Biarlah mereka
yang mengerjakannya.
Kudin tidak mahu masa itu terbuang begitu sahaja. Masa yang lalu tidak akan kembali.
Dia berura-ura untuk menambahkan perniagaanya pula. Kudin mahu mencari duit
sebanyak mungkin. Dia akan ke kampung-kampung meraih pisang dan kelapa tua atau
muda untuk dihantar ke Kota Kinabalu.
“Rezeki ada di mana-mana, Budin. Asalkan kita membanting tulang.”

BAHAN 2

Bangkitlah
Anak-anak yang sedang lena Anak-anak
bangkitlah esok apa yang akan kaumakan?
matahari sudah tinggi tanah atau batu atau debu?
di puncak gunung. kau mahu terus nangis
tanpa air mata?
Lihat jernihnya pagi ini
burung-burung berterbangan di udara Kalau tidak
dan pepohon hijau merendang daunnya bangkitlah
apa kau masih belum bangkit? matahari belum lagi rembang
dan burung-burung belum lagi menjamah
Bangkitlah awan!
jangan sesal nanti
madu bumi yang kekeringan Rejab F.I.
isi laut kekosongan Antologi Dirgahayu Bahasaku,
dan perut belantara menjadi ladang. Dewan Bahasa dan Pustaka.

10

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


MODUL 3: MEMETIK BINTANG

BAHAN 2

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud membanting tulang.


[2 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 2, penyajak mengeluh bahawa generasi muda negara kita leka
dan malas. Apakah kesan-kesannya? Apakah nasihat penyajak kepada mereka?
[4 markah]

(iii) Ungkapan “bulat tak datang bergolek, pipih tak datang melayang” dan “kalau tidak
dipecahkan ruyung di mana boleh mendapat sagunya” menyatakan bahawa kita
perlu gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang yang diceburi.

Pada pendapat anda, apakah inisiatif-inisiatif yang perlu diambil oleh generasi
muda agar hari muka mereka gilang-gemilang?
[3 markah]

(iv) Golongan muda disarankan agar mengikis sikap “mudah selesa” untuk
mengelakkan negara menjadi mundur dan berkemungkinan dijajah kali kedua dari
sudut penjajahan minda dan ekonomi. Generasi muda hari ini yang hidup dengan
penuh keselesaan sehingga mereka tidak sedar bahawa betapa banyak
pengorbanan yang perlu dilakukan untuk membawa negara ke tahap kemajuan.

Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada senario


tersebut?
[4 markah]

11

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


MODUL 3: MEMETIK BINTANG

PRAKTIS ESENSI SPM [1.10] Pemahaman


KERTAS 2 | BAHAGIAN B: PEMAHAMAN (NOVEL)

BAHAN 1

Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
“Ini orang dari Hospital Batu Pahat,” terang Haji Sulaiman. Embong mengangguk.
“Aku bukan nak susahkan engkau Embong, tapi nak tolong.” Haji Sulaiman begitu
berat menuturkannya kalimat itu. Kopiah di kelapa diambil lalu mengipas tubuhnya. “Hal
ini sebahagian daripada tugas aku”.
“Saya boleh selesaikan sendiri, Haji. Hal ini masalah keluarga.” Embong begitu
pantas memahami kata-kata itu.
“Memang masalah keluarga. Tetapi kita dalam masyarakat perlu tolong-
menolong.”
Dipetik dan diubah suai
Daripada Novel Songket Berbenang Emas
Oleh: Khairuddin Ayip

Nyatakan faktor-faktor yang semangat kejiranan atau tolong-menolong semakin terhakis


dalam kalangan masyarakat kita.
[4 markah]

BAHAN 2

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut.


a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f) Silir Daksina, karya Nizar Parman
g) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd. Yusop

Melalui karya, pengarang mengkritik kepincangan yang berlaku dengan leluasanya


dalam masyarakat kita.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan kepincangan masyarakat.


[6 markah]
12

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


MODUL 3: MEMETIK BINTANG

PRAKTIS ESENSI SPM [1.11] Kemahiran Membuat Rumusan


KERTAS 2 | BAHAGIAN C: RUMUSAN
[30 Markah]

Baca petikan dan lirik lagu yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Andai digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan lirik lagu.

