Anda di halaman 1dari 14

Tugasan 1 : Peta Grafik

Definisi dan konsep

Pengurusan tingkah laku Pengubahsuaian tingkah laku

satu pendekatan berstruktur dan


bersistematik bagi meningkatkan tingkah
Tingkah laku adalah berbagai ragam dan
laku diingini, mengurangkan tingkah laku
berbagai laku
yang buruk, dan mengekalkan tingkah
laku sasaran

Program tingkah laku yang berbentuk


Pendekatan ini banyak mengamalkan
saintifik yang dibuat secara analisis untuk
peneguhan bagi mencapai matlamat
menghasilkan perubahan tingkah laku
pengubahsuaian tingkah laku diingini.
sosial yang positif bagi seorang individu

perancangan
yang rapi

Konsep
penilaian tentukan
asas
secara individu atau
pengurusan
objektif kumpulan
tingkah laku

teknik
intervensi
yang
berkesan

1
Tingkah laku Tingkah laku
positif negatif

Cepat
Hiperaktif
belajar

Suka
Distruktif
mencuba

Pintar
Distruptif
cerdas

Bergantung

Tingkah laku
negatif

Distruptif Distruktif Bergantung

Hiperaktif
Bising Pergantungan
Vandalisme
Bergerak-gerak berlebihan
Agresif

2
Persekitaran

Tekanan psikologikal

Ketakutan dan fobia

Faktor masalah tingkah laku


Peneguhan yang
kurang sesuai

Kemahiran komunikasi
dan sosial yang terhad

Kesukaran tugasan

Aktiviti dan tahap


rangsangan

Kesihatan dan
perubatan

Jangkaan tingkah laku

Kesan masalah murid tidak memberi tumpuan terhadap pembelajaran guru.


tingkah laku
terhadap
pembelajaran gagal menyiapkan tugasan yang diberi.

enggan bekerjasama dengan rakan dalam aktiviti berkumpulan.

mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran.

sukar memahami pengajaran guru.

3
Tugasan 2 : Penulisan Esei

Secara umumnya, tingkah laku bermasalah dapat dikategorikan kepada tingkah laku
bermasalah positif dan tingkah laku bermasalah negatif. Tingkah laku positif merupakan tingkah
laku kanak-kanak merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana
dengan adanya tingkah laku ini, kanak-kanak akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sikap ingin tahu kanak-kanak akan membantu
guru dalam meransang pemikiran kanak-kanak dan penting dalam perkembangan kognitif
mereka. Dengan sikap ingin tahu kanak-kanak ini, guru dapat membina aktiviti yang lebih
melibatkan penerokaan kerana pada tahap ini, kanak-kanak akan suka pada aktiviti seperti ini.

Kanak-kanak yang cepat belajar juga merupakan tingkah laku yang positif kerana akan
memudahkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana, guru
tidak perlu melakukan proses pemulihan sekiranya kanak-kanak cepat belajar. Guru Cuma
perlu fikirkan aktiviti pengayaan uantuk kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang proaktif juga
merupakan tingkah laku positif. Kanak-kanak proaktif berbeza dengan kanak-kanak hyperaktif.
Ini kerana kanak-kanak proaktif merupakan kanak-kanak yang suka melibatkan diri pada aktiviti,
suka bermain dan lebih mudah dikawal oleh guru. Kanak-kanak pintar cerdas jarang dijumpai
namun jika terdapat kanak-kanak seperti ini, guru harus pandai memberikan aktiviti yang
menarik agar mereka tidak mudah bosan.

Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah
dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana tingkah laku
negatif bukan sahaja kanak-kanak yang suka mengganggu rakan lain malah kanak-kanak yang
sering memberontak dalam kelas merupakan contoh kanak-kanak yang mempunyai tingkah
laku negatif. Tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku kanak-kanak iaitu permusuhan
nyata iaitu kanak-kanak yang sering menunjukkan tingkah laku fizikal atau pun lisan yang
bertujuan menyakiti seseorang. Contohnya, seorang murid sedang beratur untuk mendapatkan
makanan tiba-tiba seorang murid yang lain, memotong barisan tersebut. Selain itu juga,
vandalisme juga merupakan ciri-ciri tingkah laku distruktif. Bagi kanak-kanak yang mempunyai
tingkah laku distruptif pula, kanak-kanak ini biasanya mempunyai ciri-ciri hyperaktif, suka
membuat bising dan agresif. Kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif merupakan
kanak-kanak yang suka bergerak, suka ketawa dengan kuat dan sering menunjukkan tingkah
laku agresif kepada rakan-rakan yang lain. Tingkah laku bergantungan pula merupakan kanak-

