Anda di halaman 1dari 13

ISI KANDUNGAN

BIL BUTIR MUKA SURAT

1. Isi kandungan 1

2. Isu pencemaran alam peringkat global 2-3

3. Isu pencemaran udara di Malaysia 4-11

 Punca pencemaran udara


 Kesan pencemaran udara
 Langkah mengatasi pencemaran udara
 Kesan kepada peluang pendidikan

4. Kesimpulan 11

5. Rujukan 12-13

1.0PENCEMARAN ALAM PERINGKAT GLOBAL

1
Menurut Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Ke-4 pencemaran adalah suatu perbuatan yang
mencemarkan atau pengotoran alam. Pencemaran ialah kemasukan bahan pencemar
seperti kimia, haba cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang menyebabkan kesan
yang buruk sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan
ekosistem serta mengganggu ameniti. Secara umum punca pencemaran alam sekitar
terbahagi kepada dua iaitu disebabkan faktor semulajadi dan faktor manusia.
Punca pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran
yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung
berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya.

Seterusnya, pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia iaitu pencemaran


yang dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak disengajakan seperti asap ekzos
kenderaan, kesan rumah hijau, pembakaran secara terbuka. Terdapat beberapa
pencemaran yang berlaku yang menjadi isu global, contohnya pemanasan global
disebabkan berlakunya pencairan ais di rantau Artik. Di samping itu, pencemaran air turut
menjadi isu global yang memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan kerana ia
berpunca daripada pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba dan pembuangan
sampah. Selain itu, pencemaran tanah pula disebabkan oleh manusia seringkali membuang
sisa barangan buangan dengan cara menggali lubang atau membakarnya. Hal ini boleh
menyebabkan tanah menjadi bertoksik dan boleh membantutkan tumbesaran tumbuh-
tumbuhan. Tambahan lagi, pencemaran udara telah mengakibatkan jerebu seperti jerebu
yang terbesar berlaku di Indonesia pada tahun 1997. Hal ini berlaku kerana gas-gas
beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari
kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya.

2.0 PENCEMARAN UDARA

2
Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah
yang terkandung dan terampai di atmosfera sehingga memberi kesan negatif kepada
manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta alam sekeliling. Ini disebabkan gas dan
bahan tercemar akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat
pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.Hal ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit
seperti penyakit barah, asma, kekejangan dan anemia. Sebagai contoh, kes pencemaran
udara di Donora, Pennsylvania pada Oktober 1948 yang berpunca daripada asid sulfurik,
kilang keluli dan kilang zink telah mengakibatkan 6,000 penduduk menghidap penyakit dan
20 orang menjadi korban. Manakala di Poca Rica, Mexico, pada tahun 1950 telah meragut
nyawa seramai 22 orang dan seramai 320 yang menghidap penyakit. Kejadian ini berpunca
daripada sulfur tempatan yang telah melepaskan hydrogen sulfida ke udara selama 25 minit
sahaja. Seterusnya, di Londan, kejadian pembakaran sampah dan aktiviti perkilangan di
kawasan tersebut telah menyumbang kepekatan PM10 ditambah dengan keadaan udara
yang jerebu. Kejadian ini berlaku pada 5 hingga 8 disember 1952. Selain itu, pada 1953,
1962 hingga 1963 dan 1966, Bandar New York mengalami nasib yang sama akibat
pencemaran udara berpunca daripada asap dan SO x. Kematian telah dicatakan seramai 200
hingga 400 orang pada tahun 1963 dan 168 orang pada tahun 1966.

KES KEMATIAN MENGIKUT KAWASAN AKIBAT PENCEMARAN UDARA

TAHUN KAWASAN KES JUMLAH


KEMATIAN

1948 Donora, Pennsylvania 20

1950 Poca Rica, Mexico 22

1952 London, England 4000

1963 New York, U.S 200-400

1966 New York, U.S 168

Sumber: Diolah daripada Bach (1972)

