Anda di halaman 1dari 34

Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Setiap pagi, Murni bangun pada pukul 6.15 pagi untuk pergi ke sekolah. Sebelum mandi, dia akan mengemaskan bilik tidurnya sendiri. Murni akan mandi dan menggosok gigi. Sebelum ke sekolah, Murni akan bersarapan bersama keluarganya. Selepas itu, dia akan bersalaman dengan ibu dan bapanya. Murni tidak lupa membawa bekalan yang disediakan oleh ibunya. Murni berjalan sahaja ke sekolah yang berdekatan dengan rumahnya. Jika dia sampai awal ke sekolah, dia akan membaca buku bersama kawan-kawannya atau pun membantu kawan-kawannya membersihkan bilik darjah.

_________________________________________________________________________

Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Pada malam tadi, Ah Chong meminta izin daripada emaknya untuk pergi membeli buku di bandar dengan Ramu selepas waktu persekolahan esok. Keesokan harinya, setelah menyiapkan kerja sekolah, dia menunggu Ramu di perhentian bas di hadapan rumahnya. Ramu tiba tepat pada masa masa yang dijanjikan. Sikap Ramu inilah yang menyebabkan Ah Cong suka berkawan dengannya. Seorang perempuan tua turut menunggu bas di

perhentian bas itu. Tidak lama kemudian, bas yang ditunggu pun tiba. Ah Cong membantu perempuan tua itu dengan membawakan beg pakaiannya. Sambil tersenyum, perempuan tua itu mengucapkan terima kasih kepada Ah Cong kerana membantunya.

1|Page

Baca petikan di bawah.Tulis nilai murni berdasarkan ayat-ayat yang diberi dalam jadual.Kemudian lengkapkan ulasan yang diberi dengan nilai murni yang sesuai.

Hari ini hari Ahad. Halim, Salina dan ayahnya pergi berjoging di sekitar taman perumahan mereka. Mereka suka berjoging di situ kerana suasana di taman itu sungguh nyaman terutamanya pada waktu pagi. Satu jam kemudian, mereka pun pulang. Puan Midah telah menyediakan nasi lemak dan air Milo sebagai sarapan mereka. Halim dan keluarganya bersarapan bersama-sama. Halim mengangkat pinggan mangkuk ke sinki dan Isma menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk tersebut. Halim pergi ke halaman rumah untuk menolong ayahnya mencuci kereta. Bila sampai di luar rumah, Halim mendapati ayahnya sedang berbual-bual dengan jiran mereka, Encik Hong. Memang ayahnya dan Encik Hong selalu berbual-bual jika ada masa lapang. Halim mengucapkan selamat pagi kepada Encik Hong. Selepas itu, Halim dan ayahnya mencuci kereta bersama-sama.

_________________________________________________________________________ Latihan 2 Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak melebihi 40 patah perkataan.

Hari ini hari Ahad. Halim, Salina dan ayahnya pergi berjoging di sekitar taman perumahan mereka. Mereka suka berjoging di situ kerana suasana di taman itu sungguh nyaman terutamanya pada waktu pagi. Satu jam kemudian, mereka pun pulang. Puan Midah telah menyediakan nasi lemak dan air Milo sebagai sarapan mereka. Halim dan keluarganya

bersarapan bersama-sama. Halim mengangkat pinggan mangkuk ke sinki dan Isma menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk tersebut. Halim pergi ke halaman

rumah untuk menolong ayahnya mencuci kereta. Bila sampai di luar rumah, Halim mendapati ayahnya sedang berbual-bual dengan jiran mereka, Encik Hong. Memang ayahnya dan Encik Hong selalu berbual-bual jika ada masa lapang. Halim mengucapkan selamat pagi kepada Encik Hong. Selepas itu, Halim dan ayahnya mencuci kereta bersama-sama.

2|Page

PETIKAN 3

Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak melebihi 40 patah perkataan.

Liza tiba di rumah Mei Wen tepat pada pukul 8.00 pagi seperti yang dijanjikan.Pada masa itu, Mei Wen dan ibunya sedang menyidai kain di ampaian. Liza menyapa Puan Lim. Puan Lim menjemput Liza masuk ke rumah tetapi Liza menolak kerana mereka berdua hendak ke sekolah. Liza bimbang kalau-kalau mereka berdua terlewat ke kelas tambahan.

Liza dan Mei Wen menunggang basikal perlahan-lahan dan tidak bersaing kerana bimbang akan dilanggar oleh kereta dari belakang.

Mereka berdua tiba di sekolah sepuluh minit awal. Liza mendapati lantai kelasnya agak kotor. Dia pun mengambil penyapu dan membersihkan kelasnya. Beberapa orang murid lelaki sedang berbual- bual dengan suara yang kuat dan membaling kertas kepada kawankawan mereka. Mei Wen menegur mereka agar tidak berbuat bising. Mereka terdiam dan mula duduk di tempat masing-masing. Mereka tahu, kalau masih bising tentu Mei Wen akan memberitahu Cikgu Salim.

Sebentar kemudian, Cikgu Salim masuk ke kelas. Mei Wen dan kawan-kawannya bangun lalu mengucapkan selamat pagi kepada Cikgu Salim.

3|Page

PETIKAN 4 Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak melebihi 40 patah perkataan. Latihan 1 Pada suatu petang, Suliza bermain buaian dengan kawan-kawan di taman permainan tidak jauh dari rumahnya. Mereka bermain dengan berhati-hati supaya tidak tercedera. Mereka bermain dengan cermat supaya alat permainan di situ tidak rosak.

Ketika bermain, mereka ternampak seorang budak perempuan tiba-tiba terjatuh ke dalam longkang. Mereka segera membantu budak perempuan itu. Budak

perempuan itu bernama Mary. Mary mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Mereka juga ternampak seorang budak lelaki membuang sampah dan pembalut gula-gula. Mereka menegur budak itu. Suliza dan kawan-kawannya meminta budak lelaki itu mengutip sampah dan membuang pembalut gula-gula itu ke dalam tong sampah.

Ayat Mereka bermain dengan berhati-hati supaya tidak tercedera. Mereka bermain dengan cermat supaya alat permainan di situ tidak rosak. Mereka segera membantu budak perempuan itu. Mary mengucapkan terima kasih kepada mereka. Mereka menegur budak itu. Suliza dan kawan-kawannya meminta budak lelaki itu mengutip mengutip sampah dan membuang gula-gula itu ke dalam tong sampah. pembalut

Nilai murni

4|Page

Latihan 2 Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak melebihi 40 patah perkataan.

Pada suatu petang, Suliza bermain buaian dengan kawan-kawan di taman permainan tidak jauh dari rumahnya. Mereka bermain dengan berhati-hati supaya tidak tercedera. Mereka bermain dengan cermat supaya alat permainan di situ tidak rosak. Ketika bermain, mereka ternampak seorang budak perempuan tiba-tiba terjatuh ke dalam longkang. Mereka segera membantu budak perempuan itu. Budak perempuan itu bernama Mary. Mary mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Mereka juga ternampak seorang budak lelaki membuang sampah dan pembalut gulagula. Mereka menegur budak itu. Suliza dan kawan-kawannya meminta budak lelaki itu mengutip sampah dan membuang pembalut gula-gula itu ke dalam tong sampah.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 5 Latihan 1 Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak melebihi 40 patah perkataan.

