Anda di halaman 1dari 18

MASALAH

PENDENGARAN
Pengamatan Pendengaran (auditori)
• Maklumat disampaikan melalui bunyi.
• Telinga memainkan peranan penting dalam menterjemah makna atau
maksud bunyi yang diterima dan juga dihasilkan.
• Bunyi yang pelbagai nada turut memberi maklumat yang berbeza
untuk kumpulan yang menggunakannya.
• Kod-kod bunyi juga mempunyai makna tertentu untuk tujuan
tertentu.
• Para pendidik kanak-kanak berkeperluan khas sangat mementingkan
pengamatan pendengaran / auditori.
• Ini disebabkan pengamatan auditori mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan
perkembangan pertuturan dan bahasa kanak-kanak.
• Objektif utama pentaksiran pengamatan adalah untuk mengenal pasti daerah yang
menerima impak secara langsung ke atas keupayaan kanak-kanak untuk memproses
maklumat dengan baik dan yang mungkin mengganggu pencapaian akademiknya.
• Pieringilo & Guliani (2003) menyatakan bahawa pengamatan auditori terdiri
daripada:
a. diskriminasi auditori
b. hubung kait auditori
c. memori jangka masa panjang auditori
d. memori jangka masa pendek auditori
e. memori turutan auditori
f. ekspresi vokal auditori
g. ekspresi motorik auditori
Tanda-tanda Murid Menghadapi Masalah
Pendengaran
• Jika individu gagal menerima maklumat melalui bunyi, ia akan menghadapi situasi
seperti berikut.
a. Menyerupai seorang murid yang kurang cerdas.
b. Melakukan banyak perkara seperti mencantum puzzle dan membaiki objek
c. Keadaan seperti ada masalah pertuturan
d. Menekankan suku kata yang salah
e. Menyusun turutan bunyi secara pelik
f. Keadaan semacam tidak mendengar atau memahami
g. Meneliti atau merenung wajah guru untuk memahami perkataan.
• Ketidakupayaan kanak-kanak atau individu untuk mengatasi masalah pengamatan
auditori akan menunjukkan kesan-kesan tertentu yang lebik spesifik.
Masalah dan Kesan Masalah Pendengaran
• Masalah Proses Penerimaan Auditori
a. Tidak memahami apa yang didengari
b. Tidak memahami banyak perkataan
c. Gagal mengenal bunyi dengan tepat
d. Tidak dapat melaksanakan arahan

• Masalah Perkaitan Auditori •


a. Tidak suka mendengar bacaan orang lain
b. Tidak memahami soalan
c. Angkat tangan untuk menjawab tetapi memberi jawapan yang “bodoh”
d. Mengambil masa lama untuk menjawab
e. Sukar memahami konsep yang abstrak yang disampaikan secara auditori
• Masalah Ekspresi Verbal
a. Salah sebut perkataan yang mudah
b. Menggunakan hujung perkataan yang salah
c. Meninggalkan hujung perkataan yang tidak tepat
d. Membuat kesilapan sintaksis yang tiada kaitan dengan cerita / perkara
yang dibincang
e. Sukar mencantum bunyi

