Anda di halaman 1dari 6

Faktor yang mempengaruhi buli siber dalam kalangan pelajar dan mahasiswa di

Malaysia

1.1 Pengenalan

Isu berkenaan dengan buli siber telah mendapat banyak perhatian daripada pengkaji pengkaji
sebelum ini. Hal ini kerana, isu ini berkait rapat dengan penggunaan internet dalam kalangan
generasi muda yang seiring dengan peredaran teknologi masa kini. Penggunaan teknologi dan
perkembangan media massa memberi pelbagai impak positif kepada negara, akan tetapi
penggunaan dengan cara yang salah juga akan mendatangakan kesan negatif kepada penggua.
Oleh itu, buli siber ini antara isu yang sering dititik berat kerana jika tidak dibendung akan
menjadi lebih besar di masa akan datang. Buli siber ini di definisikan sebagai penggunaan
komuniasi yang menggunakan teknologi sebagai contoh penggunaan telefon bimbit, emel,
mesej segara dan jaringan sosial dengan tujuan untuk menimbulkan gangguan atau ugutan
terhadap individu lain secara atas talian ( Brady 2010). Penggunaan media massa pada masa
kini bertambah luas dengan kewujudan flatform seperti facebook, twitter, instagram yang
membolehkan individu berinteraksi di antara satu sama lain tanpa ada batasan.

Walaupun tidak ada akta yang spesifik berkenaan buli siber akan tetapi kesalahan buli siber
ini boleh dikenakan tindakan undang undang dari Suruhanjaya Komunikasi Dan Multiemdia
Malaysia melalui akta jenayah komputer 1997, akta komuniaksi dan multimedia 1998 dan
juga akta kanak-kanak 2001. Walaupun terdapat trend penurunan buli siber di Malaysia
seperti yang dilaporkan oleh cybersequirity Malaysia ia tidak bermakna kes ini akan
berkurang secara menyeluruh di seluruh malaysia. Keadaan semasa kini yang sedia maklum
negara sedang berhadapan dengan pendemic covid 19 justru masyarakat digalakkan untuk
bekerja dari rumah dan digalakkan untuk sentiasa berada di rumah. Sehubungan dengan itu,
keadaan ini akan menggalakkan individu untuk menggunakan sepenuhnya kemudahan
teknologi iaitu internet untuk mengisi masa lapang dan untuk melakukan kerja harian mereka.
Keadaan ini juga menyebabkan masyarakat dengan mudah untuk berkomnunikasi di antara
satu sama lain dalam masa yang sama boleh mencetuskan jenayah buli siber. Menurut Lai,
C.S et al (2017) kebanyakan kes buli siber ini terjadi apabila mereka berada di rumah yang
mana mereka boleh mendapat ekses internet dengan mudah dan cepat. Oleh itu kajian ini
bertujuan untuk meninjau faktor yang mempengaruhi buli siber dalam kalangan generasi
muda yang diklasifikasikan sebagai pelajar sekolah menengah dan mahasiswa di Malaysia.
Sub topik 1.2 menunjukkan ulasan tentang faktor yang mempengaruhi jenayah buli siber
berdasarkan kajian kajian lepas.

1.2 Analisis dan Perbincangan

Media massa seperti facebook, twitter dan instagram bukan lagi sesuatu benda yang asing
dalam kalangan generasi muda mahupun generasi tua. Hal ini kerana plaftform ini
memudahkan masyarakat untuk mendapatkan maklumat dengan lebih mudah dan dapat
meningkatkan jaringan antara masyarakat. Isu buli siber ini timbul akibat pengguna yang
telah menyalahgunakan flatform ini sebagai medan untuk mencari kesalahan orang lain,
menimbulkan provokasi di antara masyarkat yang boleh menjejaskan kesihatan mental
mangsa buli siber. Fokus kajian ini tertumpuh kepada generasi muda yang terdiri daripada
pelajar dan mahasiswa yang sering kali mejadi mangsa kepada jenayah buli siber ini. Hal ini
kerana golongan muda ini lebih banyak menggunakan platform media massa ini berbanding
golongan tua. Berdasarkan dapatakan yang diperoleh comparitech.com secara global
Malaysia di kedudukan yang ke enam di Asia yang mempunyai jenayah buli siber dalam
kalangan masyarakat pada tahun 2018.

