Anda di halaman 1dari 6

Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) ini mula diperkenalkan ketika berlakunya persidangan

oleh United Nations Conference on Sustainable Development yang bertempat Rio de Janeiro
pada tahun 2012. Matlamat ini juga telah dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) pada September 2015 di New York, Amerika Syarikat pada tahun
2015.Matlamat Pembangunan Lestari dirangka bertujuan untuk mencapai masa depan yang
lebih baik dan mampan untuk kebaikan semua. Ini juga telah merangkumi semua cabaran
pembangunan dunia moden termasuk ekonomi, sosial, politik dan alam sekitar. Dalam hal
ini, terdapat 17 matlamat yang dibuat dalam menangani cabaran-cabaran global yang
berlaku seperti kemiskinan, keserataan gender, perubahan iklim, kemerosatan alam sekitar,
keamanan dan sebagainya. Kesemua 17 matlamat tersebut adalah saling berkait rapat dan
untuk memastikan tiada yang ketinggalan dan ianya amat penting untuk dicapai menjelang
tahun 2030. Ini juga menjadi sebab berlakunya matlamat Pembangunan Lestari iaitu
bertujuan untuk membawa angka sifat yang mampu mengubah kehidupan di dunia
termasuk sifar kemiskinan, sifar kelaparan, sifar diskriminasi terhadap wanita dan kanak-
kanak dan sebagainya. Sementara itu, isu keserataan atau kesaksamaan gender ini
merupakan bukti kepada kesedaran dalam politik agar hak, peluang dan perlindungan
diberikan kepada setiap individu tanpa mengira jantina atau umur. Malah isu keserataan
gender ini menjadi teras kelima dalam matlamat pembangunan mampan seperti mana yang
digariskan oleh PBB. Di Malaysia, isu keserataan gender ini menjadi salah satu isu yang
penting dalam negara.

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang komited dengan matlamat ini dan
telah mengambil langkah-langkah untuk menerapkan strategi-strategi SDG ini. Dalam hal ini,
matlamat yang ke-5 iaitu keserataan gender menjadi perkara penting dalam pembangunan
khususnya di negara Malaysia. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (2020), matlamat
yang ke-5 ini adalah bertujuan untuk mencapai keserataan gender dan memperkasa semua
golongan wanita. Sasaran diberikan bagi pemerkasaan wanita untuk lebih jauh ke hadapan
dengan meningkatkan kepimpinan mereka dalam membuat keputusan dalam kedudukan
pengurusan. Peratusan wanita dilihat dalam jawatan pengurus menurun kepada 23.3
peratus pada tahun 2019 berbandng 24.7 peratus pada tahun sebelumnya. Selain itu,
matlamat ini dilihat bertujuan untuk mempromosikan keserataan gender di dalam semua
negara terutama di negara-negara di mana wanita didiskriminasikan. Hal ini juga
menitikberatkan peluang pendidikan kepada wanita dengan peluang yang sama kepada
dalam dunia pekerjaan. Perkara ini dilihat, terdapat banyak negara yang sedang
melaksanakan keserataan gender dengan memberikan peluang yang sama kepada wanita
dalam semua aspek kehidupan dan tanpa membandingkannya dengan lelaki.

Menurut United Nations Development Programme (2022), dalam misi menamatkan


semua diskriminasi terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan bukan sahaja hak asasi
manusia, malah ianya penting untuk masa depan yang mampan. Hal ini terbukti bahawa
meningkatnya pertumbuhan dan pembangunan ekonomi sesebuah negara adalah dengan
memperkasakan wanita dan kanak-kanak perempuan. UDPN juga menjadikan keserataan
gender ini sebagai pusat kerjaya dan telah melihat kemajuan yang luar biasa dalam tempoh
20 tahun yang lalu. Ini kerana, terdapat lebih ramai kanak-kanak perempuan di sekolah
sekarang berbanding 15 tahun yang lalu dan kebanyakkan wilayah telah mencapai
keserataan gender dalam Pendidikan rendah. Sementara itu, keganasan dan eksploitasi
seksual, kerja rumah tangga dilihat tidak sama rata dan diskriminasi dalam jawatan awam
masih menjadi halangan besar. Ini merupakan perkara yang penting untuk memberi wanita
hak sama rata dalam konteks kesihatan seksual dan reproduktif.