Suria dan Mei Mei hendak ke kedai buku.Mereka berjalan kaki sahaja kerana kedai itu berdekatan dengan rumah mereka.Tiba-tiba mereka terlihat seorang lelaki tua hendak melintas jalan. Mereka pun memimpin lelaki tua itu melintas jalan dengan selamat. Suria telah memilih beberapa buah buku rujukan. Begitu juga dengan Mei Mei. Selepas itu, mereka pun beratur di kaunter untuk membayar harga buku-buku tersebut. Sebelum keluar, Suria mendapati juruwang itu telah tersilap memulangkan baki. Suria segera memulangkan wang lebihan itu. Juruwang itu mengucapkan terima kasih dan memuji Suria.

5|Page

PETIKAN 6
Latihan 1 Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak melebihi 40 patah perkataan.

Pergi berjalan ke Kuala Gula, Penat berjalan duduk bersembang; Ringan tulang pada setiap masa, Pasti hidup akan dikenang.

Gelang emas gelang suasa, Cincin berlian indah sekali; Jangan suka membuang masa, Nanti rugi diri sendiri.

Pergi membeli ikan tenggiri, Beli juga ikan gelama; Jangan suka meninggi diri, Kelak nanti diri binasa.

Pagi-pagi menyapu sampah, Sambil berehat makan kuini; Cakap ibu jangan dibantah, Perintah bapa mesti turuti.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Latihan 2 Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak melebihi 40 patah perkataan.

Pergi berjalan ke Kuala Gula, Penat berjalan duduk bersembang; Ringan tulang pada setiap masa Pasti hidup akan dikenang.

Gelang emas gelang suasa, Cincin berlian indah sekali; Jangan suka membuang masa, Nanti rugi diri sendiri.

Pergi membeli ikan tenggiri, Beli juga ikan gelama; Jangan suka meninggi diri, Kelak nanti diri binasa.

Pagi-pagi menyapu sampah, Sambil berehat makan kuini; Cakap ibu jangan dibantah, Perintah bapa mesti turuti.

6|Page

PETIKAN 7
Latihan 1 Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak melebihi 40 patah perkataan.

LAPORAN PROGRAM SAYANG DISAYANG Pada cuti semester yang lalu, pelajar-pelajar Kolej Utama telah mengadakan program bersama warga emas di Rumah Orang Tua Tunas Bakti. Pelbagai aktiviti dijalankan. Antaranya ialah gotong-royong membersihkan dan

mengindahkan kawasan persekitaran. Mereka bekerja bekerjasama tanpa mengira tugas yang diberikan. Ada kumpulan yang menanam pokok-pokok bunga untuk mengindahkan pemandangan di situ. Sampah sarap. longkang , kaki lima rumah kebajikan itu juga dibersihkan. Satu lagi kumpulan ditugaskan mengecat semula bangunan utama rumah kebajikan tersebut. Pada sebelah petang pula, para pelajar berpeluang mendekati penghunipenghuni dan cuba memahami perasaan mereka. Sesungguhnya mereka memerlukan perhatian dan kasih sayang ahli keluarga dan .masyarakat.

Program sehari itu tamat pada jam 6.30 petang Disediakan oleh, Faridah (FARIDAH HANIM) Setiausaha Program Sayang Disayang 16 JUN 2008

7|Page

Latihan 2 Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak melebihi 40 patah perkataan.

LAPORAN PROGRAM SAYANG DISAYANG Pada cuti semester yang lalu, pelajar-pelajar Kolej Utama telah mengadakan program bersama warga emas di Rumah Orang Tua Tunas Bakti. Pelbagai aktiviti dijalankan. Antaranya ialah gotong-royong membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran. Mereka bekerja bekerjasama tanpa mengira tugas yang diberikan.

Ada

kumpulan

yang

menanam

pokok-pokok

bunga

untuk

mengindahkan

pemandangan di situ. Sampah sarap. longkang , kaki lima rumah kebajikan itu juga dibersihkan. Satu lagi kumpulan ditugaskan mengecat semula bangunan utama rumah kebajikan tersebut. Pada sebelah petang pula, para pelajar berpeluang mendekati penghuni-penghuni dan cuba memahami perasaan mereka. Sesungguhnya mereka memerlukan perhatian dan kasih sayang ahli keluarga dan .masyarakat.

Program sehari itu tamat pada jam 6.30 petang Disediakan oleh, Faridah (FARIDAH HANIM) Setiausaha Program Sayang Disayang 16 JUN 2008

8|Page

PETIKAN 8
Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak melebihi 40 patah perkataan.

Pada malam tadi, Ah Chong meminta izin daripada emaknya untuk pergi membeli buku di bandar dengan Ramu selepas waktu persekolahan esok. Keesokan harinya, setelah menyiapkan kerja sekolah, dia menunggu Ramu di perhentian bas di hadapan rumahnya. Ramu tiba tepat pada masa yang dijanjikan. Sikap Ramu inilah yang menyebabkan Ah Cong suka berkawan dengannya. Seorang perempuan tua turut menunggu bas di perhentian bas itu. Tidak lama kemudian, bas yang ditunggu pun tiba. Ah Cong membantu perempuan tua itu dengan membawakan beg pakaiannya. Sambil tersenyum, perempuan tua itu mengucapkan terima kasih kepada Ah Cong kerana membantunya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PETIKAN 9
Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak melebihi 40 patah perkataan.

Aku Melindungi manusia, Daripada panas yang membahang, Daripada hujan yang mencurah, Melindungi mereka pada setiap masa. Kewujudanku amat penting, Membolehkan manusia hidup dengan selesa, Mengumpulkan ibu bapa dengan anak-anak, Merapatkan hubungan sesama ahli keluarga. Adanya aku, Kesejahteraan keluarga tidak tergugat, Bahkan semakin erat, Membawa sinar bahagia.

9|Page

PETIKAN 10 Tulis empat nilai murni yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan sahaja. Aiman baru berumur 10 tahun. Walaupun begitu, dia seperti orang yang berumur 15 tahun. Setiap hari, sebelum pergi ke sekolah, dia akan menolong ibunya menjaja kuih di pekan. Mereka perlu bekerja keras kerana Aiman masih mempunyai empat orang adik. Dia merupakan anak sulung dalam keluarganya. Sejak dua tahun lalu, ibu Aiman terpaksa menggantikan ayahnya sebagai ketua keluarga. Ayah Aiman terbaring sahaja di rumah kerana mengidap penyakit lumpuh. Walaupun begitu, Aiman dan ibunya tidak pernah menyesali nasib mereka. Selain menjaja kuih, ibu Aiman mengambil upah menjahit baju untuk menambah pendapatan. Aiman pula sentiasa ingat akan pesan ibunya supaya jangan boros berbelanja. Dia berazam untuk belajar hingga ke menara gading. Citacitanya adalah untuk mengubah nasib keluarganya.

