Anda di halaman 1dari 15

ISI KANDUNGAN

BIL TOPIK M/S

1.0 PENGENALAN

2.0 MASALAH TINGKAH LAKU (VAPE)

3.0 FAKTOR PENYUMBANG KEPADA MASALAH TINGKAH LAKU

4.0 PENYELESAIAN BERDASARKAN TEORI

5.0 KESIMPULAN

6.0 BIBLIOGRAFI
GEJALA VAPE DALAM KALANGAN PELAJAR

1.0 PENGENALAN

Tingkahlaku bermasalah boleh didefinisikan sebagai suatu tingkah laku yang


tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat, tidak kira di dalam
kehidupan bermasyarakat atau termasuk sekolah. Berdasakan kepada kajian dan
pemerhatian yang telah dilakukan oleh pakar Psikologi, telah didapati bahawa tingkah
laku bermasalah ini timbul kerana kurangnya keupayaan individu dalam proses
mengadaptasi atau akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam
persekitaran. Ini akan menyebabkan berlakunya gangguan emosi dan aktiviti
kehidupan individu serta seterusnya mengganggu kestailan dan keharmonian
persekitarannya. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku merujuk kepada sebarang
tingkah laku yang boleh merosakkan kelancaran dan keberkesanan proses pengajarana
dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah.
Levin & Nolan, 2004 mendefinisikan tingkahlaku bermasalah sebagai suatu
bentuk gangguan terhadap perlaksanaan proses pengajaran yang lancar. Disamping
itu, Shrigley,1990 mentakrifkan sebagai apa jua tingkah laku yang mengganggu
pengajaran guru atau bersifat tidak selamat dari segi Psikologi guru mahupun fizikal
ditakrifkan sebagai tingkah laku disruptif. Apabila kita membahaskan aspek jenis-
jenis tingkah laku, kita perlu tahu bahawa terdapat dua jenis tingkah laku. Pertama,
adalah tingkah laku Distruptif. Tingkah laku jenis ini merupakan tingkah laku yang
membahayakan orang lain sebagai contoh bertindak agresif secara fizikal dan lisan.
Sementara itu, tingkahlaku Distruktif pula adalah suatu tingkah laku yang
membahayakan diri, sekolah dan masyarakat seperti permusuhan nyata, vandalisme
dan sebagainya.
Pelbagai tafsiran atau label yang boleh diberikan kepada remaja-remaja
yang terlibat dalam gejala sosial. Menurut Azizi dan Rosnah (2007), mereka yang
melanggar norma masyarakat setempat ini dikenali sebagai kumpulan yang
bertingkah laku devian. Azizi dan Rosnah juga menjelaskan, mereka yang bertingkah
laku devian ini akan dikenali sebagai delinkuen apabila mereka masih bersekolah atau
remaja. Apa yang jelas, delinkuen ini adalah tingkah laku yang melanggar peraturan
dan undang-undang atau berkelakuan yang tidak boleh diterima oleh masyarakat.
Sementara itu, menurut Haslina (2000) pula, delinkuen dan tindakan
ganas oleh para remaja merupakan perlakuan yang diwarisi oleh para remaja yang
lebih muda daripada remaja lelaki yang lebih tua aktiviti-aktiviti mereka tertumpu di
beberapa kawasan luar sekolah.
Masalah sosial adalah sesuatu yang merangkurni pelbagai tingkah laku negatif
di dalam anggota masyarakat yang tidak memberikan faedah kepada kekuatan sistem
dan struktur ekonomi yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat, komuniti ataupun
negara. Banyak faktor yang mendorong remaja pada masa kini terlibat dalam gejala
sosial yang kurang sihat ini. Menurut Abd. Rahim (2006), penglibatan remaja dalam
pelbagai gejala sosial berpunca daripada beberapa faktor, antaranya faktor dalaman
diri remaja itu sendiri dari aspek perkembangan personaliti, kegagalan fungsi institusi
keluarga dan juga pengaruh rakan sebaya. Zainal dan Sharani (2004) pula menyatakan
pengaruh persekitaran di sekolah juga menjadi punca keruntuhan akhlak di kalangan
remaja.
Gejala sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya
yang melanda golongan remaja dan belia. Pada zaman remaja, seseorang itu berdepan
dengan satu siri krisis identiti iaitu pembentukan dan pengembangan identiti diri.
Kegagalan untuk mengatasi cabaran itu membuatkan remaja mengalami krisis
kekeliruan. Krisis kekeliruan yang menguasai diri remaja jika tidak dibendung dan di
atasi boleh menyebabkan gejala sosial yang sememangnya parah akan bertambah
parah. Fenomena ini merupakan salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga
manusia boleh merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu, segala
masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan diatasi supaya ia
tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap pembangunan dan kemajuan negar

