Anda di halaman 1dari 7

TAJUK : ETIKA DALAM PENULISAN

DAN PLAGIAT

MATA PELAJARAN :GENERIK WACANA PENULISAN


(GWP1092)
Konsep Etika
-Md.Salleh & Saiful (2000) mendefinisikan etika sebagai
peraturan perlakuan atau prinsip moral yang memberikan
panduan kepada sesuatu tindakan boleh atau sesuai bagi sesuatu
keadaan.

Kepentingan Etika
Individu
- membentuk sahsiah atau jati diri dan keperibadian yang unggul
-diiktiraf dan dihormati masyarakat

Keluarga
-mewujudkan keharmonian dan keutuhan dalam rumah tangga

Organisasi
-memantapkan kestabilan dan mempertingkat produktiviti
Etiket ‘Online’
-Bermaksud, etika atau adab-adab ketika ‘online’

1. Bijak memilih rakan atau ‘followers’


2. Elakkan dari komen dan menekan butang Like sebarangan
3. Tidak menggunakan perkataan yang boleh mengguriskan
hati atau menyentuh isu-isu tertentu
Isu-Isu Etika Dalam Penulisan
1. Pencarian maklumat
- mengetahui tajuk dan pengetahuan umum tentang tajuk

2. Sumber maklumat
- pelbagai dan koheren dan sumber yang berautoriti

3. Penggunaan maklumat dengan betul


- tidak melakukan plagiat
Konsep Plagiat
-William L. Kibler (1993) mendefinisikan plagiat sebagai
ketidakjujuran akademik dan satu bentuk penipuan yang
digunakan ramai pelajar tanpa memberi kredit kepada penulis
asal dalam tugasan mereka dan mengakuinya sebagai hasil
karya sendiri

-Laurie Stearns (1998) pula definisikan plagiat sebagai


mengambil hasil kerja penulis lain dan menyatakannya sebagai
karya sendiri, gagal untuk menyatakan sumber rujukan dan
mengulang guna daripada sumber asal tanpa kredit secara
wajar.
Jenis Plagiat
1. Plagiat secara terus
- Tidak menyatakan sumber rujukan yang
digunakan.

2. Menyalin daripada pengarang asal tanpa sumber rujukan


-Penulis menyembunyikan maklumat dan lokasi sumber yang
dirujuk. Penulis telah mengkreditkan sumber rujukan yang
dibuat tetapi tidak menyatakannya secara spesifik

3. Petikan yang Tergantung


- Rujukan daripada sumber yang lain telah dibuat tanpa
menyatakannya menyebabkan pembaca menyangka bahawa
tulisan berkenaan masih lagi daripada sumber yang sama
Harta Intelek
• APA ITU HARTA INTELEK?
-Merujuk kepada hasil ciptaan berasaskan fikiran seseorang.

• JENIS HARTA INTELEK

Status Common Law

Hakcipta Passing off


Paten
Cap dagangan
Cara Elak Plagiat
1. Memberikan kredit dalam tulisan

2. Menyatakan sumber dalam teks

3. Membuat petikan

4. Memohon izin penulis asal

Anda mungkin juga menyukai