Ayat dia akan menolong ibunya menjaja kuih di pekan Mereka perlu bekerja keras kerana Aiman masih mempunyai empat orang adik. Selain menjaja kuih, ibu Aiman mengambil upah menjahit baju untuk menambah pendapatan. sentiasa ingat akan pesan ibunya supaya jangan boros berbelanja Dia berazam untuk belajar hingga ke menara gading. Cita-citanya adalah untuk mengubah nasib keluarganya.

Nilai Murni

10 | P a g e

PETIKAN 11 Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Setiap pagi, Murni bangun pada pukul 6.15 pagi untuk pergi ke sekolah. Sebelum mandi, dia akan mengemaskan bilik tidurnya sendiri. Murni akan mandi dan menggosok gigi. Sebelum ke sekolah, Murni akan bersarapan bersama keluarganya. Selepas itu, dia akan bersalaman dengan ibu dan bapanya. Murni tidak lupa membawa bekalan yang disediakan oleh ibunya. Murni berjalan sahaja ke sekolah yang berdekatan dengan rumahnya. Jika dia sampai awal ke sekolah, dia akan membaca buku bersama kawan-kawannya atau pun membantu kawan-kawannya membersihkan bilik darjah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 12
Tulis empat pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Encik Lim seorang pekebun sayur. Setiap hari, dia bekerja dari pagi hingga ke petang di kebunnya. Dia hanya berjalan kaki sahaja ke kebunnya. Katanya, dengan berjalan kaki badannya akan mengeluarkan peluh. Sebab itulah dia sentiasa cergas. Encik Lim menanam sayur seperti kubis, bayam, cili dan kacang panjang. Sayur-sayurannya dijual di pasar yang berhampiran. Ramai orang membeli sayur Encik Lim kerana dia

pandai melayan pelanggan.Lagipun, sayurannya segar dan murah.


Kadang-kadang, dia memberi sayur-sayuran yang tidak habis dijual kepada jiran-jirannya.

11 | P a g e

PETIKAN 13
Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan dengan menggunakan nilai murni yang diberikan di bawah. Sayangi ibu sayangi bapa, Jangan derhaka kepada mereka; Besar jasanya tiada terhingga, Hendak dibalas tiada upaya. Ringan tulang amal sentiasa, Bantu mereka ringankan kerja; Usah biarkan mereka berdua, Berpenat lelah sepanjang masa. Anak yang baik jadi idaman, Ibu dan ayah menaruh harapan; Jasa mereka tiada saingan, Wang berjuta bukan balasan. Hati ibu jangan lukakan, Nanti kita dapat balasan; Hidup mendapat celaan tuhan, Tidakkan berkat usaha kalian.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 14 Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. SejakSS HUTAN MELINTANG, Khamis Tiga orang lelaki ditahan kerana membuang sisa toksik di Sungai Bernam, berhampiran dengan Desa Permai. Mereka dipercayai telah melakukan perbuatan itu berulang kali. Akibat perbuatan tersebut, banyak hidupan akuatik mati. Selain itu, air yang kotor telah memberikan kesan buruk kepada kesihatan penduduk di kawasan ini. Penangkapan ini berjaya dilakukan berdasarkan laporan orang ramai. Rasa tanggungjawab yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat ini dapat menyelesaikan masalah pencemaran sungai yang dilaporkan baru-baru ini. Pihak berkuasa memuji tindakan bijak yang dilakukan oleh penduduk kampung yang prihatin terhadap masalah pencemaran. Sekiranya semua pihak bersikap sedemikian, pihak yang tidak bertanggungjawab tidak akan berani melakukan kesalahan tersebut sewenang-wenangnya. Pihak berkuasa juga berharap agar masalah ini menjadi tanggungjawab bersama-sama.

12 | P a g e

PETIKAN 15

Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan SejakSS Pada suatu hari, Sarbun dan Darus menjala di sebatang sungai. Sudah dua jam mereka menjala tetapi hasil yang diperolehi jauh dari yang diharapkan. Namun mereka tetap menebarkan jala . Sarbun mengharapkan hasil tangkapan untuk dijual bagi membayar yuran anaknya yang sudah sebulan tertunggak. Darus tiba-tiba meminta tolong. Rupa-rupanya dia hampir lemas akibat tergelincir ke dalam sungai. Sarbun bergegas terjun menyelamatkan Darus tanpa menghiraukan jalanya yang sudah berada di dalam air. Bagi Sarbun nyawa lebih penting daripada ikan. Darus berjaya diselamatkan dan mengucapkan terima kasih kepada Sarbun. Sarbun menasihati Darus agar lebih berhati-hati. Meskipun tangkapan mereka tidak seperti yang diharapkan namun mereka bersyukur kerana terselamat dari kemalangan. Mereka percaya bahawa rezeki boleh dicari tetapi keselamatan dan nyawa harus diutamakan dahulu. Zulkifli bangun

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 16
Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. SejakSS Muthu : Leong, mari ikut aku ke sungai. Leong : Ke sungai? Nak buat apa, Muthu? Kamu nak memancingkah? Muthu : Bukannya memancing, Leong. Aku nak ajak kamu berenang. Takkan hari minggu ni kamu nak berehat di rumah saja. Leong : Hmm..., menarik juga cadangan kamu tu, Muthu! Tapi aku tak boleh ikutlah sebab ibu bapa aku tiada di rumah. Aku kena jaga adik-adik aku tu. Muthu : Alamak, lecehlah macam ni! Suruhlah kakak kamu jaga adik-adik kamu tu. Takkan orang lelaki kena jaga adik, Leong. Leong : Aku minta maaflah. Aku memang tak boleh pergi ke sungai tu. Lagipun, bahaya mandi di sungai tu. Takkan kamu dah lupa peristiwa seorang budak lelaki mati lemas semasa mandi di sungai itu bulan lepas. Muthu : Betul juga kata kamu tu, Leong. Terima kasih sebab mengingatkan aku tentang peristiwa itu. Aku balik dululah, Leong. Selamat tinggal. Leong : Selamat jalan.

13 | P a g e

PETIKAN 17
Tulis beberapa nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Sahabatku, Surat saudara tempoh hari telah selamat saya terima. Buat masa ini saya sedang sibuk membuat persiapan menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal menjelma tidak lama lagi. Atas sebab itulah saya lewat membalas surat saudara. Saya berasa sungguh bangga kerana saudara masih lagi mengingati saya sedangkan sudah hampir tiga tahun kita tidak bersua muka. Untuk pengetahuan saudara Chong Wei, keputusan percubaan UPSR saya tidaklah begitu baik. Saya hanya mendapat gred 2A 3B sahaja. Oleh itu, saya perlu meningkatkan lagi usaha agar cita-cita saya untuk mendapat 5A tercapai. Saya juga ingin menyahut cabaran ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan di sekolah. Dalam surat ini juga saya mendoakan saudara akan memperoleh keputusan yang cemerlang. Sama-samalah kita berusaha memajukan diri agar memperolehi keputusan yang cemerlang. Zulkifli bangun

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 18
Tulis beberapa nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Ani mendakap kemas sebuah bungkusan ke dadanya.Esak tangisnya mulai reda. Pilu rasa hatinya tidak terkira apabila jenazah arwah neneknya mula disemadikan di liang lahad. Hati Ani amat berat untuk melepaskan dakapan itu. Ani tidak mahu mensia-siakan harapan neneknya. Bungkusan itu hadiah daripada arwah neneknya. Barangkali isi di dalam bungkusan itu membawa seribu makna bagi diri Ani. Semasa nenek masih ada lagi, nenek selalu memberi nasihat yang berguna kepada Ani. Segala nasihatnya Ani patuhi. Seminggu sebelum nenek meninggal dunia, nenek telah menyerahkan bungkusan itu kepada Ani. Untuk apa bungkusan ini, nek ? tanya Ani. Ani simpan sajalah, tapi Ani mesti berjanji membuka bungkusan ini, bila nenek tidak ada nanti , pesan nenek kepada Ani. Pesanan nenek masih terngiang-ngiang di telinga Ani sehingga kini. Apabila dibuka bungkusan itu, alangkah terkejutnya Ani apabila mendapati sesalinan baju kurung tenunan tangan yang cantik terlipat kemas dalam bungkusan itu. Sekali lagi air mata Ani bergenang di kelopak mata mengenangkan kasih nenek kepada cucunya tanpa berbelah bahagi. Ani bertekad tidak akan mensia-siakan harapan arwah nenek.

