Anda di halaman 1dari 38

TEKANAN UDARA DAN

EDARAN UMUM ATMOSFERA


Konsep Tekanan Udara
Merujuk kepada daya yang terdapat pada sesuatu turus udara
terhadap kawasan dibawahnya.

Udara tertakluk kepada hukum gas


Daya dan tekanan berubah mengikut ketinggian.

Tekanan udara mempunyai kaitan dengan taburan tenaga dan


kelembapan.

Terdapat hubungan songsang antara suhu dengan tekanan udara.

Tekanan udara juga mempunyai perkaitan dengan pembentukan


angin.
Taburan Tekanan Udara Global

Taburan Kaedah
suhu global
• Menggunakan peta garisan
setekanan udara (isobar)
Taburan Faktor yang • Isobar ialah garisan yang
daratan dan mempenga-
lautan ruhi
dilukis di atas peta cuaca
yang menghubungkan nilai-
nilai tekanan udara yang
Latitud
sama di sesuatu kawasan.
• Isobar menggunakan unit
milibar (mb).
• Jarak antara isobar
menunjukkan nilai daya
cerun tekanan.
Pusat Tekanan Udara Global
Pusat tekanan udara hemisfera utara
• Dipengaruhi oleh daratan yang luas.
• Musim sejuk (Jan)
• Tekanan tinggi Asia Tengah (Siberia), Timur Laut Pasifik (Luar Pantai California) dan
Timur Laut Atlantik (Luar Pantai Sepanyol)
• Tekanan rendah Laut Pasifik Utara, Selatan Greenland.
Pusat tekanan udara hemisfera selatan
• Dipengaruhi oleh lautan
• Musim sejuk (Julai) – Tekanan Udara Tinggi Timur Afrika Selatan, Australia Tengah,
Lautan Pasifik Selatan dan Pantai Timur Amerika Selatan.
• Musim panas (Jan) – Tekanan Udara Rendah Pantai Barat Afrika, Australia Utara dan
bahagian tengah Amerika Selatan.
Kesimpulan
• Pusat tekanan udara tinggi di kedua-dua hemisfera (sekitar 30oU dan 30oS)
• Pusat tekanan udara rendah di kawasan berhampiran khatulistiwa (doldrum)
Daya yang Mempengaruhi
Tiupan Angin
Daya Cerun Tekanan
• Wujud hasil daripada perbezaan antara kawasan tekanan udara
tinggi dengan kawasan tekanan udara rendah
• Mempunyai komponen menegak dan mendatar.
• Komponen menegak
• Nilai tekanan udara yang semakin menurun apabila bertambah
tinggi
• Komponen mendatar
• Berbeza mengikut taburan tenaga suria di permukaan bumi
mengikut latitud.
• Perbezaan kadar tiupan angin amat bergantung kepada cerun
tekanan.
Daya yang Mempengaruhi
Tiupan Angin

Daya kariolis
• Daya yang terhasil akibat putaran bumi di atas paksinya.
• Hukum Ferrel
• Sebarang benda atau bendalir yang bergerak secara
mendatar di Hemisfera Utara cenderung menjadi
terpesong ke kanan dari arah pergerakannya. Di
Hemisfera Selatan pula, pesongan yang sama adalah
ke kiri dari arah pergerakannya.
• Nilai daya kariolis – Bernilai 0 di Khatulistiwa dan
bertambah besar ke arah kutub.
Daya yang Mempengaruhi
Tiupan Angin
Daya putaran memusat
• Merujuk kepada suatu badan yang bergerak
dalam bentuk pengaliran berliku yang diiringi oleh
satu daya tarikan ke arah pusat putaran keluar
atau masuk
• Mempengaruhi pergerakan angin secara putaran.
• Membentuk pelbagai jenis siklon seperti siklon
tropika, tornado, siklon sederhana dunia dan
antisiklon.
Daya yang Mempengaruhi
Tiupan Angin

Daya geseran
• Daya yang terhasil kesan daripada
pergeseran angin dengan permukaan bumi.
• Bertindak pada arah yang bertentangan
dengan arah daya cerun tekanan.
• Bergantung kepada kadar kekasaran
permukaan dan ketinggian angin.
Edaran Umum Atmosfera

Proses pergangkutan haba oleh angin antara kawasan tropika (latitud rendah)
ke kawasan kutub (latitud tinggi).

