Anda di halaman 1dari 7

MODERATOR: Selamat Petang dan Salam Sejahter, saya Eve Cannera Doumin Daripada Kos

HUbungan Industri selaku moderator pada petang ini dimana akan membincangkan tentang
Tajuk 4 Iaitu Proses dan bentuk Hidrologi I – Atmosfera.

MODERATOR: Baiklah, saya akan bercakap sedikit tentang Tajuk ini. Menurut daripada
artikel yang ditulis oleh Arved J. Raudkivi pada tahun 2013 Hydro ini berasal daripada
perkataan gree yang mana membawa maksud sebagai air. Dalam terma Hidrologi ini, ianya
tertumpu kepada semua air yang ada di muka bumi.

Moderator: Baiklah, saya tidak akan kupas dengan panjang, kita akan mendengar pendapat
daripada rakan-rakan selepas ini daripada soalan yang saya ajukan.

Soalan merujuk artikel yang bertajuk HIDROLOGI

1. Apakah definisi Asas bagi kerpasan?


 Semua air meteor yang mana berasal dari atmosfera dan jatuh ke permukaan
bumi.
 Ianya berbentuk cecair seperti hujan dan gerimis
 Ianya berbentuk pepejal seperti salji, ais dan hujan ais
 Ianya berbentuk seperti fros, Embun
2. Nyatakan bentuk-bentuk kerpasan.
 Hujan (kawasan khatulistiwa: Malaysia)
- Hujan terhasil apabila suhu kekal melebihi 0 ° C (32 ° F) dari pangkalan awan
ke permukaan, kemudian zarah kerpasan itu menjadi cair dan titisan cecair
itulah yang dipanggil sebagai hujan.
 Salji (kawasan mempunyai 4 musim: China, Japan)
- Salji terhasil apabila suhu mencapai 0 ° C, iaitu apabila udara di bawah awan
itu menjadi kering.
- Dan apabila udara di bawah awan itu kering, maka parti hujan zarah
menyejat kerana ia jatuh. Penyejatan sejuk zarah ini cukup untuk
memastikan ia beku sepanjang jalan ke tanah dan akhirnya terhasillah salji.
 Hujan Ais
- Pembetukan hujan ais berlaku apabila lapisan nipis udara sejuk berhampiran
permukaan menyebabkan hujan yang mencair menjadi sangat sejuk atau
sangat beku.
 Hujan Batu
- Hujan dalam bentuk bola besar atau ketulan ais yang kelihatan seperti hujan
ais pada steroid.
- Pembentukan hujan batu adalah agak berbeza daripada pembentukan hujan
ais. Walau bagaimanapun, hujan batu terbentuk dalam usul udara kompleks
di dalam awan kumulonimbus yang menjulang tinggi.
 Hujan Gerimis
- Kita dapat kenalpasti itu adalah hujan gerimis dengan melihat ataupun
merasakan titisan hujan yang sekurang-kurangnya 0.5 milimeter atau 0.02
inci.
- Hujan gerimis ini jatuh dalam saiz yang lebih kecil secara kolektif.
- Hujan gerimis ini selau dikaitkan dengan awan stratus.
 Embun
- Wap air yang mengalami proses pengembunan-proses yang mana
berubahnya gas menjadi cairan.
-  Embun biasanya muncul di pagi hari, dan dapat dilihat di celah-celah kaca
jendela atau di badan-badan daun.
3. Nyatakan Definisi Kerpasan:
- Kerpasan adalah sebarang bentuk air pepejal atau cecair yang jatuh dari
atmosfera ke permukaan bumi
- Kerpasan juga adalah satu pemboleh ubah terkuat yang mendorong proses
hidrologi dan peristiwa, tetapi perlu kita ingat bahawa ia mesti dipertimbangkan
dalam konteks yang lain pemboleh ubah.
- Mau tambah sikit, jadi pemboleh ubah yang dikatakan tadi contohnya, kawasan
dengan lebih dari 20 in pemendakan tahunan sering dianggap lembab,
sementara kawasan yang kurang dianggap kering. Walau bagaimanapun, 20 in
pemendakan di South Dakota biasanya mencukupi untuk menanam gandum,
sementara di Texas agak tidak mencukupi. Disini, kita dapat lihat bahawa
Perbezaannya terletak pada perbezaan evapotranspirasi kerugian antara dua
wilayah.

