Anda di halaman 1dari 15

ANGIN MONSUN

NURA’IN BT MARWAN
ANGIN MONSUN
Ø Merupakan sistem angin yang mempunyai pertukaran haluan di antara musim sejuk dan
musim panas.
Ø Pertukaran angin disebabkan oleh pemanasan dan penyejukan benua pada musim
panas dan pada musim sejuk yang seterusnya menghasilkan pertukaran corak taburan
tekanan udara di kawasan ini.
Ø Pada musim panas di Hemisfera Utara satu kawasan tekanan rendah terbentuk di barat
laut benua India, manakala di Hemisfera Selatan terbentuk tekanan tinggi hampir tropika
dan terhasil satu kecerunan tekanan yang menyeberang Khatulistiwa hingga ke barat
laut India.
Ø Pada musim sejuk di Hemisfera Utara, keadaan yang amat sejuk terjadi di tengah Asia
akibat pembentukan tekanan udara tinggi yang hebat, manakala di Hemisfera Selatan
pula terdapat tekanan udara rendah menyebabkan angin sejuk dan kering bertiup keluar
dari barat laut mempunyai tekanan udara rendah dan terbias oleh daya koriolis.
KONSEP ANGIN MONSUN

• Istilah - Monsun berasal daripada perkataan arab yang bermaksud musim .


Angin monsun merujuk kepada perubahan tiupan angin lazim yang berlaku
dua kali setahun di kawasan benua dan lautan yang berhampiran kawasan
tropika lembab. Secara umumnya monsun digunakan bagi sistem angin
yang mengalami perubahan yang jelas dari segi musim. Kawasan yang
mengalami angin monsun amat luas dan kebanyakannya terdapat di
kawasan tropika lembab.
Jenis-jenis angin monsun di
Malaysia
Angin monsun timur laut bertiup semasa hemisfera utara
mengalami musim sejuk iaitu dari bulan November hingga Mac.
Angin monsun timur laut juga dikenali sebagai “ angin monsun
musim dingin”. Pada bulan November hingga Mac hemisfera
utara mengalami musim sejuk di mana nilai suhunya terlampau
sejuk( di bawah 0 C ). Oleh itu, akan wujud sel-sel tekanan
udara tinggi di sekitar pedalaman Asia khususnya di kawasan
Dataran Tinggi Tibet, Siberia dan Mongolia.
Pada masa yang sama, hemisfera selatan mengalami musim
panas dan nilai suhunya kadangkalanya melebihi 30 C. Keadaan
suhu yang tinggi akan mewujudkan sel- sel tekanan udara
rendah yang biasanya terjadi di sekitar benua Austaralia dan
lautan sekitarnya.
Perbezaan tekanan udara antara dua kawasan ini akan
mewujudkan satu cerun tekanan dari arah pedalaman Asia
menuju ke benua Australia dan laut sekitarnya. Akibatnya akan
wujud satu pola pengaliran udara dari pedalaman Asia menuju
ke benua Australia.
• Apabila kumpulan udara ini bergerak keluar daripada sel tekanan tinggi di
pedalaman Asia, ianya akan dibiaskan ke kanan oleh daya koriolis dan seterusnya
menghasilkan sistem angin monsun timur laut. Angin monsun ini kemudiannya
akan dibiaskan ke kiri setelah merentasi khatulistiwa dan memasuki hemisfera
selatan akibat daripada tindakan daya koriolis dan kemudiannya akan menjadi
angin monsun barat laut.
• Angin monsun timur laut ini mempengaruhi suhu kawasan yang
dilaluinya. Umumnya angin ini berasal dari kawasan pedalaman benua yang
merupakan angin kering. Oleh itu kebanyakan kawasan yang dilalui terutama India,
Pakistan , Bangladesh, Myanmar, Thailand , Vietnam , Kampuchea dan Laos , akan
mengalami musim panas yang teruk. Walau bagaimana pun , di tempat yang angin
ini merentasi lautan sebelum sampai ke tempat tersebut angin tersebut akan
membawa hujan yang lebat. Contohnya di Semenanjung Thai dan di Pantai Timur
Semenanjung Malaysia yang menerima hujan melebihi 1500mm kerana angin
tersebut merentasi Teluk Siam dan Laut China Selatan.
ANGIN MONSUN BARAT DAYA