4
kanak yang sering mengalami emosi kebimbangan, pergantungan berlebihan dan mempunyai
nilai kendiri yang rendah. Kanak-kanak ini biasanya sering bergantung pada orang lain dalam
apa juga aktiviti yang dijalankan. Kanak-kanak yang terlalu pemalu juga merupakan kanak-
kanak yang mempunyai tingkah laku pergantungan. Antara perlakuan negatif yang
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran ialah membuat bising, mengganggu rakan,
bergaduh, melawan cakap guru, vandalisme, kerap menangis, berbohong, mencuri, mengejek
dan tidak menunjukkan minat dan perhatian dalam pelajaran. Ada juga tingkah laku murid yang
kurang disedari oleh guru tetapi sebenarnya boleh mejejaskan pembelajaran dan perhubungan
sosial yang normal. Tingkah laku ini adalah yang seperti sering mengasingkan diri, selalu sedih,
terlalu pemalu, sering ketakutan dan fantasi.

Tingkah laku distruptif ditunjukkan melalui perlakuan yang disengajakan oleh murid
seperti pertengkaran, kecerewetan dan menyibuk dengan hal yang remeh-temeh sehingga
menghalang proses pembelajaran dan kerjasama dalam bilik darjah. Murid yang disruptif juga
mampu menarik perhatian guru dan menghalang guru daripada memberikan perhatian kepada
murid-murid yang lain.

Salah laku distruptif boleh dilihat dalam enam aspek seperti :

 Kemahiran melaksanakan tugas pembelajaran seperti persembahan hasil kerja,


penjagaan buku, kerja rumah yang tidak dilengkapkan, ketidakpatuhan kepada arahan
tugasan serta cara meminta bantuan guru atau rakan dalam kelas.
 Tingkah laku lisan seperti enggan mematuhi arahan, berbual ketika guru mengajar,
bercakap dengan guru ketika seharusnya menjalankan tugas belajar, menjerit, kurang
sopan dan biadap, mengancam guru serta murid lain serta menghasilkan pelbagai bunyi
yang tidak sesuai dan mengganggu.
 Tingkah laku bukan lisan seperti mimik muka, meninggalkan bilik darjah tanpa
kebenaran, merayau-rayau dalam bilik darjah, berasa gelisah di tempat duduk sendiri,
duduk dengan hanya menggunakan dua kaki kerusi serta tidak menghormati harta murid
lain.
 Profil emosional seperti mudah menangis, gagal mengawal rasa marah, mengasingkan
diri daripada rakan sebaya, penderaan diri secara fizikal dan tidak upaya menunjukkan
atau menyatakan emosi.
 Pengaturan diri seperti tidak mementingkan masa, lewat, ponteng, gagal membawa
buku atau peralatan yang diperlukan memboloskan diri serta tiada kekemasan diri.

5
 Kekemasan diri seperti tidak berpakaian seragam atau berpakaian sukan yang lengkap,
fesyen rambut serta kuku panjang dan berwarna, berpakaian nipis dan selekeh.

Tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku yang merosakkan, mencederakan,


membahayakan, keganasan, mengakibatkan kerugian serta memusnahkan sama ada ke atas
diri sendiri, orang lain atau harta benda sekolah. Tingkah laku distruktif tidak hanya
meninggalkan kesan ke atas pelaku tetapi juga kepada murid lain, ahli keluarga murid
berkenaan serta mereka yang berkaitan. Kesan tingkah laku distruktif mungkin menyebabkan
nyawa atau kesan kecederaan atau kerosakan yang berpanjangan. Tingkah laku distruktif
menunjukkan terdapatnya ciri lemah kawwalan diri serta harga diri yang rendah. Contoh tingkah
laku distruktif ialah membuli secara fizikal, jenayah, membawa peralatan merbahaya dan boleh
dijadikan senjata, perlakuan lucah, tidak jujur dan laku musnah seperti merokok, pengedaran
atau pengambilan dadah dan menghidu gam.

Tingkah laku kebergantungan dicirikan dengan kegagalan murid untuk menunjukkan


tingkah laku tanpa sokongan orang lain seperti rakan atau guru. Sekiranya murid dapat
melakukan sesuatu hanya dengan adanya sokongan dan bantuan rakan atau guru, mereka
sebenarnya telah bergantung dan bukan tidak berkeupayaan.