4. Nyatakan Definisi Sejatan


 Proses penukaran fasa air kepada fasa wap atau gas yang tidak dapat dilihat
daripada atmosfera.
5. Awan mempunyai kelas-kelas tersendiri. Nyatakan Kelas-kelas awan tersebut?
 Awan Tinggi
 Awan Tengah
 Awan Rendah
 Awan Dengan Perkembangan vertikal.
6. Nyatakan Mekanisme yang mempengaruhi kerpasan
 Mesti mempunyai kemasukan berterusan (influx) lembapan air di dalam
bungkusan udara yang mencukupi
 Mesti mempunyai mekanisme mengangkat jisim udara
 Mesti mempunyai nukleus pemeluwapan dan pembekuan
 Mesti mempunyai manik-manik air untuk proses pembesaran titik kerpasan
7. Terdapat Proses Hidrologi Di Atmosfera. Nyatakan proses-proses tersebut.
 Proses kerpasan
 Proses Sejatan
8. Terangkan Proses Kerpasan dan proses sejatan.
PROSES KERPASAN
 sebelum berlakunya kerpasan, berlakunya proses pemeluwapan dan pejalwapan
ataupun kedua-duanya sekali.
 Bermula dengan proses pemeluwapan yang mana setiap bintik air yang
terbentuk akan membesar dan bercantum antara satu sama lain dan bintik-bintik
air tersebut akan terapung-apung sebagai awam. Ia turun dalam bentuk air
hujan, salji atau hujan batu.

PROSES SEJATAN

 Berlaku secara menegak


 Berlaku apabila tekanan wap pada permukaan air lebih tinggi daripada tekanan
udara di dalam atmosfera yang belum sampai keperingkat tepu.
 Memerlukan bekalan haba yang mencukupi untuk memanaskan permukaan air
sama ada daripada lautan, sungai, tasik, kolam dan lain-lain.
 Kadar sejatan yang paling tinggi berlaku di permukaan air yang terdedah seperti
laut, sungai, tasik, kolam, paya dan sebagainya.
 Proses sejatan semula jadi akan berlaku sekiranya tekanan wap bagi udara
sekitar kurang daripada tekanan wap pada permukaan air yang tersejat.
 Proses sejatan juga berlaku dari permukaan tanah yang lembap.
9. Nyatakan apakah teori-teori kerpasan.
 Teori Wegner-Bergeron- Fendeisen
 Teori Perlanggaran

10. Jelaskan Teori Wegner-Bergeron- Fendeisen dan Teori Perlanggaran

Teori Wegner-Bergeron- Fendeisen

 Kristal yang diwujud dalam awan bersama titisan air, wap air tepu dibandingkan
dengan ais. Titisan air akan menguap sehingga mencapai keseimbangan dengan
ais. Wap cenderung menjadi lebih tepu berbanding dengan ais dan ini akan
menyebabkan fenomena pemeluwapan pepejal pada kristal ais dan
mengorbankan titisan air.
 Kristal ais yang mencukupi besar akan jatuh dan kemudian cair jika mencapai
suhu di atas 0 ° C, menghasilkan hujan. Ini kesan yang sama juga dapat
menghasilkan salji sekiranya suhu tetap negatif atau sifar isoterm darjah sangat
rendah.

Teori Perlanggaran

 Proses pertama dalam penjanaan pemendakan adalah perlanggaran. Di awan,


proses penyatuan menghasilkan hujan cair, sementara pengumpulan
menghasilkan salji dan pertambahan menghasilkan kristal ais atau hujan.
 hablur-hablur ais atau bitnik-bintik air yang jatuh dari awan dan menyebabkan
berlaku percantuman antara bitnik-bitnik air berkenaan. Percantuman tersebut
akan menghasilkan bitnik-bintik air yang lebih besar dan menjadi hujan.

11. Terdapat 3 jenis kerpasan di atmosfera. Nyatakan jenis kerpasan tersebut.


 Kerpasan Konvektif
- Kenaikan jisim udara dan dihasilkan oleh proses Bergeron
 Pemendakan orografi
-bergantung kepada ketinggian, cerun dan orientasi, dan juga pada jarak antara
sumber jisim udara panas dan tempat yang dinaikan
 Pemendakan Frontal
- Hubungan antara permukaan jisim udara dengan suhu yang berbeza,
menegak kecerunan termal, kandungan kelembapan.