14 | P a g e

PETIKAN 19

Tulis beberapa nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan.Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Kehilangan ayahnya meninggalkan kesan dalam hidup Razali. Kini, dia menjalani kehidupan yang amat mencabar sebagai anak yatim. Walau bagaimanapun, dia tetap meneruskan persekolahan kerana itu merupakan amanah arwah ayahnya yang berkehendakkan Razali belajar bersungguhsungguh hingga berjaya. Kejayaan sebenarnya bukan datang bergolek, tetapi perlu ditagih m elalui usaha gigih tanpa mengenal jemu. Razali tidak menjadikan kemiskinan sebagai alasan untuk mengabaikan pelajaran. Demi mencapai kejayaan, dia terpaksa berpisah sementara dengan ibu dan tiga orang adiknya. Dia tinggal di Rumah Anak-anak Yatim Semai Bakti. Dia ingin membuktikan bahawa murid miskin mampu mencapai keputusan akademik yang cemerlang. Hari demi hari Razali berusaha gigih untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti. Dia tidak mahu menghampakan harapan ibunya. Razali bertekad untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang peguam pada suatu hari nanti. Zulkifli bangun

15 | P a g e

PETIKAN 20 Tulis beberapa nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Berikut adalah catatan saya sepanjang hari hujung minggu . Sabtu : 15 Mac 2008 7.15 pagi : Menolong ibu menyediakan sarapan , adik pula mengelap meja, menyusun pinggan dan gelas di atas meja makan.Ibu menyediakan roti bakar , mi goreng dan susu segar . : Bersarapan bersama keluarga. Ayah menanyakan tentang pelajaran saya dan adik. Ayah menasihati kami supaya rajin belajar agar mempunyai masa depan yang cerah. : Bergotong royong membersihkan halaman rumah. Pelbagai tugasan yang kami lakukan untuk memastikan halaman rumah bersih. : Membasuh kasut sekolah dan pakaian seragam sekolah sendiri . Turut menolong adik membasuh kasutnya. : Ayah membantu ibu , aku dan adik bersiar siar di taman rekreasi. Aku bermain bersama kawan kawan manakala ayah dan ibu berbual bual dengan jiran jiran yang turut membawa anak mereka ke situ. : Menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran. Aku mesti rajin mengulang kaji kerana tahun ini aku akan menduduki peperiksaan yang penting iaitu U.P.S.R. Aku berazam untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dan mengikut jejak abangku yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti.

8.30 pagi

9.00 pagi

10.00 pagi

5.00 petang

8.00 malam

Tuliskan nilai murni dalam petak yang disediakan: Ayat Ayah menanyakan tentang pelajaran saya dan adik Bergotong royong membersihkan halaman rumah Membasuh kasut sekolah dan seragam sekolah sendiri Menolong adik membasuh kasutnya Aku bermain bersama kawan kawan Ayah dan ibu berbual bual dengan jiran jiran yang turut membawa anak mereka di situ Aku mesti rajin mengulang kaji kerana tahun ini aku akan menduduki peperiksaan yang penting iaitu U.P.S.R Aku berazam untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dan mengikut jejak abangku yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti.

Nilai murni

16 | P a g e

PETIKAN 21 Tulis beberapa nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. : Hai, Raju dan Ah Seng ! Apa Khabar ? Rindunya aku kat kamu berdua. : Khabar baik. Kami pun rindu kat kau.

Ali Raju dan Ah Seng Ali

: Raju , apa yang kamu buat masa cuti tempoh hari ? Tak nampak batang hidung pun . : Tak ke mana-mana. Aku terpaksa menolong ayah aku kat kedai runcitnya. Dua orang pekerja ayah aku bercuti. Seronok juga sekali-sekali menolong ayah. : Aku pula hanya duduk di rumah, mengulang kaji pelajaran dan melayari internet untuk mencari maklumat tambahan. Raju, aku rasa kau mesti dapat upah. : Dapat. Kau tau, ayah beri aku RM 150.00 sebagai upah. : Banyaknya. Apa kau buat dengan duit tu? : Aku simpan di dalam tabung. Cukup bulan aku nak simpan di dalam bank. Jika ada kecemasan, bolehlah aku gunakan duit simpanan tu. : Bagus. Kau memang bijak. : Eh, loceng dah berbunyi! Mari kita masuk ke kelas.

Raju

Ah Seng

Raju Ali Raju

Ah Seng Ali

17 | P a g e

PETIKAN 22 Tulis beberapa nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. 34 A, Block C , Asrama Putera, SMJK Chung Huah, 31907 Kampar, Perak. 24 Mac 2008. Menemui saudara Chong Wai Loon yang berada di Johor. Semoga sihat sejahtera. Saudara, Apa khabar, Saudara Wai Loon ? Saya di sini juga berada dalam kandungan sihat. Sekarang saya sedang belajar di sekolah berasrama setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2007. Saya berasa gembira kerana impian saya untuk belajar di sekolah asrama telah tercapai. Ada banyak perbezaan belajar di sekolah asrama dengan belajar di sekolah biasa. Di sini semuanya mesti mengikut peraturan. Kami perlu bangun awal . Di sini juga, saya perlu membasuh dan menggosok pakaian sendiri. Saya juga perlu mengemas katil dan membasuh kasut sekolah sendiri. Pada setiap hari Ahad pula, saya dan kawan kawan diwajibkan membersihkan kawasan asrama . Oleh itu, kami dapat belajar di persekitaran yang bersih dan tenang. Di sini, saya perlu rajin belajar dan mengulang kaji pelajaran supaya dapat bersaing dengan pelajar cemerlang yang lain. Kami sentiasa bersaing secara sihat. Sekian sahaja buat kali ini. Terima kasih. Yang benar, Kok Hung Tulis nilai murni dalam petak yang disediakan: Ayat Saya berasa gembira kerana impian saya untuk belajar di sekolah asrama telah berjaya. Di sini semuanya mesti mengikut peraturan Kami perlu bangun awal Di sini juga, saya perlu membasuh dan menggosok pakaian sendiri. Pada setiap hari Ahad pula, saya dan kawan kawan diwajibkan membersihkan kawasan asrama. Saya perlu rajin belajar dan mengulang kaji pelajaran supaya dapat bersaing dengan pelajar cemerlang yang lain. Nilai murni