PETIKAN
Kendatipun kerajaan telah menyediakan pelbagai peluang untuk memastikan para
graduan dapat ditempatkan dalam sektor pekerjaan, bilangan graduan yang
menyumbang kepaada peningkatan jumlah rakyat yang menganggur di tanah air kita
amat mencemaskan. Andai kata mereka membuat pelbagai persediaan sebelum
menceburi alam pekerjaan, masalah pengangguran tidak akan timbul di ibu pertiwi kita.
Mereka perlu melengkapkan diri dengan kemahiran interaksi sosial seperti
sanggup menghulurkan tangan, bekerja dalam pasukan, kesetiakawanan, dan
sebagainya. Kemahiran ini penting untuk memungkinkan mereka menyesuaikan diri
dalam pelbagai situasi mencabar yang bakal ditempuh ketika memasuki pasaran buruh.
Bukan itu sahaja, graduan seyogia menguasai kemahiran komunikasi yang efektif.
Kemahiran ini dapat menjadikan mereka berwibawa dan berkarisma semasa menghadapi
temu duga. Badan cergas, otak cerdas! Maka, para graduan hendaklah menjaga
kesihatan agar sentiasa baik dengan beriadah secara konsisten demi meningkatkan
produktiviti.
Para graduan juga hendaklah menguasai pelbagai jenis bahasa agar dapat
berinteraksi dengan rakan sekerja dari luar negara dan berupaya untuk bersaing di
persada antarabangsa. Tidak hairanlah sektor swasta sanggup menggaji para graduan
yang fasih bertutur dalam pelbagai bahasa berbanding dengan graduan-graduan yang
lain. Kajian mendapati bahawa graduan yang beretika dan bernilai kerohanian lazimnya
mudah ditawarkan pekerjaan. Hal ini dikatakan demikian kerana reputasi yang baik
sebagai graduan yang bersih daripada sebarang rekod salah laku memberikan tanggapan
yang positif.
Tidak ketinggalan juga, setiap graduan mestilah melengkapkan diri dengan
elemen kepemimpinan yang baik. Oleh hal yang demikian, graduan hendaklah menyertai
pelbagai aktiviti yang membabitkan kerja berpasukan yang memerlukan mereka
bertukar-tukar fikiran, membuat perancangan, membuat penilaian, dan membuat
keputusan yang bijak. Dalam pada itu, lulusan universiti seharusnya menguasai
kemahiran berfikir secara kritis dan analitis agar dapat menyumbangkan idea-idea
membina atau konstruktif. Bergelanggang di mata orang banyak bahawa demi
memastikan para graduan kita Berjaya memperoleh kerja yang diimpi-impikan, mereka
seharusnya melakukan persediaan-persediaan tertentu, bukan sekadar memiliki
segulung ijazah.

13

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


MODUL 3: MEMETIK BINTANG

Bahan Grafik

KADAR PENGANGGURAN DALAM


KALANGAN SISWAZAH

Jumlah Siswazah Kelulusan Ijazah Diploma

Terus berkerja sebaik sahaja tamat belajar sememangnya menjadi impian


semua graduan di Malaysia. Namun begitu, ramai graduan di negara kita tidak
mempunyai ciri-ciri yang diperlukan oleh majikan walaupun mereka mempunyai
CGPA yang tinggi.
Antaranya termasuklah berpakaian sentiasa kemas dan sesuai dengan
jawatan yang anda mohon jangan sekali-kali memakai aksesori yang berlebihan
seperti gelang tangan untuk lelaki, subang, dan lain-lain. Bagi wanita jika anda
berhijab pastikan anda memakai dengan penuh etika jangan pakai hijab tetapi
seluar dan baju ketat pastikan anda beretika dalam pemakaian. Bukan itu sahaja,
siswazah yang berilmu pengetahuan, yakni mengikut perkembangan semasa, sudah
pasti akan menjadi anak emas majikan. Jika anda umpama katak di bawah
tempurung buruk padahnya.

14

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


JAWAPAN

JAWAPAN
MODUL 3: MEMETIK BINTANG

JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [3.1]


Kertas 1 | Bahagian A: Karangan
[30 markah]
ANALISIS SOALAN
Tema : Kerjaya
Isu : Memohon jawatan
Tesis : Ciri-ciri pekerja cemerlang
Format : Surat kiriman rasmi

STRATEGI MENGARANG
1.0 Alamat pengirim
22, Tingkat Indah 7,
Taman Bukit Indah,
13700 Seberang Jaya.