12. Hujan dapat dicirikan oleh beberapa parameter yang berbeza tempohkembali
semasa kejadian hujan yang sama. Nyatakan parameter tersebut.
 Jumlah kedalaman hujan
 Tempoh
 Intensiti purata
 Intensiti maksimum untuk selang masa
 Pengedaran intensiti seketika.
13. Nyatakan Faktor-faktor kerpasan.
 Intensiti hujan
 Tempoh musim hujan
 Bentuk muka bumi
 Ciri-ciri geologi
 Litupan tumbuhan
 Suhu
14. Nyatakan Faktor-faktor sejatan.
 Suhu
 Tekanan wap
 Angin
 Luas permukaan air
 Kelembapan bandingan
 Kemasinan air
15. Jelaskan tentang faktor-faktor kerpasan yang disebut sebentar tadi. Kita mulakan
yang pertama;

i. Intensiti hujan
- Hujan yang sedikit menyebabkan keberkesanan rendah kerana tidak cukup untuk
tumbesaran tumbuhan.
- Hujan yang banyak menyebabkan keberkesanan tinggi kerana cukup untuk
tumbesaran tumbuhan.

ii. Tempoh musim hujan


- Bilangan hujan pada musim tengkujuh lebih banyak dan lama berbanding pada
musim kemarau
- Keberkesanan tumbesaran jadi lebih tinggi.

iii. Bentuk muka bumi


- Cerun yang curam menyebabkan nilai kerpasan menjadi rendah
- Cerun yang landai menyebabkan nilai kerpasan menjadi tinggi

iv. Ciri-ciri geologi


- Batuan yang poros seperti batu kapur dan pasir memiliki nilai kerpasan yang
rendah kerana air tidak dapat disimpan lama dalam tanah.
- Kawasan geologi yang keras memiliki nilai kerpasan yang rendah kerana sifatnya
tidak membenarkan air mengalir di bawah liang porinya.

v. Litupan tumbuhan
- Hutan berkanopi mempunyai nilai kerpasan yang tinggi kerana titisan air hujan
dapat meresap ke dalam tanah.
- Kawasan yang gondol mempunyai nilai kerpasan yang rendah kerana larian
permukaan air yang rendah sehingga hanya sedikit air boleh digunakan.

vi. Suhu
- Suhu yang tinggi menyebabkan nilai keberkesanan kerpasan rendah kadar
sejatan yang tinggi tidak memberi peluang untuk air meresap ke dalam tanah.

16. Jelaskan tentang faktor-faktor sejatan sebentar tadi;


1) Suhu
- Suhu air meningkat akan menyebabkan sejatan akan meningkat.
- Air yang bersuhu tinggi lebih cepat tersejat berbanding air sejuk kerana apabila
suhu meningkat tekanan wap air untuk terbebas ke atmosfera akan meningkat
dengan cepat.

2) Tekanan wap
- Tekanan wap tepu di permukaan air yang tinggi berbanding tekanan wap udara
di sekelilingnya akan menyebabkan sejatan meningkat.

3) Angin
- Angin akan menukarkan udara yang lembap kepada udara kering.
- Angin yang kencang akan mempercepatkan sejatan.

4) Luas permukaan air


- Luas permukaan air yang bertambah akan menyebabkan kadar sejatan menjadi
lebih tinggi

5) Kelembapan bandingan
- Kelembapan bandingan yang tinggi akan menyebabkan kadar sejatan menjadi
lambat.

6) Kemasinan air
- Proses sejatan berkadar songsang dengan kemasinan air.
- Kadar sejatan air laut lebih perlahan berbanding air tawar.

Kesimpulan (Moderator) - EVE CANNERA DOUMIN (BA19110136)

Baiklah terima kasih kepada semua yang telah menjawab soalan tersebut, saya simpulkan
sesi kita pada petang ini dengan menyatakan bahawa Kerpasan merupakan hujan yang
mana berlaku apabila bintik-bintik air atau ais di atmosfera turun ke bumi. Seperti mana
yang kita tahu bahawa air adalah satu kepentingan kepada kehidupan manusia dan salah
satu sumber air merupakan air hujan. Dapat disimpulkan disini bahawa, air hujan dapat
membantu dalam kegunaan domestik seperti melaksanakan pelbagai aktiviti kehidupan
harian seoerti mencuci dan minuman. Kerpasan juga membantu kepada pertanian untuk
membekalkan air kepada kawasan tanaman khususnya sawah padi. Sistem hidrologi juga
dapat disimpulkan mempunyai kaitan dengan manusia dia ianya akan menyebabkan
gangguan kepada inbangan air. Gangguan terhadap kitar air akan berlakunya
ketidakseimbangan air. Selain itu ianya juga akan menyebabkan kemarau disebabkan
imbangan air jadi negatif kerana kurangnya air di sesebuah kawasan.

Anda mungkin juga menyukai