18 | P a g e

PETIKAN 23 Tulis beberapa nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Pada waktu malam yang sepi, aku membaca buku di dalam bilik tidur. Aku memang suka membaca pada waktu malam kerana suasananya lebih sunyi dan aman. Ketika itu jam menunjukkan tepat pukul dua belas malam. Tiba tiba, aku ternampak seorang pencuri masuk ke dalam rumah jiran. Jiran aku tidak ada di rumah kerana mereka menziarahi saudara mereka yang sedang sakit di kampung. Aku mesti melakukan sesuatu . Aku segera menelefon polis. Aku juga memberitahu ibu dan bapa. Tidak lama kemudian, polis tiba. Pihak polis berjaya menangkap pencuri itu dengan bantuan aku dan bapa. Apabila jiranku dapat tahu tentang kejadian tersebut, mereka mengucapkan terima kasih atas pertolonganku. Aku berasa gembira kerana telah menolong jiran. Tulis pengajaran dalam petak yang disediakan: Ayat Aku memang suka membaca Aku segera menelefon polis. Pihak polis berjaya menangkap pencuri itu dengan bantuan aku dan bapa. Apabila jiranku dapat tahu tentang kejadian tersebut, mereka mengucapakan terima ksih atas pertolonganku.

Nilai murni

19 | P a g e

PETIKAN 24 Tulis empat nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Kok Meng ialah anak tunggal Pak Cik Leong dan Mak Cik Wong. Pak Cik Leong dan isterinya menjaga Kok Meng dengan penuh kasih sayang. Segala permintaannya pasti dipenuhi. Oleh itu, dia menjadi seorang budak yang nakal . Dia selalu mencuri buah buahan dari dusun orang kampung. Orang kampung amat marah dan telah memberitahu hal itu kepada ibu bapanya. Ibu Kok Meng berasa sangat sedih . Ibu Kok Meng sering menasihatinya tetapi dia tidak mengendahkannya.

Pada suatu hari , Kok Meng telah terjatuh dari pokok . Dia telah mengalami cedera parah. Beberapa orang penduduk kampung segera membantunya dengan menghantar Kok Meng ke hospital. Kakinya patah dan dia terpaksa tinggal di hospital selama dua bulan. Barulah Kok Meng berasa insaf. Dia segera meminta maaf dan mengakui kesalahannya itu. Dia berjanji tidak akan berbuat nakal lagi.

Tuliskan pengajaran dalam petak yang disediakan: Ayat Pak Cik Leong dan isterinya menjaga Kok Meng dengan penuh kasih sayang. Ibu Kok Meng sering menasihatinya tetapi dia tidak mengendahkannya Beberapa orang kampung segera membantunya dengan menghantarnya ke hospital Dia segera meminta maaf dan mengakui kesalahan. Nilai murni

20 | P a g e

PETIKAN 25 Tulis beberapa nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Hari ini hari jadi ibu Mei Ling. Mei Ling hendak menghadiahkan sesuatu hadiah kepada ibunya yang tercinta . Baru Mei Ling teringat bahawa dia ada menyimpan duit belanja sekolahnya. Setiap hari dia akan menggunakan sebahagian duit belanjanya untuk membeli makanan di kantin dan sebahagian lagi disimpannya di dalam tabung. Mei Ling segera membuka tabungnya. Dia telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM30.00. Dia segera ke kedai. Dia telah membeli sebuah dompet untuk ibunya. Apabila tiba di rumah, dia segera memberi hadiah tersebut sambil mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada ibunya. Ibu Mei Ling kelihatan sungguh gembira dan mengucapkan terima kasih atas pemberian tersebut. Dia berasa bangga mempunyai anak sebaik Mei Ling

Tuliskan nilai murni dalam petak yang disediakan: Ayat Mei Ling hendak menghadiahkan sesuatu hadiah kepada ibunya yang tercinta. Dia telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM 30.00. Dia akan menggunakan sebahagian duit belanjanya untuk membeli makanan dan sebahagian lagi disimpannya di dalam tabung. Ibu Mei Ling kelihatan gembira dan mengucapkan terima kasih atas pemberian tersebut. Dia berasa bangga mempunyai anak sebaik Mei Ling.

Nilai murni

21 | P a g e

PETIKAN 26 Tulis beberapa nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Kring ! Loceng rehat telah berbunyi. Lalita berjalan ke kantin sekolah. Di situ, kawan kawannya telah sedia menunggu. Lalita segera mengeluarkan beberapa biji oren yang dibawanya. Dia membahagikan oren oren itu kepada kawan kawannya. Mereka mengupas kulit oren itu lalu membuang kulit oren itu ke lantai. Perbuatan mereka telah ditegur oleh seorang pengawas yang bertugas. Pengawas itu menyuruh mereka mengutip kulit oren itu dan membuangkannya ke dalam tong sampah. Walaupun pengawas itu ialah kawan Lalita tetapi dia tegas dalam menjalankan tugasnya. Apabila loceng berbunyi, Lalita segera masuk ke kelas untuk meneruskan pelajarannya. Sementara menunggu guru masuk ke kelas, Lalita membaca buku. Ayat Dia membahagikan oren-oren itu kepada kawankawannya. Mereka mengupas kulit oren itu lalu membuang kulit oren ke lantai. Penggawas itu menyuruh mereka mengutip kulit oren itu dan membuangkannya ke dalam tong sampah. Walaupun pengawas itu kawan Lalita tetapi dia tegas dalam menjalankan tugas. Sementara menunggu guru masuk ke kelas, Lalita membaca buku Nilai murni

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 27 Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada pantun di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak melebihi 40 patah perkataan. Sungguh manis rasanya duku, Dibeli ayah di pekan sehari; Rajin rajinlah membaca buku, Supaya senang kemudian hari. Makan roti berintikan kaya, Kaya dibuat daripada kelapa ; Sesiapa berusaha pasti berjaya, Cita cita tercapai hidup bahagia.

Beli karipap di kedai Pak Ali, Rasanya sedap pedas sekali: Nasihat ibu hendaklah ditaati,

Minum air kelapa kerana dahaga , Air kelapa muda enak tak terkata; Masa itu sungguh berharga,

22 | P a g e

Ajaran guru hendaklah diingati. PETIKAN 28

Gunakanlah sebaik baiknya.

Tulis empat nilai / pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan / puisi /pantun /syair di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang 40 patah pekataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan dengan nilai murni yang diberikan.

Setiap petang , Encik Samy akan berjoging bersama anak-anaknya. Mereka berjoging di taman rekreasi yang berhampiran dengan rumahnya. Encik Samy gemar menghabiskan masa lapangnya dengan anak-anaknya kerana dia selalu sibuk di pejabat. Selain itu , keadaan taman yang bersih dan nyamanmembuat mereka berasa selesa Beriadah di situ. Di sana segala kemudahan telah disediakan tandas awam, telefon awam , tong sampah , kawasan permainan kanak-kanak pondok rehat dan sebagainya dijaga dengan rapi. Di samping itu , pihak pengurusan taman juga menanam pokok-pokok bunga yang cantik dan segar untuk menghijaukan persekitaran taman. Pengunjungpengunjung yang datang juga sentiasa memastikan kawasan taman itu bersih dengan membuang sampah di tempat yang disediakan. Oleh sebab itu , semakin hari ramai pengunjung yang datang beriadah di situ .

