Anda di halaman 1dari 14

Kitaran Air

Matahari, yang menggerakkan kitaran air, memanaskan air dalam lautan, yang
tersejat sebagai wap ke dalam udara. Air juga tersejat dari permukaan daun tumbuh-
tumbuhan melalui transpirasi.

Arus udara yang naik akan membawa wap-wap ke atas atmosfera, di mana suhu
sejuk akan menyebabkan wap-wap tersebut terpeluwap/kondensasi menjadi awan.
Arus udara memindahkan awan-awan mengelilingi bumi, dan titisan-titisan awan akan
berlaga, berkembang besar, dan kemudian jatuh keluar dari awan sebagai
kerpasan/pemendakan. Sebahagian kerpasan/pemendakan jatuh sebagai salji dan
kemudian berlonggok sebagai kemuncak ais dan glasier. Salji di iklim lebih panas akan
cair apabila musim bunga tiba, dan air yang tercair itu mengalir di atas permukaan bumi
sebagai air larian cairan salji. Hampir semua kerpasan akan jatuh semula ke lautan
atau daratan, dan akibat tarikan graviti, ianya akan mengalir di permukaan bumi
sebagai air larian permukaan. Tetapi bukan semua daripada air larian ini akan mengalir
ke dalam sungai kerana sebahagian besar daripadanya akan menyerap ke dalam tanah
sebagai infiltrasi.

Sebahagian daripada air ini akan berada berdekatan dengan permukaan bumi,
dan akan menyerap ke dalam sumber-sumber air permukaan serta lautan sebagai
'luahan'air tanah. Terdapat juga air yang akan dipancut keluar sebagai 'matair'daripada
celah-celah permukaan bumi. Air permukaan yang cetek pula diserap oleh akar-akar
tumbuhan dan akan disingkirkan dari permukaan daun melalui proses transpirasi
tumbuhan. Sedikit sebanyak daripada air ini akan diserap semakin mendalam ke dalam
tanah dan akan mengisi 'Akuifer' (batuan sub-permukaan) yang dapat menyimpan air
dalam kuantiti yang besar untuk jangka masa yang lama. Kitaran air berulang lagi
dengan sejatan dan tidak akan tamat.
Proses-proses yang berkaitan dengan kitaran air
a. Proses sejatan
b. Proses pemeluawapan/ kondensasi
c. Kerpasan/Pemendakan
d. Penyusupan

A. SEJATAN

Sejatan adalah penukaran air daripada bentuk cecair kepada wap air.

Merupakan proses asas dan pertama dalam kitar air.

Berlaku apabila tekanan wap pada permukaan air lebih tinggi daripada tekanan
udara di dalam atmosfera yang belum sampai ke peringkat tepu.

Memerlukan bekalan haba yang mencukupi untuk memanaskan permukaan air


sama ada daripada lautan, sungai, tasik, kolam dan lain-lain.

Kadar sejatan yang paling tinggi berlaku di permukaan air yang terdedah seperti
laut, sungai, tasik, kolam, paya dan sebagainya.

Proses sejatan semula jadi akan berlaku sekiranya tekanan wap bagi udara
sekitar kurang daripada tekanan wap pada permukaan air yang tersejat.

Proses sejatan juga berlaku dari permukaan tanah yang lembap dan melalui
transpirasi tumbuh-tumbuhan.
B. PEMELUWAPAN/ KONDENSASI

Menghasilkan kelembapan udara seterusnya membentuk awan setelah ia


mengalami proses pemeluwapan

Satu proses penukaran wap-wap air kepada cecair seperti hujan atau pepejal
seperti salji.

Terjadi akibat kejatuhan suhu dalam jisim udara apabila ia naik semakin tinggi
dalam atmosfera,

Jisim udara menjadi sejuk dan penyejukan berlaku.

Penyejukan berlaku melalui sentuhan apabila dua kumpulan udara yang


berlainan suhu (panas dan sejuk) bertemu di mana jisim udara yang panas akan
disejukan oleh jisim udara yang sejuk

Bermula dengan proses pemeluwapan, setiap bintik air yang terbentuk akan
membesar dan bercantum antara satu sama lain. Bintik-bintik air ini akan
terapung-apung sebagai awan.

