Anda di halaman 1dari 27

 IBADAH (GPI 1083)

TOPIK 3 FIQH SOLAT


HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, pelajar akan dapat:

1. Menjelaskan falsafah solat dari sudut ketenangan, syukur, pengabdian dan


keharmonian.
2. Mengaplikasikan falsafah solat dalam mengukuhkan iman dan amal
3. Menghuraikan kepentingan solat dalam kehidupan muslim
4. Mengaplikasikan kepentingan solat sebagai asas pembinaan sahsiah
dan asas kepimpinan
5. Menghuraikan konsep solat dari perspektif sains, kesihatan dan kepimpinan

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

3.1 FIQH SOLAT

Falsafah Solat Solat menurut


Kepentingan Solat Dalam perspektif Sains dan
Kehidupan Muslim kesihatan

PENGENALAN

Topik ini adalah berkaitan dengan beberapa persoalan penting dalam aspek ibadah
yang akan dipelajari oleh pelajar PPISMP Semester 2. Pelajar akan didedahkan tentang
falsafah solat dari sudut ketenangan, kesyukuran, pengabdian dan keharmonian. Topik ini
juga akan menjelaskan kepentingan solat dalam kehidupan Muslim. Seterusnya topik ini
mendedahkan solat menurut perspektif Sains dan kesihatan.

JAPIM Page 1
 IBADAH (GPI 1083)

1. FALSAFAH SOLAT

Allah s.w.t. menciptakan semua makhluk adalah bertujuan untuk menyembahNya.


Hakikat kejadian manusia dan seluruh makhluk di langit dan bumi seperti jin, malaikat dan
sebagainya adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Perkara ini telah disebut di
dalam al-Quran iaitu:

      


Maksudnya: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya
mereka menyembahKu.
(Al-Zariyat : 56)

Dalam ayat lain Allah s.w.t. telah berfirman mengenai hal yang sama:

     


     
Maksudnya: Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu
dan orang-orang sebelummu agar kamu bertaqwa.

(Surah al-Baqarah : 21)


Oleh kerana solat adalah kemuncak usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah maka
ia diwajibkan ke atas setiap muslim agar dilakukan secara berterusan hingga ke akhir hayat.
Ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak dan keturunannya adalah daripada golongan yang
menunaikan solat. Para guru dan pendidik perlu memastikan anak muridnya mendapat ilmu
berkaitan solat dengan sempurna. Pendidikan sejak kecil iaitu bermula dari sekolah rendah
ataupun berumur tujuh tahun amat penting dan perlu diberi keutamaan, sepertimana yang
telah dianjurkan oleh Rasulullah saw. Ini adalah bertujuan memastikan anak-anak di rumah
dan murid-murid di sekolah stiqamah dalam menunaikan solat di samping membentuk akhlak
mereka menurut Islam.

1.1 Definisi Solat


JAPIM Page 2
 IBADAH (GPI 1083)

Pengertian solat dalam bahasa Arab bermaksud doa atau doa ke arah kebaikan.
Maksud ini selaras dengan firman Allah s.w.t:

         


        
Maksudnya: Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah
(zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan
mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk); dan doakanlah untuk mereka,
kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan
(ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Surah al-Taubah (9): 103

Ayat ini menerangkan doa yang membawa ketenangan, kekuatan, ketekunan dan
keyakinan. Ada juga yang berpendapat bahawa solat pada istilah syarak ialah menghadapkan
jiwa raga kepada Allah kerana taqwa kepadaNya serta mengagungkan kebesaranNya dengan
penuh khusyuk dan ikhlas samada melalui perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan
takbir dan diakhiri dengan salam serta mengakui syarat-syarat dan rukun-rukun yang
ditetapkan. Sabda Rasulullah saw:

‫صلهةَا ال ط‬
‫طهميومر هوتَـ هيحريـيممههاَ التتـيكبلييمر هوتَـ هيحللييلمههاَ التتيسللييمم‬ ‫لميفتاَ همح ال ت‬

Maksudnya: Anak kunci solat ialah bersuci yang mengharamkannya ialah


takbir dan merungkaikannya ialah salam.

Para fuqaha' telah mengemukakan pelbagai definisi dan pengertian di antaranya ialah
ahli-ahli fekah berpendapat solat ialah perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan tertentu
yang dimulai dengan takbir al-ihram dan diakhiri dengan salam. Ia juga bermaksud
berhadapan hati kepada Allah s.w.t. dengan cara mendatangkan rasa takut kepadaNya serta
menumbuhkan di dalam jiwa, rasa kebesaranNya dan kesempurnaan kekuasaanNya.

