Anda di halaman 1dari 1

(iii) Jelaskan kesan luluhawa kimia terhadap pembentukan landskap dan aktiviti manusia.

[10] Kesan luluhawa kimia kepada pembentukan landskap dan aktiviti manusia: Pembentukan landskap Pandang darat batu kapur (karst)-tindak balas antara kalsium karbonat dalam batu kapur dengan air hujan (asid karbonik) menghasilkan kalsium bikarbonat membentuk muka bumi gua batu kapur (stalaktit, stalagmit, tiang kalsit, sungai bawah tanah dan sebagainya) contohnya, Gua Niah dan Batu Caves Pembentukan tanah laterit-aktiviti pengoksidaan, batu igneus yang ada kandungan besi (ferum) terdedah kepada air dan oksigen bertukar warna kepada keperangan dan sifat kimianya Pembentukan tanah liat putih (kaolin)luluhawa kimia melalui proses hidrolisis, batuan akan menyerap air dan bertindak balas dengannya menyebabkan mineral tersebut menjadi lemah contohnya, tindak balas antara air dengan mineral dalam batu granit iaitu felsfar Pembentukan tors dan bornhard-torstunggul-tunggul mereput kerana mengalami proses gondolan akibat luluhawa kimia dan hakisan; bornhard-tonjolan-tonjolan (bonjolan) batuan yang timbul dari dalam bumf setelah batuan di sekitar kawasan tersebut terluluhawa dan kemudiaannya dihakis dan diangkut oleh air Pembentukan regolit yang tebal-longgar/ peroi akibat aktiviti luluhawa kimia, semakin tebal lapisan ini menunjukkan semakin aktif luluhawa kimia di kawasan tersebut seperti di Kepulauan Borneo mempunyai lapisan regolit setebal 50-100 meter

Kesan kepada aktiviti manusia Kegiatan pertanian-bahan regolit yang tebal-subur untuk kegiatan pertanian contohnya, tanah lateritsesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit Kegiatan perindustrian-tanah liat (kaolin)industri tembikar Kegiatan pelancongan-pandang darat karst-pemandangan yang menarik dan unik

Anda mungkin juga menyukai