__________________________________________________________________________

2.0 Nama dan alamat penerima


Pengurus,
Maybank Berhad.
Bandar Perda, 3.0 Tanggal/Tarikh:
14000 Bukit Mertajam. 14 OKTOBER 2020.

4.0 Panggilan hormat penerima & Judul/Perkara


Tuan/Puan,

Memohon Jawatan sebagai Pegawai Pengurusan Pemasaran

5.0 Perenggan pendahuluan


- memperkenalkan diri
- menyatakan tujuan menulis surat
Merujuk perkara di atas, saya, Kasdan bin Hasbullah (No. K.P: 700727-07-7777) dengan
sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai Pegawai Pengurusan
Pemasaran di organisasi tuan.

6.0 Perenggan isi:


Isi pertama:
- kelayakan
- pengalaman
- kemahiran
Contoh:
2. Untuk makluman tuan, sebelum ini saya pernah menggalas jawatan sebagai pengurus
pengurusan pemasaran di Takaful Malaysia, Butterworth. Saya juga mempunyai
pengalaman dan kemahiran yang luas dalam bidang pemasaran. Saya yakin dengan
kelayakan saya ini dapat memenuhi syarat-syarat dan kehendak jawatan yang sedia ada.

16

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


MODUL 3: MEMETIK BINTANG

Isi kedua: Ciri-ciri pekerja cemerlang


- mahir menggunakan teknologi terkini
- kerja berpasukan dalam organisasi
- keterampilan berkomunikasi

Contoh:
3 Saya mempunyai reputasi yang tinggi sebagai pekerja yang cemerlang dalam bidang
kerjaya. Antaranya termasuklah:
a) mahir menggunakan teknologi terkini, yakni pelbagai teknologi maklumat dan
komunikasi;
b) kerja berpasukan dalam organisasi; melewati kepentingan dan sasaran secara
individu, selain melibatkan diri dan sumbangan secara harmoni bagi mencapai
matlamat yang sama, bekerjasama, bertolak ansur; dan
c) keterampilan berkomunikasi. Antaranya, berbahasa dalam bahasa Inggeris dan
bahasa Melayu dengan fasihnya, mendengar orang lain berbicara, menerima
kritikan, dan adab komunikasi yang tinggi.

Isi ketiga:
- menyertakan resume
- nombor telefon & e-mel
Contoh:
4. Untuk memudahkan pihak tuan/puan, saya juga menyertakan resume serta lampiran
sijil-sijil yang disahkan untuk rujukan tuan/puan. Saya amat berbesar hati agar tuan/puan
menghubungi saya di talian 016-277 2777 atau alamat e-mel kasdan_hasbullah@gmail.com
untuk tindakan lanjut.

7.0 Penutup
- nyatakan harapan
- ucapan penghargaan
Contoh:
Menjadi hasrat saya untuk bekerja dengan organisasi tuan yang mempunyai reputasi
cemerlang dalam pentadbiran dan servis. Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan
permohonan saya. Segala kerjasama daripada tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

8.0 Pengakuan pengirim, tanda tangan, dan nama pengirim


Contoh:
Kasdan Hasbullah
(KASDAN BIN HASBULLAH)

17

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


MODUL 3: MEMETIK BINTANG

JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [3.2]


DOMAIN : INDIVIDU (REMAJA)
TEMA : MODAL INSAN YANG BERKUALITI
SKOP : PERSIAPAN-PERSIAPAN

a) Format: Tiada
b) Diharapkan calon dapat:
- Menjelaskan persiapan-persiapan untuk menjadi modal insan yang berkualiti