PETIKAN 29 Tulis empat nilai / pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan / puisi /pantun /syair di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. 5 Jun 2007 Jam 7.00 pagi Pertama kali aku bercuti di rumah datukku di sebuah perkampungan nelayan . Pada waktu pagi , aku berpeluang mengikut datuk pergi ke laut. Kulihat kehidupan nelayan begitu susah sekali. , tetapi mereka tidak pernah merungut . Laut yang bergelora tidak mematahkan semangat mereka untuk mencari rezeki. Jam 11.00 pagi Kami balik ke jeti. Aku lihat penduduk kampung mengangkat hasil tangkapan mereka bersama-sama. Aku yang baru berkenalan dengan mereka turut sama menolong . Mereka melayan aku dengan mesra sekali. Jam 12.30 tengah hari Aku melihat penduduk kampung membuat sotong kering. Ternyata mereka pandai mempelbagaikan hasil tangkapan. Bukan sahaja menjual ikan kepada peraih dan pelanggan. Mereka juga berusaha untuk mencari pendapatan yang lebih. Jam 4.30 petang Aku duduk termenung di tepi pantai . Perasaan terharu terbit di dalam hati apabila melihat para nelayan yang tabah menghadapi kehidupan mereka yang tidak menentu. Seharusnya aku yang dilahirkan dalam kemewahan ini mencontohi sikap mereka itu.

23 | P a g e

PETIKAN 30 Tulis empat nilai / pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan / puisi /pantun /syair di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang 40 patah pekataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan dengan nilai murni yang diberikan.

Raju merupakan anak tunggal dalam sebuah keluarga yang kaya di sebuah kampung. Dia dijaga oleh kedua-dua ibu bapanya dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh . Kehidupannya sentiasa dilimpahi kesenangan dan kemewahan. Ini menjadikan Raju seorang yang sombong dan tidak mahu berkawan dengan orang miskin. Muthu pula seorang murid yang miskin tetapi bijak. Walupun miskin Muthu terus berusaha belajar bersungguh-sungguh. Muthu selalu mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Raju sangat iri hati dengan kejayaan yang dicapaikan oleh Muthu. Raju selalu mengutuk dan membuli Muthu . Namun begitu, Muthu tetap bersabar dengan sikap dengan Raju. Suatu hari , Raju ditimpa kemalangan jalan raya semasa menunggang basikal. Muthu ternampak kejadian itu , lalu terus menolong Raju. Tindakan pantas Muthu itu telah menyelamatkan Raju . Raju berasa insaf dan menyesal atas perbuatannya selama ini. Oleh itu Raju memohon maaf kepada Muthu . Kini mereka menjadi sahabat yang akrab.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 31 Tulis empat nilai / pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan / puisi /pantun /syair di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang 40 patah pekataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan dengan nilai murni yang diberikan.

Semasa abang pergi ke sekolah , adik telah mesuk ke bilik abang. Adik bermainmain di situ. Ketika asyik bermain, tiba-tiba adik ternampak sebuah piala kepunyaan abang yang diperbuat daripada kaca. Piala itu pemberian pihak sekolah atas kejayaan abang sebagai olahragawan. Adik terus mengambil piala itu. Saya telah melarang adik supaya tidak mengusik piala itu, tetapi adik tidak menghiraukannya. Tiba-tiba , piala itu terlucut daripada tangan adik. Piala itu terlepas ke lantai lalu pecah. Saya terusmemberitahu ayah tentang kejadian tersebut. Ayah memarahi adik kerana tidak mendengar nasihat saya. Sebelah petang ,abang pulang dari sekolah . Abang sungguh sedih apabila mengetahuipiala kesayangan telah pecah berderai. Adik meminta maaf dan berjanji tidak mengusik barang-barang kepunyaan abang lagi. Abang telah memaafkan dan menasihati adik agar tidak mengambil barang kepunyaan orang tanpa kebenaran.

24 | P a g e

PETIKAN 32 Tulis empat nilai / pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan / puisi /pantun /syair di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang 40 patah pekataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan dengan nilai murni yang diberikan.

Ah Kau dan Azlan hendak pulang ke rumah mereka selepas selesai waktu persekolahan. Semasa mereka berada di pondok diperhentian bas, mereka dapati seorang tua mengalami sesak nafas. Ah Kau dan Azlan segera bertindak membantu pak cik itu. Mereka mendapatkan bantuan daripada seseorang. Seorang pemuda sudi menghantar pak cik itu ke sebuah hospital yang berhampiran. Encik Fadhil , Ah Kau dan Azlan tiba di wad kecemasan di sebuah hospital. Selepas mendapat rawatan , pak cik itu pulih daripada sakit yang dialaminya. Dia berasa terhutang budi kepada Encik Fadhil , Ah Kau dan Azlan . Dia terharu sehingga mengalirkan air mata kerana mengenangkan sikap ambil berat dan budi baik mereka terhadapnya. Dia mengucapkan terima kasih kepada Encik Fadhil , Ah Kau dan Azlan . Dia mempelawa mereka berkunjung ke rumahnya pada bila-bila masa.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 33 Tulis empat nilai / pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan / puisi /pantun /syair di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang 40 patah pekataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan dengan nilai murni yang diberikan.

Hari ini hari Ahad, Siew Ling membantu ibunya mengemas ruang tamu rumahnya. Dia menggunakan penyapu bulu ayam untuk membersihkan habuk-habuk yang terdapat pada perabut di ruang tamu rumahnya. Siew Ling menggunakan kain lembap untuk mencuci cermin tingkap dan cermin pintu ruang tamu rumahnya supaya nampak bersih dan bercahaya. Selepas itu , Siew Ling menyusun barang-barang perhiasan di dalam almari. Dia melakukan kerja itu dengan cermat dan berhati-hati. Barang-barang perhiasan itu kebanyakannya merupakan cenderamata yang diberikan kepada ayah dan ibunya. Akhirnya , Siew Ling meletakkan jambangan bunga yang telah digubahnya di atas meja supaya ruang tamu rumahnya kelihatan lebih ceria.

25 | P a g e

PETIKAN 34 Lengkapkan jadual dengan nilai murni yang sesuai berdasarkan pernyataan yang di beri. Tulis empat nilai / pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan / puisi /pantun /syair di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Setiap hari Sabtu , Chua tidak pergi ke sekolah. Selepas bersarapan pagi , Chua mengambil kasut sekolahnya di rak kasut. Dia hendak membasuh kasut sekolahnya . Dia tidak mengharapkan ibunya membasuh kasutnya kerana ibunya sibuk menguruskan kerja-kerja rumah. Chua membawa kasutnya ke bilik air. Dia menadah air di dalam baldi. Apabila penuh , Chua segera menutup paip air itu . Dia membasuh kasutnya menggunakan sabun sehingga bersih. Selepas itu , dia membilas kasutnya. Sebelum menjemur kasutnya , Chua membersihkan air sabun di dalam bilik air itu dengan menyiramnya dengan air bersih supaya tidak licin.