2.1 ISU PENCEMARAN UDARA DI MALAYSIA

3
Pada tahun 2015, Malaysia telah dilanda jerebu yang teruk  disebabkan oleh
kebakaran hutan secara haram, terutamanya di pulau-pulau Indonesia iaitu
di Sumatera dan Kalimantan, yang kemudiannya merebak dengan cepat pada
musim kemarau. Justeru, Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat direkodkan di 24
kawasan di negeri Sarawak, Selangor dan Langkawi di Kedah yang paling teruk dilanda
jerebu.  Sehubungan itu, penduduk yang mempunyai asma dan masalah paru-paru telah
diberitahu untuk tinggal di dalam rumah sehingga kualiti udara di kawasan mereka
bertambah baik.  Kementerian Pendidikan turut menyatakan semua sekolah terpaksa ditutup
jika bacaan IPU melepasi 200. Hasilnya, pada 15 September, sekolah di lima negeri iaitu
Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Putrajaya di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur  telah diarahkan untuk ditutup buat sementara waktu sehingga 20 Oktober, sekitar
1.9 juta pelajar dari 3,029 buah sekolah terjejas di Malaysia. Sekolah yang diarahkan tutup
meningkat kepada 2.7 juta pelajar dari 4,778 buah sekolah pada 22 Oktober. Tambahan
lagi, pada 4 Oktober, jerebu mencapai tahap tidak sihat di banyak tempat di negara ini,
kerajaan mengumumkan bahawa semua negeri kecuali Kelantan, Sabah dan Sarawak untuk
menutup sekolah selama dua hari lagi. Selain itu, sektor penerbangan dan maritim Malaysia
telah diletakkan di atas keadaan berjaga-jaga berikutan semakin teruk memandangkan jarak
penglihatan berkurangan disebabkan oleh jerebu. Pada 22 Oktober 2015, penerbangan juga
ditangguhkan dan dibatalkan di pantai timur Sabah akibat jerebu yang berterusan dari
Kalimantan.

3.0 PUNCA PENCEMARAN UDARA

4
3.1 PEMBEBASAN ASAP KILANG

Pembebasan asap kilang yang berwarna hitam dan berjelaga boleh mencemarkan


udara persekitarannya. Pembesan asap kilang mengandungi gas-gas beracun seperti
karbon monoksida, nitrogen oksida, sulfur oksida, hidrokarbon dan partikel yang paling
banyak berpengaruh dalam pencemaran udara terutamanya gas karbon monoksida. Gas
karbon monoksida terjadi daripada pembakaran bahan api fosil dan merupakan
percampuran yang baik antara udara dan bahan bakar terutama yang terjadi pada mesin-
mesin yang digunakan oleh kilang.

Selain itu, pencemaran gas nitrogen oksida di udara terjadi dari gas buangan hasil
pembakaran yang keluar dari generator pembangkit listri starsioner atau mesin-mesin yang
menggunakan bahan bakar gas alami. Manakala gas sulfur oksida disebabkan oleh indusrti
yang menggunakan batu bara sebagai bahan bakar. Di samping itu, gas hidorkarbon
terbentuk apabila tidak terbakarnya bahan bakar secara sempurna, tidak terbakarnya
minyak pelumas silinder menyebabkan terjadinya emisi hidrokarbon. Gas-gas in banyak
menyumbang kepada pencemaran udara. Sebagai contoh peratusan komponen
pencemaran yang terdapat di Indonesia.

Komponen Pencemaran Peratus


(%)
Karbon monoksida (CO) 70.50
Nitrogen oksida (NOx) 8.89
Sulfur oksidaSOx) 0.88
Hidrokarbon 18.34
Partikel 1.33

Sumber: lingkungan Wardhana (2004). Dampak Pencemaran Lingkungan

Sehubungan itu, reaksi antara gas sulfur oksida dengan wap air yan terdapat di
udara akan membentuk asid sulfat atau asid sulfit. Apabila asid sulfat dan asid sulfit turun ke
bumi bersama-sama dengan hujan, terjadilah hujan asid serta ia akan menyebabkan
kerosakkan tanaman daan kesuburan tanah. Gas karbon monoksida, nitrogen oksida dan
hidrokarbon yang meningkat di udara boleh menyebabkan kerosakkan otak, paru-paru dan
boleh menyebabkan kanser.

3.2 PEMBEBASAN ASAP KENDERAAN

5
Pembebasan asap kenderaan seperti bas, lori dan teksi menggunakan minyak
diesel kerana harganya yang lebih murah. Namun penggunaan minyak diesel ini
menyebabkan asap yang terhasil dan dibebaskan adalah bewarna hitam dan mencemarkan
udara. Hal ini kerana sesebuah ekzos kenderaan berupaya melepaskan seratus peratus gas
karbon monoksida, oksida, nitrogen, plumbum dan 65% hidrokarbon. Gas- gas pencemar
tersebut terbentuk apabila berlaku proses pembakaran bahan api jenis fosil seperti diesel
dan petrol pada suhu tinggi. Justeru, semakin banyak pembakaran bahan api fosil semakin
meningkat bahan pencemaran yang dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Tambahan pula,
pada era globalisasi ini, banyak kenderaan yang telah dikeluarkan.

