Anda di halaman 1dari 24

PROSES GEOMORFOLOGI

LEMBANGAN SALIRAN
Konsep hakisan alur sungai

Proses pengukiran. atau penghausan alur-alur sungai sama


ada pada bahagian tebing atau dasar serta pengangkutan
bahan oleh agen-agen hakisan alur sungai seperti air
mengalir, dan glasier.

Kata Kunci
-          pengukiran. atau penghausan alur-alur sungai
-          pada bahagian tebing atau dasar
-          serta pengangkutan bahan
-          agen-agen hakisan seperti air mengalir, dan
 glasier
JENIS HAKISAN SUNGAI
Mendalam / menegak / dasar
-          merujuk kepada hakisan bahagian dasar sungai.
-          berlaku dengan giat di bahagian hulu sungai di
mana pada peringkat ini aliran air sungai deras.
-          alur sungai lama kelamaan akan menjadi dalam ,
sempit dan berbentuk V .

Melebar / tebing
-          merujuk kepada hakisan secara mendatar ke atas
kedua-dua arah tebing sungai.
-          lebih aktif di kawasan tengah sungai di mana
aliran air sungai sudah mula perlahan.
-          Alur sungai menjadi semakin luas dan berbentuk
U.
Mengundur / kebelakang
-          merujuk kepada hakisan sungai ke arah
belakang atau mengundur ( semakin ke hulu )
-          aktif di kawasan hulu sungai yang
mempunyai air terjun atau jeram.
-          hakisan air sungai yang semakin giat ke
atas air terjun menyebabkan lama kelamaan batuan
yang membentuk air terjun tersebut runtuh.
-          akibatnya air terjun tersebut semakin
mengundur ke belakang.
CARA HAKISAN SUNGAI

Hidraul
-    hempasan air aliran sungai terhadap lubang-lubang, rekahan, dan
retakan batuan di lurah-lurah sungai.
-          Lebih berkesan di bahagian alur sungai yang terdapat pusaran air
seperti di sekitar lurah sungai yang terdapatnya air terjun, jeram dan
lubuk.
-          Tindakan hidraul berupaya untuk mencungkil bahan batuan yang
berstruktur longgar dan memecahkan batuan pada tebing atau dasar
sungai tersebut.

Geseran/lelasan
-         
bahan-bahan yang diangkut oleh aliran air sungai seperti serpihan
batuan, pasir, kelikir dan sebagainya menghakis atau bergesel dengan
dasar dan tebing sungai.
Lagaan
-    merujuk kepada perlanggaran antara bahan-bahan
yang diangkut oleh aliran sungai sama ada sesama
sendiri, ataupun perlanggaran bahan dengan dasar atau
tebing sungai.
-          bahan-bahan tersebut berlanggar antara satu
sama lain menyebabkannya pecahan, lalu mengalami
perubahan saiz dan bentuk bahan.
-    perlanggaran bahan berlaku disebabkan sifat
pergerakan bahan itu sendiri di mana serpihan batuan
yang kasar dan berat bergerak secara perlahan
manakala serpihan batuan yang kecil, lebih ringan
bergerak dengan kadar yang lebih cepat. Kesannya
bahan-bahan tersebut berlanggar antara satu sama lain.
Larutan
-        merujuk kepada hakisan secara
kimia di mana air sungai bertindak
melarutkan batuan yang terdapat pada
dasar dan tebing sungai tersebut.
-          melibatkan batuan yang mudah
larut seperti batu kapur, dan dolomit.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN SUNGAI