[Ayat tema: Menyatakan tema karangan] Golongan remaja seperti saya, tidak dapat
disangkal, merupakan modal insan ataupun aset berharga kepada nusa dan bangsa. [Ayat
ulasan#1] Demi merealisasikan visi kudsi nusa dan bangsa, negara berhasrat untuk melahirkan
modal insan yang berkualiti, yakni berpendidikan, berwawasan, berdedikasi, berkaliber, dan
berdisiplin. [Ayat ulasan#2] Bagi mencapai matlamat berkenaan, kerajaan menerusi Belanjawan
2019 memperuntukkan dana RM60.2 bilion untuk Kementerian Pendidikan. [Ayat ulasan#3]
Dalam konteks ini, sasaran modal insan ialah remaja atau tenaga muda kerana pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara. [Ayat ulasan#4] Golongan mudalah yang dapat menyumbangkan
idea dan tenaga demi pembangunan negara dalam segala bidang, khususnya dari aspek iktisad.
[Ayat tesis/fokus] Jadi, sebagai bakal modal insan, saya terpanggil untuk bersiap siaga untuk
menyahut seruan dengan melakukan persiapan-persiapan kerana pepatah Melayu menyeru kita
agar menyediakan payung sebelum hujan.
[Ayat topik: Idea #1] Sebagai bakal modal insan yang berkualiti, saya akan melengkapkan
diri dengan pendidikan formal yang sempurna. (Ayat huraian: Sebab) Kejayaan dalam
pendidikan akademik merupakan satu platform yang amat penting untuk memastikan saya dapat
menjadi modal insan yang berkualiti lagi syumul. (Ayat huraian: Sebab) Tanpa pendidikan
akademik yang sempurna sudah pasti impian remaja untuk cemerlang dalam bidang yang
diimpikan akan menjadi angan-angan Mat Jenin. (Ayat huraian: cadangan) Oleh itu, saya haruslah
memerah otak sehingga mencapai sarjana muda, sarjana, dan jika diizinkan Allah sehingga
falsafah kedoktoran. (Ayat huraian: cara) Saya dapat menggapai kecemerlangan dalam bidang
pendidikan dengan berbekalkan semangat yang kental dan usaha yang gigih. Demi mencapai
kejayaan yang cemerlang, ruyung perlulah dipecahkan untuk menikmati sagunya. (Ayat
Penyimpul/Penegas) Tegasnya, demi menjadi modal insan yang berguna kepada tanah air, saya
perlulah bertungkus lumus untuk memperoleh pendidikan yang setinggi mungkin.
[Ayat topik: Idea #2] Di samping melengkapkan diri dengan pendidikan, sebagai bakal modal
insan saya perlu mengamalkan gaya hidup sihat. [Ayat huraian: Sebab] Hal ini saya nyatakan
demikian lantaran kesihatan yang baik dapat menjamin kecergasan dan kecerdasan seseorang
individu sejajar dengan kata hikmat badan cergas, otak cerdas. [Ayat huraian: Cara] Jadi sebagai
generasi muda yang berpendidikan, saya haruslah mengambil prakarsa untuk melakukan
senaman secara konsisten, seperti bersenam di gim ataupun beriadah di taman rekreasi. [Ayat
huraian: Cara] Saya juga perlu menjaga pemakanan setiap masa untuk meneruskan kehidupan di
muka bumi dengan kesihatan yang terjamin. [Ayat huraian: Cara] Remaja haruslah mengamalkan
falsafah Barat iaitu kita perlu makan untuk hidup dengan berlandaskan falsafah bukan hidup
untuk makan. [Ayat huraian: Cara] Seperkara lagi, rokok, najis dadah, dan arak juga saya hindari
kerana mengundang musibah. [Ayat Penegas: Kesan] Sekiranya saya membudayakan amalan gaya
hidup yang sihat, sudah pasti saya dapat menjalankan kewajipan sebagai modal insan negara
yang berkualiti untuk memacu pembangunan negara ke tahap yang lebih membanggakan.