Berlaku kerana perbezaan penerimaan tenaga dan tekanan udara antara;-


• Kawasan tropika – penerimaan tenaga tinggi, tekanan udara
rendah.
• Kawasan kutub – penerimaan tenaga rendah, tekanan udara tinggi
Berlaku di fasa lautan dan fasa daratan

Pemidahan tenaga dalam bentuk haba rasa dan haba pendam dalam wap air

Udara panas (tropika) mengalir pada aras tinggi ke kutub.

Udara dingin (kutub) mengalir pada aras permukaan.


Edaran Umum Atmosfera
10

jurry/ag1133/0708k7
Edaran Umum Atmosfera

Edaran udara atmosfera komplek


daya kariolis yang membiaskan pergerakan angin (Hukum Ferrel)

Pembiasan angin akan membentuk 3 sistem angin dunia.

• Angin timuran tropika


• Angin baratan
• Angin timuran kutub

Tiga unit utama pola edara umum atmosfera

• Sel kutub
• Gelombang sederhana dunia
• Sel Hadley
Sistem Angin Dunia
Terbentuk kesan taburan udara yang berbeza di permukaan
bumi.

Empat sistem yang utama

Angin timuran tropika


• Bersifat tetap dari segi arah
o o
• Zon pergaruh – 5 hingga 30 U/S
• Bertiup dari kawasan sejuk ke kawasan panas.
• Terbias ke timur akibat pengaruh daya kariolis.
• Kesan
• pantai timur benua menerima hujan lebat
• Pantai barat benua panas dan bergurun
Sistem Angin Dunia

Angin baratan
o o
• Zon pengaruh – 35 hingga 60 U/S
• Angin baratan di Hemisfera Utara, halajunya berubah-
ubah kerana banyak halangan kerana banyak daratan.
• Angin baratan di Hemisfera Selatan, halajunya lebih
tetap kerana banyak melalui daratan.
• Mempercepatkan proses penerbangan di hemisfera
selatan.

Angin timuran kutub


• Zon pengaruh – lebih 60oU/S
• Arah tiupannya tidak jelas kerana datang dari kutub.
• Merupakan angin sejuk dan berat.
Sistem Angin Dunia

Angin Monsun

• Pola angin maksimum yang bertiup tanpa


perubahan arah untuk beberapa bulan dan
kemudiannya ia hilang untuk satu tempoh masa
singkat (biasanya sebulan), angin ini bertiup
kembali dalam arah bertentangan untuk tempoh
beberapa bulan lagi yang tinggal dalam satu tahun.
• Perubahan arah tiupan angin dipengaruhi oleh:-
• Liputan perubahan suhu mengikut garisan
lintang.
• Perubahan suhu mengikut musim.
• Perbezaan dalam kadar penyerapan sinaran
matahari oleh daratan dan lautan.
• Menghasilkan nilai tekanan udara yang berbeza di
pedalaman benua Asia dan benua Australia.
Angin Monsun

1. Angin Monsun Timur Laut

2. Angin Monsun Barat Daya

3. ANGIN SUMATERA

4. ANGIN TEMPATAN(BAYU LAUT DAN BAYU


DARAT)
Pembentukan Angin Monsun Timur Laut
November hingga Mac (musim sejuk di hemisfera utara), pedalaman
Asia mengalami suhu rendah (bawah 0oC) membentuk pusat tekanan
rendah.
Hemisfera selatan mengalami musim panas, suhu di pedalaman
Australia tinggi akan membentuk pusat tekanan rendah.