6
Tugasan 3 : Rakaman video.

Terdapat tiga strategi dalam menangani masalah tingkah laku. Antaranya ialah strategi
meningkatkan tingkah laku, mengurangkan tingkah laku dan juga dengan menggunakan
model pengurusan tingkah laku. Tingkah laku yang baik atau yang diingini yang di tunjukkan
oleh murid hendaklah di tingkatkan lagi atau sekurang-kurangnya dikekalkan. Antara teknik
yang boleh digunakan oleh guru adalah seperti peneguhan positif iaitu pemberian
peneguhan/ganjaran selepas sesuatu tingkah laku yang diingini di tunjukkan supaya tingkah
laku itu dikekalkan atau di tingkatkan lagi. Peneguhan negatif merupakan penarikan
rangsangan negatif(aversive stimulus) setelah tingkah laku sasaran ditunjukkan dan akan
mengekalkan atau meningkatkan lagi tingkah laku tersebut.

Selain itu, pembentukan (shaping) ialah pemberian pengukuhan kepada pelakuan-


pelakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pembentukan perlakuan yang
dikehendaki. Kontrak merupakan persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid)
secara lisan atau bertulis. Murid di pertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang
dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak di ubah dan
murid faham akan kesan yang akan berlaku. Ekonomi Token pula ialah peneguhan yang diberi
dalam bentuk token seperti syiling (coin) atau sticker, dan sebagainya apabila tingkah laku yang
diingini ditunjukkan. Token ini boleh ditukarkan dengan pengukuh/benda lain yang disediakan
oleh guru. Modeling ialah menggunakan watak-watak (murid,guru) yang disukai dan dihormati
untuk diteladani oleh murid. Disamping itu, rantaian(chaining) merujuk kepada siri tingkah laku
yang ditunjukkan dalam bentuk rantaian atau berurutan. Pembentukan rantaian tingkah laku
atau rantaian kemahiran lain, dikenali juga sebagai analisis tugasan dan yang terakhir ialah
pengaburan/pelunturan(fading) iaitu mengurangkan tingkah laku atau ganjaran yang diterima
secara perlahan-lahan.

Strategi mengurangkan tingkah laku ialah dengan cara penghapusan(extinction) iaitu


memberhentikan atau menyekat murid-murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif
secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku baru yang positif. Cara ‘time-
out’ pula ialah dengan menempatkan murid berasingan daripada kumpulan (penjuru bilik, bilik
khas) atau mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan. Kejemuan(satiation) pula
membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukanya dan behenti
sendiri. Hukuman/dendaan dengan contoh tahanan kelas(lambat balik), dendaan fizikal, ambil
balik token/hak. Selain itu, disensitisasi ialah tindakan-tindakan secara beransur-ansur untuk

7
menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan (takut bercakap di depan kelas, fobia).
Overcorrection pula merupakan prosedur yang memerlukan pelajar membaiki
keadaan/kesalahan yang dilakukan melebihi keadaan sebelumya contohnya membuat
pembetulan kesalahan tulisan berulang kali atau bukan hanya mengelap bahagian lanati yang
ditumpahi makanan tetapi diminta mengelap keseluruhan lantai bilik itu dan yang terakhir ialah
‘response cost’ iaitu suatu bentuk penarikan peneguhan/ganjaran secara sistematik terhadap
sesuatu tingkah laku yang tidak sesuai.

Bagi strategi pengurusan tingkah laku mengikut model pula, para pengkaji tiga teori
utama iaitu model psikodinamik, model biofizikal dan model persekitaran. Bagi model
psikodinamik, terdapat teori yang menyatakan bahawa punca tingkah laku manusia adalah dari
faktor dalaman individu itu sendiri. Tingkah laku ditentukan secara dinamik melalui pendekatan
intrapsychic. Berdasarkan perspektif psikodinamik, perkembangan personaliti kanak-kanak
berlaku semasa mereka membesar melalui siri tingkat psikoseksual. Dalam model ini, strategi
pengurusan adalah melibatkan teknik kaunseling seperti temu bual dan terapi realiti.
Seterusnya adalah teknik media ekspresif yang melibatkan lakonan bebas, permainan boneka,
main peranan dan aktiviti fizikal. Selain itu, teknik pengaruh tingkah laku juga boleh
diaplikasikan seperti tidak mengendahkan suatu tingkah laku yang dibuat secara terancang
atau mengurangkan ketegangan melalui gurauan dan perbualan bersahaja.