• Masalah Memori Auditori


a. Tidak ingat alamat atau nombor telefon
b. Tidak ingat arahan yang diberikan
c. Sukar menghafal nursery rhymes atau puisi atau lagu kanak-kanak
d. Menghadapi masalah menghafal turutan abjad
Fungsi Anatomi
• Terdapat dua fungsi telinga iaitu untuk pendengaran dan
keseimbangan. Telinga perlu dijaga dan dilindungi daripada bahaya
supaya sihat dan boleh berfungsi dengan baik.
• Telinga terdiri daripada tiga bahagian:
a. Telinga luar terdiri daripada pina dan salur telinga.
b. Telinga tengah terdiri daripada 3 tulang kecil yang dipanggil tukul,
andas dan rakap.
c. Telinga dalam terdiri daripada koklea dan salur separuh bulat.
Masalah pendengaran
• Masalah pendengaran boleh berlaku pada semua peringkat umur. Ia tidak hanya
berlaku dalam kalangan orang tua sahaja.
• Cara untuk mengetahui samada kanak-kanak mengalami masalah pendengaran:
a. Gagal untuk memahami perbualan
b. Tidak dapat mendengar dalam persekitaran yang bising
c. Bunyi berdesir dalam telinga (tinnitus)
d. Terpaksa menguatkan bunyi apabila menonton TV atau mendengar radio
e. Sentiasa meminta orang lain mengulang percakapan
f. Merasakan perbualan seperti mengumam (menahan suara dalam mulut)
g. Mengelakkan diri daripada berbual dengan keluarga dan rakan-rakan
1 Masalah pendengaran terdiri daripada beberapa tahap:
• Ringan – Sukar untuk mendengar dalam persekitaran yang bising
• Sederhana – Sukar mendengar bisikan
• Teruk – Gagal memahami bunyi percakapan yang kuat
• Sangat teruk – Tidak mendengar bunyi yang sangat kuat.

2 Kehilangan pendengaran boleh berlaku secara tiba-tiba, sebagai contoh:


• Kecederaan secara tiba-tiba disebabkan bunyi yang sangat kuat seperti bunyi tembakan.
• Jangkitan di telinga.
• Air tersumbat dalam telinga dan menyebabkan tahi telinga menjadi kembang.

3 Masalah pendengaran boleh berlaku perlahan-lahan disebabkan oleh perkara berikut:


• Jangkitan telinga kronik
• Terdedah kepada bunyi bising dalam tempoh yang panjang
• Ubatan ototoxic (ubat yang boleh mencederakan telinga)
Faktor-faktor risiko untuk mendapat masalah
pendengaran di kalangan bayi dan kanak-kanak:
Faktor Risiko
Keturunan * Kerisauan ibubapa *
Bantuan oksigen (ventilation) > 5 Ubat-ubatan (ototoxic)
hari
Jaundis * Jangkitan kepada ibu mengandung (in-
utero infection)
Penyakit neurodegeratives Sindrom berkaitan *
Kecederaan kepala Meningitis *
Low birth weight (<1.5 kg) Skor APGAR pada 0-4 (1 minit) atau 0-
6 (5 minit)
Kecacatan craniofacial  
• Jenis Masalah Pendengaran
• Terdapat 3 jenis masalah pendengaran yang utama iaitu konduktif,
sensorineural dan bercampur.
• Sebab-sebab kepada setiap masalah pendengaran tersebut merujuk
kepada di bahagian mana struktur telinga yang terlibat.
a. Masalah pendengaran konduktif
• Berlaku pada bahagian telinga luar dan telinga tengah.
• Antara sebab-sebab masalah pendengaran konduktif;
a. Ketidaknormalan struktur telinga
b. Jangkitan dalam telinga tengah (otitis media)
c. Gegendang telinga berlubang
d. Salur telinga tersumbat
b. Otitis media
• Otitis media adalah salah satu penyakit yang paling kerap berlaku di
kalangan kanak-kanak.
• Penyakit ini terjadi di bahagian telinga tengah di mana terdapat cecair
yang terkumpul di dalamnya iaitu di belakang gegendang telinga.
• Keadaan ini mengakibatkan berlakunya halangan kepada sebarang
bunyi yang masuk ke dalam telinga.
• Otitis media selalunya akan menyebabkan masalah pendengaran
konduktif.
• Namun begitu, terdapat beberapa kajian yang menyatakan bahawa
penyakit otitis media yang berterusan boleh mengakibatkan masalah
pendengaran sensorineural terutamanya bagi bunyi-bunyi
berfrekuensi tinggi.
c. Masalah Pendengaran Sensorineural
• Berlaku masalah pada struktur telinga dalam sama ada pada organ
pendengaran iaitu koklea atau saraf auditori.
• Antara sebab kepada masalah pendengaran sensorineural adalah;
a. Terdedah kepada bunyi bising dalam tempoh yang lama.
b. Kecederaan kepala
c. Penyakit
d. genetik/ keturunan
e. faktor usia
f. ubat-ubatan