C. KERPASAN / PEMENDAKAN

Didefinisikan sebagai lembapan yang terpeluwap dan jatuh semula ke


permukaan bumi sebagai cecair ataupun pepejal.

Sebelum berlakunya kerpasan maka terlebih dahulu mesti berlakunya proses


pemeluwapan.

Menurut teori Bergeron-Findiesen menerangkan bahawa pembentukan kerpasan


berlaku apabila suhu atmosfera jatuh dengan cepat di bawah takat beku.
Teori pelanggaran perlu mengemukakan bahawa berlaku pelanggaran hablur-
hablur ais atau bintik-bintik air semasa jatuh dari awan sehingga menyebabkan
percantuman antara bintik-bintik air tersebut.

Jenis-jenis kerpasan

Hujan

Salji

Hujan beku

Hujan batu

Embun beku (rime)

D. PENYUSUPAN

Penyusupan berlaku apabila lembapan meresap ke dalam tanah.

Ia bergantung kepada kebolehtelapan permukaan tanah.

Kebolehtelapan adalah ukuran bagaimana mudahnya sesuatu mengalir melalui


sesuatu bahan.

Lebih banyak kebolehtelapan, maka lebih banyak lembapan menyerap ke dalam


tanah.

Jika pemendakan berlaku lebih pantas daripada kebolehtelapan menyusup ke


dalam tanah, ia menjadi air larian.

Sisa air larian di permukaan akan mengalir ke sungai, tasik atau laut.

Penyusupan air bawah tanah bergerak serentak dan ia mengalir ke sungai


seterusnya ke kawasan air yang lebih luas.
KITAR HIDROLOGI DAN PROSES PROSES YANG TERLIBAT

Konsep Kitar Hidrologi.

Istilah kitaran diguna untuk menerangkan pertukaran air yang berterusan.

Kitar hidrologi tidak ada titik permulaan dan penamat.

Untuk memulakan sesuatu kitaran lebih mudah bermula dari lautan.

Air tersejat ke dalam atmosfera dari lautan, membentuk wap-wap air yang
berkumpul menjadi awan.

wap air apabila mencapai ke peringkat tepu akan turun sebagai kerpasan sama
ada dalam bentuk hujan, embun, salji dan sebagainya.

Kerpasan di bahagian daratan akan dialirkan dalam pelbagai cara seperti:

melalui larian air permukaan atau

Di alir oleh sistem sungai ke laut

Sebahagian kerpasan akan menyusup ke dalam tanah dan mengalir sebagai air
bawah tanah.

Selain daripada kerpasan itu mengalir ke laut,di fasa daratan juga berlaku proses
seperti pintasan (interception),sejatan dari lembapan tanih dan juga sejat-
peluhan tumbuhan, susupan(infiltrasi), storan(simpanan) serta rembesan air
dalam tanah.

Di fasa lautan, kitar hidrologinya adalah lebih pendek dan lebih mudah.
Proses-proses dalam kitar hidrologi

a. Proses sejatan

b. Proses perpeluhan dan sejat peluh

c. Proses pemeluawapan

d. Kerpasan

e. Larian air permukaan

f. Susupan dan larian air bawah tanah

A. SEJATAN

Konsep dan proses sejatan

Sejatan adalah penukaran air daripada bentuk cecair kepada wap air.

Merupakan proses asas dan pertama dalam kitar hidrologi.

Berlaku secara menegak.

Berlaku apabila tekanan wap pada permukaan air lebih tinggi daripada tekanan udara di

dalam atmosfera yang belum sampai keperingkat tepu.


Memerlukan bekalan haba yang mencukupi untuk memanaskan permukaan air sama ada

daripada lautan, sungai, tasik, kolam dan lain-lain.