Isi padu dan halaju air


-    halaju aliran air sungai
bertambah seiring dengan
pertambahan isipadu air sungai.
-    hakisan dan halaju air
bertambah semasa isipadu sungai
banyak terutama semasa banjir.
Kecerunan
-          halaju aliran sungai adalah berkadar langsung dengan
kecerunan dasar sungai.
-          halaju aliran air bertambah apabila kecerunan bertambah.
-       sungai di peringkat hulu mempunyai topografi yang sangat
curam menyebabkan halaju air sungai pada peringkat ini sangat
deras. Proses hakisan dasar sangat dominan pada peringkat ini.
-     sungai peringkat tengah mempunyai kecerunan yang semakin
berkurangan. Aliran air pada peringkat ini sederhana deras
menyebabkan hakisan tebing lebih giat berbanding hakisan dasar
sungai.
-        di bahagian hilir sungai topografinya rata dan rendah. Proses
hakisan pada peringkat ini begitu minima sebaliknya aliran sungai
mulai memendapkan bahan-bahan yang dibawanya.
Bentuk alur
-          Alur sungai yang lurus menyebabkan
aliran air sungai deras dan menggalakkan hakisan
menegak.
-      Alur sungai yang berliku menyebabkan
aliran air sungai terganggu dan halaju pergerakan
air menjadi kurang. Kesannya kadar hakisan
menjadi kurang dan sebaliknya bahan-bahan
yang dibawa oleh aliran air akan dimendapkan.
Jenis batuan
-     tebing sungai yang terbentuk daripada
batuan yang keras daripada kumpulan
batuan igneus , maka kadar hakisan ke atas
tebing dan dasar sungai menjadi kurang
giat.
-        manakala bahagian dasar dan tebing
sungai yang terbentuk daripada batuan yang
lebih lembut daripada kumpulan batuan
enapan seperti batu kapur dan dolomit maka
kadar hakisannya adalah lebih giat.
Bahan muatan
-    bahan-bahan muatan ( beban ) yang
diangkut oleh aliran sungai banyak
membantu keberkesanan kerja-kerja hakisan
yang dilakukan.
-       bahan-bahan yang diangkut oleh aliran
air sungai seperti serpihan batuan, batu
tongkol dan lain-lain akan melakukan hakisan
seperti geselan, lagaan, dan lain-lain dengan
giat.
Bentuk muka bumi hakisan sungai
( Peringkat Hulu / Muda )
Air terjun 
-      terbentuk di bahagian hulu sungai yang
mempunyai lapisan batuan yang tersusun
secara  mendatar dan berselang- seli antara
batuan keras dan batuan lembut.  
-    lapisan batuan lembut akan lebih mudah
dihakis berbanding batuan keras. 
-    lapisan batuan keras yang tahan hakisan
akan tertinggal lalu menghalang aliran air
sungai lalu membentuk air terjun.
Pembentukan sungai
Air terjun
Jeram
Jeram Bertingkat      -          terbentuk di
bahagian hulu sungai yang mempunyai
susunan batuan lembut dan batuan keras yang
tersusunberselang seli secara tegak atau
hampir tegak.
      -          hakisan sungai yang giat ke atas
batuan lembut menyebabkan batuan keras
yang tahan hakisan akan tertonjol ke atas.
      -          akibatnya aliran air sungai akan
tersekat lalu mengalir secara melompat-lompat
menuruni bonjolan yang keras.
Jeram
Lubuk
-          lubuk merujuk kepada lekukan yang
terbentuk di bahagian dasar sungai.
-          tindakan aliran air sungai yang berpusar akan
mengorek dan melelaskan dasar lurah sungai
terutama di bahagian dasar air terjun menyebabkan
terbentuknya lubang yang dalam pada bahagian
dasar sungai tersebut.
-          lubang yang dalam ini dikenali sebagai lubuk.
-          contoh lubuk ialah Telaga Tujuh di Langkawi,
Kedah.
Gaung dan Lurah
-          merupakan bentuk muka bumi hakisan
sungai di peringkat hulu sungai.

-          hakisan yang giat terhadap dasar alur
sungai menyebabkan alur sungai menjadi
bertambah dalam dan sempit, dan bertebing
curam.
-          lurah sungai yang bertebing curam ini
dikenali sebagai gaung.
-          contoh gaung yang terkenal ialah Grand
Canyon di sungai Colorado, Amerika Syarikat.

Anda mungkin juga menyukai