Mewujudkan cerun tekanan dari Asia (tekanan tinggi) ke Australia


(tekanan rendah) menyebabkan angin bertiup dari Asia ke Australia.

Daya kariolis menyebabkan angin yang keluar dari benua Asia


terpesong ke kanan membentuk angin Monsun Timur Laut.

Daya kariolis menyebabkan angin tadi sekali lagi terpesong dan


membentuk angin Monsun Barat Laut di hemisfera selatan

Kesan
• Menyerdahanakan suhu (angin lembap)
• Hujan lebat (timur benua)
ANGIN MONSUM TIMUR LAUT
Pembentukan Angin Monsun Barat Daya
Mei hingga September (musim panas di Hemisfera Utara), Asia Tengah
mengalami suhu yang tinggi dan membentuk pusat tekanan rendah.

Hemisfera selatan pula mengalami musim sejuk, suhu di pedalaman


Australia pula rendah akan membentuk pusat tekanan tinggi.

Mewujudkan cerun tekanan udara dari Australia ke Asia Tengah


membentuk angin Monsun Tenggara.

Daya kariolis menyebabkan angin tadi terpesong dan membentuk


angin Monsun Barat Daya di hemisfera utara.

Kesan
• Hujan lebat di kawasan pantai barat negara-negara di
kawasan tropika
• Banjir besar
ANGIN MONSUM BARAT DAYA
Musim Antara Monsun

Berlaku ketika angin monsun bertukar arah dalam


masa yang singkat (kebiasaannya sebulan)

Di Malaysia, musim antara monsun terjadi pada


bulan April dan Oktober

Sering kali berlaku fenomena hujan perolakan dan


kejadian kilat dan petir.
Angin Tempatan

 Angin Pergunungan
Angin Katabatik
Angin Anabatik

 Badai Selari(Angin Sumatera)


 Angin Lintang
 Bayu Darat
 Bayu laut
Proses Kejadian Angin Katabatik

Pada malam hari, Suhu sekitar di


puncak gunung puncak gunung lebih
membebaskan bahangan cepat sejuk, lalu
bumi ke angkasa lebih membentuk tekanan
cepat berbanding udara tinggi
permukaan lurah

Akibatnya angin bertiup


Permukaan lurah yang
dari puncak gunung yang
terletak di bawah
bertekanan udara tinggi
gunung berkeadaan
menuruni lereng-lereng ke
panas, lalu membentuk
lembah/lurah yang
tekanan udara rendah
bertekanan udara rendah.
Angin Katabatik
Proses Kejadian Angin Anabatik

Pada siang hari, puncak Kesannya, puncak


gunung lebih cepat gunung bersuhu tinggi
menerima panas matahari dan tekanan udara
daripada lurah gunung menjadi rendah
yang dalam keadaan berbanding dengan
tertutup. kawasan lurah

Di kawasan lurah yang


masih sejuk pula Oleh itu, angin akan
membentuk tekanan udara bertiup menaiki atau
yang rendah, justeru, mendaki lurah ke
kecerunan tekanan udara puncak gunung.
terbentuk dari permukaan
lurah ke permukaan
gunung.
Angin Anabatik
Faktor Yang Mempengaruhi Halaju Tiupan
Angin Katabatik dan Angin Anabatik

