Anda di halaman 1dari 11

KESEIMBANGAN EKOSISTEM

MENJAMIN DAYA TAMPUNG


BERTERUSAN
Hasil pembelajaran

■ Menjelaskan bagaimana keseimbangan ekosistem dapat menjamin daya tamping


sumber alam yang berterusan
■ Mencadangkan pelbagai langkah perundangan dan bukan perundangan bagi
mengurangkan masalah lebihan dan kekurangan penduduk serta kekurangan
bekalan sumber alam
Keseimbangan ekosistem menjamin daya
tampung sumber alam secara berterusan
 Pemulihan kendiri
• Pemulihan kendiri melibatkan hutan primer yang akan pulih dengan sendirinya dengan
membentuk hutan baharu iaitu hutan sekunder
• Pemulihan kendiri memerlukan jangka masa yang panjang dan proses baik pulih yang
berterusan akan membentuk hutan primer
• Pemulihan akan berkesan dengan pengurusan dan penggunaan ekosistem hutan dilakukan
dengan bijak seperti penebangan terpilih atau penanaman semula hutan

 Pemeliharaan
• Pemeliharaan melibatkan langkah pengawalan memelihara alam sekitar daripada
kerosakan dan kemusnahan akibat pembangunan atau eksploitasi oleh manusia secara
keterlaluan dan secara tidak terancang
• Kaedah pemeliharaan akan menyebabkan keseimbangan ekosistem dikekalkan tanpa
menunggu proses baik pulih
• Sebagai contoh mewartakan hutan sebagai hutan simpan kekal. Konsep hutan sebagai
taman negara dan hutan rekreasi
 Pengurusan yang sistematik
• Merupakan proses mengawal selia, melindungi dan memulihara sumber alam supaya
berterusan
• Pengurusan yang sistematik dan berhemah dapat menjamin ekosistem yang kekal
• Pengeksploitasian sumber-sumber alam yang tidak boleh diperbaharui seperti petroleum,
gas asli, bijih timah, bijih besi dan lain-lain perlu dihatdkan agar tidak berlaku kepupusan.
Sumber tersebut perlu digantikan dengan sumber alternative
• Pemuliharaan semula pula akan mengekalkan daya pengeluaran bagi generasi akan datang
terutamanya sumber yang boleh diperbaharui seperti sumber hutan

 Penggunaan sumber tenaga gantian


• Peralihan kepada penggunaan sumber tenaga gentian membolehkan tekanan terhadap
penggunaan sumber terutama sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti petroleum dan
gas asli boleh dikurangkan
• Antara sumber gentian yang tidak boleh diperbaharui seperti petroleum dan gas asli ialah
tenaga hidroelektrik, tenaga biomas, dan tenaga solar
• Keseimabangan ekosistem bagi memjamin daya tampung sumber petroleum dan gas asli
perlu berterusan bagi memenuhi keperluan dan kesejahteraan generasi akan datang
• Keupayaan teknologi dan modal perlu ditingkatkan untuk menjana sumber gantian tersebut
LANGKAH-LANGKAH
MENGURANGKAN MASALAH LEBIHAN
DAN KEKURANGAN PENDUDUK
SERTA BEKALAN SUMBER ALAM
Langkah-langkah perundangan
 Menguatkuasa Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
• Menjadi asas undang-undang bagi semua aktiviti berkaitan alam sekitar
• Bertujuan untuk memelihara dan memulihara serta menjamin keberterusan daya
tampung sumber alam
• Aktar Kualiti Alam Sekeliling 1974 mempunyai peruntukan dalam masalah pencemaran
alam sekitar antaranya:
i. Pencemaran udara (seksyen 20)
ii. Pencemaran bunyi bising (seksyen 23)
iii. Pencemaran tanah (seksyen 24)
iv. Pencemaran perairan daratan (seksyen 25)
v. Pencemaran minyak dan bahan yang bercampur minyak dalam perairan
(seksyen 29)
 Penguatkuasa undang-undang
• Tindakan undang-undang seperti denda/kompaun, menyita permis dan membatalkan
lesen syarikat yang mencemarkan atau merosakkan alam sekitar dilaksanakan oleh
agensi penguatkuasa seperti JAS, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain
• Contohnya, denda sebanyak RM 50,000 atau 3 bulan - 2 tahun penjara bagi kesalahan
merosakkan alam sekitar
 Mewujudkan akta-aktar lain
• Akta-akta lain digubal bagi melengkapkan Akta Kualiti Alam Sekitar 1947.
• Bertujuan untuk menjamin bekalan sumber berterusan untuk generasi akan datang
• Sebagai contoh:
i. Akta pemuliharaan tanah 1960
ii. Akta perhutanan negara 1984
iii. Akta jalan, parit dan bangunan 1974
iv. Akta kerajaan tempatan 1976