2.0 MASALAH TINGKAH LAKU & BUDAYA (VAPE)

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mendefinisikan suatu peranti


elektronik yang mengandungi nikotin adalah dirujuk sebagai ‘rokok elektronik’ atau
(eCig), sementara yang tidak mengandungi nikotin adalah dirujuk sebagai Vape.
Walaupun vape didakwa tidak mengandungi nikotin, namun cecair "refill" yang dijual
berkemungkinan besar masih mengandungi nikotin. Begitu juga cecair refill rokok
elektronik, telah dilaporkan ditambah dadah atau bahan-bahan terlarang berbahaya
yang lain. Kajian bandingan di antara penggunaan rokok elektronik, NRT dan placebo
menunjukkan tiada perbezaan signifikan di dalam kejayaan untuk berhenti merokok
(Bullen C, et al 2013). Tambahan pula, mereka yang menggunakan rokok elektronik
menunjukkan kesukaran mereka untuk menghentikan tabiat merokok akibat
kebergantungan kepada nikotin (W.K. Delmy et al, 2015).Terdapat beberapa bahan
yang merbahaya yang terdapat di dalam rokok elektronik dan vape seperti Propylene
Glycol, Nikotin, Vegetable Glycerin serta bahan perisa dan perwarna.
Vaporizer atau lebih dikenali sebagai Vape merupakan sejenis alat rokok elektronik
yang diperbaharui dan mulai diperkenalkan pada tahun 2006 oleh seorang penyelidik
kesihatan dari China iaitu Hon Lik. Sejarah penciptaan Vape ini berlaku apabila Hon
Lik kehilangan ayahnya yang tewas dengan penyakit kanser paru-paru disebabkan
daripada tabiat merokok. Hal ini menjadikan beliau amat benci dengan rokok
tembakau dan di sini lah idea untuk menghasilkan rokok yang kurang merbahaya
terhasil iaitu Vape. Secara terperincinya, Vaporizer ini mempunyai tiga komponen
penting yang menjadi fungsi utama kegunaan Vape ini iaitu E-liqiud, Tank dan
Atomizer.
E-liqiud ataupun e-juice merupakan bahan utama bagi menghasilkan wap yang
menjadi kegilaan penghisap Vape di luar sana. Ia terkandung daripada empat bahan
utama iaitu air, propylene glycol, nikotin dan perisa. E-liqiud ini boleh didapati di
pasaran dengan pelbagai jenis perisa seperti perisa buah-buahan, milo dan pelbagai
lagi. Tank ataupun tangki berfungsi sebagai penyimpan cecair bagi menghasilkan
wap. Manakala atomizer pula berfungsi sebagai pemanas bagi cecair yang disimpan
sehingga terhasilnya wap. Atomizer biasanya diganti tiga bulan sekali.
Populariti Vape ini semakin meningkat dalam kalangan generasi muda kini
khususnya di Malaysia. Ini kerana vape dipercayai mampu membantu golongan
perokok tegar untuk berhenti daripada merokok bahkan ianya lebih selamat jika
dibandingkan dengan rokok tembakau yang mana menjadi penyebab utama kepada
kanser paru-paru. Seperti yang dihujahkan oleh Public Health of England, Vape
adalah 95% kurang berbahaya jika dibandingkan dengan rokok tembakau dan ia
mungkin berupaya menjadi produk alternatif bagi anti-rokok kepada masyarakat di
dunia.
Isu Vape di Malaysia merupakan salah satu isu hangat diperkatakan
dalam kalangan masyarakat. Pelbagai tanggapan dan pandangan diberikan oleh
sesetengah individu berkaitan dengan isu vape ini samada tanggapan dari segi positif
mahupun negatif. Tanggapan ini selalunya terhasil melalui perolehan maklumat