Angin monsun barat daya bertiup semasa hemisfera


utara mengalami musim panas iaitu dari Mei hingga
September.
Pada masa ini kawasan pedalaman Asia akan wujud sel-
sel tekanan udara rendah akibat daripada keadaan
suhunya yang tinggi.
Sebaliknya pada masa yang sama di benua Australia
dan lautan sekitar akan wujud sel-sel sel tekanan udara
tinggi akibat daripada keadaan suhunya yang rendah.
Abibat perbezaan tekanan antara kedua-dua tempat ini
akan menyebabkan wujudnya satu cerun tekanan
antara kedua-dua tempat tersebut. Kumpulan udara
sejuk dari benua Australian dan lautan sekitarnya akan
bergerak keluar menuju kawasan sel tekanan udara
rendah pedalaman Asia.
• Kumpulan angin ini pada asalnya merupakan sistem angin monsun tenggara
kerana dibias ke kiri oleh daya koriolis. Sebaik sahaja angin tersebut
merentasi khatulistiwa kumpulan angin ini akan terbias ke kanan oleh daya
koriolis yang sama di hemisfera utara. Angin ini dikenali sebagai Monsun
Barat Daya. Angin ini agak kurang membawa hujan ke Pantai Barat
Semenanjung Malaysia kerana tiupannya dihalang oleh banjaran gunung di
Pulau Sumatera.
PENGARUH ANGIN MONSUN TERHADAP
AKTIVITI MANUSIA DI ASIA
• Pertanian
• Angin monsun membawa hujan yang berbeza mengikut musim.
• Semasa Monsun timur laut ( November- Mac ) kawasan-kawasan di Pantai Timur
Semenanjung Malaysia akan menerima hujan yang lebat. Hujan yang lebat akan
membekalkan air yang banyak untuk tanaman padi contohnya di Delta Kelantan.
• Semasa Monsun barat daya ( Mei – Sept ) Pantai Barat Semenajung Malaysia
menerima hujan yang agak lebat. Oleh itu kegiatan penanaman padi di Pantai
Barat Semenanjung dapat dijalankan dengan giat. Pada masa yang sama Pantai
Timur Semenanjung kurang menerima hujan, tanaman yang kurang memerlukan
air seperti tembakau ditanam.
• Perikanan
• Angin monsun timur laut ( Nov- Mac ) bukan sahaja membawa hujan yang lebat ke
Pantai Timur Semenanjung Malaysia malah membawa bersamanya angin yang
kencang.
• Angin yang kencang ini boleh menyebabkan laut bergelora dan berbahaya kepada
bot-bot nelayan yang kecil. Semasa tiupan angin monsun timur laut, kegiatan
perikanan di Pantai Timur Semenanjung Tergendala dan menjejaskan tangkapan
nelayan.
• Walau pun begitu semasa monsun barat daya keadaan laut di pantai Timur
Senanjung agak tenang. Pada masa ini nelayan akan turun ke laut dan ini akan
menambahkan hasil tangkapan nelayan.
• Di Pantai Barat Semenanjung kegiatan perikanan dapat dijalankan sepanjang
tahun kerana tiupan angin monsun barat daya tidak kencang kerana dihalang oleh
banjaran gunung di Kepulauan Sumatera.
• Pembalakan
• Kegiatan pembalakan akan dijalankan semasa musim kering kerana semasa
musim hujan jalan-jalan menjadi licin dan berbahaya. Kegiatan pembalakan
di Thailand dan Myanmar ( di bahagian utara ) dilakukan semasa tiupan
angin monsun timur laut kerana angin monsun timur laut yang berasal
daripada pedalaman Asia kurang membawa hujan ke kawasan tersebut.
• Ketika hujan lebat semasa monsun barat daya kegitan pembalakan
dihentikan buat sementara.
• Pelancongan/ Rekreasi
• Kegiatan Pelancongan khususnya pelancongan pinggir pantai di kawasan
Pantai Timur Semenanjung Malaysia akan terjejas semasa musim monsun
timur laut ( Nov- Mac ). Angin yang kencang dan diikuti dengan laut yang
bergelora berbahaya kepada kegiatan air di kawasan pinggir pantai. Pada
musim monsun timur laut permainan layang-layang merupakan aktiviti
yang penting bagi sebahagian besar penduduk. Angin yang kencang dan
tetap merupakan faktor utama permainan layang-layang dapat dilakukan
pada musim ini.
• Pengangkutan
• Kegiatan pengangkutan air di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terhenti
buat sementara semasa tiupan angin monsun timur laut. Perkhidmatan
bot-bot penumpang ke pulau-pulau seperti Pulau Tioman, Pulau Kapas dan
sebagainya dihentikan kerana tiupan angin monsun timur laut
menghasilkan ombak yang besar dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
• Perkhidmatan bot di sungai-sungai utama sperti di Sungai Tembeling juga
dihentikan kerana semasa tiupan angin monsun timur laut sungai ini akan
mengalami banjir besar yang menghasilkan arus yang deras. Banjir besar
juga menyebabkan jalan raya utama dinaiki air . Keadaan ini akan
menganggu pengangkutan darat.
Musim Antara Monsun ( Peralihan Monsun )

• Musim antara monsun atau lebih dikenali sebagai Peralihan Monsun merujuk
kepada satu tempoh yang singkat di mana angin monsun bertukar arahnya. Tiupan
angin semasa antara mosun tidak tepat arahnya dan keadaan udara sentiasa
tenang.
• Di Semenanjung Malaysia , terdapat dua musim antara monsun iaitu pada bulan
April ( semasa angin monsun timur laut bertukar kepada monsun barat daya ) dan
pada bulan Oktober iaitu semasa angin monsun barat daya bertukar kepada
monsun timur laut ). Semasa peralihan monsun, kebanyakan hujan yang turun
adalah dalam bentuk ribut petir yang berasal daripada hujan perolakan.
BADAI SELARI (ANGIN SUMATERA ATAU
RIBUT SUMATERA)
• Angin Sumatera merujuk kpd fenomena ribut kencang yg melanda pantai barat
Semenanjung Malaysia dari Klang hingga ke selatan Johor. Angin Sumatera merupakan
tiupan angin kencang secara tiba-tiba selama beberapa minit dan kemudiannya menjadi
lemah.
• Lazimnya angin Sumatera bertiup disertai hujan lebat dan berlaku pd waktu malam atau
subuh diikuti angin kencang dan ribut.
• Ribut Sumatera berlaku pd musim peralihan Monsun Barat Daya (Mei-Sept) dengan
Monsun Timur Laut (Nov- Mac).
• Dikenali sbg ribut Sumatera kerana Pulau Sumatera merupakan pemampan atau
penghalang terhadap tiupan Angin Monsun Tenggara dari Lautan Hindi hingga benua
Australia di Selatan. Pulau Sumatera menerima impak yg besar kerana terletak pada 0°
garisan Khatulistiwa bertukar arah menjadi Angin Monsun Barat Daya.
• Pertukaran arah angin dari benua Australia ini kerana bumi yg bentuk sfera. Titik
pertukaran berlaku di atas garisan Khatulistiwa yg menyebabkan angin akan terbias.

Anda mungkin juga menyukai