Model seterusnya adalah model biofizikal yang menegaskan bahawa punca tingkah laku
berlaku secara organik. Model ini mengaitkan antara kecacatan fizikal, kekurangan zat
makanan dan masalah penyakit dengan tingkah laku individu. Strategi yang digunakan dalam
model ini adalah penjagaan sebelum serta selepas kelahiran, penjagaan pemakanan,
perubatan dan nutrisi. Peranan guru amat diperlukan dalam intervensi ini.

Seterusnya adalah model persekitaran yang menyatakan bahawa pengaruh


persekitaran tehadap tingkah laku manusia pada masa kini sangat ketara. Ahli dalam teori ini
mnyatakan bahawa pengasingan kanak-kanak dari suatu persekitaran bermasalah boleh
mengelakkan mereka dari tingkah laku yang tidak diingini tersebut. Intervensi tingkah laku
menurut model ini adalah berpusatkan murid atau berpusatkan persekitaran atau berpusatkan
murid dan persekitaran. Justeru, kanak-kanak diberi peluang menentukan kaedah pembelajaran
mereka tetapi berpandukan guru.

Berdasarkan rakaman video yang telah di ambil, murid bermasalah pembelajaran


menunjukkan tingkah laku bermasalah seperti mengganggu rakan. Guru-guru yang

8
berkemahiran selalu menggunakan ganjaran yang berkesan dan tepat untuk memotivasikan
murid-murid mereka. Ganjaran ini boleh diberikan dalam bentuk hadiah materialistik atau dalam
bentuk penerimaan sosial di dalam bilik darjah. Jika kata-kata pujian tidak berkesan, guru-guru
boleh menggunakan ganjaran berbentuk materialistik di mana murid-murid ditawarkan sesuatu
hadiah atau barang maujud. Hadiah yang akan diberikan oleh guru-guru boleh dirunding
bersama-sama dengan murid-murid. Guru-guru juga mesti memberikan pujian bersama-sama
dengan sesuatu hadiah sehingga murid-murid hanya ingin menerima pujian sahaja (motivasi
intrinstik). Jika modifikasi tingkah laku berjaya, murid-murid dapat menyesuaikan diri dan
berfungsi dalam bilik darjah tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran.

Peneguhan negatif ialah apa sahaja yang dilakukan sebaik sahaja perlakuan yang
ditunjukkan dan hasilnya ialah perlakuan yang tidak diulangi lagi. Dengan kata lain, suatu
rangsangan yang menyeronokkan diberhentikan dari persekitaran murid agar keadaan akan
jadi lebih menyenangkan. Antara jenis peneguhan negatif ialah dendaan, pelupusan
rangsangan yang menyeronokkan dan sebagainya. Peneguhan negatif dilakukan segera sebaik
sahaja pelakuan negatif ditunjukkan. Murid yang dikenakan atau menerima peneguhan negatif
mestilah tahu kenapa mereka dikenakan peneguhan negatif. Ini penting agar tidak berlakunya
penderaan atau tindakan di luar batas normal dan mengelak daripada berlakunya
penganiayaan. Peneguhan negatif tersebut mestilah kekal dan bersifat adil kepada sesiapa
sahaja yang dikira sesuai dikenakan peneguhan negatif. Peneguhan negatif dikenakan atas
dasar sayangkan murid dan bukan bertujuan untuk balasan atau mengikut emosi marah.

Dalam mengaplikasi prinsip diskriminasi, guru akan mengajar seorang murid untuk
bertindak di dalam satu cara yang tertentu di dalam satu keadaan, tetapi bukan di dalam satu
keadaan yang lain. Untuk membuat diskriminasi yang betul, murid perlu mengenal pasti ‘kue’
tanda yang membezakan satu situasi dengan yang lain dan hanya mendapat ganjaran apabila
tindakannya betul sejajar dengan ‘kue’ yang telah diberikan oleh guru. Sebagai contoh, murid
mungkin belajar ‘kue’ bahawa bercakap dengan kuat di dalam bilik darjah akan menyebabkan
dia mendapat lebih banyak kerja rumah. Justeru itu, murid tersebut belajar untuk tidak bercakap
kuat di dalam bilik darjah (stimuli diskriminasi). Justeru itu, stimuli yang berdiskriminasi ini
menyebabkan tingkah laku negatif kurang.