daripada media sosial, rakan-rakan sekeliling, pengalaman sendiri dan pelbagai lagi.
Maklumat-maklumat yang diperolehi ini amat mempengaruhi penerimaan masyarakat
terhadap aktiviti vaping. Bahkan ia menjadi suatu isu penting dan kritikal bagi pihak
di Kementerian Kesihatan dan pihak-pihak tertentu yang lain.
Seperti di Malaysia, aktiviti vaping amat popular dan menjadi suatu trend
anak-anak muda ketika ini. Pelbagai maklumat boleh diperolehi dengan mudah di
media sosial,laman sesawang bahkan dalam kalangan rakan-rakan berkaitan dengan
vape ini. Aktiviti vaping ini sudah menjadi suatu ikutan bukan sahaja di Malaysia
malah di dunia. Untuk mendapatkan peranti vape ini juga tidak susah dimana ia boleh
didapati di kedai vape, belian secara online dan sebagainya. Kepelbagaian perisa juga
menjadi tarikan utama mengapa aktiviti vaping ini menjadi agak popular pada masa
kini selain kelebihan vape berbanding rokok tembakau.
Beberapa kajian telah dijalankan bagi melihat sejauhmana vape adalah selamat
berbanding rokok tembakau. Kajian ini merupakan suatu maklumat yang berguna
bagi memberi pengetahuan berkaitan vape kepada penggunanya bahkan masyarakat
yang lain.Ia mampu memberikan maklumat dari segi baik buruk penggunaan vape dan
kesannya terhadap kesihatan.
Seperti yang diketahui oleh ramai, vape adalah lebih selamat jika
dibandingkan dengan rokok tembakau. Terdapat kajian menyatakan bahawa nikotin
yang terkandung dalam cecair vape tidak mengandungi sebahagian besar puluhan ribu
bahan kimia dan tanpa lebih daripada 60 bahan karsinogen yang dikenalpasti. Ini
menjadikan vape adalah lebih selamat berbanding rokok tembakau. Malah ia mampu
menjadi alternatif produk bagi mencengah penggunaan dan ketagihan rokok
tembakau.
Menurut Profesor Michael Siegel iaitu ahli perubatan dan profesor di
School of Public Health, beliau percaya bahawa melalui aktiviti vaping lebih ramai
perokok mampu untuk berhenti merokok dan ini dapat membantu mengurangkan
kadar kematian disebabkan oleh asap rokok tembakau. Maklumat sedemikian
merupakan indikator dan sebab utama para perokok mencuba vape ini. Dengan
penggunaan vape, tabiat merokok rokok tembakau dapat dikurangkan seterusnya
berhenti. Sekiranya maklumat tersebut adalah benar, ia menjadi suatu kelebihan
dimana pada masa hadapan akan lebih ramai para perokok dapat diselamatkan
daripada penyakit kanser paru-paru yang mana majoriti penghidapnya adalah
disebabkan tabiat merokok.
Dalam kajian Public Health England (2015) mendapati sebab utama
masyarakat khususnya di United Kingdom mengamalkan aktiviti vaping adalah atas
sebab ingin berhenti merokok dan terdapat sebilangan kecil golongan vaper
mengatakan mereka mencuba vape kerana perasaan ingin tahu. Namun, alasan-alasan
tersebut perlu selari dengan maklumat yang diperolehi seperti maklumat berkaitan
dengan kesan jangka panjang penggunaan vape, kebaikan dan keburukan sebelum
seseorang individu mencuba aktiviti vaping ini. Sesetengah masyarakat di Malaysia
adalah kurang peka terhadap pentingnya mengkaji dan mencari maklumat terlebih
dahulu berkaitan dengan isu ini sebelum menggunakannya. Bahkan terdapat
sesetengah pihak menggunakan vape tanpa berfikir kesan baik dan buruknya kelak.