Kadar sejatan yang paling tinggi berlaku di permukaan air yang terdedah seperti laut,

sungai, tasik, kolam, paya dan sebagainya.

Proses sejatan semula jadi akan berlaku sekiranya tekanan wap bagi udara sekitar kurang

daripada tekanan wap pada permukaan air yang tersejat.

Proses sejatan juga berlaku dari permukaan tanah yang lembap.

Faktor yang mempengaruhi sejatan

Suhu

Tekanan wap

Angin atau turbulens

Kemasinan air

Kelembapan bandingan

Luas permukaan air

B. SEJATPELUHAN
Konsep dan proses sejat peluhan

Berlaku menerusi proses perpeluhan.

Berlaku kerana tekanan wap pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbending dengan

tekanan udara dalam atmosfera

Istilah sejatpeluhan dari sudut hidrologi merujuk kepada kehilangan air dari proses

sejatan secara langsung,sejatan dari tanih dan proses perpeluhan dari tumbuhan.

Sejat peluhan boleh dibahagi kepada dua iaitu:

Sejat peluhan potensi

Sejat peluhan sebenar

i. Sejat peluhan potensi

Mengikut Thornthwaite (1948) ialah Kuantiti air yang boleh disejatkan daripada

permukaan tanih dan perpeluhan daripada tumbuhan.

Mengikut Penman (1956) pula,ialah jumlah air yang terpeluh dalam unit masa daripada

satu permukaan tanaman hijau yang rendah dan membesar dengan aktif melindungi tanah

tersebut.

ii. Sejat peluhan sebenar


Kuantiti air yang sebenarnya disejatkan daripada tanih dan perpeluhan tumbuhan dalam

satu jangka masa yang tertentu di bawah keadaan lembapan tanih dan litupan tumbuhan

yang berubah-ubah.

Faktor-faktor yang mempengaruhi sejat peluhan

Kelembapan bandingan permukaan tanah dengan udara di atasnya

Suhu udara di atas permukaan tanih yang tinggi

Terdapat aliran udara yang tinggi agar dapat mengalih udara tepu di atas permukaan tanah

dan menggantikannya dengan udara kering

Mempunyai kelembapan tanih secukupnya untuk menyumbang kepada sistem akar pokok

Terdapat bahangan matahari yang tinggi dan suhu yang tiggi untuk merangsangkan

tumbesaran pokok dan seterusnya mempengaruhi kadar perpeluhan.

C. PEMELUWAPAN

Konsep dan proses pemeluwapan

Menghasilkan kelembapan udara seterusnya membentuk awan setelah ia mengalami

proses pemeluwapan

Satu proses penukaran wap-wap air kepada cecair seperti hujan atau pepejal seperti salji.
Terjadi akibat kejatuhan suhu dalam jisim udara apabila ia naik semakin tinggi dalam

atmosfera,

Jisim udara menjadi sejuk dan penyejukan dinamakan adiabatik.

Penyejukan berlaku melalui sentuhan apabila dua kumpulan udara yang berlainan suhu

(panas dan sejuk) bertemu di mana jisim udara yang panas akan disejukan oleh jisim

udara yang sejuk

Jika suhu di bawah takat embun di bawah takat beku maka wap-wap air dalam jisim

udara berkenaan bertukar kepada pepejal (salji).

Proses pemeluwapan juga memerlukan zarah higroskopik seperti garam dan karbon untuk

menarik wap-wap air berkumpul ke arahnya membentuk manik-manik hujan.

Terdapat tiga keadaan yang membolehkan proses pemeluwapan berlaku;

Kandungan wap air dalam atmosfera mesti cukup

Berlakunya proses penyejukan udara hingga ke paras atau ke bawah takat embun.

Mesti terdapat nukleus-nukleus pemeluwapan.

ketiga-tiga faktor ini berintegrasi antara satu sama lain bagi mewujudkan proses

pemeluwapan.

Kandungan wap-wap air yang cukup dalam atmosfera


Takat embun berkait dengan kejatuhan suhu sehingga 0 darjah celsius.