PETIKAN 35 Tulis empat nilai / pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan / puisi /pantun /syair di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang 40 patah pekataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan dengan nilai murni yang diberikan.

Apa lagi yang mampu kubuat untuk menampung perbelanjaan sekolahku dan adik-adikku. Aku pasti menolong ibu menjual nasi lemaknya setiap pagi sebelum ke sekolah. Pada waktu malam pula aku membantu ayah menguruskankan warung kecilnya di hujung kampung. Setiap hujung minggu pula, aku dan ibu mengambil upah mengemas rumah orang kaya Pak Samad. Pada masa cuti sekolah , aku tidak seperti kawan-kawanku yang lain. Aku dan adik-adikku akan menolong ayah dan ibu berniaga di warung dari subuh hingg dinihari. Hasil perniagaan ayah dan ibu inilah yang mampu membuatkan aku dan adik-adik ke sekolah. Walaupun di sekolah aku sering tertidur, tapi itulah yang terpaksa kulakukan demi masa depanku ini. Harapan ayah dan ibu terhadapku menggunung tinggi. Mereka berharap agar aku berjaya membela nasib keluarga terutama menjadi pendorong dan contoh kepada adik-adikku . Aku akan memastikan cita-citaku untuk menjadi seorang doktor tercapai pada suatu hari nanti. Tekad dan azamku semakin kental sekental semangat ayah yang membuka warungnya setiap hari.

26 | P a g e

PETIKAN 36 Tulis empat nilai / pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan / puisi /pantun /syair di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang 40 patah pekataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan dengan nilai murni yang diberikan.

Kehidupan Loh sekeluarga sangat susah . Ibu bapanya telah meninggal dunia sejak dia kecil lagi. Loh mengambil alih tanggungjawab menyara keluarganya. Loh membantu kakaknya menjaja kuih setiap hari. Walaupun Loh sibuk menbantu kakaknya , namun dia tidak pernah lupa akan pelajarannya. Loh rajin mengulangkaji pelajaran . Loh juga suka membantu rakanrakannya yang lemah dalam pelajaran. Kesuahan hidup Loh telah diceritakan kepada guru besar.Pihak sekolah mengadakan kutipan derma bagi meringankan beban Loh dan keuarganya. Loh dan keluraganya mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi membantu mereka.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 37 Lengkapkan jadual dengan nilai murni yang sesuai berdasarkan pernyataan yang di beri. Tulis empat nilai / pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan / puisi /pantun /syair di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pada hujung minggu lalu, Encik Erik telah membawa keluarganya berkelah di tepi pantai. Sesampainya mereka di kawasan perkelahan, dia dan isterinya , Puan Susan mengeluarkan barang-barang dari dalam kereta. Anaknya Juliet dan John juga membantu mengeluarkan barang-barang. Mereka membentangkan tikar dan menghidangkan makanan. Setelah itu , mereka makan dengan tertib. Juliet dan John sentiasa ingat akan pesanan ayahnya agar tidak gelojoh ketika makan . Encik Erik dan isterinya turut beramah mesra dengan keluarga lain yang berkelah di situ. Suasana di pantai itu sungguh menyenangkan. Selepas makan , mereka bersiap untuk mandi . Semasa mereka mandi, mereka terdengar jeritan meminta tolong. Mereka ternampak seorang budak perempuan sedang terkapai-kapai di tengah laut. Encik Erik segera menyelamatkan budak perempuan itu. Akhirnya budak perempuan itu berjaya diselamatkan . Pada waktu petang , Encik Erik dan keluarganya berkemas untuk pulang. Mereka

27 | P a g e

membersihkankan tapak perkelahan dan membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.

PETIKAN 38 Tulis empat nilai / pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan / puisi /pantun /syair di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang 40 patah pekataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan dengan nilai murni yang diberikan.

Pada minggu lepas , kami sekeluarga telah bergotong-royong membersihkan rumah. Ayah telah membahagi-bahagikan tugas kepada setiap orang. Saya dan adik ditugaskan untuk membersihkan halaman rumah. Manakala kakak ditugaskan membantu ibu di bahagian dalam rumah. Ayah dan abang pula bertugas membersihkan longkang. Kami memulakan kerja masing-masing pada pikul 8.00 pagi. Sesekali , kami berhenti seketika dan menyambung kerja kami kembali. Menjelang tengah hari , semua kerja selesai. Ibu dan kakak menyediakan hidangan tengah hari. Kami makan bersama-sama dengan berselera sekali. Ayah sangat gembira dan berpuas hati dengan kerja-kerja kami. Ayah mengucapkan terima kasih dan memuji sikap kami. .

PETIKAN 39 Tulis empat nilai / pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan / puisi /pantun /syair di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang 40 patah pekataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan dengan nilai murni yang diberikan.

28 | P a g e

Kelas Enam Bestari agak bising sementara menunggu kedatangan Cikgu Malik. Cikgu Malik guru Matematik . Sebagai ketua kelas , Siva meminta rakan-rakanya agar duduk ditempat masing-masing dan menyiapkan kerja yang diberi oleh guru sebentar tadi. Namun , rakan-rakannya tidak mendengar kata malahan suasana kelas semakin riuh-rendah. Suasana bertambah kecoh apabila Muzafar menjerit kesakitan. Rupa-rupanya Muzafar telah terjatuh dari kerusi. Shafie terus meluru ke arah Muzafar lalu menenangkan Muzafar yang mengerangkan kesakitan. Siva terus menari Cikgu Malik untuk mendapatkan pertolongan .Ah Keong pula meminta semua rakan agar duduk di tempat masing-masing dan tidak bising. Apabila cikgu Malik sampai , beliau meminta beberapa orang murid mengangkat Muzafar dan membawanya ke bilik guru. Muzafar pulih kembali setelah menerima rawatan daripada beberapa orang guru. Muzafar mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan kelasnya yang telah membantunya sebentar tadi.

PETIKAN 40 Tulis empat nilai / pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan / puisi /pantun /syair di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang 40 patah pekataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan dengan nilai murni yang diberikan.

Anuar baru pulang dari sekolah selepas menghadiri latihan bola sepak. Dia terjumpa sebuah dompet. Dia lihat dompet itu tabah seolah-olah mengandungi wang yang banyak. Dia segera membuka dompet itu untuk mengetahui siapa pemiliknya. TIba-tiba Izman datang. Anuar pun menceritakan tentang dompet yang dia jumpa kepada Izman. Izman menyuruh Anuar mengambil wang itu untuk membeli kasut bola yang mereka idam-idamkan selama ini. Pada mulanya Anuar bersetuju dengan cadangan Izman. Tiba-tiba Anuar teringat pesanan ibu bapanya agar tidak mengambil barang kepunyaan orang lain. Anuar menasihati Izman agar tidak melakukan perbuatan yang salah itu. Izman akur dan menyesal atas sikapnya sebentar tadi. Akhirnya , Anuar dan Izman menyerahkan dompet tersebut kepada pihak polis. Pihak polis mengucapkan terima kasih dan memuji tindakan Anuar dan Izman.

PETIKAN 41 Lengkapkan jadual dengan nilai murni yang sesuai berdasarkan pernyataan yang di beri. Tulis empat nilai / pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan / puisi /pantun /syair di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

29 | P a g e

Aku dan abang pulang ke rumah selepas membeli barang-barang yang dipesan oleh ibu.Tiba-tiba kami ternampak asap berkepul-kepul dari kawasan perumahan. Tanpa membuang masa , aku dan abang segera menuggang basikal dengan laju menuju ke arah asap itu. Abang segera menuju ke pondok telefon untuk menghubungi bomba dan ambulans. Aku menjerit meminta tolong daripada orang kampung yang tinggal berhampiran dengan rumah terbakar itu. Kemudian, aku dan abang menolong orang ramai memadamkan kebakaran itu daripada merebak ke rumah lain. Aku cuba mengeluarkan barang-barang , namun hampa kerana api begitu marak. Aku memujuk anak penghuni rumah yang terbakar agar jangan menangis. Aku bersa lega apabila mendengar siren bomba dan ambulans. Pihak bomba mencuba sedaya upaya memadamkan kebakaran tersebut. Kami mengikut arahan pihak bomba agar tidak mendekati rumah yang terbakar itu. Akhirnya kebakaran itu dapat dipadamkan. Pihak bomba dan tuan rumah mengucapkan terima kasih kepada kami berdua kerana cepat bertindak . Aku berasa bangga dan bersyukur kerana kebakaran itu dapat dipadamkan.

PETIKAN 42 Tulis empat nilai / pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan / puisi /pantun /syair di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang 40 patah pekataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan dengan nilai murni yang diberikan.

Hassan merupakan bendahari Kelab Kebudayaan dan Kesenian sekolahnya. Dia menjalankan tugasnya dengan baik. Hassan tinggal bersama-sama dengan ibunya yang sakit. Dia menjaga ibunya dengan baik. Hassan tidak mempunyai wang untuk membiayai kos rawatan ibunya. Dia teringat akan wang tabung Kelab Kebudayaan dan Kesenian yang berjumlah RM 1000.00. Namun , dia tidak sanggup mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh guru dan kawan-kawannya. Akhirnya dia telah berjumpa dengan guru besar dan meminta bantuan daripada beliau. Pihak sekolah telah mengumpulkan wang untuk membiayai rawatan ibu Hassan.

PETIKAN 43 Tulis empat nilai / pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan / puisi /pantun /syair di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang 40 patah pekataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan dengan nilai murni yang diberikan.

30 | P a g e

IBU Ibu , Kau melahirkan dan mendidikku, Daripada kecil hingga dewasa , Tanpa pernah jemu , Tanpa pernah terdetik di hatimu , Rasa bosan , rasa benci. Ayah, Kudrat dan kesungguhanmu, Membuatkan aku mengenal erti hidup, Kau tempat aku bermanja, Kau membuat aku gembira, Kau bersamaku kala suka, kala duka. Ibu , ayah , Kini aku mengerti, Betapa segala kepayahan , dan kasih sayangmu, Telah mendewasakanku, Janjiku ayah , ibu, Kau tetap permata hatiku.

PETIKAN 44 Tulis empat nilai / pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan / puisi /pantun /syair di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang 40 patah pekataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan dengan nilai murni yang diberikan. CIKGUKU Cikguku , Mendidikku dan mengajarku, Menjadi aku manusia yang sempurna Cikguku, Peribadimu, mukamu memikat hatiku, Bicara lembutmu menambat hatiku, Senyuman manismu mendamba hatiku, Kerana kau adalah idolaku. Cikguku, Kau tetap melayanku, Kau tetap mendengar keluhanku, Untuk aku menjadi insan berjaya, Untuk aku menjadi insan berguna, Kerana kau adalah idolaku. Cikguku, Setiap tuturmu kudengar, Setiap nasihatmu kupatuhi, Untuk aku berilmu pengetahuan,

31 | P a g e

Untuk aku dewasa dan berjaya. Cikguku, Setiap didikan dan bicaramu, Menjadi memori terindah hidupku, Terima kasih atas pengorbananmu, Menjadi azimat untuk aku berjaya.

PETIKAN 45 Tulis empat nilai / pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan / puisi /pantun /syair di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang 40 patah pekataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan dengan nilai murni yang diberikan.

32 | P a g e

IBU dan AYAH Dengarlah kawan suatu cerita, Kisah hidup dalam keluarga, Ibu dan ayah menjaga kita , Dari kecil hingga dewasa. Berhati-hati dijaganya kita, Ketika sakit mereka berjaga, Jasa mereka tidak dapat dikira, Sepanjang hayat dikenang sentiasa. Ibu mengasuh penuh manja, Mengajar, mendidik hingga berjaya, Jangan biarkan ibu menderita, Apabila tua iu perlu dijaga. Ayah bekerja mencari harta, Memperoleh rezeki untuk keluarga, Pengorbanan ayah besar ertinya, Demi kebahagiaan keluarga tercinta.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------PETIKAN 46 Lengkapkan jadual dengan nilai murni yang sesuai berdasarkan pernyataan yang di beri. Tulis empat nilai / pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan / puisi /pantun /syair di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pada zaman dahulu , ada seekor ular sawa di dalam sebuah tasik. Ular sawa itu ditugaskan sebagai penjaga tasik.Terdapat pelbagai jenis ikan di dalam tasik itu. Penduduk kampung yang berhampiran tidak berani untuk menangkap ikan kerana takut akan bisa ular sawa itu. Biasanya dikatakan boleh membawa maut selepas terkena patukan di kaki. Pada suatu hari , ada seorang pemuda yang tidak mengetahui tentang ular sawa itu telah pergi menangkap ikan di situ. Ular sawa itu sangat marah lalu mematuk kaki pemuda itu. Pemuda itu mati. Kematian pemuda itu menggemparkan seluruh kampung. Pada ketika itu, ada seekor gagak yang simpati akan nasib pemuda itu. Gagak telah menipu ular sawa. Gagak memberitahu ular sawa bahawa kampung itu berpesta kerana pemuda itu selamat dan membawa hasil tangkapan yang banyak. Ular sawa itu berasa kecewa dan sedih kerana menyangka dirinya tidak berbisa lagi. Oleh itu , ular sawa telah memuntahkan semua bisanya.

PETIKAN 47

33 | P a g e

Tulis empat nilai / pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan / puisi /pantun /syair di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Sungguh tinggi sipohon ara, Mari ditanam di tepi kota ; Hidup ini sementara sahaja, Jadilah insan yang berjasa. Mendayung sampan ke Tanjung Aru , Bayu bertiup menderu-deru; Jangan kita melawan guru, Hidup tidak berkat menyesal selalu. Pergi ke kedai bersama bonda , Membeli cuka bersama halia; Menuntut ilmu sepanjang masa, Kelak dirimu di pandang mulia.

Tinggi sungguh hajat saudara , Burung terbang dipipiskan lada; Walaupun di mana kita berada, Negara sendiri tetap dipuja. Berjalan malam membawa pelita, Pelita disangkut di pohon angsana; Alam sekitar perlu dijaga , Barulah hidup sihat sejahtera.

34 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai