Anda di halaman 1dari 14

Peningkatan Suhu

Peningkatan suhu akan menyebabkan perubahan iklim yang memberi kesan


langsung terhadap kegiatan pertanian. Kegiatan pertanian banyak bergantung
kepada keadaan cuaca, perubahan musim dan bekalan air yang semuanya
berkaitan dengan iklim. Oleh itu, hasil-hasil pertanian seperti padi, sayur-sayuran,
buah-buahan dan sebagainya akan merosot kerana tidak dapat tumbuh dengan
keadaan yang baik dalam suhu sekeliling yang tinggi (Kartasapoetra, 1986).
Tambahan pula, peningkatan suhu akan menyebabkan peningkatan suhu lautan di
mana aras laut ditingkatkan dengan ketara. Peningkatan aras laut tersebut akan
menyebabkan peningkatan masalah banjir, kerosakan struktur pantai menerusi
hakisan, kemusnahan kawasan berpaya, kemasukan air masin ke dalam sistem
bekalan air minuman di kawasan pantai dan sebagainya (Graves, 1996).
Selain itu, peningkatan suhu juga akan menjejaskan kesihatan manusia terutamanya
penduduk bandar. Contohnya, kemungkinan besar seseorang akan mengalami
tekanan jantung jika tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan suhu
sekeliling terumanya golongan tua mempunyai risiko yang lebih tinggi.
Penyakit-penyakit seperti batuk, selsema dan lain-lain lagi juga mudah tersebar di
dalam keadaan suhu sekeliling yang tinggi. Di samping itu, seseorang akan tidak
bersemangat dan mudah letih jika suhu sekeliling adalah tinggi (Jager, 1983).
Secara amnya, masalah peningkatan suhu adalah berkaitan rapat dengan
aktiviti-aktiviti manusia seperti berikut:
Aktiviti perindustrian
Aktiviti perindustrian di Malaysia telah berkembang dengan pesatnya dan berjaya
menukarkan corak ekonomi dari sektor pertanian kepada sektor perindustrian.
Pelbagai jenis perindustrian telah muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan
pada berpuluh-puluhan tahun ini. Contohnya, industri yang berasaskan kayu,
pemprosesan kelapa sawit, industri tekstil dan sebagainya. Industri-industri tersebut
merupakan industri yang penting kerana telah banyak menyumbang tenaga
terhadap pembangunan negara.
Tetapi yang menyedihkan adalah industri-industri tersebut juga telah membebaskan
pelbagai gas-gas tercemar seperti karbon dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon
reaktif dan lain-lain lagi yang merupakan punca utama peningkatan suhu. Selain itu,
terdapat banyak juga industri yang terlibat dalam pelupusan dan pembakaran
bahan-bahan buangan pepejal dan sampah-sarap yang menyebabkan keadaan
suhu sekeliling bertambah buruk.
Aktiviti pengangkutan.
Secara umumnya, kemudahan sistem pengangkutan adalah canggih pada sesuatu
negara maju. Dengan ini, negara tersebut bercenderung untuk melepaskan
bahan-bahan tercemar seperti karbon dioksida, karbon monoksida yang lebih
banyak melalui alat-alat pengangkutan yang begitu banyak.
Laporan tahunan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk tahun 1996, menunjukkan
bahawa kenderaan bermotor melepaskan 2.4 juta tan karbon monoksida, 458 ribu
tan hidrokarbon, 146 ribu tan nitrogen oksida dan 19,000 tan zarah ke udara setiap
tahun. Selain itu, bilangan pendaftaran kenderaan bermotor di Malaysia pada 1996
adalah lebih kurang tujuh juta di mana hampir 82 peratus daripada pencemaran
disebabkan oleh kenderaan bermotor.
Aktiviti pembasmian hutan
Pokok memainkan peranan yang penting kepada kehidupan kita kerana memberi
khidmat yang tidak ternilai kepada manusia dalam bentuk mengawal iklim, kawasan
tadahan air dan sebagainya. Aktiviti penebangan hutan menyebabkan pelepasan
antara lima hingga sepuluh bilion tan metrik karbon dioksida ke atmosfera setiap
tahun di mana tiga hingga enam bilion tan metrik adalah dari hutan hujan tropika.
Selain itu, pembasmian hutan juga menyebabkan tanah terdedah kepada pancaran
matahari, pengurangan proses fotosintesis yang menyebabkan kandungan udara
tidak seimbang dan proses sejat peluhan terganggu. Kesemua ini akan meyebabkan
peningkatan suhu. Secara keseluruhannya, hampir separuh daripada kesan
peningkatan suhu global adalah akibat daripada pemusnahan tumbuhan hijau itu.
Aktiviti pengeluaran haba
Manusia berupaya mengeluarkan haba antara 100 hingga 300 watt yang bergantung
kepada aktiviti hariannya. Contohnya, seseorang boleh mengeluarkan haba yang
sebanyak 100 watt semasa berahat manakala haba yang sebanyak 300 watt akan
dikeluarkan semasa bekerja. Jika populasi manusia adalah tinggi, maka suhu
sekeliling juga akan bertambah tinggi (Jager, 1983).
Selain itu, isu pembakaran terbuka yang berpunca daripada aktiviti-aktiviti manusia
juga bertambah serius pada beberapa tahun ini. Terdapat banyak jenis gas-gas
tercemar akan dilepaskan daripada pembakaran dan ini akan menyumbang kepada
masalah peningkatan suhu.
Setelah lebih seabad trend pemanasan global dibahaskan, ternyatanya bukan
mudah untuk mengatasi masalah ini yang kian mengancam semua bentuk
kehidupan pada muka bumi, terutamanya manusia. Walaupun hanya menarik dan
menghempus nafas, kita telah pun menyumbang sedikit perubahan kepada suhu
alam sekitar.
KESAN PENINGKATAN SUHU BUMI
Peningkatan suhu bumi dikaitkan dengan perubahan iklim global semakin mendapat
perhatian pelbagai pihak berikutan banyak bencana besar di luar jangkaan melanda
seluruh dunia. Akibat fenomena ini hujan lebat akan turun pada jangka masa yang
agak lama. Hal ini akan menyebabkan banjir yang luar biasa melanda di
kawasan-kawasan tertentu. Banjir besar di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan
baru-baru ini dikaitkan dengan fenomena ini.
Sebaliknya pada masa-masa tertentu kemarau akan berlaku di sesetengah tempat.
Kajian oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendapati kemarau telah
meningkat sebanyak 30% sejak awal tahun 70-an. Kesannya, bekalan air di seluruh
negara pasti akan terjejas. Di Malaysia, Jabatan Meteorologi telah memberi amaran
kepada semua pihak agar bersedia menerima keadaan ini.
Selain itu, berlaku juga peningkatan aras laut yang agak luar biasa. Aras laut dunia
semakin meningkat pada purata satu hingga dua milimeter setahun sepanjang 100
tahun kebelakangan ini. Peningkatan aras laut mengancam kawasan rendah dan
pantai. Para saintis mendapati keadaan yang tidak menentu itu boleh dikaitkan
dengan penghasilan gas rumah hijau seperti karbon dioksida dan metana. Taufan
luar biasa yang berlaku di seluruh dunia kini merupakan akibat gejala ini. Ribut pada
hari ini semakin banyak berlaku dan semakin ganas. Misalnya taufan yang melanda
Filipina, Indonesia dan Amerika Syarikat.
Kesan suhu yang meningkat juga akan menyebabkan fenomena pencairan ais.
Kajian saintis menunjukkan dalam tempoh 30 tahun lebih 259 hektar ais di seluruh
kutub telah hilang. Peningkatan suhu yang mendadak memudahkan wabak penyakit
berbahaya tersebar dengan meluas. Kita melihat penyakit yang dibawa oleh nyamuk
seperti demam denggi semakin meningkat di negara kita. Kesan fenomena cuaca
yang sebegini juga akan menjejaskan psikologi manusia. Jiwa dan emosi manusia
akan mudah tertekan. Hal ini boleh menyebabkan meningkatnya kes jenayah yang
melibatkan perlakuan yang agresif, seperti bunuh, buli dan dera.
PENINGKATAN SUHU SETEMPAT
Peningkatan suhu setempat boleh berlaku akibat aktiviti pemusnahan atau
penebangan hutan yang tidak terkawal. Apabila pokok-pokok ditebang, cahaya
matahari akan terus sampai ke permukaan bumi tanpa ada halangan daripada
tumbuhan-tumbuhan yang rendang. Hal ini akan menyebaban gas karbon dioksida
yang dilepaskan oleh manusia dan haiwan terbebas dan terkumpul di dalam udara
kerana ketiadaan pokok yang berfungsi sebagai penyerap gas karbon dioksida dan
pembebas gas oksigen. Fenomena ini akan menyebabkan kehidupan harian
manusia terjejas kerana tidak selesa dengan cuaca yang terlalu panas.
ISU PEMANASAN GLOBAL APAKAH PUNCA DAN KESANNYA?
4 JUN (SMKPS) Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami
peningkatan suhu yang tinggi berbanding dengan suhu normal. Hal ini menyebabkan
kita terasa panas walau pun pada waktu malam.
Keadaan ini berlaku disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti
penebangan hutan, aktiviti perindustrian, pembakaran terbuka, pelepasan asap
kenderaan, penerokaan hutan untuk aktiviti pembangunan dan lain-lain.
Kesilapan manusia terhadap alam sekitar menyebabkan banyak kesan negatif yang
telah berlaku. Antara yang paling ketara ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara
semakin tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin
mengecil. Selain itu, berlakunya kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir dan
kebakaran manakala kesan kemanusiaan termasuklah kehilangan nyawa dan
kecederaan.
Ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca utama pemanasan
global ialah penipisan lapisan ozon akibat pelepasan gas khususnya
klorofluorokarbon (CFC).
Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai
faktor. Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau
haba, hujan asid dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu
pemanasan global.
Peningkatan Suhu Muka Bumi
Perubahan temperatur sekecil apapun dalam waktu yang lama dapat merubah iklim.
Secara global panas akan naik dan hujan lebih banyak turun karena terjadi lebih
banyak penguapan. Namun disetiap daerah akan mengalami pengaruh yang
berbeda akibat perubahan iklim tersebut yang tentunya akan memberikan akibat
yang berbeda pula. Diantaranya yang terparah adalah :
Peningkatan suhu muka bumi
Naiknya permukaan laut lebih cepat
Gelombang udara panas dan kekeringan yang mengakibatkan berkurangnya
sumber-sumber air
Bencana-bencana alam yang dasyat seperti banjir dan erosi
Meningkatnya potensi terjangkitnya penyakit yang diakibatkan oleh panas dan
menyebarnya penyakit menular yang disebabkan oleh serangga dan tikus di
daerah-daerah yang sebelumnya tidak terdapat penyakit tersebut
Punahnya berbagai hewan dan tumbuhan yang tidak mampu bertahan akibat
perubahan iklim
Perubahan siklus cuaca yang mempengaruhi sektor ekonomi dengan
berubahnya jadwal bercocok tanam terutama di negara-negara berkembang
karena belum tersedianya sarana pengairan yang baik.
Pencegahan dan Penanggulangannya
Periksalah kendaraan anda secara ruting agar dapat bekerja dengan efesien dan
tidak menghasilkan terlalu banyak gas-gas yang berbahaya.
Jika memungkinkan gukakanlah sepeda atau gukakanlah kendaraan bermotor
seperlunya saja.
Matikanlah lampu atau peralatan listrik lainnya jika tidak digunakan. Peralatan ini
mungkin tidak menimbulkan gas rumah kaca, tetapi pembangkit tenaga listriknya
barangkali menggunakan bahan bakar yang menghasilkan gas rumah kaca.
Lakukan daur ulang. Sampah yang tidak didaur ulang akan menumpuk dan
menghasilkan gas metana; ditambah lagi barangbarang yang di daur ulang
membutuhkan energi yang lebih sedikit dalam memproduksinya dari pada
barang-barang yang dibuat dari awal.
Tanamlah pohon atau tanaman lainnya sebisanya, karena pohon dapat
menghirup karbondioksida dan menghasilkan oksigen.
Janganlah membakar sampah, karena akan menghasilkan CO2.
Penyuluhan/sosialisasi tentang akibat pemanasan global
Pendisiplinan kesadarn masyarakat tentang penghijauan
ISU ALAM SEKITAR : PEMANASAN GLOBAL : PUNCA, KESAN, DAN
LANGKAH UNTUK MENGATASI
Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu
yang tinggi berbanding suhu normal. Pemanasan berlaku di seluruh dunia yang
diakibatkan oleh aktiviti manusia seperti penebangan hutan, kegiatan perkilangan
dan industri, permotoran, penerokaan hutan, pembangunan hutan batu dan
pengautan khazanah-khazanah alam sama ada di atas atau di dalam perut bumi.
Kesan saintifik pemanasan global ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin
tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Kesan
material ialah kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran
manakala kesan kemanusiaan termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan.
Sebenarnya, terdapat banyak faktor lain yang mempengaruhi pemanasan alam
sekitar ini.
Ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca utama pemanasan
global ialah nipisnya lapisan ozon yang diakibatkan oleh pelepasan gas khususnya
klorofluorokarbon (CFC). Jika kita prihatin dan sedar, tahun 2005 adalah musim
berlakunya ribut taufan yang sangat aktif. Difahamkan sebanyak 26 kejadian ribut
dan 14 kejadian puting beliung telah berlaku. Buat pertama kali, taufan ganas iaitu
Katrina, Rita dan Wilma terjadi dalam satu musim. Kejadian ribut taufan ini bukan
sahaja melanda Benua Amerika, malahan menyerang juga negara China, Korea,
dan pantai sekitar Laut China Utara. Penduduk di beberapa negara di Afrika yang
lazimnya terkenal sebagai negara panas kerana mempunyai kawasan gurun yang
sangat luas telah menyaksikan salji dalam tempoh 25 tahun.
Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai
faktor. Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau
haba dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global.
Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti
karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera seumpama
pembebasan CFC. Pulau haba pula berlaku apabila pelepasan haba di kawasan
membangun khususnya di bandar-bandar terlalu banyak dan tersekat oleh
bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke
atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar. Kesan dan bahang pemanasan
global juga telah mengganggu sistem cuaca dan iklim di negara kita secara tidak
langsung. Iklim Khatulistiwa dengan panas dan lembap sepanjang tahun telah tidak
berada pada paras yang normal.
Peningkatan Suhu Bumi Akibat Aktivitas Manusia
Pada zaman sekarang tanpa kita sadari aktivitas manusia dapat menyebabkan
peubahan cuaca secara global, sebagai contoh pada saat ini peubahan tersebut
telah berdampak pada emisi gas rumah kaca atau global warming. Glohal warming
adalah peningkatansuhu bumi akibat emisi gas rumah kaca.
Salah satu aktivitas manusia yang menyebabkan peningkatan suhu bumi adalah
pemakaian bahan bakar minyak atau fosil secara berlebihan, bahan bakar minyak
yang sering kita gunakan pada kendaraan bermotor akan meningkatkan suhu bumi,
ini diakibatkan karena kendaraan bermotor menghasilkan gas CO2, gas CO2
tersebut akan mengakibatkan lapisan ozon pada atsmotfer menipis sehingga suhu
pada permukaan bumi akan menigkat, akibat dari meningkatnya suhu dipermukaan
bumi ini yaitu terjadi perubahan cuaca secara global. Sekarang semua
aktifitas manusia yang disadari atau tidak,disengaja ataupun tidak disengaja,namun
ekses yang ditimbulkannya sangat significant .Bumi telah terusik keseimbangan
dan kadar susunan udara di atmosfere , baik karena asap kiriman dari kendaraan
bermotor atau cerobong-cerobong industri di bumi.
Aktivitas manusia lainnya yang menyebabkan peningkatan suhu bumi adalah
penebangan hutan yang berlebihan atau penebang liar, penebangan hutan secara
berlebihan dapat mengakibatkan hutan menjadi gundul sehingga fungsi hutan
sendiri tidak berjalan dengan baik, kita semua tahu fungsi hutan sangat banyak salah
satunya yaitu menyerap gas CO2, tumbuhan yangada dihutan menyerap gas CO2
untuk melakukan fotosintesis, jika hutan yang kita kenal sebagai penyerap gas CO2
ini gundul maka terjadilah pencemaran udara serta menipisnya lapisan ozon akibat
dari emisi gas CO2 tersebut, padahal fungsi hutan sendiri sangat berperan untuk
mengurangi gas CO2 yang dihasilkan oleh manusia sendiri. Selain hutan yang
gundul dapat menigkatkan suhu bumi hutan gundul juga dapat mengakibatkan tanah
longsor dan banjir.
Peningkatan suhu bumi juga mempengaruhi komposisi dan dinamika suhu udara
yang sulit diprediksikan menyebabkan terjadi bermacam angin kencang yang
menggerakkan gelombang laut yang tinggi,sehingga menakuti para nelayan
tradisional untuk menggantungkan hidupnya di laut.Daalam konteks ini berbagai
aspek sosial masyarakat turut mengalami dampaknya,yang bisa menimbulkan juga
berbagai penyakit karena terhisap toksin dari arah yang tidak terduga.Musim
kemarau diberbagai tempat,lahan-lahan dibuka dan dibakar untuk llahan garapan
para kapitalis lokal dan asing. Hal semua itu diakabatkan oleh aktivitas manusia
yang tak terkendali dan akan merugikan menusia itu sendiri.
Masih ada waktu untuk memperbaiki bumi kita yang tela rusak akibat dari aktivitas
manusia yang tak terkendali. Memperbaiki bumi kita mulailah dari hal kecil seperti
mengurangi pemakain kendaraan bermotor yang mengahasilkan gas CO2 dan
melakukan penanam kembali terhadap hutan yang gundul agar fungsi hutan sebagai
penyerap gas CO2 dapat kembali stabil sehingga dapat mengurangi emisi gas CO2
sehingga bumi kita dan lingkungan yang kita tempati saat ini dapat lestari dan indah
seperti dahulu sehingga anak cucu kita dapat merasakan indahnya lingkungan dan
bumi kita tapa harus mengkhawatirkan peningkatan suhu globl atau global warming.
Fenomena cuaca & iklim akibat aktiviti manusia
Kesan Rumah Hijau
Kesan rumah hijau merupakan satu fenomena yang berlaku kerana pencemaran
udara berlaku kerana pemerangkapan haba oleh gas-gas rumah hijau. Antara
beberapa jenis gas rumah hijau yang biasa didapati ialah karbon dioksida, sulfur
dioksida dan oksida nitrogen.
Sejarah kesan rumah hijau bermula pada zaman Revolusi Perindustrian. Pada
zaman inilah manusia mula menggunakan bahan api fosil secara meluas
menyebabkan kandungan karbon dioksida bertambah. Gas-gas ini akan bertindak
seperti selimut yang membenarkan haba masuk kemudian akan memerangkap haba
ini dan haba yang terperangkap inilah yang akan meningkatkan suhu pada
permukaan bumi.
Menurut fakta, beberapa kejadian akibat daripada peningkatan kesan rumah hijau
telah dicatatkan seperti berikut:
a. Kenaikan Paras Laut
Misalnya kenaikan paras laut di Artik dan Antartika yang disebabkan oleh pencairan
ketulan-ketulan ais menyebabkan kejadian banjir di kawasan pesisiran pantai seperti
yang berlaku di bandar-bandar persisiran Bangladesh. Pelimpahan masuk air laut ke
kawasan pertanian dan meninggikan saliniti (kemasinan) tanah. Ini menjadikannya
kurang sesuai untuk pertanian.
b. Perubahan Iklim
Perubahan arah angin dan arus menyebabkan bencana alam seperti ribut dan
taufan. Kejadian iklim ekstrem telah mengakibatkan kemarau dan banjir berlaku
dengan tidak diduga seperti di Afrika. Ini mengurangkan penghasilan hutan dan
pertanian selain itu, perubahan taburan hujan dan sumber air yang menyukarkan
kebolehdapatan air tawar telah membawa masalah kepada pertanian dan
penghutanan.
c. Kesihatan Manusia Terganggu
Perubahan suhu boleh menyebabkan heatwave di beberapa tempat dan penduduk
kawasan terutamanya penduduk tua boleh mengalami heatstroke. Kekurangan air
tawar dan kejadian banjir boleh menyebabkan air yang digunakan tercemar dan
seterusnya mengakibatkan penyakit seperti cirit-birit.
d. Kegiatan Harian Manusia dan Penempatan Manusia Terganggu
Pemindahan zon-zon iklim dan gerakan air laut serta kejadian banjir boleh
menjejaskan kegiatan menangkap ikan dan haiwan akuatik lain. Bencana alam
seperti ribut dan kemarau juga mengakibatkan gangguan bekalan elektrik.
Penduduk yang tinggal di kawasan tanah di pinggir laut kadangkala perlu
ditempatkan di kawasan lain kerana banjir.
Begitu tenatnya dunia kita sekarang yang tak pernah henti-henti di terokai oleh
manusia kini.
Walaupun begitu, perkara penerokaan ini sememangnya amat penting buat kita
dalam memajukan kehidupan tetapi pendekatan manusia dalam meneroka isi bumi
ini amat bersalahan hingga memudaratkan bumi yang seolah-olah makin tidak
selamat untuk manusia.
Fakta di atas tadi adalah kesan yang benar-benar telah terjadi akibat kesan rumah
hijau dan telah menimbulkan banyak masalah kepada manusia di seluruh dunia
setakat ini.
Mungkin pada masa hadapan kesan yang lebih hebat akan diterima oleh manusia
dan jangan hairan jika suatu hari nanti kedahsyatan yang dipaparkan oleh TDAT
akan menjadi realiti terus berada di hadapan anda. Pada masa itu, di manakah anda
berada?
Hujan Asid
Air hujan secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan
bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera.
Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta
telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak.
Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan
dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen
oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angina dan akan bergabung
dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid
nitrik.
Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini
berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat
boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan
dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi
pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan
kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka
yang berpenyakit seperti mengidap ashma.
Banjir
Di Malaysia, risiko dan terdedahnya manusia kepada bahaya banjir, terutamanya
banjir kilat, khasnya di kawasan bandar-bandar besar yang mempunyai taburan
penduduk yang padat serta kadar binaan yang tinggi, telah meningkat dengan
signifikannya dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Hal ini terbukti oleh
kejadian-kejadian banjir kilat yang serius di sekitar bandar utama negara seperti
Kuala Lumpur, Georgetown, Ipoh, Kota Bharu dan lain-lain (Chan, 1996a).
Biasanya, sebab utama banjir ialah aliran permukaan pesat akibat perubahan guna
tanah (dari permukaan telapair seperti hutan kepada permukaan tidak telapair
seperti konkrit, simen dan asphalt), alur-alur sungai dan longkang yang tersekat,
berkurangnya keupayaan sungai melalui pemendapan kelodak dan kejadian hujan
ribut seperti hujan ribut perolakan yang lebat.
Bahaya banjir merupakan satu fenomena atau kejadian yang mewujudkan
ancaman atau bahaya kepada manusia. Banjir bukannya bahaya dalam semua
konteks pada semua masa. Misalnya, banjir yang berlaku di kawasan bakau dan
paya yang tidak didiami orang bukannya suatu bahaya. Sebaliknya, ia mungkin
dikelaskan sebagai suatu sumber alam kerana banjir itu dapat menjadikan tanah di
sekitarnya lebih subur dengan membawa masuk zat-zat dari tempat lain.
Banjir hanya menjadi bahaya apabila melibatkan masyarakat manusia, khususnya
kejadian banjir yang berlaku di kawasan berpenduduk padat yang berpotensi
mengakibatkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda. Oleh itu bahaya
banjir ialah potensi ancamannya.
Bahaya banjir boleh berubah menjadi buruk sehingga dianggap bencana banjir,
apabila kesannya mengakibatkan kemusnahan besar dan/atau kehilangan nyawa
manusia yang signifikan. Dalam sesuatu bencana banjir, hampir seluruh masyarakat
manusia menjadi mangsa. Sistem-sistem sokongan dalam masyarakat tersebut
menjadi terjejas dan mekanisme penyesuaiannya juga musnah. Lazimnya,
kehilangan nyawa adalah tinggi.
Malaysia mengalami rejim iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang
tahun. Ciri utama iklimnya ialah jumlah hujan tahunan lebat di antara 1,500 mm
hingga melebihi 3,500 mm. Yang lebih penting ialah kejadian tempoh-tempoh hujan
lebat berterusan, biasanya selama beberapa hari dengan intensiti hujannya adalah
lebat. Misalnya, jumlah hujan sebanyak 610 mm dalam masa 24 jam merupakan
suatu kelaziman.
Pada umumnya, kejadian hujan ribut perolakan semasa musim-musim peralihan
monsun pada bulan-bulan April dan Oktober adalah serentak dengan kejadian banjir
kilat. Namun begitu, banjir kilat juga sering berlaku di pantai timur semasa musim
monsun timur laut. Di pantai barat semenanjung, kejadian banjir kilat juga berlaku
pada musim monsun barat daya di negeri-negeri utara semenanjung seperti Kedah
dan Perlis.
Semasa musim monsun barat daya, angin barat selatan yang diikuti kejadian badai
selari (line squalls) yang dikenali sebagai Angin Sumatra juga membawa hujan
lebat di pantai barat semenanjung, khasnya di Pulau Pinang dan sepanjang pantai
Kedah dan Perlis. Pada masa itu, banjir kilat sering berlaku.
PULAU HABA
Faktor yang menyebabkan berlakunya fenomena pulau haba
Kekurangan tumbuhan
Secara semulajadinya tumbuhan di bandar agak kurang . Tumbuhan memainkan
peranan penting dalam mengurangkan gas-gas rumah hijau seperti gas karbon
dioksida di udara melalui proses pembuatan makanan atau fotosentesis. Ketiadaan
tumbuhan di bandar akan menyebabkan kepekatan gas-gas rumah hijau amat tinggi
di bandar. Gas-gas tersebut kemudiannya membentuk lapisan pada lapisan
stratosfera bumi di bandar . Lapisan tersebut membenarkan kemasukkan bahang
gelombang pendek matahari tetapi sebaliknya menghalang pengeluaran bahang
gelombang panjang dari permukaan bumi ke angkasa. Bahang yang terperangkap
akan disebarkan berhampiran permukaan bumi. Kesannya kawasan berhampiran
permukaan bumi di bandar lebih panas.
Penggunaan bahan api fosil
Bahan api fosil merujuk kepada bahan api seperti petroleum,arang batu, dan gas
asli . Bahan api tersebut digunakan secara meluas dalam kenderaan dan industri.
Pembakaran bahan api fosil akan menghasilkan gas- gas rumah hijau
seperti karbon dioksida , sulfur dioksida dan metana. Gas-gas tersebut
kemudiannya membentuk lapisan pada lapisan stratosfera bumi di bandar. Lapisan
tersebut membenarkan kemasukan bahang gelombang pendek matahari tetapi
sebaliknya menghalang pengeluaran bahang gelombang panjang dari permukaan
bumi ke angkasa. Bahang yang terperangkap akan disebarkan berhampiran
permukaan bumi di bandar. Kesannya kawasan berhampiran permukaan bumi di
bandar menjadi panas
Pembakaran terbuka
Pembakaran terbuka seperti pembakaran sampah sarap yang dilakukan secara
meluas di bandar menyebabkan berlakunya fenomena pulau haba bandar. Karbon
dioksida dan karbon monoksida hasil kegiatan pembakaran terbuka akan
membentuk lapisan pada lapisan stratosfera bumi lalu menghalang bahang bumi
daripada keluar ke ruang angkasa. Bahang akan disebarkan berhampiran
permukaan bumi dan keadaan ini menggalakkan berlakunya pulau haba.
Pembebasan gas CFC
CFC merupakan bahan kimia yang digunakan secara meluas sebagai bahan
penyejuk dan aerosol. CFC merupakan bahan yang sangat berkesan untuk
menipiskan lapisan ozon. Industri yang banyak menggunakan CFC terutama di
kawasan bandar seperti industri aerosol, penyembur cat, racun serangga dan
minyak wangi, industri polisterena, industri servis peti sejuk, dan pendingin hawa
kenderaan dan rumah. CFC apabila bertindak balas dengan ozon akan
menyebabkan lapisan ozon menipis. Kesannya sinaran ultraunggu dan bahang
matahari akan masuk secara berlebihan ke permukaan bumi. Kemasukan sinaran
ultraunggu yang berlebihan menyebabkan suhu bumi meningkat dan berlaku pulau
haba.
Pembinaan
Aktiviti pembinaan dijalankan secara meluas di bandar. Aktiviti pembinaan dalam
skala yang besar seperti pembinaan jalan raya, , pembangunan bandar baru,
kawasan perumahan dan sebagainya akan menghasilkan debu yang banyak.
Debu-debu tersebut kemudiannya akan menyerap bahangan matahari serta
menghalang pengeluaran bahangan gelombang panjang daripada bumi ke angkasa.
Kesannya kawasan berhampiran permukaan bumi di bandar lebih panas daripada
biasa.
Sifat permukaan bandar
Kebanyakan permukaan bumi di bandar telah di turap sama ada oleh tar atau simen.
Permukaan bumi yang berturap akan menyerap bahangan matahari pada waktu
siang. Bahang yang diserap oleh permukaan tersebut dan kemudiannya bahang
tersebut akan dibebaskan secara perlahan-lahan. Kesan daripada pembebasan
bahang tersebut menyebabkan permukaan bumi menjadi panas.
Struktur bangunan di bandar
Bangunan-bangunan yang terdapat di kawasan bandar umumnya tinggi dan
rapat. Bangunan tinggi akan menghalang pergerakan angin secara mendatar.
Kesannya, bahangan yang terdapat di kawasan tersebut tidak dapat dipindahkan
dari pusat bandar ke kawasan pinggir bandar. Bahangan akan kekal di kawasan
bandar dan keadaan ini menjadikan kawasan bandar lebih panas.
Kesan pulau haba
Kesan kepada alam sekitar fizikal
Peningkatan suhu
Fenomena pulau haba menyebab suhu di kawasan bandar lebih tinggi daripada
kawasan sekitarnya iaitu kawasan pinggir bandar.
Peningkatan kadar sejatan
Peningkatan suhu menyebab kadar sejatan ke atas permukaan air dan tanih
meningkat.
Peningkatan kejadian ribut
Suhu yang tinggi di kawasan bandar menyebabkan wujudnya sel-sel tekanan
rendah di kawasan bandar. Sel-sel tekanan rendah berupaya untuk membentuk
ribut.
Peningkatan kejadian kerpasan
Sejatan yang tinggi di kawasan bandar berupaya untuk membawa banyak wap-wap
air ke atmosfera, membentuk awan lalu menghasilkan hujan.
Kesan kepada manusia
Ketidakselesaan terhadap manusia
Badan cepat berpeluh dan keadaan tersebut menyebabkan tidak selesa dalam
kalangan penduduk bandar.
Peningkatan penggunaan bahan bakar
Bahan bakar seperti elektrik akan meningkat dari segi penggunaannya. Keadaan
tersebut dapat meningkatkan kos penggunaan elektrik.
Himpunan Nota-nota Kuliah Geografi Alam Sekitar Fizikal
Kaedah mengatasi fenomena pulau haba
Penguatkuasaan undang-undang
Hukuman dan denda terhadap individu atau syarikat yang didapati menyebabkan
berlakunya fenomena pulau haba Bandar. Contohnya keatas pelepasan asap
kenderaan, kilang-kilang dan aktiviti pembakaran terbuka di kawasan bandar.
Menanam di kawasan bandar
Pokok yang ditanam mestilah berdaun lebar. Tumbuhan dapat mengurangkan
kepekatan gas-gas rumah hijau yang dihasilkan oleh industri dan kenderaan di
bandar.
Penggunaan bahan api yang mesra alam
Bahan api yang mesra alam seperti tenaga suria dan elektrik Penggunaan bahan
api tersebut dapat mengurangkan kepekatan gas-gas rumah hijau di bandar.
Kurangkan pembinaan bangunan tinggi
Bangunan yang rendah menggalakkan pergerakan angin mendatar. Kesannya
bahang yang terkumpul di pusat bandar dapat di keluarkan ke kawasan pinggir
bandar dengan dibantu oleh pergerakan angin.
Pancutan air
Pancutan air yang diletakkan di bangunan-bangunan terutamanya di kawasan
bandar. Air merupakan agen yang dapat menyerdahanakan suhu persekitaran
Bandar.
Kempen kesedaran
Kempen kesedaran yang dijalankan oleh pihak-pihak yang berkaitan seperti Jabatan
Alam Sekitar ( JAS ) dengan menggunakan media massa. Kempen tersebut dapat
menyedarkan orang ramai tentang kesan pulau haba kepada alam sekitar bandar
dan manusia.
Pendidikan
Melalui pendidikan secara formal ataupun tidak formal seperti melalui mata pelajaran
geografi, sains dan alam sekitar yang mendidik pelajar tentang kepentingan
penjagaan alam sekitar bandar kepada kesejahteraan alam sekitar fizikal dan
manusia.
Langkah mengurangkan fenomena pulau haba di bandar.
1) Meningkatkan kawasan hijau atau zon penampan di kawasan bandar dengan
membanyakkan kawasan hijau bermakna dapat meningkatkan proses sejatan
di kawasan bandar dan mengurangkan kadar penyimpanan haba pendam oleh
bahan-bahan binaan. Oleh demikian, keadaan persekitaran bandar menjadi
lebih sejuk apabila kadar kelembapan bandingan lebih tinggi.
2) Peningkatan suhu bandar sehingga membawa kepada pembentukan Pulau
Haba boleh juga dikurangkan melalui peningkatan kawasan badan air.
Peranan badan air dalam mengurangkan suhu di kawasan bandar. Selain itu,
usaha membanyakkan kawasan pancutan air di kawasan bandar boleh juga
mengurangkan kadar suhu yang tinggi. Pancutan air mampu meningkatkan
kadar kelembapan bandingan dan dengan itu mengurangkan suhu sekitaran
dalam bandar.
3) Pengurangan penggunaan bahan berbentuk cermin atau yang mampu
memantulkan bahangan pada kadar yang tinggi. Ini disebabkan peningkatan
pantulan bahangan boleh meningkatkan pembebasan haba ke ruang sekitaran
bandar. Dengan itu, boleh meningkatkan kadar suhu bandar sehingga
membentuk pulau haba.
4) Konsep penanaman pokok di atas bumbung-bumbung bangunan yang rata
atau konsep bumbung hijau. Dengan cara ini, masalah banjir kilat di kawasan
bandar boleh dikurangkan di samping mengurangkan masalah suhu bandar yang
tinggi.
Pulau Haba
KONSEP PULAU HABA
- Peningkatan terhadap suhu di pusat bandar sehingga beberapa darjah celcius
melebihi daripada suhu sekitaran di pinggir bandar . Bangunan konkrit , jalan
berturap, medan letak kereta berbitumen merupakan bahan yang menggalakkan
proses pengaliran haba dan menyimpan haba pada siang hari sebagai haba pendam
dan dibebaskan pada waktu malam bagi mengimbangi kehilangan haba di
permukaan bumi.
Ciri-ciri cuaca bandar yang mengalami fenomena pulau haba
1. suhu yang lebih tinggi berbanding kawasan pinggir bandar.
2. Kelembapan udara yang rendah.
3. Kekerapan berlakunya hujan perolakan yang lebih tinggi berpunca kadar sejatan
yang tinggi oleh haba yang lebih banyak tersimpan di bandar. Hujan biasanya di
sertai kilat dan petir.
4. Tekanan udara yang rendah akibat suhu yang tinggi kesannya angin bertiup
masuk dari luar ke pusat bandar... kejadian ini dinamakan badai.
5. Komposisi udara yang tebal diselimuti jerebu dan bahan pencemar khususnya
dalam keadaan udara yang lebih kering.
Punca fenomena pulau haba
1. Kekurangan litupan tumbuhan atau pokok peneduh yang mampu bertindak
menyederhanakan suhu kesan penyahutanan untuk proses pembandaran.
2. Adanya banyak bahan atau sumber yang boleh menyerap dan menyimpan
haba/bahangan matahari sebagai haba pendam seperti bangunan konkrit,
tar/bitumen, aspalt, bahan-bahan pencemar udara dan sebagainya.
3. Perlepasan banyak gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon
monoksida, hidrokarbon dari sumber kenderaan, kilang industri yang mampu
memerangkap bahangan.
4. Perlepasan banyak tenaga haba di bandar berpunca dari janakuasa kilang,
sumber kenderaan bergerak dan juga metabolisme badan manusia sendiri yang
ramai tinggal di bandar.
Langkah mengurangkan fenomena pulau haba
1. Mewujudkan kawasan hijau dalam bandar atau program penghijauan bandar
dengan menanam pokok-pokok peneduh di kawasan rizab bandar. Pokok-pokok
ini mampu mengekalkan kelembapan udara di samping menyerdahankan suhu.
2. Mengawal aktiviti perlepasan gas-gas rumah hijau secara sewenang-wenangnya
dari sumber kenderaan, industri dan pembakaran terbuka menerusi
penguatkuasaan undang-undang.
3. Mengurangkan penggunaan sumber bahan api fosil yang banyak membebaskan
gas rumah hijau sebaliknya mengunakan atau memanafaatkan sumber tenaga
alternatif seperti tenaga suria dan hidro elektrik.
4. Mengurangkan penggunaan peralatan yang banyak membebaskan CFC seperti
pendingin hawa, peti sejuk, alat-alat semburan yang jelas boleh menipiskan
lapisan ozon yang kelak mempengaruhi kemasukan bahangan matahari ke bumi
tanpa halangan.
5. Melaksanakan kempen kesedaran khususnya kepada penduduk bandar seperti
kempen kongsi kereta. menggunakan sistem pengangkutan awam yang mampu
mengurangkan perlepasan gas-gas rumah hijau di bandar.

Anda mungkin juga menyukai