Anda di halaman 1dari 6

Perbuatan mengancam, mengugut, menyebarkan, memalukan dan sebagainya

merupakan diantara sebahagian daripada perkara yang di alami oleh mangsa buli siber.
Undang-undang komunikasi yang sedia ada ini adakah dapat membantu
menyelesaikan permasalahan buli siber di Malaysia masih menjadi satu persoalan dan
tanda tanya di kalangan masyarakat. Secara umumnya undang-undang dicipta untuk
dijadikan panduan dan pegangan kepada kita semua untuk tidak melakukan sesuatu
yang melangkaui batas peraturan. Namun yang demikian, masih terdapat sesetengah
individu yang ingkar dan terus menerus melakukan kesalahan walaupun mengetahui
akan akibat dari tindakan mereka itu. Ini bukannya bermaksud undang-undang itu tidak
relevan tetapi lebih kepada kesedaran serta penambaikan agar ia menjadi lebih kuat
untuk mencegah jenayah. Justeru itu, penambahbaikan terhadap undang-undang
berkaitan buli siber ini harus diperkuatkan demi memastikan kelopongan yang wujud
sebelum ini dapat diatasi.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah mewartakan bahawa
seseorang yang disabitkan kesalahan di bawah akta ini boleh dikenakan hukuman
denda RM50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau
kedua-duanya sekali. Menurut pandangan saya, undang-undang ini boleh diberi
penambahbaikan dengan mewajibkan setiap pesalah untuk menjalani satu tahun kerja
sosial dimana mereka perlu untuk melakukan kerja-kerja amal di rumah kebajikan
orang-orang tua ataupun pusat-pusat perlindungan yang bersesuaian untuk membentuk
jati diri mereka secara dalaman. Sekiranya mereka merasakan hukuman penjara sudah
memadai, denda dengan melakukan kerja sosial ini memerlukan kekuatan dan
semangat yang tinggi lantas dapat membentuk mereka untuk lebih menghargai
kehidupan serta yang paling penting adalah melatih diri menjadi lebih sabar dan berfikir
sebelum melakukan sesuatu. Ini adalah kerana kehidupan di rumah kebajikan mahupun
perlindungan ini mempunyai nilai yang tersendiri dan dapat mengajar mereka untuk
lebih menginsafi diri. Hukuman yang dikenakan jika dapat membentuk pembuli menjadi
manusia yang lebih baik selepas menerima hukuman sudah pasti dapat mengurangkan
kes buli siber ini kerana dapat mengekang pembuli dari terus melakukan aktiviti buli
siber ini.
Gesaan pakar, individu mahupun masyarakat agar Malaysia mempunyai satu
akta khusus berkaitan buli siber ini merupakan satu tindakan yang wajar. Kerajaan
diharapkan dapat menimbang perkara ini dan dapat merealisasikannya demi
kepentingan bersama. Saya bersetuju dengan pandangan yang telah diberikan oleh
Pensyarah Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia, Dr Mazlena Mohamad Hussain di dalam Sinar Harian 22 September 2020.
Beliau telah menyatakan bahawa dari sudut jenayah, apa sahaja tindakan pembuli siber
yang menyebabkan mangsa membunuh diri adalah jenayah dan boleh dikenakan
hukuman mengikut Kanun Keseksaan iaitu di bawah Seksyen 306. Namun begitu
beliau berpendapat ia tidak dilihat relevan kerana tidak mempunyai perkataan buli siber.
Oleh yang demikian, beliau berpendapat undang-undang sedia ada mungkin
mencukupi tetapi memerlukan pindaan dari sudut penguatkuasaan. [ CITATION Moh20 \l
1033 ]. Saya bersetuju dengan kenyataan ini apabila diperkatakan mengenai undang-
undang sedia ada telah mencukupi hanya memerlukan pindaan yakni penambahbaikan.
Sekiranya ia dapat dilaksanakan, sudah semestinya Malaysia mempunyai satu undang-
undang yang mantap dan dapat mengekang buli siber ini.

Saya turut berpendapat sekiranya undang-undang itu lebih jelas mengenai buli
siber, maka kita dapat mengelakkan pembuli siber ini untuk terlepas daripada hukuman.
Ini kerana perincian undang-undang buli siber ini perlu diperhalusi dengan lebih teliti
bagi mengelakkan sebarang kelopongan bagi memastikan pembuli siber boleh didakwa
di bawah akta ini. Apabila perkataan buli siber dimasukkan ke dalam akta sudah pasti
ini dapat memberi gambaran yang jelas kepada masyarakat bahawa isu buli siber ini
bukanlah merupakan satu perkara yang boleh di pandang ringan. Dari sudut yang
positif, ini dapat membuktikan bahawa undang-undang komunikasi yang wujud di
Malaysia ini mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam membendung isu buli siber ini.
Undang-undang dan peraturan dicipta untuk di ikuti serta menjadi pegangan dan
amalan setiap lapisan masyarakat agar kita semua dapat hidup dalam suasana yang
harmoni dan aman damai.