Modifikasi tingkah laku merupakan suatu pendekatan sistematik untuk mengubah


tingkah laku melalui pengaplikasian prinsip-prinsip pelaziman. Prinsip pelaziman adalah
berdasarkan teori-teori yang dikemukakan oleh pakar-pakar behavioris melalui Teori

9
Pembelajaran Behavioris. Teori ini berfokus kepada pembolehubah yang boleh dilihat, dinilai
dan yang boleh dimanipulasikan. Pada dasarnya, teori ini menyarankan kepercayaan bahawa
tingkah laku seseorang disebabkan dan dipengaruhi oleh persekitarannya. Ia berdasarkan
prinsip bahawa rangsangan dari persekitaran membawa tidak balas pada tingkah laku. Teori ini
juga menyarankan bahawa pembelajaran berlaku apabila tindakan secara ulang dilakukan
sehingga ianya menjadi kebiasaan. Tingkah laku yang berulang itu dapat dikekalkan dengan
peneguhan.

Tingkah laku adalah kekuatan jika ia diikuti dengan peneguhan. Malah peneguhan itu
boleh sama ada peneguhan positif atau peneguhan negatif. Peneguhan positif merupakan
stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku yang
dikehendaki. Dalam permulaan pembelajaran, peneguhan diperlukan setiap masa agar ia dapat
menghasilkan tingkah laku yang diharapkan. Tingkah laku dapat dikekalkan dengan peneguhan
yang tidak sama dan berlainan. Misalnya memberi pujian, penghargaan, hadiah dan
sebagainya sebaik sahaja tingkah laku yang memuaskan berlaku.

Peneguhan negatif pula merupakan stimuli yang dihapuskan dengan tujuan menguatkan
tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan. Misalnya, seorang guru mengarah seseorang
murid yang membuat bising dalam kelas agar keluar dan berdiri di luar kelas bagi
menambahkan peluang murid lain untuk meneruskan aktiviti pembelajaran tanpa gangguan.
Denda atau hukuman pula bertujuan menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini.
Tetapi, ia adalah sesuatu yang kurang baik jika dikenakan kepada kanak-kanak yang
mempunyai tingkah laku yang negatif. Ini kerana apabila hukuman dijalankan, maka tingkah
laku itu akan menjadi menjadi semakin lemah apabila hukuman dikenakan.

10
Tugasan 4 : Penulisan kritis.

“Mengapakah pentingnya guru-guru pendidikan khas mempunyai pengetahuan


mengurus tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas?”

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran di sekolah mempunyai pelbagai masalah


tingkah laku samada tingkah laku distruktif dan tingkah laku distrupktif. Setiap kanak-kanak
bermasalah pembelajaran mempunyai tingkah laku yang berbeza. Selain itu, kanak-kanak ini
mengalami perubahan tingkah laku mengikut keadaan atau situasi yang berbeza. Hal ini
menyebabkan pentingnya guru-guru pendidikan khas mempunyai pengetahuan mengurus
tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat pelbagai cara menguruskan tingkah
laku kanak-kanak berkeperluan khas. Setiap tingkah laku kanak-kanak bermasalah
pembelajaran tidak boleh diuruskan menggunakan satu cara sahaja. Hal ini kerana kanak-
kanak ini mempunyai keperluan yang berbeza di antara satu sama lain. Misalnya, kaedah token
merupakan salah satu cara untuk menguruskan tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas.
Kaedah token sememangnya merupakan di antara kaedah yang paling berkesan dan paling
sesuai digunakan untuk menguruskan tingkah laku kanak-kanak kerana pada lingkungan usia
kanak-kanak ini, mereka lebih teruja untuk mendapatkan ganjaran untuk sesuatu tingkah laku
yang dilakukan. Akan tetapi, kaedah token tersebut juga tidak memberi kesan positif dalam
menguruskan tingkah laku sesetengah kanak-kanak berkeperluan khas. Oleh itu, seorang guru
pendidikan khas perlu mempunyai banyak pengetahuan mengenai cara untuk menguruskan
tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas. Seperti yang semua sedia maklum, setiap kanak-
kanak berkeperluan khas mempunyai keperluan yang berbeza dan memerlukan pendekatan
yang berbeza dalam menguruskan tingkah laku serta memerlukan pendekatan yang berbeza
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Ramai ahli psikologi telah memperkenalkan cara dan kaedah yang boleh digunakan
dalam menguruskan tingkah laku kanak-kanak normal mahupun kanak-kanak berkeperluan
khas. Pelbagai teori-teori telah diperkenalkan oleh ahli-ahli psikologi ini. Teori-teori yang
diperkenalkan ini telah lama digunakan oleh guru-guru dalam menguruskan tingkah laku kanak-
kanak. Malah, teori-teori ini telah disesuaikan dengan keperluan seseorang kanak-kanak
tersebut. Walaupun teori ini telah diubahsuai mengikut keperluan kanak-kanak, guru-guru masih
mengekalkan prinsip-prinsip dan ciri-ciri utama teori-teori tersebut.

