Anda di halaman 1dari 17

TENAGA

KONSEP TENAGA
PUNCA DAN JENIS TENAGA
PERANAN TENAGA SURIA TERHADAP
PROSES FIZIKAL DAN HIDUPAN DI BUMI
KONSEP TENAGA

• Ditakrifkan sebagai satu daya atau kemampuan untuk


menghasilkan kerja atau aktiviti.
• Terdapat pelbagai bentuk tenaga seperti tenaga keupayaan,
tenaga kinetik, tenaga cahaya, tenaga haba, tenaga kimia dan
tenaga elektrik.
• Sistem bumi mempunyai dua sumber tenaga utama iaitu tenaga
endogenik dan tenaga eksogenik.
JENIS-JENIS TENAGA YANG TERDAPAT DALAM
SISTEM BUMI
• Tenaga haba rasa – biasanya diperolehi daripada bahangan matahari. Apabila tenaga ini
terkena pada sesuatu permukaan maka permukaan tersebut akan beransur-ansur menjadi
panas.
• Tenaga haba pendam – tenaga yang terkandung dalam jirim (jasad/benda) sehingga ianya
dibebaskan. Tenaga ini dikatakan berpunca daripada bahangan matahari. Contohnya,
proses pemeluwapan, haba dibebaskan daripada wap air untuk menjadi titisan air.
• Tenaga potensi – tenaga keupayaan yang dimiliki oleh sesuatu jirim. Contohnya semakin
banyak isipadu air sungai maka semakin besarlah tenaga potensinya.
• Tenaga kinetik – tenaga yang terhasil akibat pergerakan sesuatu jirim. Tenaga kinetik
amat bergantung kepada halaju pergerakan. Semakin laju pergerakan sesuatu benda
semakin tinggi tenaga kinetik.
• Tenaga graviti – tenaga yang dimiliki oleh bumi untuk menarik jirim dari atas ke bawah.
Semakin berat sesuatu jirim maka semakin tinggi tarikan tenaga graviti yang dikenakan
ke atasnya.
• Tenaga geoterma – tenaga yang dihasilkan oleh pancutan air panas/geiser yang terdapat di
kawasan gunung berapi dan kawasan yang berhampiran dengan magma di dalam bumi.
JENIS TENAGA
TENAGA EKSOGENIK
• Berpunca dari dari luar kerak terutama dari matahari. Ia menghasilkan proses
geomorfologi (pembentukan bentuk muka bumi yang mengubah permukaan bumi),
atmosfera (sejatan, sejatpeluhan)
• Pemindahan tenaga haba matahari ke permukaan bumi adalah melalui gelombang
elekromagnet dalam bentuk gelombang pendek melalui bahangan atau sinaran.
• Pemindahan tenaga dari matahari melibatkan pelbagai proses seperti perolakan,
pengaliran, bahangan, alir lintang, pantulan dan pemindahan haba pendam.
TENAGA ENDOGENIK