Banyak pihak mempunyai pendapat dan pandangan yang tersendiri apabila


memperkatakan mengenai undang-undang berkaitan buli siber ini. Namun yang
demikian, jika kita melihat dari sudut yang positif, banyak kes berkaitan buli siber yang
dilaporkan telah dapat diselesaikan dan pembuli telah menerima hukuman mereka. Ini
bermakna undang-undang yang sedia ada mampu untuk mengendalikan dan memberi
hukuman yang sewajarnya terhadap pembuli siber ini. Cuma kekurangan yang ada
perlu diperbaiki dan diperkuatkan lagi. Ini perlu dilakukan bagi memastikan kepentingan
serta kebajikan mangsa buli terjaga. Mereka telah mengalami tekanan perasaan, emosi
yang tidak stabil serta pelbagai konflik dalaman diri akibat daripada menjadi mangsa
buli. Sudah pasti hukuman yang diberikan perlu mengambil kira akan kesan yang
terpaksa dihadapi bagi memastikan mangsa buli meneruskan kelangsungan hidup
mereka.

Apabila isu buli siber semakin berleluasa, selain daripada undang-undang,


terdapat juga faktor-faktor lain yang dapat membantu isu buli siber ini. Ia bukanlah
bermakna undang-undang komunikasi yang wujud tidak dapat membantu mengatasi isu
ini, sebaliknya dapat memperkuatkan undang-undang itu dimana masyarakat akan lebih
memahami serta menyedari akan kewujudan undang-undang ini. Kita tidak dapat
menafikan masih ada sesetengah lapisan masyarakat tidak mengetahui terutamanya
yang melibatkan golongan muda iaitu pelajar sekolah. Umum mengetahui pelajar
sekolah pada masa kini terdedah dengan pelbagai aplikasi media sosial yang terkini
serta mereka mudah untuk memberi komen mahupun membuat sesuatu tanpa berfikir
dengan sewajarnya. Mereka mudah memuat naik di talian tanpa memikirkan kesan dan
akibatnya dan banyak kajian telah dilakukan membuktikan bahawa pelajar sekolah tidak
mengetahui akan kewujudan undang-undang komunikasi. Oleh yang demikian,
organisasi yang berwajib perlu menjadikan pelajar sekolah sebagai sasaran utama
dalam memberikan taklimat berkaitan undang-undang komunikasi yang melibatkan buli
siber ini.

Menjadi keutamaan kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia untuk


menerapkan kesedaran yang tinggi dalam diri masing-masing bagi memahami dengan
lebih jelas mengenai gejala buli siber. Kesedaran ini mestilah dipupuk dengan
menyokong kempen kesedaran yang dijalankan oleh pihak kerajaan, badan bukan
kerajaan dan orang awam. Semua pihak mesti memainkan peranan yang sangat
penting untuk tampil ke hadapan memerangi isu buli siber ini di peringkat akar umbi.
Selain itu, pendidikan yang baik berhubung dengan keperibadian yang tinggi dan
tatasusila komunikasi siber dapat membantu masyarakat di Malaysia untuk lebih
menghormati di antara satu sama lain seterusnya dapat mencegah gejala buli siber
secara berkesan. Namun begitu, tanggungjawab ini mestilah digalas bersama-sama
tidak hanya bergantung kepada pihak kerajaan sahaja. Peranan ibu bapa sebagai
pendidik utama di rumah juga amat penting untuk memantau dan mengawasi anak-
anak supaya tidak terjebak dengan isu buli siber. Ibu bapa juga berperanan untuk
mendidik anak-anak mereka menjadi pengguna siber yang beretika tinggi dengan
menekankan kepentingan adap dan sopan ketika berkomunikasi. Ibu bapa
bertanggungjawab untuk mengenal pasti risiko yang mungkin akan berlaku apabila
membenarkan anak-anak mereka menggunakan aplikasi tertentu yang boleh
mendorong ke arah kejadian buli siber. Contoh yang dapat diberikan di sini ialah
penggunaan aplikasi facebook di mana seluruh dunia menggunakanya untuk
berhubung di antara satu sama lain, tetapi masih terdapat golongan yang menggunkan
aplikasi ini untuk tujuan yang zalim seperti mencari mangsa untuk dikecam, dihina dan
dibuli. Dengan itu, peranan ibu dan bapa amat penting untuk memastikan anak-anak
meraka tidak menajdi mangsa buli siber.