18

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


MODUL 3: MEMETIK BINTANG

[Ayat topik: Idea #3] Di samping gaya hidup sihat, saya haruslah mempunyai jati diri yang
unggul demi menjadi modal insan yang dapat menyumbang kepada nusa dan bangsa. [Ayat
huraian: Jati diri] Antara keperibadian unggul termasuklah tingkah laku yang sopan dan mempunyai
darjah kesusilaan yang tinggi berpaksikan prinsip kelima Rukun Negara, yakni kesopanan dan
kesusilaan. [Ayat huraian: sebab] Hal ini dapat memandu dan memimpin remaja agar tidak
terbabas dari landasan yang benar lalu terjerumus ke dalam lembah laknatullah, seperti berjinak-
jinak dengan najis dadah, yang menghancurkan visi kudsi tanah air, yakni melahirkan modal insan
yang berkualiti. [Ayat huraian: sebab] Menurut pakar motivasi yang tersohor dan disegani
masyarakat Melayu, Datuk Haji Dr. Fadzilah Kamsah, banyak anak muda yang terperosok ke dalam
kancah maksiat, seperti sumur di tepi jalan, siapa haus boleh minum, ekoran terhakisnya nilai-nilai
moral. [Ayat huraian: cara] Sehubungan dengan ini, saya haruslah menyemaikan nilai-nilai
kemanusiaan dan kerohaniaan, seperti amanah, tulus ikhlas, toleransi, dan bertimbang rasa, dalam
lubuk kalbu agar menjadi modal insan yang bersahsiah mulia serta menjaga imej tanah air yang
tercinta ini. [Ayat penyimpul] Pendek kata, modal insan yang berkeperibadian mulia bukan sekadar
dapat menyumbang ke arah pembangunan negara malahan dapat mengharumkan nama negara di
persada antarabangsa.
[Ayat kesimpulan] Akhirulkalam, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa modal insan
yang menjadi harapan negara ialah generasi muda yang berpendidikan formal, berjati diri mulia,
sihat walafiat dan beriman. [Ayat cadangan] Demi mendukung cita-cita dan hasrat negara ini,
remaja hendaklah melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat membentuk jati diri yang unggul,
bukannya membilang buah kerayung seperti melepak di kompeks beli-belah, berlumba haram, dan
berjudi. [Ayat cadangan] Sebagai warganegara yang berjiwa patriotik, saya haruslah mengetepikan
aliran politik yang sempit yang berorientasikan komunalisme demi kepentingan nusa dan bangsa.
[Ayat cadangan] Seperkara lagi, nilai-nilai negatif hendaklah dikikis sama sekali kerana memang
susah untuk mengikis tabiat buruk. [Ayat cadangan] Saya juga sewajarnya berfikir dengan semasak-
masaknya sebelum bertindak dalam apa-apa juga aspek kehidupan kerana ingat sebelum kena,
jimat sebelum habis. [Ayat harapan] Tiada gunanya kita menyesali sesuatu tindakan yang sudah
menimpa diri kerana sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. [Ayat harapan] Dengan
kesedaran ini, sebagai remaja bukan sahaja akan menjadi modal insan kelas pertama bahkan dapat
memperkasakan bangsa Malaysia sebagai bangsa yang maju yang dapat duduk sama rendah,
berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.

NOTA: SEKIRANYA PELAJAR/CALON DAPAT MENGHASILKAN KARANGAN JELAS DAN MATANG, TIGA
(3) SUDAH MEMADAI UNTUK MEMPEROLEH MARKAH CEMERLANG.

19

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


MODUL 3: MEMETIK BINTANG

JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [3.3] Sistem & Aplikasi Bahasa


Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Morfologi: Golongan Kata
Kata kerja tak transitif dan Kata kerja transitif
(i) melabur [kktt]
PETUNJUK GURU BM
(ii) menjadi [kktt]
(iii) mengutamakan [kkt]
Kata kerja tak transitif (kktt) tidak diikuti oleh objek
(iv) merealisasikan [kkt] dan tidak boleh dipasifkan
(v) menyediakan [kkt] Kata kerja transitif (kkt) mesti diikuti objek dan boleh
(vi) memiliki [kkt] dipasifkan.
Terima mana-mana dua kata kerja transitif
[4 markah]
Pembinaan Ayat:
(i) Kerajaan menyeru rakyat agar melabur dalam Amanah Simpanan Nasional.
(ii) Sejak di bangku sekolah lagi, Cikgu Badrul bercita-cita untuk menjadi guru bahasa Melayu.
(iii) Kita hendaklah mengutamakan gaya hidup sihat agar kesihatan kita sentiasa terjamin.
(iv) Khairul memeras otak saban hari untuk merealisasikan impiannya.
[4 markah]

JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [3.4] Sistem & Aplikasi Bahasa

Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa


Sintaksis: Menukarkan Ayat Aktif kepada Ayat Pasif
(i) Program pembinaan modal insan yang berkualiti ini saudara mohon/pohon mengapa?
(ii) Persediaan ingin saya buat untuk menceburi alam pekerjaan.
(ii) Ciri-ciri modal insan yang berkualiti ingin saya pelajari.
[6 markah]

JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [3.5] Sistem & Aplikasi Bahasa


Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Aspek Penyuntingan
Karnivel –– karnival (ejaan)
memberikan –– memberi (imbuhan)
perkerjaan –– pekerjaan (imbuhan)
pelbagai aktiviti-aktiviti –– pelbagai aktiviti (frasa nama/bentuk jamak)
Nota: aktiviti-aktiviti –– aktiviti (tidak diterima kerana diuji frasa nama, bukan kata ganda)
Di antaranya –– antaranya (kata sendi nama)
senam robik –– senamrobik (ejaan)
bersama dengan –– bersama (kata sendi nama)
persiaran –– penyiaran (imbuhan)
tapak –– ruang (penggunaan kata)
30 gerai makanan –– 30 buah gerai makanan (frasa nama/penjodoh bilangan)
memeriksa –– pemeriksaan
Temuduga –– temu duga (kata majmuk lazim
beberapa tip-tip –– beberapa tip (frasa nama/bentuk jamak)
20

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


MODUL 3: MEMETIK BINTANG

JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [3.6] Sistem & Aplikasi Bahasa

Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa


Bahasa Melayu Standard
Sesudah berkata-kata, dia pun ghaib. Menurut orang tua-tua, yang berkata-kata
itu sebenarnya ialah Puteri Gunung Ledang yang menyamar diri seperti perempuan tua.
Kemudian, Tun Mamat pun turun dari Gunung Ledang untuk menemui
Laksamana dan Sang Setia semula.
Laksamana bersama-sama segala kawannya itu pun menuruni Gunung Ledang
untuk pulang ke Melaka.

JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [3.7] Sistem & Aplikasi Bahasa

Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa


Aspek Peribahasa

(i) Berniaga tanpa mengikut peraturan, akhirnya mendapat kesusahan


Peribahasä: Belum duduk sudah berlunjur

(ii) Belum tentu akan memperoleh atau memiliki sesuatu tetapi sudah direka-reka dan
keuntungannya.
Peribahasa: Burung terbang dipipiskan lada

(iii) sesuatu pekerjaan yang dibuat itu hendaklah memuaskan kehendak hati sendiri
walaupun susah atau berasa penat.
Peribahasa: Biar penat badan asalkan senang hati

JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [3.8] Pemahaman

Kertas 2 | Pemahaman Petikan Umum


Pemahaman
(i) Maksud:
memfokuskan = memusatkan/menumpukan [1m]
minda = perhatian/fikiran [1m]
Jawapan yang Mantap:
Maksud rangkai kata “memfokuskan minda” ialah menumpukan perhatian
Nota: Jawapan berbentuk huraian (cth: memberikan perhatian pada pelajaran) TIDAK
diterima

(ii) Persamaan persiapan:


- melengkapkan diri dengan kelayakan akademik
Perbezaan persiapan:
- merancang kerjaya yang relevan dengan cita-cita
- menguasai kemahiran yang relevan dengan cita-cita
21

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


TEMA 1: MEREALISASIKAN IMPIAN

(ii) Persamaan persiapan:


- melengkapkan diri dengan kelayakan akademik [1m]
Perbezaan persiapan:
- merancang kerjaya yang relevan dengan cita-cita [1m]
- menguasai kemahiran yang relevan dengan cita-cita [1m]

Jawapan yang Mantap:


Persamaan persiapan sebelum menceburkan diri dalam sesuatu bidang pekerjaan ialah
melengkapkan diri dengan kelayakan akademik. Sementara itu, perbezaan persiapan pula
merancang kerjaya yang relevan dengan cita-cita dan menguasai kemahiran yang relevan
dengan cita-cita.

(iii) Prasyarat:
- mempunyai kemahiran interaksi sosial [1m]
- menguasai kemahiran komunikasi yang efektif [1m]
- menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi [1m]
- kecergasan dan kecerdasan [1m]
- beretika dan bernilai kerohanian [1m]
Nota: Terima mana-mana 2 isi. Isi lain yang diterima. Gunakan budibicara.
Isi cukup: 2
Markah maksimum: 3
Jawapan yang Mantap:
Pada pendapat anda, selain kelayakan akademik, prasyarat yang perlu dipenuhi seseorang
individu untuk menceburi bidang kerjaya termasuklah mempunyai kemahiran interaksi sosial,
menguasai kemahiran komunikasi yang efektif, serta menguasai kemahiran teknologi maklumat
dan komunikasi.

(iv) Langkah-Langkah:
- memberikan pendidikan yang sempurna [1m] dengan memberikan penekanan kepada
akademik dan kerohanian [1m]
- memperkasakan diri dengan kemahiran bersosial dan berkomunikasi [1m] agar dapat
memenuhi kriteria pekerja cemerlang [1m]

Jawapan yang Mantap:


Sebagai ibu bapa, langkah-langkah yang akan saya ambil agar anak-anak anda bersiap siaga
untuk menempuh alam pekerjaan ialah pemberian pendidikan yang sempurna dengan
memberikan penekanan kepada akademik dan kerohanian. Selain itu, saya akan
memperkasakan diri anak dengan kemahiran bersosial dan berkomunikasi agar dapat
memenuhi kriteria pekerja cemerlang.

JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [3.9] Pemahaman

Kertas 2 | Pemahaman Sastera


(i) Maksud:
- bekerja [1m] keras/kuat [1m]
Jawapan yang Mantap:
Maksud rangkai kata membanting tulang ialah bekerja keras.

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


MODUL 3: MEMETIK BINTANG
(i) Maksud:
- bekerja [1m] keras/kuat [1m]
Jawapan yang Mantap:
Maksud rangkai kata membanting tulang ialah bekerja keras.

(ii) Kesan-kesannyä:
- tidak dapat menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup
- akan menyesal nanti apabila hasil kekayaan negara berkurangan
[2 markah]
Nasihat:
- melihat kemakmuran dan kesejahteraan hidup yang dinikmati kini telah dikuasai
oleh orang lain
- tidak menyesal nanti apabila hasil kekayaan negara yang dinikmati kini akan
berkurangan
- mengingatkan anak-anak muda akan masa hadapan bangsanya yang mungkin akan
terus ketinggalan dan hidup dalam kesusahan
- bangkit segera serta berusaha kerana waktu masih ada
- masih sempat untuk mengejar arus pembangunan yang semakin pesat ini bagi
menjadi bangsa yang maju.
Pilih mana-mana 2 isi
[2 markah]
Jawapan yang Mantap:
Jika generasi muda negara kita leka dan malas, mereka tidak dapat menikmati kemakmuran
dan kesejahteraan hidup, lebih-lebih lagi akan menyesal nanti apabila hasil kekayaan negara
berkurangan. Penyajak menasihati mereka agar bangkit segera serta berusaha kerana waktu
masih ada, dan tidak menyesal nanti apabila hasil kekayaan negara yang dinikmati kini akan
berkurangan.

(iii) Inisiatif-inisiatif:
- mengisi masih dengan menimba ilmu
- melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat
- menguasai pelbagai jenis bahasa, terutamanya bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
- menguasai kemahiran bersosial dan berkomunikasi
Pilih mana-mana 2 isi
[3 markah]
Jawapan yang Mantap:
Pada pendapat anda, inisiatif-inisiatif yang perlu diambil oleh generasi muda agar hari
muka mereka gilang-gemilang termasuklah mengisi masih dengan menimba ilmu,
menguasai pelbagai jenis bahasa, dan menguasai kemahiran bersosial dan
berkomunikasi.