• Ialah tenaga dari dalam bumi seperti tenaga radiogenik (hasil dari arus perolakan di
bawah plat bumi) dan tarikan graviti.
• Tenaga ini menghasilkan kuasa mampatan dan kuasa renggangan.
• Tindakannya menghasilkan gangguan tektonik di permukaan bumi seperti :
• Proses pembentukan gunung berapi
• Proses pergerakan plat/kejadian gempa bumi
• Proses mampatan, lipatan dan gelinciran kerak bumi
• Proses pembentukan batuan metamorfosis/batu jelmaan
PERANAN TENAGA SURIA TERHADAP PROSES
FIZIKAL DAN HIDUPAN DI BUMI
• Tenaga suria yang diterima oleh permukaan bumi adalah berbeza mengikut musim
mengikut peredaran bumi yang condong mengelilingi matahari.
• Ini menyebabkan tenaga yang diterima pada waktu siang turut berbeza-beza mengikut
kawasan.
• Perbezaan penerimaan tenaga suria mengikut garis lintang bumi dan musim
mempengaruhi aktiviti manusia di sesuatu kawasan terutama di kawasan sederhana sejuk
dan sejuk dunia yang mengalami iklim empat musim.
PERANAN BAHANGAN SURIA TERHADAP
TUMBUH-TUMBUHAN DAN HAIWAN
• Matahari sebagai punca atau pembekal tenaga dalam beberapa proses yang dijalankan oleh tumbuhan
seperti proses fotosintesis, sinaran matahari menyebabkan liang stoma daun terbuka yang seterusnya
mempengaruhi proses perpeluhan/transpirasi.
• Penerimaan tenaga suria yang berbeza antara kawasan di dunia menyebabkan tumbuhnya berbagai jenis
hutan yang berlainan. Hutan khatulistiwa yang tebal dan padat dengan tumbuhan disebabkan hujan yang
banyak dan purata suhu 27˚ C sepanjang tahun manakala tumbuhan di gurun kurang padat disebabkan
suhu yang panas melebihi 40˚C dan kering.
• Di samping itu, penerimaan tenaga matahari/suria juga menentukan sifat edafik tumbuhan/pokok seperti
bentuk daun, batang, ketinggian manakala proses berbunga atau berbuah dipengaruhi oleh keadaan
suhu/tenaga matahari yang diterima di sesuatu tempat.
PERANAN TENAGA SURIA TERHADAP
KEHIDUPAN MANUSIA
• Bahangan suria yang diterima juga akan menyebabkan jenis dan aktiviti pelancongan juga
berbeza. Kawasan yang panas akibat menerima tenaga bahangan yang tinggi biasanya
menjadi kawasan tarikan pelancong untuk berjemur di tepi pantai berbanding kawasan
bersalji menjadi tumpuan aktiviti seperti sukan musim sejuk dan aktiviti luncur salji.
• Aktiviti perikanan juga dipengaruhi oleh kadar penerimaan bahangan suria. Aktiviti ini
akan terjejas akibat cuaca panas atau suhu tinggi seperti fenomena yang disebabkan oleh
El Nino atau boleh juga disebabkan oleh suhu terlalu sejuk yang menyebabkan sungai,
tasik dan laut membeku.
• Aktiviti penternakan di negara-negara yang mengalami empat musim terutama pada musim
sejuk menyebabkan permukaan bumi dilitupi salji tebal akan mengurung haiwan ternakan
dalam kandang manakala pada musim panas binatang ternakan akan dilepaskan meragut di
padang rumput.
• Kadar penyerapan haba yang berbeza pada permukaan bumi menyebabkan jenis dan aktiviti
manusia juga berbeza seperti aktiviti pertanian. Kawasan yang menerima haba yang tinggi,
jenis tanaman seperti tamar/kurma, zaitun ditanam manakala kawasan yang menerima
kurang haba maka tanaman jenis hawa sederhana ditanam seperti buah sitrus, gandum.
• Aktiviti perlombongan juga berbeza di antara kawasan di Khatulistiwa yang beriklim panas
boleh dijalankan sepanjang tahun manakala kawasan beriklim sederhana terhenti semasa musim
sejuk akibat salji.
• Aktiviti pembalakan pada musim salji di kawasan iklim sederhana dijalankan dengan giat kerana
permukaan bumi yang diselaputi salji lebih licin untuk memudahkan kayu balak diseret ke
tebing sungai dan apabila ais cair kayu balak dihanyutkan ke kilang yang terletak berhampiran