 Penubuhan agensi pelaksana


• Ditubuhkan bagi memantau, melaksana dan menguatkuasa akta dan undang-undang yang
diwujudkan dan bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan
• Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkuasa melaksanakan Akta Kualiti

 Pelaksanaan prosedur EIA (penilaian impak alam sekitar)


• EIA ialah satu laporan berkaitan jangkaan kesan terhadap alam sekitar serta langkah
mengatasinya yang perlu disediakan oleh pemaju sebelum projek tersebut diluluskan oleh
pihak berkuasa
• Pihak berkuasa boleh menangguh atau membatalkan projek tersebut jika tidak menepati
piawaian EIA
Langkah-langkah bukan perundangan
 Mengawal hakisan
i. Pembinaan infrastruktur
• Membina banteng konkrit
• Membina sangkar dawai batu (groin dan gabion)
• Menanam tumbuhan tutup bumi
• Mengehadkan pemotongan cerun yang kurang 45 darjah
ii. Aktiviti pertanian
• Melaksanakan pertanian berkontur
• Membina benteng
• Pertanian berjalur dan bergilir
• Menggunakan sungkupan plastik

iii. kawasan pembalakan


• Menanam semula pokok
• Membina perangkap kelodak dn takungan
• Mewujudkan zon penampan
 Mengawal pencemaran udara
i. Aktiviti perindustrian
• Menempatkan industri mengikut jenis dan zon
• Memasang penapis asap
• Meninggikan serombong asap
• Mengurangkan penggunaan bahan api fosil
• menggunakan sumber-sumber tenaga gantian

ii. Aktiviti pengangkutan


• Mengawal jumlah kenderaan yang masuk ke pusat bandar
• Menggalakkan penggunaan petroleum tanpa plumbum
• Berkongsi kenderaan
• Menggunakan kenderaan awam

iii. Aktiviti pertanian


• Mengelakkan pembakaran terbuka
• Mengitar semula sisa pepejal
• Menggunakan kaedah terbang reput
 Mengawal kuantiti dan kualiti air
• Merawat semula air yang tercemar
• Menyediakan perangkap sampah
• Merawat dahulu sisa kumbahan dan sisa buangan industry
• Menyediakan kolam takungan sisa
• Mengawal aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air

 Mengawal kepelbagaian sumber biologi


• Penghutanan semula
• Rawatan sivilkultur
• Kaedah penebangan terpilih
• Mengharamkan penebangan pokok yang hamper pupus
• Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D)

 Peningkatan suhu mikro


• Mengurangkan penggunaan alat yang membebaskan CFC
• Menggunakan alatan mesra alam
• Menghijaukan kawasan
• Menggunakan kenderaan awam
 Kempen dan pendidikan
• Pendidikan berkaitan alam sekitar perlu dipergiatkan di peringkat sekolah dan universiti untuk
memberikan kefahaman akan kepentingan menjaga alam sekitar. Sebagai contoh melalui
mata pelajaran geografi dan sains
• Kempen juga dijalankan oleh kerajaan atau pertutubah bukan kerajaan (NGO)Melalui media
cetak dan media elektronik untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang alam
sekitar.
• Kempen boleh dijalankan melalui ceramah, poster, gotong royong. Sebagai contoh kempen ‘
Cintai Alam Sekitar’, ‘Cintai Sungai Kita’ atau ‘Cintai Hutan Kita’ dan forum serta peraduan
menulis esei alam sekitar

Anda mungkin juga menyukai