• Masalah Pendengaran Bercampur


• Berlaku apabila individu mempunyai kedua-dua masalah konduktif
dan sensorineural.
Ujian Saringan Pendengaran
• Ujian saringan pendengaran adalah ujian asas yang dilakukan ke atas
bayi untuk mengesan bayi yang disyaki mempunyai masalah
pendengaran.
• Terdapat dua jenis saringan pendengaran bayi iaitu:
a. Saringan pendengaran bayi universal. Ia dilakukan ke atas semua
bayi yang baru lahir. Pada ketika ini, saringan ini hanya dilakukan di
beberapa hospital sahaja.
b. Saringan pendengaran bayi berisiko tinggi. Ia dilakukan ke atas bayi
yang lahir dengan komplikasi seperti yang disenaraikan dalam
Jadual 1. Saringan ini dilakukan di kebanyakan hospital kerajaan
Ujian Saringan Pendengaran Kanak-kanak
• Terdapat juga beberapa ujian saringan pendengaran lain bagi mengenal pasti kewujudan
masalah pendengaran antaranya;

a. Ujian distraksi
• Ujian ini memerlukan bayi mempunyai sokongan leher yang kuat.
• Bayi akan didudukkan di atas riba ibu sambil diagah tanpa membuat bising dari hadapan
oleh ayah.
• Peralatan bunyi seperti rattle, chime-bar akan diberi dari arah belakang telinga bayi (jarak
antara 50-100cm) dan respon bayi seperti tolehan kepala ke arah bunyi akan diperhatikan.
• Respon kepada bunyi yang paling perlahan yang boleh didengar akan direkodkan sebagai
tahap minimum bagi respon yang diberikan.
• Ujian akan diulang untuk sebelah telinga yang lain.
b. Ujian Visual Reinforcement Audiometry (VRA)
• Bayi seawal 6 bulan sehingga kanak-kanak berusia dua tahun
setengah boleh diuji menggunakan ujian VRA.
• Ujian ini memerlukan kanak-kanak menoleh ke arah permainan, objek
atau gambar yang bercahaya atau bergerak-gerak yang diberikan oleh
penguji apabila beliau mendengar bunyi.
• Bunyi diberikan sama ada melalui fon telinga atau speaker.
• Respon kepada bunyi yang paling perlahan yang boleh didengar akan
direkodkan sebagai normal atau tidak normal.
c. Ujian play audiometry
• Ujian ini boleh dilakukan ke atas kanak-kanak berusia dua tahun
setengah sehingga tujuh tahun.
• Ujian ini memerlukan daya pemikiran yang lebih tinggi pada kanak-
kanak.
• Bunyi akan disalurkan pada kanak-kanak melalui fon telinga dan
respon dengan cara bermain seperti memasukkan bola ke dalam
bakul, menyusun gambar atau objek setiap kali mendengar bunyi.
• Respon kepada bunyi yang didengar akan direkodkan sebagai normal
atau tidak normal.
d. Ujian Pure Tone Audiometry (PTA)
• Bagi kanak-kanak yang berusia tujuh tahun dan ke atas, ujian PTA akan
digunakan.
• Ujian PTA ini juga dilakukan ke atas orang dewasa.
• Kanak-kanak akan dipakaikan fon telinga dan bunyi akan diberikan.
• Kanak-kanak tersebut perlu menekan butang respon atau mengangkat
tangan setiap kali mendengar bunyi.
• Respon kepada bunyi yang paling perlahan yang boleh didengar akan
direkodkan sebagai normal atau tidak normal.

Anda mungkin juga menyukai