Kandungan dan Kesan Nikotin Terhadap Kesihatan

1. Nikotin

Nikotin merupakan hasil tembakau yang menyebabkan ketagihan, iaitu sejenis


gangguan otak kronik. Penggunaan berpanjangan menghasilkan kebergantungan
fisiologi serta dorongan yang kuat untuk menggunakan tembakau. Ketagihan ini
berkait rapat dengan kadar kepantasan nikotin diserap dan sampai ke otak (Prochaska,
2015). Pendedahan otak kepada nikotin semasa remaja amat berbahaya kerana zaman
remaja adalah peringkat kritikal perkembangan otak lalu menjadi pembuka laluan
kepada penyalahgunaan dadah (Yuan et al, 2015). Selain daripada itu nikotin boleh
menggalakkan pembekuan darah (Schaller et al, 2013) dan boleh menyerap masuk ke
plasenta ibu mengandung di mana ia akan mengganggu proses perkembangan bayi di
dalam kandungan (Maritz, 2009).

Melalui beberapa analisis sampel cecair rokok elektronik secara rawak oleh
Makmal Toksikologi, Pusat Racun Negara, terdapat kandungan cecair rokok
elektronik yang mengandungi nikotin sehingga 4mg dalam 1ml cecair. Ini bermakna
setiap botol 3 yang mengandungi 25ml cecair rokok elektronik akan mengandungi
sehingga 100 mg nikotin. Nikotin serendah 2mg sudah boleh menyebabkan gangguan
pada perut dan usus. Dos yang lebih tinggi boleh menyebabkan kesan yang lebih
teruk, antaranya, sawan dan kegagalan pernafasan. Nikotin pada paras sekurang-
kurangnya 40 mg boleh menyebabkan kematian.
2. Propylene Glycol

Propilena glikol (PG) boleh menyebabkan kesan jangka pendek dan kesan
jangka panjang. Menurut kajian yang dijalankan, kesan jangka pendek meliputi iritasi
kepada mata, tekak dan saluran pernafasan (Wieslander et al 2001, Vardavas et al
2012) manakala kesan jangka panjang boleh menyebabkan penyakit asma (Choi et al
2010). Kajian ini menyokong bahawa menyedut PG boleh menyebabkan iritasi
kepada sistem pernafasan seseorang. PG apabila dipanaskan akan menghasilkan
bahan yang membebaskan formaldehid (formaldehyde). Formaldehid ialah sejenis
bahan yang boleh menyebabkan kanser. Kajian menunjukkan jumlah penghasilan
formaldehid bergantung kepada tahap kepanasan yang digunakan ketika mengewap
PG. (Jensen et al , 2015)

3. Glycerin

Gliserin merupakan satu bahan yang selamat di mana ia digunakan di dalam


sabun, krim muka dan banyak lagi. Namun begitu menyedut gliserin ke dalam saluran
pernafasan boleh memberikan kesan jangka panjang kepada kesihatan. Kebanyakan
gliserin yang digunakan adalah produk dari sayur-sayuran (Vegetable Glycerin).
Menurut MSDS, Vegetable Glycerin (VG) boleh menyebabkan kesan yang sedikit
jika terkena lapisan kulit dan mata. Penggunaan VG yang lama (berulang dan
berpanjangan) boleh mengakibatkan kerosakan kepada organ dalaman.

Selain itu, pelbagai jenis bahan perisa digunakan di pasaran. Kebanyakan


pengguna beranggapan perisa yang digunakan adalah tidak memudaratkan. Kajian in-
vitro 4 yang dijalankan oleh Bahl et al, 2012 mendapati cecair rokok elektronik ini
mampu membunuh sel iaitu sel paru-paru , otak dan lapisan kulit. Kajian ini mengira
paras yang mampu membunuh sel-sel ini yang di kenali sebagai sitotoksisiti
(cytotoxicity). Cecair rokok elektronik yang mengandungi pelbagai bahan perisa telah
menunjukkan paras sitotoksisiti yang tinggi.
4. Kehadiran Logam Berat

Kajian juga mendapati kehadiran logam berat ketika menggunakan rokok


elektronik. Ini merupakan tindakbalas cecair rokok elektronik yang terendam di dalam
gelungan dawai di dalam bahagian atomiser (W.E. Stephens, 2015).

5. Partikel ultra halus

Distribusi saiz partikel dan bilangan partikel yang dikeluarkan oleh rokok
elektronik adalah serupa dengan rokok konvensional di mana kebanyakan partikel
bersaiz antara 20 – 300 nanometer (Otmar G et al, 2015). Penyebaran partikel
bergantung kepada paras nikotin di dalam cecair rokok elektronik. Seperti mana rokok
konvensional, partikel daripada rokok elektronik adalah cukup halus untuk
menembusi ke dalam paru-paru dan seterusnya memasuki peredaran darah (Zhang et
al, 2013).

6. "Gate way" memulakan tabiat merokok

Kajian telah menunjukkan rokok elektronik dan vape merupakan satu


"Gateway" untuk golongan kanak-kanak memulakan tabiat merokok.(Brian A et al
2015).