TAHUN JUMLAH
KENDERAAN
2010 20188565
2011 21401269
2012 22702221
2013 23819256
2014 25101192
2015 26301952
Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan raya (JPJ)

Hal ini kerana bahan api fosil mengandungi sulfur dan hidrokarbon yang
menghasilkan bahan penting dalam proses pembakaran. Tambahan lagi, kenderaan
berenjin mengeluarkan banyak plumbum yang merupakan bahan toksik atau racun kepada
manusia. Bahan-bahan ini seterusnya akan menggangu sistem tubuh badan manusia.

3.3 PEMBAKARAN BAHAN API FOSIL

Antara jenis bahan api fosil ialah arang batu, petroleum, dan gas asli yang
mempunyai gas karbon dioksida yang sangat tinggi. Pembakaran bahan api fosil
menghasilkan kira-kira 21.3 bilion tan karbon dioksida (CO2) setahun, tetapi adalah
dianggarkan bahawa proses-proses semulajadi hanya mampu menyerap kira-kira separuh
jumlah itu, maka karbon dioksida dalam atmosfera mencatat kenaikan bersih 10.65 bilion
setahun (satu tan karbon dalam atmosfera bersamaan dengan 3.7 tan karbon dioksida).

 Apabila pembakaran bahan bakar tersebut mengeluarkan asap hitam yang terdiri
dari banyak karbon dioksida.  Karbon dioksida yang ada di udara dan atmosfera berpotensi
menimbulkan kesan rumah hijau. Kesan rumah hijau atau pemanasan global terjadi saat
panas matahari terperangkap pada atmosfera bumi. Dengan demikian panas matahari
seakan dilipatgandakan dan menyebabkan suhu bumi semakin meningkat.

3.4 PEMBAKARAN SECARA TERBUKA

6
Sehubungan itu, pembakaran secara terbuka seperti pembakaran jerami di kawasan
pertanian padi sawah. Bagi menjimatkan kos, kebanyakan pesawah membakar jerami padi
setelah musim menuai. Hal ini bertujuan untuk pengolahan tanah untuk masa tanam
berikutnya dan bertujuan untuk menghindari penyebaran hama dan penyakit yang
menyebar. Namun keadaan ini menyebabkan pencemaran udara di kawasan tersebut
seperti yang sering berlaku di Dataran Kedah dan Dataran Kelantan suatu ketika dahulu. 

3.5 LETUSAN GUNUNG BERAPI

Di samping itu, terdapat juga bahan-bahan pencemaran yang dikeluarkan oleh


sumber-sumber semulajadi seperti letusan kawah Senila yang berlaku di Gunung Dieng
pada 20 februari 1979 dengan menyemburkan lava dan piroklastik panas ke atmosfera.
Selain itu, material gas yang dikeluarkan oleh gunung berapi adalah solfatar, berbentuk gas
sulfur (H2S),   fumarol, berbentuk wap air (H2O) dan mofet, berbentuk gas asid arang
(CO2). Gas ini berbahaya bagi kehidupan karena bersifat racun. Sehubungan itu, sifatnya
yang lebih berat dari oksigen menyebabkan gas ini lebih dekat dengan permukaan tanah
sehingga mudah dihirup. Contohnya, gas CO2 yang keluar dari Gunung Dieng pada tahun
1979 telah membunuh 149 penduduk.

Oleh itu, mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, melalui akhbar Utusan
Pengguna pada tahun 2001. Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi
Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun.