 Orientasi Cerun Lurah


 Permukaan cerun lurah yang menghadap matahari lebih cepat
dipanaskan berbanding permukaan cerun lurah yang
terlindung . Ini mempengaruhi daya cerun tekanan
 Kedalaman Lurah
 Lurah yang semakin dalam dan sempit menyebabkan tekanan
udara dan halaju angin semakin tinggi.
 Bentuk Lurah/Geometri Lurah
 .Halaju angin lebih kencang di permukaan lurah yang lurus
dan licin berbanding dengan lurah yang berliku-liku dan
kasar. Ini disedabkan oleh kesan daya geseran angin terhadap
permukaan lurah.
Angin Lintang

 merujuk kepada angin yang bertiup secara melintang


daripada arah perjalanan. Sebagai contoh, di dalam
penerbangan, angin lintang merujuk kepada
konponen angin yang bertiup 90 darjah merentangi
landasan kapal terbang, menjadikan pendaratan
bertambah sukar dan berbahaya berbanding dengan
angin yang bertiup selari dengan arah penerbangan.
 Selain itu, angin lintang juga boleh berlaku di
atas jambatan yang panjang ataupun di lebuh raya.
Angin Lintang di Lebuh Raya
Badai Selari/Angin Sumatera

 Bertiup antara bulan April – Mei dan September –


Oktober.
 Angin berasal dari Pulau Sumatera
 Angin ini bertiup dengan kencang (Sehingga
80km/jam) dalam masa yang singkat secara tiba-
tiba pada waktu malam hingga subuh.
 Angin ini membawa hujan lebat yang disertai petir
dan kilat ke kawasan antara Pelabuhan Klang hingga
Johor Bahru.
 Angin ini boleh menyebabkan kerosakan pada
rumah dan kawasan pertanian.
ANGIN SUMATERA
BAYU DARAT

 BERTIUP WAKTU MALAM


 UDARA DI DARATAN MENJADI SEJUK
 SUHU DARATAN LEBIH RENDAH DARIPADA
LAUTAN
 TEKANAN UDARA TINGGI DI DARATAN,
TEKANAN DI LAUTAN RENDAH
 UDARA BERGERAK DARI DARATAN KE LAUTAN
BAYU DARAT
BAYU LAUT

 TERJADI WAKTU SIANG

 DARATAN CEPAT PANAS PADA WAKTU

SIANG
 TEKANAN UDARA RENDAH DIDARATAN

 TEKANAN UDARA TINGGI DI LAUTAN

 UDARA BERGERAK DARI LAUTAN KE

DARATAN
BAYU LAUT
Pengaruh Angin Tempatan Terhadap Aktiviti
Manusia di Malaysia.

Terhadap pelancongan pantai


Terhadap aktiviti perikanan
pantai
Terhadap aktiviti industri
kecil dan sederhana
Terhadap Pelancongan Pantai

 Aktiviti pelancongan di tepi pantai seperti berkelah


dan bersantai dapat dijalankan dengan baik kerana
angin bayu bertiup dengan nyaman pada waktu pagi
dan petang.
 Tiupan angin bayu yang lebih kuat pula
menyebabkan aktiviti permainan wau tradisional
dapat dijalankan.
 Permainan perahu layar, seperti pertandingan
Monsoon Cup di Terengganu dijalankan pada musim
tengkujuh kerana tiupan angin kencang.
Terhadap Aktiviti Perikanan Pantai

 Aktiviti perikanan pantai di pantai timur


Semenanjung Malaysia (Pahang, Terengganu dan
kelantan) tergendala pada musim tengkujuh kerana
tiupan angin kencang yang menyebabkan laut
bergelora dan merbahaya kepada nelayan pantai.
 Aktiviti perikanan berjalan dengan baik sebelum dan
selepas musim tengkujuh kerana tiupan angin yang
sederhana menyebabkan laut lebih tenang dan ikan
lebih banyak.
Terhadap Aktiviti Industri Kecil dan Sederhana

 Aktiviti IKS seperti perusahaan batik dapat


dijalankan dengan baik dalam keadaanj berangin
serta cuaca panas kerana kain batik yang dijemur
cepat kering berbanding cuaca lembab.
 Begitu juga dengan perusahaan ikan kering dan
keropok yang memerlukan aktiviti menjemur dalam
keadaan cuaca berangin. Aktiviti ini banyak
dijalankan di pesisir pantai Terengganu, Kelantan
dan Pahang.

Anda mungkin juga menyukai