(iv) Faktor-faktor:
- terhakisnya semangat patriotik [1m] sehingga mengabaikan kepentingan nusa dan
bangsa [1m]
- tidak menghayati Rukun Negara [1m] sehingga membelakangan kepentingan tanah
air
- ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak mereka [1m] sehingga mengambil mudah
dalam banyak hal [1m]
- pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi [1m] menyebabkan mereka
mengalpakan akademik [1m]

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


Sebagai contohnya, Rafiq dan Haziq sering menjadi hinaan dan kutukan masyarakat kampung secara berterusan kerana

MODUL 3: MEMETIK BINTANG

(iv) Faktor-faktor:
- terhakisnya semangat patriotik [1m] sehingga mengabaikan kepentingan nusa dan
bangsa [1m]
- tidak menghayati Rukun Negara [1m] sehingga membelakangan kepentingan tanah
air
- ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak mereka [1m] sehingga mengambil mudah
dalam banyak hal [1m]
- pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi [1m] menyebabkan mereka
mengalpakan akademik [1m]
Pilih mana-mana 2 isi
Maksimum: 4m
Jawapan yang Mantap:
Pada pendapat anda, faktor-faktor yang menyumbang kepada senario tersebut ialah
terhakisnya semangat patriotik [1m] sehingga mengabaikan kepentingan nusa dan bangsa.
Selain itu, ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak mereka sehingga mengambil mudah
dalam banyak hal.

JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [3.9] Novel

Kertas 2 | Novel
(i) Faktor-faktor:
- perubahan gaya hidup masyarakat yang terlalu sibuk dengan hal sendiri
- jurang sosial sosioekonomi masyarakat
- kelunturan nilai-nilai kemanusiaan/kesedaran sivik
- kurangnya aktiviti sosial yang dapat memupuk semangat kejiranan
Isi cukup: 3
Pilih mana-mana 3 isi
Maksimum: 4m
Jawapan yang Mantap:
Faktor-faktor yang semangat kejiranan atau tolong-menolong semakin terhakis dalam kalangan
masyarakat kita termasuklah perubahan gaya hidup masyarakat yang terlalu sibuk dengan hal
sendiri, jurang sosial sosioekonomi masyarakat, dan kurangnya aktiviti sosial yang dapat memupuk
semangat kejiranan.

(ii) Kepincangan masyarakat


Penyataan: masyarakat yang terjebak dalam maksiat [1m]
Bukti teks: - Seman berjudi, berhutang, minum arak, melarikan kubah surau,
mendera isteri dan anak-anaknya
- ditangkap dan diserahkan kepada pihak berwajib untuk menjalani
pemulihan akidah [1m]
Penyataan: masyarakat yang suka memandang serong pada kekurangan orang lain
Bukti teks: Rafiq dan Haziq sering menjadi hinaan dan kutukan masyarakat kampung
secara berterusan kerana suka mencuri, menagih dadah, dan pecah rumah.

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN


Dalam novel tersebut, beberapa banyak kepincangan masyarakat diketengahkan untuk
mengkritik masyarakat.
Pertama, masyarakat yang terjebak dalam maksiat. Buktinya, Seman berjudi, berhutang,
minum arak, melarikan kubah surau, mendera isteri dan anak-anaknya. Akhirnya, Seman
ditangkap dan diserahkan kepada pihak berwajib untuk menjalani pemulihan akidah.
12
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 3: MEMETIK BINTANG
Kedua, masyarakat yang suka memandang serong pada kekurangan orang lain. Buktinya, Rafiq
dan Haziq sering menjadi hinaan dan kutukan masyarakat kampung secara berterusan kerana suka
mencuri, menagih dadah, dan pecah rumah.

JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [3.10] Rumusan

Pendahuluan
Fokus 1: Persediaan untuk menghadapi alam pekerjaan
Fokus 2: Ciri-ciri pekerja cemerlang/modal insan

Isi-isi tersurat
Persediaan untuk menghadapi alam pekerjaan:
S1: melengkapkan diri dengan kemahiran interaksi sosial
S2: menguasai kemahiran komunikasi yang efektif
S3: menjaga kesihatan agar sentiasa baik
S4: menguasai pelbagai jenis bahasa
S5: melengkapkan diri dengan elemen kepemimpinan yang baik
S6: menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan analitis

Ciri-ciri pekerja cemerlang/modal insan:


Bahan 1:
S7: beretika dan bernilai kerohanian
Bahan 2:
S7: berpakaian sentiasa kemas dan sesuai dengan jawatan
Pilih 1 isi
S8: berilmu pengetahuan

Kesimpulan:
Cadangan: Graduan hendakah membuat persediaan yang sewajarnya sebelum menceburi alam
pekerjaan
Harapan: masa hadapan yang cerah terjamin / dapat merealisasikan cita-cita

12
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com

Anda mungkin juga menyukai