Mengikut pendekatan teori tingkahlaku yang dipolopori oleh Pavlov, Thorndike dan
Skinner berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Mereka

11
mengaitkan perhubungan ransangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah
laku. Setiap rangsangan menimbulkan tindakbalas dan pembelajaran yang berlaku akibat kaitan
dengan rangsangan dan gerak balas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan
yang lain akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Guru yang
kurang daya inisiatif dari segi strategi dan teknik pengajaran akan gagal untuk menarik dan
meransang minat murid-murid untuk mengikuti proses pembelajaran semasa di dalam bilik
darjah. Ini akan menimbulkan tingkah laku yang tidak diingini. Ini menunjukkan bahawa teori ini
berkait rapat dengan perubahan tingkah laku murid.

Sekinner melalui Teori Pelaziman Operan Skinner (1953) telah menekankan tentang
proses pembiasaan dalam membentuk tingkah laku dan mengemukakan beberapa rumusan
tentang pembelajaran manusia. Menurut Skinner, pembelajaran berlaku melalui pelaziman dan
peneguhan positif pula merupakan rangsangan yang penting dalam menambahkan
kebarangkalian gerak balas pelajar. Oleh itu peneguhan positif perlu diberi dari semasa ke
semasa untuk mengubah tingkah laku yang tidak diingini sekaligus menjayakan proses
pengubahsuaian tingkah lau yang dijalankan. Manakala peneguhan negatif pula membawa
kesan yang tidak menyeronokkan dan pelajar akan mengulangi tingkah laku operan yang
diingini. Beliau berpendapat bahawa dalam proses pembelajaran, konsep diskriminasi adalah
penting untuk mencapai kejayaan.

Tingkah Laku bermasalah harus ditangani oleh guru dengan bijak dan teratur agar ia
tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui
keberkesanan sistem pembelajaran yang berkesan akan mempercepatkan perkembangan
pembelajaran murid-murid di sekolah. Memodifikasikan tingkah laku ialah satu strategi penting
yang boleh digunakan oleh guru yang mana tingkah laku yang dikehendakki diteguhkan melalui
peneguhan positif dan tingkah laku yang tidak dikehendakki dihapuskan atau dikurangkan
melalui peneguhan negatif.

Contoh pengurusan tingkah laku melibatkan murid autistik. Terdapat banyak strategi
yang boleh digunakan untuk menguruskan tingkah laku murid autistik. Sesuatu strategi yang
telah dikesan dan didapati baik perlu digunakan secara tekal disebabkan murid autistik
mempunyai keinginan agar perlakuan mereka terlebih dahulu distrukturkan melalui rutin harian.
Peneguhan positif yang diberikan akan menjadi lebih berkesan sekiranya guru kerap
menggunakannya tanpa menangguhkan atau melengahkannya apabila tingkah laku diingini itu
ditunjukkan. Matlamat peneguhan positif adalah untuk meningkatkan pengulangan tingkah laku

12
yang diperteguhkan. Guru perlu sentiasa bergerak dalam bilik darjah untuk membolehkan murid
autistik memberikan tumpuan mereka kepada guru pada setiap masa. Adalah baik sekiranya
guru dapat menyatakan semula arahan pengajaran menggunakan perkataan yang lain untuk
menjelaskan tugasan yang diberi. Sekiranya tugasan kelihatan menarik minat bagi murid
autistik ini, mereka tidak akan mengalami kekeliruan dan akan bersedia untuk terlibat dalam
aktiviti pembelajaran. Guru juga boleh mengulangi-ulangi arahan yang sama. Disebabkan murid
autistik sangat mengharapkan penstrukturan semula pelajaran, penstrukturan semula tersebut
akan dapat mengelakkan perebutan kuasa dan membolehkan murid mengambil sedikit masa
untuk kembali kepada aktiviti pembelajaran dalam keadaan yang tenang.