7. Rokok elektronik sebagai pengganti rokok bertujuan berhenti merokok

Kajian bandingan di antara penggunaan rokok elektronik, NRT dan placebo


menunjukkan tiada perbezaan signifikan di dalam kejayaan untuk berhenti merokok
(Bullen C, et al 2013). Tambahan pula, mereka yang menggunakan rokok elektronik
menunjukkan kesukaran mereka untuk menghentikan tabiat merokok akibat
kebergantungan kepada nikotin (W.K. Delmy et al, 2015).

Laporan oleh Public Health England (PHE) yang menyatakan rokok


elektronik adalah 95% lebih selamat berbanding rokok tembakau telah dikritik hebat
kerana ianya 5 berdasarkan beberapa kajian dan mempunyai pelbagai kelemahan serta
penglibatan penajaan oleh syarikat tembakau (Mc Kee, 2015). Tambahan pula,
majoriti pengguna rokok elektronik yang masih merokok (dual users) dikhuatiri tidak
akan mengurangkan risiko kematian. Risiko jangka panjang rokok elektronik masih
tidak diketahui dan langkah pengawalan serta pemantauan adalah perlu apabila ianya
tidak diharamkan (banned).

Kajian yang lebih terperinci perlu dilakukan bagi memperolehi


maklumat yang sepatutnya diketahui oleh masyarakat berkaitan isu ini. Seperti yang
kita tahu, terdapat perdebatan antara pihak-pihak tertentu berkenaan penggunaan
vape.
Ada yang berganggapan bahawa vape adalah tidak kurang atau lebih jika
dibandingkan dengan rokok tembakau. Ia juga boleh mengakibatkan penyakit seperti
kanser paru-paru kerana kandungan nikotin yang sedikit tidak menjamin rokok
eletroknik adalah selamat digunakan. Bahkan perdebatan berkaitan halal dan haram
juga menjadi isu utama pada masa kini disamping dengan tindakan kerajaan untuk
menyekat penggunaan vape.
Disini, maklumat terperinci dan kajian yang diperolehi memainkan
peranan penting dalam mempengaruhi keputusan seseorang individu sebelum dimana
maklumat yang jelas dan dijamin benar adalah sangat diperlukan bagi memberikan
tanggapan yang sebenar terhadap Vape.Kami mengambil kajian daripada The Food
and Drug Administration (FDA) berkaitan dengan penggunaan Vape, salah seorang
ahli saintis mereka iaitu Avrum Spira yang merupakan profesor di Boston University
menyatakan bahawa dalam kajian fasa pertama, mereka mendapati vape adalah
berpotensi mengakibatkan penyakit kanser paru-paru dimana pertumbuhan sel adalah
cepat berbanding pertumbuhan pada tahap normal dimana ia adalah sama seperti
pertumbuhan sel kanser. Maklumat sebegini adalah penting dan perlu diketahui oleh
masyarakat sekiranya mereka ingin menggunakan vape. Ia mungkin benar dapat
membantu perokok yang ingin berhenti namun sejauhmana rokok elektronik ini
selamat seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak dan kesan jangka panjang
adalah perlu dikaji.
Namun kajian saintifik yang dijalankan setakat ini menunjukkan
bahawa rokok elektronik adalah lebih selamat daripada rokok biasa, dan khususnya, ia
dapat mengurangkan risiko daripada kanser paru-paru, kanser lain, dan penyakit paru-
paru
obstruktif kronik. Bukti yang dikemukakan baru-baru ini menunjukkan bahawa ia
juga mungkin dapat memberi risiko yang lebih rendah daripada penyakit jantung. Ini
adalah berdasarkan daripada kandungan bahan kimia cecair vape seperti yang telah
kami nyatakan sebelum ini. Melalui kepelbagaian maklumat ini, kami dapati bahawa
masyarakat perlu bijak dan sepatutnya lebih peka berkaitan penggunaan vape, baik
dan buruknya bahkan penekanan terhadap kesan akan datang perlu dititikberatkan.
Mungkin vape tidak mengakibatkan kanser dan mampu membantu perokok tegar
untuk berhenti namun bahaya dari segi keselamatan peranti juga perlu dilihat. Seperti
yang kita ketahui, pelbagai berita berkaitan peranti vape meletup dan mencederakan
individu. Malahan ia membahayakan keselamatan orang lain seperti yang berlaku
baru-baru ini dimana peranti vape meletup didalam pesawat Malindo Air.

