Anda di halaman 1dari 3

KESAN RUMAH HIJAU,

Fenomena rumah hijau bukanlah satu fenomena asing di negara ini . Fenomena ini terjadi kesan daripada
peningkatan suhu bumi yang tidak terkbihi tahap normal . Rumah hijau bolehlah didefinasikan sebagai
rumah kaca yang diperbuat daripada plastic yang membolehkan penanaman yang terlindung dan terkawal .
Haba dari cahaya matahari menembusi struktur luksinar akan memanaskan tumbuh tumbuhan dan tanah di
dalamnya .Fenomena rumah hijau ini bukan sahaja mengancam kehidupan manusia sejagat malahan juga
merosakkan tumbuh tumbuhan di muka bumi ini .

Antara faktor terjadinya fenomena rumah hijau adalah apabila komposisi gas gas seperti karbon dioksida ,
karbon monoksida , dan juga nitrogen dioksida melebihi tahap normal. Apabila suhu gas gas ini meningkat
, molekul molekul yang mempunyai gas gas haba akan memerangkap haba lalu melambatkan proses
pembebasan haba . Menurut APEC gas metana adalah seperti karbon dioksida apabila terperangkapdi dalam
haba di lapisan atmosfera. Disamping itu , penebangan hutan secara tidak terkawal juga mampu
memburukkan lagi fenomena rumah hijau ini . statistic menunjukkan pembersihan hutan telah menyebabkan
pembebasan kira kira 25% karbon dioksida di atmosfera menerusi pembakaran dan penebangan pokok
yang medi mana ia boleh membabitkan 34 juta hektar hutan setiap tahun. Kehilangan hutan tropika sekaligus
menyebabkan pembebasan beratus juta tan karbon dioksida ke atmosfera setiap tahun. Hutan di kawasan
yang beriklim sederhana turut mengalami kemusnahan di mana ia boleh menyerap sebanyak 2 billion tan
karbon dioksida setiap tahun . Sebagai contohnya , kawasan Siberia telah kehilangan hampir 10 juta hektar
hutan setahun akibat daripada aktiviti pembakaran hutan yang tidak terkawal ini .Pembangunan yang tidak
dirancang turut menyumbang kepada permasalahan fenomena rumah hijau ini.
Antara kesan daripadanya berlakunya fenomena rumah hijau ini adalah terjadinya pencairan ais di masa
berlakunya perubahan ais di artik dan antartika. Secara keseluruhannya, benua ini mengandungi lautan artik,

Greeanland, Pulau Baffin, Pulau Kecil Utara, dan bahagian Utara Eropah, Russia, Alaska, dan Kanada. Pada
pertengahan musim sejuk, matahari tidak terbit sehingga suhu turun sehingga -50 darjah. Pada musim panas
pula, kawasan lebih selatan menerima cahaya matahari 24 jam sehari lalu menyebabkan keadaan ais dan
bahagian tanah atas mencair. Ini seterusnya mewujudkan pecahan bongkah ais yang hanyut ke bahagian
utara yang lebih sejuk ke selatan. Kesan yang kedua adalah berlakunya penggurunan. Penggurunan
bermaksud degradasi di tanah yang usang. Penggurunan berlaku apabila terjadinya pertambahan permintaan
populasi dalam penanaman tumbuh tumbuhan dan penternakan haiwan . selain itu, penyalahgunaan tanah
pada musim kemarau yang berterusan akan memburukkan lagi keadaan ini.

Beberapa langkah segera perlu difikirkan bagi mengatasi masalah ini dari terus berlanjutan. Antara langkah
yang difikirkan sesuai bagi mengatasi permasalahan rumah hijau ini adalah dengan melaksanakan pertanian
lestari. Langkah ini dilakukan bagi mengatasi pembebasan gas rumah hijau. Pertanian lestari ini banyak
bergantung kepada bahan semulajadi menggunakan flora dan fauna yang terdapat dalam tanah. Pada tahun
1997, protocol Kyoto telah dirundingkan bertujuan untuk mendesak negara industri untuk mengambil
langkah yang perlu bagi menguragkan pencemaran udara yang akan memburukkan lagi kesan rumah hijau
ini. Masyarakat hari ini juga perlulah mengambil inisiatif untuk mengehadkan penggunaan bahan CFC atau
Kloroflorokarbon buatan manusia yang digunakan dalam peralatan seperti peti sejuk dan bahan bahan
pelarut. Penggunaan CFC secara tidak langsung meningkatkan kadar penyingkiran ozon dan seterusnya
menyebabkan suhu bumi meningkat.
Secara kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam membanteras isu global yang kian
meruncing ini bagi menghalang lebih ramai lagi nyawa manusia menjadi korban. Kita sudan tentulanh
merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaan berasap dan berdebu. Konsep ini
seharusnya diperkembangkan dengan menganggap bumi ini sebagai rumah kita. Diharapkan agar pihak
pihak berwajib mengambil langkah yang sewajarnya bagi melindungi bumi ini dari terus menjadi mangsa
kerakusan manusia yang tidak bertanggunjawab.

Jabatan Alam Sekitar (JAS)


Peranan:

Mentadbir dan menguatkuasa Akta Kualiti Alam Sekitar


Mencegah, mengawal pencemaran, dan mempertingkatkan kualiti alam sekitar dan
undang-undang yang berkaitan dengannya
Menganjurkan program memelihara dan memulihara alam sekitar melalui
pendidikan misalnya, program 'Sekolah Lestari _ Anugerah Alam Sekitar'

Anda mungkin juga menyukai