Hal ini membimbangkan kerana keadaan ini akan menyebabkan trend peningkatan kepada
masalah kesihatan mental, menjurus kepada depresi, kurang keyakinan diri dan sebagainya
dalam kalangan rakyat Malaysia. Justru kajian ini akan membincangkan fakor yang
menyebabkan buli siber di negara ini.selain itu, merujuk kepada Rashid, (2016) trend untuk
membuat buli siber pada masa kini adalah berpunca daripada kemudahan teknologi yang
semakin canggih yang membolehkan mereka menghina, memaki dan menghina orang lain.
Keadaan ini tidak dilihat sebagai sesuatu yang serius namun selepas banyak laporan yang
berkaitan dengan isu ini yang boleh memberi kesan negatif kepada mangsa. Oleh itu, isu ini
perlu di ambil tindakan dengan segera.

1.2.1 Faktor harga diri

Menurut C.K.A. Mawardah et al (2018) masalah buli siber ini timbul akibat daripada
perasaan cemburu yang ada dalam diri seseorang individu merasakan dirinya kurang bernilai
berbanding orang lain. Hal ini mugkin disebabkan oleh faktor masa lalu seperti putus
hubungan yang menyebabkan mereka tidak boleh tolerasi dengan hubungan sosial.
Berdasarkan dapatan ini perasaan cemburu ini akan menyebabkan masalah tingkah laku
dalam diri yang memberi kesan negatif kepada emosi seseorang yang akan melepaskannya
kepada orang lain. Oleh itu faktor ini bukan sahaja memberi kesan buruk kepada individu itu
sendiri malahan akan memberi kesan atau gelombang yang negatif kepada persekitarannya.
perasaan cemburu ini jika dilihat dari prospek pelajar dan mahasiswa isi ini boleh tercetus
dengan perbandingan diri mereka, keputusan peperiksaan atau megejek rakan yang mendapat
keputusan yang rendah. Selain itu antara contoh yang boleh di guna pakai lagi penggunaan
barangan yang mewah dalam kalangan golongan muda iaitu pelajar dan mahasiswa.

2.2 Faktor pernah menjadi mangsa siber buli

Pengalaman menjadi mangsa buli juga menjadi faktor utama tercetusnya buli siber di negara
ini. Hal ini kerana pengalaman yang buruk dalam hidup seseroang boleh mengubah cara
mereka berfikir ke arah yang negatif. Menurut Lee dan Shin (2017) mereka mendapati
bahawa mangsa buli siber ini akan cenderung untuk membalas dendam kepada orang lain
secara atas talian untuk mengalihkan perasaan mereka terhadap pembuli yang telah membuli
mereka. Hal ini kerana mereka mudah untuk berbuat demikian kereana identiti mereka tidak
diketahui atau boleh melepaskan perasan marah mereka secara terbuka. Hal ini boleh
dikaitkan dengan situasi di negara ini di mana pelajar atau mahasiswa yang menjadi mangsa
buli mungkin tidak akan dapat untuk membalas secara fizikal atau secara terus kepada
pembuli kerana kelebihan yang ada mungkin membataskan mangsa untuk berbuat demikian
akan tetapi mangsa buli akan menggunakan alasan untuk membuli mangsa lain dengan alasan
pembuli yang mmebuli dirinya membuat mereka cenderung untuk membuli individu lain di
alam maya Chapin dan Coleman (2017).