3.0 FAKTOR PENYUMBANG KEPADA GEJALA TERSEBUT

Berdasarkan kepada kajian-kajian lepas yang telah dilakukan, masalah-


masalah sosial seperti mencuri, menyamun, bergaduh, lari dari rumah, perlakuan seks
bebas, kehamilan luar nikah,pembuangan bayi dan sebagainya yang membabitkan
remaja jelas menunjukkan kadar peningkatan yang semakin membimbangkan.
Peningkatan yang semakin membimbangkan ini disebabkan oleh beberapa faktor.
Antara faktor-faktor tersebut ialah faktor latar belakang diri sendiri, faktor latar
belakang keluarga, faktor pengaruh rakan sebaya dan juga faktor permasalahan
persekitaran sekolah.

1. Faktor Latar Belakang Diri Sendiri

Terdapat pelbagai definisi tentang remaja mengikut perkembangan


masyarakat dan mengikut beberapa sudut pandangan. Dari sudut fisiologi, Douvan
dan Gold (1996) menyatakan bahawa zaman remaja bermula apabila organ-organ
peranakan dan ciri-ciri jantina sekunder mula berubah di zaman akhir kanak-kanak.
Manakala menurut Zainal dan Sharani (2004), zaman remaja adalah masa berlakunya
proses adaptasi dalam masyarakat apabila mencapai akil baligh atau cukup umur.
Sementara itu, Rogers (1962) pula menyatakan, remaja adalah tahap perkembangan
fizikal dan sosiologi mengikut umur kronologi seperti berikut :
i. 11-15 tahun : keadaan fizikal berubah.
ii. 15-17 tahun : remaja mengutamakan identiti diri.
iii. 17 tahun ke atas : remaja berlatih memainkan peranan sebagai orang dewasa.

Dari sudut kognitif pula, Suzana (2002) mendefinisikan remaja adalah


individu yang berkebolehan untuk menggunakan simbol-simbol, abstraksi dan
strategi-strategi penyelesaian masalah dalam pemikiran. Definisi ini disokong oleh
ramai ahli psikologi, misalnya Piaget (1972) dan Elkind (1967). Manakala dari sudut
psikologi pula, Arieff dan Wardah (2006) menjelaskan perlakuan remaja digambarkan
sebagai perlakuan emosi. Perasaan kadang kala lebih berpengaruh daripada fikiran.
Arieff dan Wardah juga menjelaskan suka duka kehidupan akan membentuk kerangka
perlakuan remaja itu sendiri. Perubahan daripada alam kanak-kanak ke alam dewasa
merupakan masa yang mengelirukan remaja kerana golongan remaja ini akan melalui
peringkat perubahan diri yang kritikal dari segi mental dan fizikal. Pelbagai fenomena
ganjil menghujani mental dan fizikal mereka dan golongan remaja yang menghadapi
tekanan ini akan melakukan tindakan-tindakan di luar kawalan. Menurut Azizi dan
Rosnah (2007), fenomena ini mungkin berlaku disebabkan remaja yang terlibat ingin
meluahkan perasaan tidak puas hati, ingin membalas dendam dan sebagainya.
Selain itu, kurangnya penghayatan akhlak dalam diri remaja juga boleh
mendorong remaja terlibat dalam masalah sosial. Menurut Najati (1993), keruntuhan
nilai akhlak di dalam sesebuah masyarakat boleh menjadi ancaman kepada
kesejahteraan mental individu. Malek Bennabi (1998) pula menyatakan, keruntuhan
nilai akhlak turut menjadi punca sebenar kepada kemusnahan kerana keruntuhan nilai
akhlak akan melemahkan setiap sendi sesebuah masyarakat. Para pengkaji
kemasyarakatan Barat juga menyedari kelemahan dalam sesebuah masyarakat dan
pentingnya proses-proses pemantapan akhlak teutama sekali melalui agama (Mohd
Sulaiman Yasin, 1992).
Selain daripada faktor keruntuhan akhlak, kajian yang dilakukan oleh Maura
O’Kette (1995), menunjukkan pelaku-pelaku masalah sosial terdiri daripada individu
yang mempunyai masalah dan kekurangan dari segi personaliti, sosiologikal dan
psikologikal. Faktor psikologi adalah seperti kekecewaan hidup dan keterlepasan
kawalan kuasa id. Id adalah dorongan biologi dan tenaga naluri yang mendorong
manusia bertindak bagi mendapat kepuasan tanpa mengira akibat (Zainal dan Sharani,
2006). Menurut Zainal dan Sharani lagi, bagi remaja atau mangsa penderaan, ia
meninggalkan kesan psikologi, interpersonal serta sukar bersosial dalam masyarakat
dan kehidupan masa depan. Penderaan yang dialami akan menyebabkan mangsa
mengalami mimpi ngeri, fobia, kemurungan dan kebimbangan seterusnya berlakunya
tingkah laku antisosial seperti lari dari rumah, ponteng sekolah, rasa bersalah, malu
dan rasa rendah diri yang menjerumus kepada kelakuan mengasingkan diri.

2. Faktor Latar Belakang Keluarga

Keluarga merupakan antara pengaruh utama dalam kehidupan seseorang


remaja. Kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak akan menjejaskan masa depan
mereka yang boleh menyebabkan mereka terlibat dengan gejala-gejala sosial dan
tidak mampu untuk membentuk diri mereka menjadi orang yang berguna dan
berwawasan (Rohayati, 2004). Berdasarkan kajian-kajian terdahulu, gejala sosial
banyak berlaku dikalangan remaja yang kurang berada. Arieff dan Wardah (2006)
menjelaskan antara latar belakang keluarga yang menjadi faktor remaja bertingkah
laku devian adalah disebabkan pendapatan ibu bapa yang rendah dan anak membesar
dalam keadaan terbiar. Kajian Noor Adiah (1998) dan Norhayati (1994) juga
mendapati masalah sosial ada kaitan dengan pendapatan keluarga. Di negara barat,
Mannes, et al. (2005) melaporkan bahawa remaja yang berasal daripada keluarga
berpendapatan rendah adalah dua kali ganda lebih cenderung untuk bertingkah laku
negatif berbanding remaja lain.
Sementara itu, kajian yang dilakukan oleh Hamidah, et al. (2006)
menunjukkan, faktor ekonomi iaitu tidak berkeupayaan berbelanja mewah dan
pendapatan cepat habis merupakan faktor utama berlakunya penceraian di antara ibu
bapa. Pertambahan ibu tunggal atau bapa tunggal bukan sahaja akan mencetuskan
masalah keluarga tetapi juga akan menyebabkan timbulnya masalah juvana (Coleman
dan Cressey, 1993). Menurut Calhoun, et al. (1993) remaja daripada rumahtangga
yang retak atau ibu tunggal lebih mudah terbabit dalam tingkah laku delinkuen
berbanding dengan remaja yang datang daripada keluarga yang normal. Norhayati
(1994) dalam kajiannya juga mendapati semua pelajar daripada keluarga bercerai
mempunyai masalah peribadi yang membawa kepada tingkah laku negatif. Rata-rata
remaja yang bermasalah datang daripada keluarga yang tidak bahagia dan kucar-kacir.
Menurut Hamidah, et al. (2006), ramai anak-anak dari keluarga tunggal mempunyai
masalah tingkah laku dan emosi akibat kurangnya pengawasan. Masa yang dihabiskan
untuk bersama anak-anak semakin berkurangan kerana ibu atau bapa tunggal perlu
bekerja lebih masa untuk menyara keluarga. Akibatnya remaja dari keluarga tunggal
ini akan menghabiskan banyak masa mereka di luar rumah dan sering terdedah
kepada pengaruh negatif rakan-rakan mereka.
Selain itu, menurut Mahmood Nazar Muhammad (1993), tingkah laku negatif
di kalangan remaja juga disebabkan oleh konflik dan tekanan psikologikal. Mereka
gagal melihat keluarga adalah satu persekitaran yang sihat dan boleh memberikan
kebahagiaan kepada mereka. Kajian Montemayor dan Hanson (1985), menunjukkan
punca konflik antara remaja dengan ibu
bapa berkaitan dengan dengan isu interpersonal. Kekurangan dan gangguan interaksi
yang berkesan akan menyebabkan jiwa remaja memberontak dan boleh mendorong
mereka bertingkahlaku devian. Barnes dan Olson (1985) mendapati komunikasi yang
baik antara ibu bapa dan remaja akan menyebabkan hubungan keluarga semakin
rapat, wujud kasih sayang dan proses penyelesaian masalah akan berlaku dengan
mudah. Sementara itu, kajian Jackson, et al. (1998) menunjukkan komunikasi
keluarga yang berkesan akan menyebabkan kurangnya berlaku percanggahan di
antara ibu bapa dan anak. Kajian Jackson, et al. juga menunjukkan komunikasi yang
tidak berkesan akan mendatangkan kesan yang negatif terhadap keluarga dan tingkah
laku anak-anak.
Hubungan komunikasi yang tidak baik boleh disebabkan faktor ibu bapa yang
jarang berada di rumah. Masa yang diluangkan untuk anak-anak agak terhad dan
terbatas. Arieff dan Wardah (2006) menjelaskan ibu bapa yang sibuk dengan kerja
boleh menyebabkan hubungan antara anak dengan ibu bapa renggang. Apabila anak-
anak pulang dari sekolah, ibu bapa tiada di rumah. Oleh itu, remaja lebih suka
menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebelum pulang ke rumah. Masa yang
banyak dihabiskan bersama rakan-rakan boleh mendorong mereka untuk melakukan
perkara-perkara yang mengundang kepada kemerosotan akhlak.
4.0 PENYELESAIAN BERDASARKAN TEORI YANG DIPELAJARI

Teori Kognitif Perkembangan


Menurut teori ini, kanak-kanak dan remaja adalah individu yang berupaya
mengawal kendiri dan tingkah laku dikawal oleh peraturan konseptual. Satu norma
tentang saling menghormati antara manusia menjadi petunjuk kepada kerjasama sosial
dan tingkah laku moral. Tingkah laku moral pula mencerminkan cara individu
memberi sebab kepada tingkah laku mereka. Manakala karakter moral pula
terbentukdari prinsip-prinsip penilaian dalaman. Oleh itu, peraturan moral
mencerminkan kepercayaan yang setiap individu mesti ada saling bergantungan atau
rasa saling timbal balik antara diri dengan orang lain. Teori ini menekankan soal motif
atau niat (Suzana, 2002).
Menurut Kohlberg (1969), perkembangan kognitif dan pendedahan kepada
pengalaman sosio-moral dapat membantu menentukan kadar pencapaian
perkembangan moral. Perolehan tahap kognitif yang tinggi adalah satu syarat bagi
perkembangan moral. Pengalaman peribadi yang melibatkan tanggungjawab moral,
pengambilan peranan, pembuatan keputusan yang menyentuh soal moral dan
komunikasi interpersonal yang menyuburkan penakkulan moral yang tinggi.

Teori Konteks Perkembangan


Teori ini diperkenalkan oleh Richard Lerner (1978). Menurut Richard Lerner,
kajian tentang perkembangan remaja harus dilihat dalam konteks biologi, sosial dan
sejarah yang lebih luas. Teori ini menitikberatkan permindahan remaja dari pra-
remaja hingalah ke zaman awal dewasa dalam konteks persekitaran sosial, ekonomi,
politik dan budaya yang lebih luas. Selain itu, teori ini melihat tingkah laku dan
perkembangan remaja dalam konteks keluarga, sekolah dan rakan sebaya yang
berkaitan di antara satu sama lain dalam struktur sosial. Untuk memahami tingkahlaku
remaja, kita haruslah mengenalpasti dan memahami faktor-faktor risiko dan kawalan
sekurang-kurangnya lima jenis pembolehubah iaitu biologi atau genetik, persekitaran
sosial, persekitaran yang dipersepsikan, personaliti dan tingkahlaku (Suzana, 2002).

Menurut Suzana lagi, faktor risiko biologi termasuklah sejarah penyakit


mental dalam keluarga, alkoholisme dan penyakit-penyakit yang ditentukan oleh
genetik. Faktor kawalan termasuklah kecerdasan keluarga yang tinggi, kadar
kematangan atau ciri-ciri tubuh badan yang baik. Faktor risiko persekitaran sosial
termasuklah kemiskinan dan ketidakadilan bangsa. Faktor kawalan wujud dari
pendidikan yang berkualiti atau hubungan keluarga yang rapat. Faktor risiko
persekitaran yang dipersepsikan pula ialah meniru tingkahlaku penyimpangan sosial.
Faktor kawalannya ialah kawalan ketat keatas penyimpangan atau tingkah laku
devian. Ciri-ciri yang personaliti yang boleh mencipta risiko ialah kecekapan kendiri
yang rendah atau jangkaan berjaya yang rendah. Faktor kawalan berpunca dari nilai-
nilai untuk berjaya atau tidak tolak ansur terhadap penyimpangan. Risiko tingkahlaku
pula ialah tingkah laku-tingkah laku bermasalah seperti ketagihan arak, dadah, gagal
dalam pelajaran dengan faktor kawalan terdiri dari tingkah laku konvensional seperti
bersembahyang dan tekun belajar

Anda mungkin juga menyukai