Anda di halaman 1dari 24

PEMULIHAN DALAM

KOMUNITI
PROGRAM DI PDK
PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

PENSYARAH:
EN. ZAINAL BIN
PENTAKSIRAN

 Dalam konteks pendidikan, pentaksiran dianggap


sebagai suatu proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat
tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu
tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia,
2000).
 Pentaksiran dalam
Pendidikan Khas pula
bermaksud memberi
maklumat dan gambaran
tentang tahap penguasaan
murid dalam pelbagai
kemahiran seperti
kemahiran 3M dan
sebagainya.
PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN

 Merancang

 Membina instrumen
Program di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
(PDK)-Pentaksiran dan penilaian-

Kemahiran motor kasar


• Melibatkan kemahiran pergerakan otot besar
iaitu anggota tubuh badan seperti pergerakan
berjalan, berlari, merangkak, melompat dan
sebagainya.

• Kanak-kanak tersebut akan diuji dengan


instrumen yang telah disediakan untuk
mengetahui samaada mereka dapat membuat
pergerakan asas seperti yang telah dinyatakan.
Kemahiran motor halus
• Melibatkan pemikiran, penglihatan serta
pergerakan jari seperti membuat bentuk kuih atau
objek dari tanah liat, menggunting kertas, melekat
gambar, menyusun lego dan mewarna gambar.

Pencapaian akademik(aktiviti pra-sekolah)


• Kemahiran asas mengira, membaca bacaan
mudah, menulis huruf abjad dan perkataan.
Pengurusan diri dan kesihatan
• Aktiviti harian seperti mengemas diri, menyikat
rambut, ke tandas dan sebagainya.
• Pemeriksaan penglihatan dan pendengaran.

Perkembangan sosial
• Belajar berinteraksi dengan orang lain seperti
memberitahu nama, umur, tempat tinggal dan
sebagainya.
• Secara lisan, tanpa lisan, bahasa isyarat menerusi
ekspresi seperti ketawa, menangis, mimik muka dan
lain-lain.
Kreativiti
• Mencungkil dan mengenengahkan bakat dan
kebolehan yang ada.
Jenis-jenis ujian