JUMLAH KELUARAN BAHAN-BAHAN PENCEMARAN UDARA

PUNCA BAHAN PENCEMARAN UDARA JUMLAN PERATUSAN


KENDERAAN 58.1%
STESEN JANA KUASA 23.9%
PEMBAKARAN BAHAN API INDUSTRI 9.4%
PEMPROSESAN INDUSTRI 3.9%
PEMBAKARAN TERBUKA 4.9%
Sumber: Alamsekitar’Blog

4.0 KESAN-KESAN PENCEMARAN UDARA

4.1MENJEJASKAN KESIHATAN

Menjejaskan kesihatan manusia dan haiwan apabila kita menarik nafas, udara yang
tercemar memasuki badan dan menjejaskan kesihatan. Justeru, ini berpunca daripada gas-
gas yang beracun seperti gas karbon monoksida, sulfur dioksida (SO2) dan nitrogen

7
dioksida (NO2) yang berpunca dari pembakaran bahan api fosil. Tambahan lagi, gas
particulate matter (PM) terbentuk melalui reaksi kimia daripada pembakaran kayu, diesel
serta gas Ozon yang terbentuk oleh reaksi kimia senyawa organik volatile (VOC) dan NO x
dengan bantuan sinar matahari turut menjejaskan kualiti udara. Selain itu, gas timbal (Pb)
yang berpunca dari industri kilang turut menyumbang kepada kualiti udara yang tidak sihat.
Oleh itu, ia boleh memenyebabkan batuk, asma, penyakit jantung dan merosakkan sistem
saraf.

4.2 PEMBENTUKAN HUJAN ASID

Ini disebabkan air hujan yang turun bergabung dengan gas karbon dioksida serta
gas-gas berasid seperti gas sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang terdapat di
atmosfera. Tambahan pula, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan
bahan fosil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak
dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta gas
sulfur dioksida dan nitrogen oksida udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan
akan bergabung dengan air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik. Sehubungan
itu, hujan asid boleh membunuh tumbuh-tumbuhan dan ikan-ikan seperti di negara
Scandinavia, pelbagai spesies ikan termasuk salmon Atlantic dan trout telah pupus akibat
sungai dan tasik yang berasid.

4.3 KESAN RUMAH HIJAU

Hal ini disebabkan oleh haba yang diserap dan terperangkap dalam atmosfera oleh
gas seperti karbon dioksida, metana, klorofluorokarbon dan nitrogen dioksida memberi
kesan kepada pemanasan global. Sehubungan itu, kenaikan suhu bumi dan penipisan
lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global. Kenaikan suhu bumi oleh
pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di udara menyebabkan suhu bumi
meningkat dan persekitaran menjadi panas. Implikasi daripada pemanasan global
menyebabkan banjir akibat pencairan ais di kutub-kutub bumi dan secara tidak langsung
kenaikan paras air laut. Oleh itu, daratan yang rendah dan pulau ditenggalami air. Selain itu,
kesan rumah hijau juga mengakibatkan kemarau di beberapa tempat dunia seperti di Acheh,
Indonesia.

STATISTIK KENAIKKAN SUHU BUMI

8
Sumber: Sriworopatin’s Blog

4.4 JEREBU

Jerebu sering berlaku apabila debu dan asap zarah berkumpul di udara yang kering.
Apabila keadaan cuaca menghalang penyebaran asap dan bahan cemar lain, ia memekat
dan membentuk tabir rendah yang biasanya tergantung rendah yang menjejaskan
penglihatan dan mengganggu pernafasan. Oleh itu, jerebu yang teruk menyebabkan banyak
sekolah yang diarahkan tutup seperti yang berlaku pada tahun 2015. Buktinya pada 15
September sekolah di lima negeri iaitu Sarawak, Selangor, Negeri
Sembilan, Melaka dan Putrajaya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  telah diarahkan
untuk ditutup buat sementara waktu sehingga 20 Oktober, sekitar 1.9 juta pelajar dari 3,029
buah sekolah terjejas di Malaysia. Sekolah yang diarahkan tutup meningkat kepada 2.7 juta
pelajar dari 4,778 buah sekolah pada 22 Oktober.

5.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN UDARA

5.1 MENINGGIKAN SEROMBONG ASAP

Meninggikan serombong asap sehingga 30 meter dan meletak penapis asap.


Dengan ini asap yang dibebaskan telah dirawat. Pihak pengilang yang ingkar, boleh
diambil tindakan undang-undang seperti denda dan dipenjarakan mengikut Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974. Menurut akta tersebut iaitu seksyen 25, mengeluar, melepas atau
meletakkan apa‐apa benda berbahaya kepada alam sekeliling, pencemar atau buangan ke
dalam mana‐mana perairan daratan tanpa suatu lesen. Denda yang dikenakan tidak
melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi 5 tahun    atau kedua‐duanya dan denda
tambahan tidak lebih daripada RM1000 sehari bagi tiap‐tiap hari kesalahan itu diteruskan

9
selepas disampaikan kepadanya suatu notis yang diberi oleh Ketua Pengarah
menghendakinya memberhentikan perbuatan yang dinyatakan di dalamnya itu.  