Nukleus pemeluwapan adalah untuk menggalak dan mempercepatkan proses

pembentukan titisan air.

Proses pemeluwapan berlaku pada nukleus pemeluwapan yang bersifat cita air.

Natrium klorida yang dibawa oleh angin dari permukaan laut dianggap sebagai nukleus

pemeluwapan yang terbaik kerana saiznya besar dan mempunyai diameter sehingga 10

mikron.

Proses pemeluwapan berlangsung melalui penyejukan. Proses itu boleh dibahagikan

kepada tiga cara iaitu.

Penyejukan alir lintang

Penyejukan sinaran

Penyejukan adiabatik.

D. KERPASAN

Konsep dan mekanisme kejadian kerpasan

Didefinisikan sebagai lembapan yang terpeluwap dan jatuh semula ke permukaan bumi

sebagai cecair ataupun pepejal.


Sebelum berlakunya kerpasan maka terlebih dahulu mesti berlakunya proses

pemeluwapan dan pejalwapan atau kedua-duanya sekali.

Bermula dengan proses pemeluwapan,setiap bintik air yang terbentuk akan membesar

dan bercantum antara satu sama lain.bintik-bintik air ini akan terapung-apung sebagai

awan.

Menurut teori Bergeron-Findiesen menerangkan bahawa pembentukan kerpasan berlaku

apabila suhu atmosfera jatuh dengan cepat di bawah takat beku akibat pertukaran

adibatik.

Teori pelanggaran perlu mengemukakan bahawa berlaku pelanggaran hablur-hablur ais

atau bintik-bintik air semasa jatuh dari awan sehingga menyebabkan percantuman antara

bintik-bintik air tersebut.

Jenis-jenis kerpasan

Hujan

Salji

Hujan beku

Hujan batu

Embun beku (rime)


Hujan sebagai bentuk kerpasan utama

Terjadi melalui tiga cara iaitu hujan perolakan, hujan bukit(orografi), hujan perenggan.

Hujan perolakan bermula dengan sejatan.

Kejadian hujan perenggan pula berkait dengan pertembungan dua jisim udara yang

berlainan suhu.

Hujan bukit pula sering berlaku di kawasan banjaran gunung yang mengadap arah tiupan

angin laut.

E. PINTASAN ATAU CEGATAN SILARA

Dalam konteks semula jadi pintasan dilakukan oleh tumbuh-tumbuhan.

Mengikut Horton (1919) pintasan atau Cegatan Silara merujuk kepada halangan dari

kanopi (silara) tumbuhan terhadap air hujan yang turun.

Apabila titisan hujan yang pertama jatuh ke atas sehelai daun, ia akan disimpan oleh daun

tersebut buat sementara waktu sebelum disejat kembali.Simpanan ini dikenali sebagai

storan sementara.

Terdapat tiga komponen pintasan bagi sebatang pokok iaitu jatuhan langsung, titisan

kanopi dan aliran batang.


Air hujan yang terus langsung jatuh ke lantai dinamakan sebagai jatuhan langsung.

Air hujan yang dipintas oleh daun yang dititis oleh daun dinamakan sebagai titisan

kanopi.

Air hujan meleleh mengikut dahan dan batang dikeneli sebagai aliran batang.

Pintasan amat penting dalam konteks kitar hidrologi untuk meningkatkan simpanan air

tanah di kawasan tadahan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pintasan

Perubahan aliran batang amat bergantung kepada jenis batang pokok berkenaan.batang

pokok yang licin mengalirkan air yang lebih cepat.Sudut percambahan ranting pokok

juga juga mempengaruhi jumlah air yang dapat mengalir.

Bagi jatuhan langsung, ianya amat bergantung kepada saiz kanopi.Saiz kanopi yang besar

berupaya memerangkap lebih banyak air.

Selain daripada sifat tumbuhan,kadar pintasan juga dipengaruhi oleh keamatan hujan.

Kehilangan air melalui pintasan semakin berkurangan apabila jumlah hujan semakin

tinggi dan lebat

Anda mungkin juga menyukai