1.2.3 Faktor keseorangan

Faktor keseorangan ini menyebabkan seseorang individu cenderung untuk menghiburkan


dirinya dengan menghabiskan masa mereka dalam talian kerana mereka merasa terasing dari
segi sosial dan bukan disebabkan oleh pemisahan fizikal dalam komuniti. Justeru individu
yang merasakan dirinya kesepian dan tidak mempunyai kawan menyebebakan mereka
terdedah dengan risiko untuk membuat buli siber Yubero et al., (2017). Faktor keseorangan
ini boleh di lihat di mana pelajar atau mahasiswa yang mempunyai tahap keyakinan yang
tinggi untuk bersosial dengan rakan rakan baru akan menyebabkan mereka cenderung untuk
menyendiri dan menghabiskan masa mereka dengan telefon pintar ataupun komputer riba
mereka di alam universiti. Selain itu, Shaari A., H dan Kamaluddin M., R (2016) mendapati
bahawa kelemahan dalam pendidikan juga boleh menyebabkan seseorang untuk merasa
rendah diri. Hal ini kerana sering di dengari bahawa pelajar yang lemah dalam pendidikan
atau lambat dari segi pembelajaran akan menyebabkan mereka menjadi bahan ejekan rakan
rakan sekeliling. Oleh itu mereka akan merasa tertekan yang menyebabkan mereka apabila
meningkat dewasa dan memasuki alam pendidikan yang lain seperti alam universiti mereka
cenderung untuk menyendiri dan menggunakan alam maya untuk berinterkasi dengan orang
lain. Hasil momokan yang telah terperap dalam diri mereka menyebakan mereka ingin
membalas kembali dengan menyatakan perasaan mereka di alam maya yang boleh memberi
kesan negatif kepada individu lain.

1.2.4 Faktor kurang rasa empati

Empati merujuk kepada perasaan ingin mendalami perasaan orang sekeliling dan mengambil
berat dengan keadaan sekeliling sebagai contoh rasa simpati dengan kesusahan orang lain,
sedih atas kesedihan orang lain dan lain lain. Kurangnya rasa impati dalam diri seseroang
menyebabkan mereka tidak merasa apa apa dengan perubahan persekitaran dan cenderung
untuk membuat buli siber Wong et al. (2014). Buli siber boleh tercetus apabila perasaan
impati itu tidak ada dalam diri individu dengan cara memberi kata kata yang tidak sepatutnya
kepada mangsa buli siber. Sebagai contoh masalah penyebaran gambar bogel dalam kalangan
pelajar semakin mendapat perhatian. Seseorang yang tidak ada rasa impati dalam dirinya
akan menyebabkan pembuli tersebut menyebarkan gambar tersebut kepada rakan rakan yang
lain atau memuat naik ke dalam media massa mereka seperti facebook, twitter ataupun
instagram. Kurangnya atau tidak ada rasa simpati terhadap mangsa membuatkan mereka
cenderung untuk berbuat demikian. Tambahan pula, Ghazali A., H., A et al (2020)
menunjukan bahawa terdapat perbezaan empati di antara lelaki dan perempuan. Hasil dapatan
mereka mendapati lelaki lebih cenderung untuk melakukan buli siber berbanding perempuan.
Oleh itu jika dilihat individu yang cenderung untuk trlibat dalam penyebaran gambar yang
kurang bermoral itu lebih tertumpuh kepada golongan lelaki berbanding perempuan.
1.2.5 Faktor pendedahan kepada tontonan media

Pemilihan tontonan media yang betul adalah sangat penting dalam kalangan remaja secara
spesifiknya pelajar dan mahasiswa. Hal ini kerana segala tontonan dalam media massa kini
menjadi contoh kepada individu tersebut. Individu yang mendapat pendedahan kepada bahan
yang berunsurkan kegenasan atau buli siber akan menyebakan mereka berasa perkara itu
adalah perkara biasa atau bermanfaat untuk mereka mengkatkan tahap keagresifan mereka.
Terdapat banyak kes jenayah yang dipengaruhi oleh remaja masa kini akibat daripada
penggunaan media massa tanpa batasan.