5.2 MENGGALAKKAN PENGGUNAAN PETROL TANPA PLUMBUM

Sehubungan itu, menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbum dan


memasang alat catalytic converter pada enjin kenderaan untuk mengurangkan pengeluaran
asap. Tambahan pula, angka peggunaan di Malaysia meningkat 2 kali ganda dari sedekad
yang lalu. Di Kuala Lumpur, penggunaan kereta api elektrik seperti LRT, ERL, Komuter dan
Monorel berjaya mengurangkan pencemaran udara. Ini kerana kereta api elektrik ini
merupakan sistem pengangkutan yang bersifat mesra alam sebab tidak mengeluarkan asap
hitam.

5.3 PENGGUNAAN TENAGA ALTERNATIF

Selain itu, penggunaan tenaga alternatif yang mesra alam seperti kuasa hidro


elektrik, biomas dan tenaga suria.  Sebagai contoh pusat tenaga suria telah dibina di Teluk
Ewa, Langkawi dan Ulu Tembeling, Pahang. Selain itu, di Kilang Beras di Alor Setar, sisa
pertanian seperti jerami padi dijadikan sumber untuk tenaga biomas.

5.4 MENGAMALKAN SIKAP 3R


Tambahan pula, sebagai individu haruslah memainkan peranan sendiri. Tiga sikap
yang harus diamalkan adalah menggunakan semula barang-barang yang boleh digunakan
semula (reuse), menggunakan barang-barang yang dibuat dari barang-barang yang
diproses semula (recycle) dan mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak
diperlukan (reduce). Tidak lupa, sikap kesedaran pada diri sendiri harus ada untuk
mengelakkan dari dunia terus dicemar.

6.0 KESAN TERHADAP PENDIDIKAN


6.1 MEWUJUDKAN SUBJEK ALAM SEKITAR

Di samping itu, Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan satu subjek khas
mengenai alam sekitar seperti Pendidikan Alam Sekitar. Oleh itu, modul Pendidikan Alam
Sekitar (KPLISR, 2010) mengenai mementingkan kemampanan ekosistem, perlindungan
dan pemuliharaan ekosistem, menghormati alam, dan sebagainya. Justeru, kaedah yang
biasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar adalah
tunjuk cara, sumbang saran dan perbincangan. Secara tak langsung, para pelajar diberi
kesedaran dengan lebih awal tentang pentingnya alam sekitar.

10
6.2 PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MERENTAS KURIKULUM

Seterusnya, Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum adalah aktiviti yang


menarik minat pelajar. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah projek kesedaran seperti
gotong royong, pameran, seminar, program tanam angkat. Selain itu, program
Pembangunan Maklumat Alam Sekitar sudut maklumat, bahan rujukan, multimedia, lawatan
sambil belajar. Secara tidak langsung, program-program yang dilaksanakan dapat memberi
kesedaran kepada para pelajar.

6.3 PENUBUHAN KELAB DI IPT

Sebagai contoh di UKM mula meubuhkan kelab yang diberi nama Ekorelawan pada
pertengahan 2010 ketika pelancaran program UKM Kampus Lestari. Ekorelawan
adalah kelab yang mengumpulkan semua sukarelawan alam sekitar UKM merangkumi
pelajar, kakitangan dan alumni UKM yang menjalankan aktiviti alam sekitar berasaskan ilmu,
masyarakat, dan kesihatan persekitaran. Objektif utama adalah untuk menerapkan kepada
ahli mencintai alam sekitar, memberikan pendedahan dan pengetahuan tentang alam sekitar
serta ekosistem. Ia juga menyediakan platform kepada ahli untuk mempraktikkan amalan
kesukarelawanan alam sekitar.

7.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, melalui isu-isu di atas, jelaslah bahawa keadaan persekitaran
negara masih lagi pada tahap yang rendah dan memerlukan usaha yang menyeluruh oleh
semua pihak yang terlibat. Sehubungan itu, rakyat dan kerajaan harus berganding bahu
untuk mengatasi masalah pencemaran udara. Walaubagaimanapun, isu ini tidak boleh
diatasi sekelip mata, tetapi dengan kerjasama daripada pelbagai pihak maslah pencemaran
udara dapat diatasi. Kerjasama semua pihak yang terlibat akan dapat mengelakkan risiko
kemerosotan kualiti alam sekitar yang dianggap khazanah negara yang paling bernilai untuk
dilindungi oleh semua pihak. Oleh itu, kita harus memikirkan generasi-generasi yang akan
datang memerlukan alam sekitar yang cantik dan nyaman untuk mereka hidup di dunia.
Akhir sekali, sayangilah alam sekitar yang telah diciptakan oleh Tuhan.

