Anda di halaman 1dari 13

CERPEN

OREN
SINOPSIS
 Cerpen ini mengisahkan mengenai seekor kucing yang diberi nama
Oren. Ayah yang pada mulanya enggan membenarkan anak-
anaknya memelihara kucing telah membawa Oren pulang dan
dijadikan sebahagian daripada ahli keluarga mereka. Pertanyaan ibu
mengenai Oren terjawab juga apabila ayah memberitahu bahawa
dia telah melanggar ibu Oren. Tidak beberapa lama kemudian,
seekor kucing lain juga telah dibawa pulang, iaitu Kelabu yang
akhirnya telah menimbulkan konflik kepada Oren. Kehilangan Oren
telah disedari oleh ayah dan seisi keluarga. Mereka mengaitkan
kehilangan itu dengan sikap Oren yang berasa iri hati dengan
Kelabu yang berjaya menawan hati mereka sekeluarga. Setelah
ketiadaan Oren, ayah amat berasa kehilangannya sehingga
bermimpi Oren pulang ke rumah tetapi realitinya Oren telah ditemui
mati oleh Anis di celah pokok tua yang tumbang.
TEMA
Kasih sayang kepada binatang.
 Buktinya ayah sekeluarga telah memelihara dua ekor
kucing yang diberi nama Oren dan Kelabu. Seluruh ahli
keluarga telah menunjukkan minat masing-masing untuk
memelihara binatang ini. Kedua-dua kucing ini dijaga
dengan baik dan diberikan kasih sayang yang sepenuhnya.
Persoalan
Hubungan baik antara manusia dan haiwan
 Contoh: Ayah dan ahli keluarga memelihara dua ekor kucing
dan sangat menyayangi kedua-dua kucing tersebut

Konflik antara Oren dan Kelab


 Contoh: Oren lebih banyak mengalah dan selalu mendiamkan
diri. Malahan Oren akan membiarkan Kelabu makan dahulu dan
baharulah dia mengahabiskan sisa-sisa makanan Kelabu.
 
Berkongsi minat yang sama
 Contoh: Ayah berkongsi minat memelihara kucing dengan ahli
keluarganya.
WATAK & PERWATAKAN
AYAH
 Seorang ayah yang penyayang
 Membela dua ekor kucing, iaitu Oren dan Kelabu
 Hilang selera makan setelah menyedari kehilangan Oren
 Menunjukkan kasih sayang kepada Oren dengan
membelai-belai bulu di badan Oren
 Merindui Oren, sehingga bermimpi jumpa Oren
 Menangisi kematian Oren
WATAK & PERWATAKAN
OREN
 Seekor kucing yang mempunyai bulu yang berwarna
oren
 Dibela sejak kecil selepas kematian ibunya
 Seekor kucing yang suka mengalah contohnya,
memakan sisa makanan selepas Kelabu makan
 Menghilangkan diri dari rumah kerana merajuk dengan
ayah yang melebih-lebihkan Kelabu
WATAK & PERWATAKAN
KELABU
 Seekor kucing yang mempunyai bulu yang berwarna
oren
 Dibela sejak kecil selepas kematian ibunya
 Seekor kucing yang suka mengalah contohnya,
memakan sisa makanan selepas Kelabu makan
 Menghilangkan diri dari rumah kerana merajuk dengan
ayah yang melebih-lebihkan Kelabu
LATAR MASA
 Kehilangan Oren selama empat hari
 Sudah seminggu hujan turun
 Setiap malam
 Hujung pertengahan Disember
 Makan malam
 Dua hari yang lalu
LATAR TEMPAT
 Rumah – ayah membawa Oren pulang ke rumah
 Halaman – Anis ada melihat kelibat Oren dua hari
sebelum kehilangannya di kawasan halaman rumah
 Taman permainan – tempat bangkai Oren ditemui oleh
Anis
 Dapur – ayah membawa Oren ke dapur den
menghidangkan susu
 Ruang tamu – setiap kali ayah pulang dari kerja, Kelabu
akan datang ke ruang tamu untuk bermanja dengan ayah
 Tepi longkang – tempat Oren membuang najisnya
LATAR MASYARAKAT
 Masyarakat yang menyayangi binatang belaan seperti
kucing – ayah dan keluarganya sangat menyayangi
binatang dan telah memelihara dua ekor kucing
 Masyarakat yang bertanggungjawab – ayah yang
melanggar ibu Oren telah bertanggungjawab dengan
membawa Oren pulang ke rumah untuk dipelihara
 Masyarakat yang pemurah – ayah dan anak-anaknya
menjaga kucing peliharaan mereka dengan memberi
makanan yang berkhasiat seperti susu
GAYA BAHASA
 Simile – seperti ada yang membersihkannya
 Personifikasi – setiap kali mata Oren dan matanya
bertemu
 Personifikasi – Oren cemburu akan kehadiran Kelabu
 Sinkope – tika (ketika)
NILAI
 Kasih sayang – ayah dan keluarganya menyayangi
kucing peliharaan mereka
 Bertanggungjawab – ayah bertanggungjawab
memelihara Oren selepas kematian ibunya
 Baik hati – ayah memberikan makanan yang
berkhasiat kepada kucing peliharaannya
PENGAJARAN
 Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang
walaupun kepada makhluk selain manusia.
 Kita perlulah bertanggungjawab dalam melakukan
sesuatu perbuatan dan tidak menganiayai orang lain,
 Sifat baik hati adalah sifat yang terpuji dan perlu
diamalkan oleh semua orang untuk menjamin
kesejahteraan dalam hidup.

Anda mungkin juga menyukai