Menurut Global Gender Gap Report (2021), dalam masyarakat kini, secara realitinya,
perkara ini masih dianggap asing dan tidak begitu penting. Ini kerana kesedaran masyarakat
masih rendah dan kebanyakan hak wanita dipinggirkan dalam aspek sosial dan juga
ekonomi. Ini termasuklah dengan penyertaan wanita yang rendah dalam politik dan dilihat
kebanyakan peluang ekonomi di Malaysia masih didominasi oleh lelaki yang mana dilihat
lebih menyerlah dalam budaya masyarakat kini. Dalam hal ini, Indeks Jurang Global pada
tahun 2021 telah memperlihatkan kedudukan Malaysia yang masih jauh di belakang iaitu
berada pada tahap 112 daripada 156 buah negara. Seperti yang sedia maklum, antara
matlamat Dasar Wanita Negara adalah dilihat masih lagi belum mencapai pada tahap yang
tinggi walaupun lebih 30 tahun dilaksanakan dengan memastikan 30 peratus jawatan utama
negara, termasuk dalam kalangan syarikat berkepentingan kerajaan dipegang oleh wanita.
Dalam pada itu, penyertaan wanita dalam sektor ekonomi juga merupakan faktor yang
memudahkan wanita terlibat dalam politik kerana pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (1970-
1990) yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan perbezaan taraf ekonomi antara
kaum. Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) dan juga rangka pembangunan ekonomi
negara pada masa kini iaitu Dasar Wawasan Nasional (2001-2010).
(ISI) Di samping itu, Keserataan atau kesaksamaan gender bukan sahaja menjadi
hak asasi manusia, malah ianya juga penting dalam mempercepatkan kemajuan dalam
pembangunan yang mampan. Pemerkasaan wanita dan kanak-kanak perempuan
mempunyai kaitan dengan beberapa Matlamat Pembangunan Mampan termasuk pendidikan,
kemiskinan dan perubahan iklim. Perkara ini dillihat, salah satu halangan struktur yang
ketara dalam pemerkasaan ekonomi wanita adalah denga beban kerja yang tidak bergaji
domestik secara seimbang dan menyekat wanita daripada menjalankan pekerjaan bergaji,
Pendidikan lanjut dan kemahiran-kemahiran tertentu serta penyertaan dalam kehidupan
awam. Walaupun kerja rumah mempunyai nilai dalam ekonomi, ianya tidak dikira dalam
ukuran KDNK. Pekerjaan tanpa bergaji yang dilakukan oleh wanita telah dianggarkan
berjumlah $10 trilion pengeluaran setahun yang bersamaan dengan 13 peratus daripada
KDNK global. Norma sosial dan budaya ini sering menghalang kebolehan wanita untuk
terlibat dalam ekonomi formal yang disebabkakn oleh mobility yang terhad dan kekurangan
akses kepada Pendidikan, Latihan dan kewangan serta faktor yang lain (UNDP, 2021).

Selain itu, dalam sektor ekonomi, penyertaan wanita dalam dunia pekerjaaan
walaupun wanita mempunyai peluang yang sama rata dianggap masih rendah. Wanita yang
bekerja masih menjadi sasaran diskriminasi gender di tempat kerja. Selain itu, upah yang
diterima terutama di sektor swasta masih rendah berbanding dengan pekerja lelaki yang
mana masing-masing menjalankan tugas yang sama. Menurut Ames (2020), negara
Malaysia mempunyai peratusan yang masih tinggi iaitu 50 peratus yang mana wanita masih
mengalami diskriminasi gender di tempat kerja. Tinjauan dilakukan berdasarkan pandangan
dari 1010 wanita di Malaysia untuk melihat keadaan wanita di tempat kerja dengan
mengalami gangguan dan diskriminasi. Menurut Bank dunia juga, kadar penyertaan tenaga
buruh wanita di Malaysia pada tahun 2019 adalah sebanyak 55 peratus sahaja berbanding
dengan kadar penyertaan tenaga buruh lelaki yang bekerja iaitu sebanyak 81 peratus.
Sebagai contohnya, sebanyak 47 peratus wanita pernah ditanya mengenai status
perkahwinan semasa melalui proses temuduga dan kemampuan mereka untuk melakukan
tugas-tugas tertentu sebagai seorang wanita di tempat kerja (Natasha Dandavati, 2020).
Perkara ini telah memperlahankan penglibatan wanita dalam sektor ekonomi dengan
masalah penerimaan mereka di tempat kerja.