11
RUJUKAN

Bahan api fosil (t.t & t;p). Dicapai pada 20 Ogos 2017 daripada
https://ms.wikipedia.org/wiki/Bahan_api_fosil
Geografi . (t.t & t.p). Dicapai pada 20 Ogos 2017 daripada
http://2.bp.blogspot.com/_ODEroomQ_x8/TFg9ii51FuI/AAAAAAAAAFg/UQY3-fx-
9dk/s1600/Jerebukl.jpg
Hamidi Ismail & Tuan Pah Rokiah Syed Hussain. (2006). Pencemaran Isu-isu Pengurusan
Alam Sekitar. Sintok. Universiti Utara Malaysia.
Ilmu Berguna. (2013) (t.p). Dicapai 22 Ogos 2017, daripada
http://unsanilutfiana.blogspot.my/2013/06/material-yang-dikeluarkan-gunung-
berapi.html
Jerebu di Asia Tenggara. (t.t & t.p). Dicapai pada 20 Ogos 2017 , daripada
https://ms.wikipedia.org/wiki/Jerebu_Asia_Tenggara_2015#Malaysia
Kehilangan Unsur Hara Akibat Pembakaran Jerami Padi dan Potensi Pencemaran
Lingkungan. (t.t & t.p). Dicapai pada 20 Ogos 2017 daripada
http://balittanah.litbang.pertanian.go.id/ind/index.php/en/publikasi-mainmenu-
78/art/435-cemar
Langkah Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar. (t.t & t.p). Dicapai pada 20 Ogos 2017
daripada http://abihulwa.blogspot.my/2012/03/isu-alam-sekitar-apakah- peranan-
kita.html
Muhammad Naem. (2002). Kenal Pasti Punca-Punca Pencemaran Alam Sekitar.
Dicapai pada 22 Ogos 2017 daripada
http://perlukekesah.blogspot.my/2010/08/kenal- pasti-punca-punca-
pencemaran-alam.html Mohd
Khamsuldin. (2009). Isu Pencemaran Global-Apakah Punca dan Kesannya. Dicapai
pada 4 Jun 2009 daripada https://smkpenghulusaad.wordpress.com/2009/06/04/isu-
pemanasan-global- %E2%80%93-apakah-punca-dan-kesannya/
Noresah Baharom et al. (Ed.). (2010). Kamus Dewan (edisi ke-4). Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Pencemaran Alam Sekitar. (t.t&t.p). Dicapai pada 21 Ogos 2017 daripada
http://www.google.com/amp/s/alamsekitarterkini.wordpress.com/2010/08/03/pencem
aran-alam-sekitar/amp/
Pencemaran Udara. (t.t&t.p). Dicapai pada 23 Ogos 2017 daripada
http://anggiseptyan.wordpress.com./contact/pencemaran-udara

12
Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum. (t.t & t.p). Dicapai pada 23 Ogos 2017
daripada https://documents.tips/documents/pendidikan-alam-sekitar-merentas-
kurikulum-55c092af6737e.html
Punca-punca pencemaran dan langkah mengatasinya. (t.t & t.p). Dicapai pada 20 Ogos
2017 daripada http://kelip-kelipancontest.blogspot.my/2013/07/punca-punca-pencemaran-
udara-dan.html

Rumah Hijau. (t.t & t.p). Dicapai pada 23 Ogos 2017 daripada
http://biologitingkata4.wordpress.com/bab-9/rumah-hijau-lapisan-ozon/
Salwani Md Zain. (2015). Ekorelawan UKM Pejuang Alam Sekitar. Dicapai pada 23 Ogos
2017 daripada http://www.sinarharian.com.my/rencana/ekorelawan-ukm-pejuang-
alam-sekitar-1.375091
Sejarah tragedi malam kelam “SENILA” Dieng tahun 1979. (t.t & t.p). Dicapai pada 22
Ogos 2017 daripada https://planet.merdeka.com/sejarah/sejarah-tragedi-malam-
kelam- sinila-dieng-tahun-1979.html

13

Anda mungkin juga menyukai