Satu teknik yang didapati berkesan ke atas murid autistik dikenali sebagai Analisis
Tingkah Laku Gunaan. Ia melibatkan prinsip bahawa tingkah laku individu itu dipengaruhi oleh
peristiwwa atau hal-hal yang berkaitan persekitaran dan akibat daripadanya yang menjadi
sejarah latar belakang individu berkenaan dalam bentuk yang tidak sama dengan pengalaman
orang lain. Sekiranya guru dapat menjelaskan apakah yang akan menyebabkan kanak-kanak
itu menunjukkan salah laku atau bertingkah laku mengganggu di dalam bilik darjah dan guru
dapat mengenyah puncanya, tingkah laku mengganggu itu boleh dikurangkan.

Namun begitu, sesetengah strategi mungkin tidak berkesan untuk dilaksanakan ke atas
murid autistik. Setting yang dibuat di luar jangkaan mungkin tidak berkesan disebabkan murid
autistik mungkin tidak mampu memahami idea kesan dan akibat sesuatu tingkah laku itu.
Mereka juga tidak akan memahami mengapa kesan dan akibat itu perlu mereka terima kerana
mereka tidak berupaya untuk memahami mengapa mereka perlu bertanggungjawab ke atas
tingkah laku mereka sendiri. Mereka juga tidak akan faham mengapa mereka dikeluarkan atau
dikecualikan daripada menyertai aktiviti. Terserah kepada guru untuk memilih strategi yang
paling berkesan untuk murid autistik kerena setiap seorang daripada mereka memerlukan cara
dan strategi yang berlainan.

Tingkah laku terpuji penting bagi melahirkan murid yang bersifat sanggup melaksanakan
tanggungjawab pada diri, keluarga, institusi dan Negara. Tanpa tingkah laku terpuji dalam diri
pelajar tidak mungkin mereka sanggup melaksanakan tanggungjawab diri sebdiri. Mereka lebih
rela melakukan kesalahan berbanding melakukan perbuatan baik kerana bagi mereka, tiada
faedahnya mereka melakukan kebaikan. Tingkah laku terpuji penting bagi mewujudkan
suasana tenang dan kondusif dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran
dapat dilaksanakan dengan licin, berkesan, dan penuh ceria. Apabila murid yang bermasalah

13
daripada segi disiplin ini tidak wujud dalam kelas, tidak ada murid yang membuat bising dan
mengganggu murid lain belajar.

Guru juga tidak perlu meninggikan suara ataupun bercakap kasar dengan murid .Ini
menyebabkan berbagai-bagai masalah sebalaiknya murid sendiri sudah memahami peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan. Justeru, hubungan antara guru dan murid dapat diperbaiki dan
kemesraan dapat diwujudkan, di samping minat bagi menimba ilmu dapat dipertingkatkan. Para
pelajar menjadi lebih tekun dan produktif apabila mereka mempunyai tingkah laku terpuji.
Apabila mereka mengikut disiplin yang telah ditetapkan, jadual mereka dan tingkah laku mereka
dapat berubah. Mereka dapat melakukan sesuatu perkara secara sistematik dan mengikut
laluan yang betul tanpa menyalahi undang-undang. Mereka dapat menjadi lebih produktif lagi
dalam menghasilkan idea yang menarik dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang
kemahiran.

Masa dapat dijimatkan kerana segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa
yang lebih singkat. Disiplin diri yang tinggi membentuk mereka menepati masa dan tidak
membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak perlu dilakukan. Sebagaimana yang kita
tahu, pelajar kini lebih banyak melakukan tingkah laku bermasalah sehingga hilang pegangan
dan hala tuju. Pembangunan tingkah laku terpuji yang tinggi dalam kalangan pelajar mampu
melatih pelajar dengan dengan nilai-nilai murni seperti kepatuhan, tanggungjawab, kasih
saying, berkerjasama, cintakan kebersihan dan hormat menghormati. Oleh itu, dengan
mematuhi disiplin, pelajar sentiasa ingat dan menanamkan sifat-sifat yang baik dalam diri dan
membuang sifat-sifat negatif yang tidak perlu ada dalam diri mereka.

14

Anda mungkin juga menyukai