1.3 Kesimpulan

Isu buli siber dalam kalangan remaja secara spesifiknya pelajar dan mahasiswa sering kali
terpapar di muka akhbar dan mendapat perhatian pengkaji pengkaji lepas yang meninjau
tentang faktor yang menyebabkan wujudnya jenayah buli siber ini. Hal ini telah mendapat
perhatian menteri pendidikan malaysia di mana mereka tidak berkompromi dengan isu
penyalahgunaan media sosial sebagai medan untuk membuat jenayah buli siber. Selain itu,
isu ini juga mendapat perhatian daripada kementerian komunikasi dan multimedia malaysia
(KKMM) yang meminta untuk pindaan akta atau undang undang yang khusus kepada
jenayah siber atau buli siber. Hal ini kerana sehingga masa kini belum terdapat undang
undang yang khusus yang boleh mensabitkan pesalah atas kesalahan buli siber. Penulisan ini
menjelaskan tentang hasil dapatan kajian kajian lepas yang tertumpuh kepada faktor yang
menyebabakan berlakunya jenayah buli siber secara khusus dikaitkan dengan golongan
pelajar dan mahasiswa di Malaysia. Terdapat banyak kajian menunjukkan bahawa masalah
buli menjadi bertambah buruk dengan perkembangan teknologi hari ini. Golongan pelajar dan
mahasiwa dibuli antara satu sama lain melalui kandungan yang dihantar melalui Internet,
melalui telefon bimbit dan lain lain peralatan digital yang memberi gambaran jelas tentang
fenomena ini.

Hal ini akan memberi kesan yang buruk kepada persekitaran dan terhadap diri mangsa buli.
Selain itu, keluarga, rakan rakan juga akan mendapat kesan yang buruk akibat tindakan
pembuli siber ini terhadap mangsa. Akibat daripada jenayah buli siber ini boleh
menyebabkan mangsa jika tertekan cenderung untuk membunuh diri, melakukan perkara
yang negatif dan sebagainya. Oleh itu, tindakan yang pantas daripada pihak kementerian
perlu dilakukan untuk mengelakakan daripada peningkatan isu buli siber di Malaysia yang
boleh menggugat kesihatan mental dan kebebasan dalam penggunaan internet yang
digunakan untuk perkara yang bermanfaat.

Rujukan

Brady, K. P. (2010). Cyberbullying. Encyclopedia of Law and Higher Education. Sage


Publications, Inc.
C.K.A. Mawardah., R. Normala., C. Azlini., M.& Kamal (2018). The Factors of Cyber
Bullying and the Effects on Cyber Victims. International Journal of Research and
Innovation in Social Science (IJRISS) 2(3)
Chapin, J., & Coleman, G. (2017). The cycle of cyberbullying: Some experience required.
The Social Science Journal Vol.54(3), 314-318
Ghazali A., H., A, Abu Samah A., Omar1 S., Z., Abdullah H., Ahmad A., Mohamed Shaffril
H., A.(2020) Predictors of Cyberbullying among Malaysian Youth. Journal of
Cognitive Sciences and Human Development. Vol. 6(1)
Lai, C.S., Mohamad, M. M., Lee, M., Mohd Salleh, K., Sulaiman, N., Rosli, D., I & Chang,
W.V.(2017). Prevalence of Cyberbullying among Students in Malaysian Higher
Learning Institutions. Advanced Science Letters Vol.23(2), 781-784
Lee, C., & Shin, N. (2017). Prevalence of cyberbullying and predictors of cyberbullying
perpetration among Korean adol escents. Computers in Human Behavior, 68, 352-358
Shaari A., H. & Kamaluddin M., R.(2016) Buli Siber: Ketidaksantunan Bahasa Dan Etika
Media Sosial Dalam Kalangan Remaja Malaysi (Cyberbullying In Malaysia:
Understanding Youngsters’ Ethics And Impoliteness Strategies In Social Media).
Journal Of Social ScienceS and Humanities.Vol. 16(6) 1-16.
Wong, D.S.W., Chan, H.C., & Cheng, C.H.K. (2014). Cyberbullying perpe-tration and
victimization among ado-lescents in Hong Kong. Children and Youth Services Review,
36, 133-140.
Yubero, S., Navarro, R., Elche, M., Lar-ranaga, E., & Ovejero, A. (2017). Cyberbullying
victimization in higher education: An exploratory analysis of its association with social
and emo-tional factors among Spanish students. Computers in Human Behavior. 75,
439-449.

Anda mungkin juga menyukai