1. Ujian Pencapaian
 Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal oleh guru
untuk mengukur sejauh mana seseorang pelajar
dapat menguasai tajuk-tajuk yang telah diajar oleh
guru, yang meliputi pengetahuan, kefahaman dan
aplikasi.
 Ujian ini juga dapat menentukan kesediaan pelajar
untuk memulakan tajuk baru dan mengenal pasti
masalah yang dihadapi pelajar bagi tajuk-tajuk yang
diuji.
2. Ujian Kecerdasan
 Ujian kecerdasan, yang juga dikenali sebagai ujian
mental, ialah ujian yang digunakanuntuk mengukur
kecerdasan mental seseorang individu atau
perbezaan antara individu.
 Ujian ini banyak berubah mengikut perkembangan
ilmu psikologi dalam bidang ini. Bidangpengujian
kecerdasan bermula pada tahun 1796. Ujian ini terus
berkembang apabilaGalton, pada tahun 1969, cuba
mengukur ketajaman deria, gambaran mental dan
pencapaian intelektual antara pelajar-pelajar genius.
3. Ujian Prestasi
 Ujian prestasi ialah ujian yang digunakan untuk
mengukur keupayaan/kecekapan pelajar melakukan
sesuatu tugas yang melibatkan manipulasi objek
yang konkrit dan ia memerlukan para pelajar
membuat beberapa tugasan lain sebagai ukuran
tambahan.
 Lazimnya, ujian ini melibatkan penggunaan alat
yang konkrit, seperti penggunaan gambar dan radas,
yang tidak semata-mata tertumpu kepada aspek
bahasa dan ujian pensel&kertas.
4. Ujian Diagnostik
 Ujian diagnostik ialah ujian yang digunakan untuk
mengenal pasti masalah yang dihadapi pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk
menentukan punca-punca yang menyebabkan
masalah itu berlaku. Apabila sesuatu sebab dapat
dikenalpasti, maka tindakan lanjutan untuk
mengatasi masalah ini dapat dirancang dan
dilaksanakan oleh guru.
 Contoh ujian diagnostik ialah ujian bacaan untuk
mengenalpasti masalah pelajar mengenal dan
menyebut huruf.
5. Ujian Bakat
Ujian bakat ialah ujian yang digunakan untuk
membuat telahan tentang bakat atau keistimewaan
yang dimiliki oleh pelajar. Pada umumnya, ujian bakat
ini dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu:
 ujian bakat yang berasaskan kepada kajian besar-
besaran, misalnya kajian yang dijalankan oleh
Universiti Minnesota pada tahun 1930 tentang bakat
mekanikal seseorang; dan
 ujian bakat yang berasaskan kepada keperluan
tertentu.
6. Ujian Personaliti
 Ujian personaliti ialah ujian yang digunakan untuk
mengukur personaliti pelajar, seperti sikap,
pendirian, nilai, minat dan motivasi.
(1) Inventori laporan kendiri (apa yang pelajar kata
tentang dirinya);
(2) Inventori sosiomerik (apa yang pelajar lain/orang
lain kata tentang seseorang pelajar); dan
(3) Teknik pemerhatian(apa yang dibuat oleh pelajar
dalam situasi tertentu).
Jenis Penilaian
Jenis penilaian
Kaedah Pengukuran
1. Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian ialah kaedah pengumpulan
maklumat, yang kemudian dijadikan ukuran, secara
memerhati dan merekod apa yang dilakukan oleh
seseorang dan orangorang lain yang berkenaan serta
keadaan di sekelilingnya.
Kaedah pemerhatian ini boleh dibahagikan kepada
dua (2) bentuk, iaitu pemerhatian tidak-sistematik dan
pemerhatian
sistematik.
2. Kaedah Lisan
Kaedah lisan ialah kaedah pengumpulan maklumat
secara lisan dan merekod apa yang maklumkan oleh
individu yang menjadi subjek dan oleh orang-orang
lain yang berkenaan tentangnya .
Kaedah lisan ini boleh dibahagikan kepada dua (2)
bentuk, iaitu temu bual dan skala penaksiran (rating
scale).
3. Kaedah Penulisan
 Kaedah penulisan ialah kaedah pengumpulan maklumat
yang biasa digunakan untuk mendapatkan ukuran bagi
sesuatu konstruk.
 Kaedah ini mengunakan teknik penulisan sebagai
respons kepada satu set soalan ujian atau satu set
pernyataan soal selidik.
 Respons yang ditulis menjadi rekod kepada maklumat
yang diberikan oleh subjek tentang dirinya atau orang-
orang lain yang berkenaan.
 Kaedah penulisan ini boleh dibahagikan kepada dua (2)
bentuk, iaitu ujian dan soal selidik/inventori.
4. Kaedah Pertimbangan Profesional
 Kaedah pertimbangan profesional ialah kaedah
pengumpulan maklumat melalui pendapat
ahli/kumpulan profesional yang mempunyai
kepakaran dalam bidang tertentu, apabila orang
yang bertanggungjawab untuk menilai, tidak
mempunyai kepakaran tersebut.
 Kepakaran yang diperlukan mungkin dalam bidang
pendengaran, penglihatan, masalah pembelajaran,
pemulihan bacaan dan sebagainya.
5. Kaedah Potfolio
 Kaedah potfolio ialah kaedah pengumpulan
maklumat melalui pendapat penilai terhadap satu set
hasil kerja pelajar.
 Potfolio melibatkan pengumpulan hasil kerja pelajar
yang berkait dengan pengetahuan/kemahiran yang
ingin dinilai. Ia mula digunakan untuk menilai
kemahiran seni, seperti seni lukis, pemodelan,
fotografi dan seni muzik. Sekarang kaedah ini
digunakan untuk menilai pengetahuan/kefahaman,
seperti penulisan, pembacaan dan matematik.

Anda mungkin juga menyukai