Hasil daripada gabungan pengertian di atas membawa maksud solat adalah


menzahirkan hajat dan keperluan kita kepada Allah s.w.t. melalui perkataan dan perbuatan
atau kedua-duanya sekali. Dari segi roh ialah keikhlasan menghadap Allah s.w.t. dengan
kehadiran hati dalam berzikir, berdoa dan memuji.

JAPIM Page 3
 IBADAH (GPI 1083)

Berdasarkan pengertian yang telah diberikan juga dapat dibuat kesimpulan bahawa
pengertian solat yang menyeluruh ialah ibadah yang dilaksanakan dengan anggota zahir dan
batin dengan mengarahkan sebulat hati kepada Allah tanpa lalai sedikit pun. Di samping itu
juga, ianya perlu mendatangkan rasa takut kepada Allah s.w.t dan menumbuhkan rasa
keagungan dan kebesaranNya serta melaksanakan dengan penuh khusyuk dan ikhlas. Ia juga
merangkumi ucapan dan perbuatan yang akan menanam kekuatan dalam diri manusia demi
menyelamatkan mereka dari segala penderitaan yang wujud dalam kehidupan.

1.2 Dalil-dalil Pensyariatan Solat.

Ibadat solat adalah ibadat yang pertama sekali diwajibkan oleh Allah s.w.t. ke atas
para hambaNya. Perintah supaya mengerjakan solat diterima secara langsung oleh Rasulullah
s.a.w. pada malam Israk Mikraj pada 27 Rejab, satu setengah tahun sebelum baginda
berhijrah dari Mekkah ke Madinah. Solat difardhukan berdasarkan dalil-dalil daripada al-
Quran dan al-Sunnah.

a. Al-Quran.

Terdapat banyak ayat al-Quran yang memerintahkan manusia supaya menunaikan solat di
antaranya firman Allah s.w.t.:

     


     
      
   

Maksudnya: Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka


hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau
duduk, dan semasa kamu berbaring. kemudian apabila kamu telah merasa
tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan
sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu
ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu
waktunya.

(Al-Nisa' : 103)

JAPIM Page 4
 IBADAH (GPI 1083)

Menurut Imam al-Fakhr al-Razi, di dalam ayat ini Allah menerangkan bahawa ibadat
solat itu wajib pada setiap waktu yang telah ditetapkan iaitu solat lima waktu. Ayat ini juga
menerangkan bahawa solat itu merupakan satu kefardhuan terhadap orang-orang mukmin.
Firman Allah s.w.t.:

      


      
 
Maksudnya: Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan
solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak
meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki
kepadamu. dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang
yang bertaqwa.

(Surah Thaha : 132)

Seterusnya Allah s.w.t. berfirman:

     


      
 
Maksudnya: Oleh itu, dirikanlah solat, dan berilah zakat, serta berpegang
teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. maka (Allah yang
demikian sifatnya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik
Pemberi pertolongan.

(Surah al-Hajj : 78)

Ayat tersebut jelas menunjukkan ibadat solat dan zakat merupakan dua kefardhuan
yang wajib ditunaikan oleh hambanya kerana Allah. Syabini al-Khatib menjelaskan ayat di
atas bermaksud memelihara solat dengan penuh kesempurnaan. Ia merupakan ibadat
badaniah yang wajib ke atas setiap muslim sebanyak lima kali sehari semalam pada waktu-
waktu tertentu.

JAPIM Page 5
 IBADAH (GPI 1083)

Penjelasan solat termaktub dengan jelas di dalam al-Quran di mana umat Islam
diwajibkan supaya melaksanakan tuntutan tersebut. Di dalamnya juga menyatakan tentang
balasan dan ancaman buruk bagi sesiapa yang meninggal dan lalai menunaikan solat.

b. Al-Hadis :

Kewajipan solat dijelaskan dalam hadis dan peranannya juga mudah difahami. Di
dalamnya juga disebut sifat-sifat solat dan juga kejayaan terhadap mereka yang
menyempurnakan solat dan kecelakaan ke atas mereka yang gagal melaksanakannya dengan
baik. Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang membicarakan mengenai solat, kaedah
dan tatacara solat sebagaimana dijelaskan dalam sabda baginda:

‫صلوواْ صكصماَ صرأَيويتممموونْ اْم ص‬


ِّ‫صللى‬ ‫ص‬
Maksudnya: Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.

Hadis di atas menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. menyarankan umatnya


mengerjakan ibadah solat sepertimana baginda kerjakan. