Anda di halaman 1dari 3

Pendidikan Moral Tingkatan 1 Bulatkan pilihan jawapan yang betul. 1. Kasih sayang membawa maksud ________________. A.

Perasaan belas kasihan orang yang disayangi. B. Perasaan menghargai dan memuliakan hubungan dengan masyarakat. C. Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. D. Perasaan memerlukan antara satu sama lain untuk meneruskan kelangsungan hidup. 2. Kita harus mengamalkan sikap sederhana dalam _______________. A. Pertuturan dan perlakuan. B. Pemikiran dan tindakan. C. Tindakan, pemikiran, dan perlakuan. D. Perlakuan, pemikiran, tindakan, dan pertuturan. 3. Kasih sayang terhadap keluarga bermaksud mempunyai ____________. A. Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam yang lahir dari hati yang ikhlas dan suci. B. Berkasih sayang dengan penuh kemesraan dan hormat-menghormati antara satu dengan yang lain. C. Meluahkan perasaan kasih kepada orang yang disayangi tanpa rasa segan. D. Mencurahkan kasih dan sayang kepada orang yang berhati ikhlas dan jujur. 4. Kita harus melakukan tugas yang diberikan kepada kita secara _____________. A. Berterusan. C. Berbelah bahagi. B. Pecah amanah. D. Jujur dan sempurna. 5. Alam semesta dicipta oleh ______________. A. Tuhan. C. Manusia. B. Haiwan. D. Makhluk asing. 6. Setiap orang harus mempunyai hala hidup yang positif agar ___________. A. Kehidupan dapat dikongsi bersama bersama orang lain. B. Kehidupan menjadi lebih bermakna. C. Kehidupan akan dipenuhi kegembiraan. D. Kehidupan dapat dihayati sepenuhnya. 7. Setiap manusia harus mempunyai sikap ___________. A. Meyakini kebersihan alam sekitar. B. Menyayangi dan menghargai alam sekitar. C. Bertolak ansur terhadap isu-isu alam sekitar. D. Menghargai alam sekitar selepas diberikan amaran. 8. Tanggungjawab terhadap keluarga bermaksud _____________. A. Sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri tanpa mengharapkan orang lain B. Mengemaskan bilik tidur sendiri dan bilik tidur ahli keluarga yang lain C. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab terhadap keluarga dengan penuh ikhlas dan kasih sayang D. Melakukan tugas apabila disuruh oleh ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.
Clara dilahirkan dengan empat jari sahaja pada sebelah tangannya. Dia berasa malu untuk bergaul dengan sesiapa sahaja.

9.

Apakah yang patut Clara lakukan? A. Menerima dirinya walaupun cacat. B. Memarahi ibunya kerana dilahirkan cacat.

C. Menyembunyikan dirinya di rumah. D. Menunjuk-nunjuk kekurangan pada dirinya. 10. Apakah kepentingan mengekalkan hutan kita? A. Hutan adalah tempat tinggal manusia. B. Hutan berperanan mengekalkan keseimbangan ekologi. C. Hutan adalah tempat berteduh. D. Hutan pembekal kayu untuk pembalakan. Jawab soalan-soalan yang di bawah. 1. Berikan definisi bagi nilai-nilai di bawah. a. Mengekalkan tradisi kekeluargaan

b. menyayangi dan menghargai alam sekitar

c. kesederhanaan

d. hormat dan taat kepada anggota keluarga

e. keharmonian antara manusia dengan alam sekitar

2. Nyatakan empat cara anda memelihara maruah diri. i. ii. iii. iv. 3. Nyatakan kebaikan mengamalkan kasih sayang terhadap keluarga. i. ii. iii. iv. ooo000 Selamat Bercuti 00ooo

1. C 6. B

2. D 7. B

Skema Jawapan 3. A 4. D 8. C 9. A

5. A 10. B

1. a. Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga. b. Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem. c. Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan dan perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. d. Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni. e. Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara. 2. - melakukan aktiviti yang berfaedah. - menjaga harga diri - memperbaiki kelemahan diri - mempunyai wawasan hidup (jawapan pelajar yang bersesuaian boleh diterima) 3. - Ahli keluarga hidup harmoni, aman dan bahagia. - Perasaan mementingkan diri sendiri tidak wujud dalam diri anggota keluarga. - Perasaan kasih dan sayang semakin mendalam antara anggota keluarga. - Setiap anggota keluarga hidup bersatu padu. (jawapan pelajar yang bersesuaian boleh diterima)

Anda mungkin juga menyukai