Selain itu, kemudahan teknologi komunikasi yang pesat membangun pada ketika
ini mestilah dihargai dengan menggunakanya untuk kebaikan bukan menggunakanya
untuk tujuan yang zalim. Amat membimbangkan gejala buli siber juga semakin kerap
berlaku setiap hari, Bagi menangani masalah jenayah siber di Malaysia aspek
kesedaran dalam kalangan pengguna adalah penting kerana pengetahuan atau
kesedaran pengguna internet dapat dipertingkatkan lagi bagi menjamin aspek
keselamatan siber pengguna internet[CITATION Pit17 \l 17417 ].

Cadangan yang seterusnya ialah pihak kerajaan mestilah menguatkuasakan


akta baharu yang lebih ketat dengan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada
pesalah buli siber kerana pada ketika ini terdapat kes mangsa buli siber yang sanggup
membunuh diri kerana tidak mampu menanggung malu dan menahan perasaan
kecewa apabila dibuli di media sosial. Dengan meminda akta sedia ada dengan
mengenakan hukuman yang lebih berat seperti hukuman penjara yang maksimum dan
denda yang tinggi pasti akan memberikan kesedaran yang tinggi kepada masyarakat
tentang akibat kepada perlakuan buli siber.

Untuk memastikan isu buli siber ini terus diperangi dengan lebih berkesan,
masyarakat perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa
apabila mempunyai maklumat yang jelas tentang perlakuan buli siber. Dengan
menggalakkan masyarakat untuk berani berkongsi maklumat berkaitan kejadian buli
siber ini, pihak kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab mestilah mengambil
langkah yang lebih berkesan dengan menawarkan ganjaran dalam bentuk wang tunai
kepada orang awam yang menyalurkan maklumat berkenaan dengan kejadian buli
siber sehingga pemangsa buli siber dihadapkan ke muka pengadilan. Sudah pasti
langkah ini akan memberi kesan yang lebih positif di samping memupuk kerjasama
yang erat di antara pihak berkuasa dan masyarakat bagi memerangi gejala buli siber
yang semakin meruncing pada ketika ini.

Selain itu, untuk menangani isu buli siber secara berkesan, program pendidikan
yang dapat memberi pendedahan kepada masyarakat serta memupuk ilmu
pengetahuan yang tinggi tentang isu buli siber mestilah dirangka, diperhebatkan dan
dilaksanakan dengan penuh komited di seluruh negara. Dengan menjadi sumber
maklumat yang utama tentang risiko buli siber, kesan dan ancaman kepada
masyarakat, program pendidikan ini dapat dijadikan medium kepada masyarakat
sebagai rujukan untuk membina daya ketahanan diri menghadapi dan berhadapan
dengan pembuli siber. Program pendidikan ini akan membantu dan mendidik
masyarakat membentuk keperibadian yang tinggi, minda yang bijak dan hati yang kuat
agar masyarakat lebih bersedia apabila berhadapan dengan situasi atau kejadian buli
siber. Peranan kerajaan juga diperlukan bagi menyediakan pakar-pakar motivasi yang
hebat sebagai panel utama sepanjang program ini dilaksanakan kerana dengan
menjemput pakar-pakar motivasi yang terkenal seperti Ustaz Kazim Elias sudah pasti
akan menarik minat masyarakat di seluruh negara untuk melibatkan diri dalam program
tersebut. Dengan kata lain, selain mengumpul ilmu pengetahuan dan mendapatkan
maklumat yang tepat tentang isu buli siber, masyarakat juga akan lebih perihatin
dengan isu semasa selain bersama-sama menjayakan program yang telah dibentuk.
Pada masa yang sama, penglibatan semua pihak dalam melaksanakan program ini
dapat mewujudkan hubungan yang baik dan membina negara bangsa yang bersatu
hati.

Tidak dapat dinafikan, kepesatan dunia teknologi komunikasi membuktikan


kepintaran dan kebijaksanaan akal manusia dalam membentuk kehidupan mereka
seharian. Kebijaksanaan yang diperolehi merupakan anugerah daripada Allah S.W.T
kepada hambanya. Namun begitu, kebijaksanaan yang tinggi tidak semestinya
membuktikan seseorang itu mempunyai keperibadian yang tinggi. Keperibadian yang
tinggi sudah pasti dapat membimbing seseorang itu ke jalan yang baik walaupun
kebijaksanaan yang diperolehi tidaklah sehebat orang lain. Menjadi tanggungjawab kita
semua untuk terus berusaha, komited dan istiqamah membentuk keperibadian yang
tinggi dengan mengamalkan gaya hidup yang sopan, berintegriti dan menghormati
orang lain dalam membina hubungan komunikasi. Dengan mengutamakan aspek
keberibadian yang tinggi, sudah pasti gejala buli siber dapat dihentikan dari terus
berlaku di dalam negara yang kita cintai ini. Dalam erti kata yang lain, gejala buli siber
mestilah diperangi secara berterusan agar negara Malaysia terus disanjung dan
dihormati oleh negara-negara lain di samping melahirkan masyarakat yang berilmu dan
beretika.

Anda mungkin juga menyukai