Sektor ekonomi dilihat masih mempunyai jurang yang ketara dalam hal ini. Selain
itu, jurang keserataan gender ini juga menjadi menghalang kepada kemajuan wanita untuk
berdaya saing dalam sektor ekonomi. Dalam sektor pekerjaan ini, perbezaan upah
berdasarkan gender sering berlaku di dalam mana-mana industri. Perkara ini berlaku apabila
buruh wanita diberi upah yang rendah berbanding dengan lelaki. Menurut Laporan Guna
Tenaga Kebangsaan, 2008, secara keseluruhannya purata upah pekerja wanita adalah lebih
rendah iaitu RM 1239 berbanding dengan upah lelaki iaitu sebanyak RM 1473. Sebagai
contoh, kajian di Malaysia, sektor ICT merupakan sektor yang mencatat kadar perbezaan
upah yang hampir 87 peratus bagi wanita daripada purata upah lelaki. Oleh itu, perkara ini
menjadikan peluang untuk mereka terlibat dalam pembangunan ekonomi negara adalah
rendah. Sikap beginilah yang kadangkala menjadikan kesaksamaan gender dalam
memenuhi keperluan ekonomi yang pesat dianggap tidak penting kepada pembangunan
negara.

Selain itu, wanita juga mengalami pelbagai gangguan yang mana kebanyakkannya
adalah bersifat seksual di tempat kerja. Perkara ini dilihat, dalam satu kajian yang
melibatkan 8523 pekerja kerajaan persekutuan Amerika Syarikat daripada 24 agensi
mendapati lelaki dan wanita mempunyai pandangan yang berbeza terhadap perilaku
ganguan seksual. Ini kerana, wanita menganggap perkara ini seruis dan sesuatu perilaku itu
sebagai gangguan seksual berbanding lelaki. Contoh perilaku tersebut adalah seperti
menyentuh bahagian-bahagian yang sulit seperti tangan dan sebagainya, menggunakan
bahasa yang berbentuk seksual, menerima panggilan atau bahan berbentuk seksual dan
sebagainya (Terpstra & Cook, 1985). Namun begitu, bilangan kes yang dilaporkan kepada
pihak berkuasa dilihat semakin meningkat kerana kesedaran dalam kalangan wanita
bertambah dengan baik. Namun begitu, terdapat juga kes yang tidak dilaporkan masih
tinggi bilangannya. Hal ini kerana pandangan masyarakat dan wanita yang tidak mahu
mereka dilabelkan dengan pelbagai persepsi negatif di tempat kerja. Namun begitu,
walaupun isu diskriminasi wanita ini amat besar dan sensitif, kerajaan Malaysia masih
memperakui kepentingan wanita dalam pembangunan nasional dan memberikan sokongan
kepada wanita dengan meniktikberatkan dan memasukkan hak mereka sebagai salah satu
agenda dalam pembangunan lestari iaitu bagi mencapai keserataan gender dan
memperkasakan hak berserta peranan wanita.
RUJUKAN:

Indah Water Portal. 2020. Matlamat Pembangunan Lestari. Dipetik dari

https://www.iwk.com.my/my/sustainable-development-goals pada 14 Mei 2022.

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2020. Indikator Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia.

Dipetik dari https://www.epu.gov.my/sites/default/files/2021-02/Sustainable-Development-


Goals-%28SDG%29-Indicators-Malaysia-2019.pdf pada 14 Mei 2022.

United Nations. 2020. The 17 Goals. Dipetik dari

https://sdgs.un.org/goals pada 14 Mei 2022.

World Economic Forum. 2021. Global Gender Gap. Dipetik dari

https://www3.weforum.org/docs/WEF_GGGR_2021.pdf pada 14 Mei 2022.

Norlizawaty. 2022. Kesaksamaan Gender Tuntut Kesungguhan Semua Pihak. Dipetik dari

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/930978/kesaksamaan-gender-
tuntut-kesungguhan-semua-pihak pada 14 Mei 2022.

Nidhal Rawa. 2021. Merapatkan Jurang Gender. Dipetik dari.

https://penanginstitute.org/publications/suara-nadi/merapatkan-jurang-gender/ pada 14
Mei 2022.

UNDP. 2021. Issue Brief: Advancing Gender Equality in Malaysia. Dipetik dari.

https://www.my.undp.org/content/malaysia/en/home/library/womens_empowerment/
issue-brief--advancing-gender-equality-in-malaysia.html pada 14 Mei 2022.

Terpstra, D. E., & Cook, S. E. 1985. Complainant characteristics and reported behaviors and
consequences associated with formal sexual harrasment charges. Personnel Psychology, 38, 3, 559-
574.

Ames. 2022. Lebih Dari 50% Wanita di Malaysia Mengalami Diskriminasi Gender di Tempat Kerja.

Dipetik dari. https://wao.org.my/lebih-dari-50-wanita-di-malaysia-mengalami-diskriminasi-gender-


di-tempat-kerja/ pada 14 Mei 2022.

Anda mungkin juga menyukai