tebing sungai.
• Bahangan suria mempengaruhi cara berpakaian dan tempat tinggal sama ada negara yang
mengalami musim panas sepanjang tahun atau negara yang mengalami iklim empat musim.
• Penerimaan bahangan suria yang tinggi memudahkan proses pengeringan produk seperti ikan
kering, udang kering, sotong kering.
• Di samping itu, bahangan suria mengeringkan hasil pertanian seperti biji kopi, koko serta
kepala kering dan menjemur kain batik.
• Bahangan suria juga mempengaruhi cara berpakaian dan tempat tinggal. Bagi negara yang
mengalami musim sejuk akan memakai pakaian yang lebih tebal bagi memerangkap haba
badan manakala keadaan cuaca yang panas di kawasan tropika lembap menyebabkan pakaian
yang lebih tipis sesuai dipakai serta aktiviti harian seperti beriadah, bersukan dan bersosial
dapat dilakukan tanpa halangan cuaca.
• Di kawasan penerimaan bahangan suria yang tinggi adalah berpotensi tinggi untuk
penghasilan tenaga solar melalui penggunaan panel solar yang diperbuat daripada sel
suria/sel photovoltaic yang biasanya dipasang dibumbung rumah atau diatas bangunan
tinggi.
PERANAN TENAGA SURIA TERHADAP ALAM
SEKITAR FIZIKAL
• Proses fizikal melibatkan atmosfera, hidrosfera, litosfera dan biosfera dipengaruhi oleh
kadar penerimaan bahangan suria.
• Suhu bumi akan meningkat apabila bahangan matahari semakin meningkat akibat
penipisan lapisan ozon dan kadar pencemaran udara tinggi yang memerangkap banyak
haba matahari.
• Kadar sejatan meningkat sama ada dari lautan, daratan, tasik dan sejat peluhan apabila
suhu atau bahangan matahari semakin tinggi.
• Kadar luluhawa berlaku bergantung kepada suhu yang tinggi seperti di kawasan gurun panas
melalui proses luluhawa mekanika atau suhu yang rendah di kawasan sejuk melalui tindakan
ibun/fros ke atas rekahan batuan atau tebing tinggi.
• Kitaran hidrologi melibatkan penggunaan bahangan suria melalui proses sejatan, sejat peluhan,
pembentukan awan, kejadian kerpasan, pencairan salji, proses alir lintang, aliran air
permukaan, proses pemeluwapan dan sebagainya.
• Kesan bahangan terhadap atmosfera dapat menentukan suhu bumi apabila bahangan matahari
sampai ke permukaan bumi bergantung pada kedudukan sesuatu kawasan berdasarkan garisan
latitud.
• Bahangan suria menyebabkan berlakunya Edaran Umum Atmosfera iaitu apabila
bahangan suria yang memanaskan sesuatu bahagian kawasan dan menjadikan kawasan
tersebut mengalami tekanan udara rendah (TUR) apabila udara dan air di kawasan itu
tersejat lalu menjadi wap air yang naik ke atmosfera. Oleh itu, udara sejuk dari kawasan
yang mengalami tekanan udara tinggi (TUT) akan bergerak ke kawasan tekanan udara
rendah membentuk Sistem Angin Dunia.
• Kejadian pencairan glasier iaitu bongkah ais batu yang besar mencair disebabkan bahangan suria yang
berlebihan akibat penipisan lapisan ozon oleh kandungan CFC yang meningkat dalam atmosfera. Kejadian
ini boleh menyebabkan pberlaku peningkatan aras laut dunia dan akhirnya akan menenggelamkan Kawasan
pinggir pantai yang rendah.
• Berlakunya perbezaan iklim di seluruh dunia dipengaruhi oleh kadar bahangan suria yang berbeza diterima
di sesuatu kawasan.
• Kadar bahangan suria yang memasuki lapisan atmosfera akan menetukan jenis iklim di sesuatu kawasan.
Kawasan yang berada di garisan khatulistiwa mendapat bahangan suria yang tinggi sepanjang tahun akan
mengalami iklim zon panas manakala kawasan-kawasan yang terletak di garisan artik, sartan, jadi dan
antartik, bahangan suria yang diterima lebih rendah akan mengalami iklim zon sederhana.

Anda mungkin juga menyukai