Anda di halaman 1dari 2

Pembentukan Lembangan Sungai

Proses pembentukan lembangan sungai melibatkan proses hakisan semasa air


sungai mengalir yg mengakibatkan tebing dan dasar alur mengalami penghausan,
runtuhan, pelebaran, dan pendalaman. Air sungai yang bergerak di dalam alur-alur
berkeupayaan untuk menghakis tebing dan dasar alur disebabkan oleh air sungai
yang memeiliki tenaga kinetik dan tenaga potensi. Proses hakisan yang berlaku
menyebabkan alur-alur sungai berubah bentuk dan saiz dari masa ke semasa.
Bentuk landskap dikawasan lembangan sungai antaranya adalah lubuk pusar,
susuh bukit berpanca, tebing cekung dan tebing cembung, lurah ‘V”, air terjun,
jeram dan tawanan sungai. Lubuk pusar merupakan satu lekukan atau lubang di
dasar sungai berbatu yang ditebuk atau dikorek oleh pusaran arus sungai. Proses
pembentukannya adalah aliran sungai yang deras dan berpusar bertindak
menggolek rekahan-rekahan di dasar sungai yang tidak rata dan memperdalamkan
rekahan-rekahan tersebut menjadi lubang yang dinamakan lubang periuk.
Susuh bukit berpanca pula adalah bahagian sisi bukit, kaki bukit atau kaki
gunung yang menonjol keluar secara selang seli antara batuan keras dengan batuan
lembut. Proses pembentukannya adalah terdapat tonjolan batuan keras yang
beselang seli dengan batuan lembut. Sungai menghakis jaluran batuan lembut
dengan lebih cepat berbanding dengan jaluran batuan keras. Hakisan sisi yang giat
di bahagian jaluran batuan lembut menghasilkan cenuram dan meninggalkan batuan
keras tertonjol sebagai tebing cembung.
Seterusnya, tebing cekung merupakan tebing yang terhasil di bahagian likuan
sungai yang menerima luruan arus. Proses pembentukan tebing ini adalah, bagi alur
yang berliku, taburan halaju arus di bahagian tebing sungai adalah tidak sama. Bagi
tebing yang menerima luruan arus, hakisan pelebaran berlaku dengan pesat kerana
halaju arus sungai yang diterima adalah tinggi.
Selain itu, lurah ‘V’. Lurah ini betebing sangat cerum dan menjadi gaung yang
sangat dalam. Lazimnya wujud di kawasan hulu sungai. Proses pembentukan luruh
ini adalah hakisan yang menegak bertindak dengan berkesan di dasar alur sungai
menyebabkan dasar alur dikorek dan diperdalam. Selain itu, lurah ‘V’ juga terbentuk
hasil daripada proses rujuvensi (balik muda sungai ) yang berpunca daripada
kejatuhan aras laut. Sungai terpaksa memperdalamkan lurahnya semula bagi
mencapai tahap keseimbangan yang baharu apabilaaras laut jatuh.
Air terjun pula adalah aliran air yang jatuh secara tiba-tiba kerana berbezaan
aras dasar alur sungai. Di kawasan batuan yang berlapis antara batuan lembut
dengan batuan keras landskap air terjun terbentuk. Lapisan batuan lembut yang
terletak di bawah sangat mudah dihakis oleh hempasan air dari tingkat yang lebih
tinggi. Tindakan hidraulik air sungai mampu menorek, mencungkil, dan
memusnahkan lapisan batuan lembut untuk membentuk lubuk tunjam yang dalam.
Sekiranya struktur batuan dalam keadaan condong dan berselang-seli antara batuan
keras dengan lembut maka pergerakan air terjun kelihatan bertingkat-tingkat dan
dinamakan sebagai jeram. Batuan keras amat sukar dihakis dan tertonjol didasar
sungai. Kesannya, aliran air sungai akan tersekat dan terpaksa mengalir secara
lompatan menuruni bonjolan batuan keras tersebut.

Anda mungkin juga menyukai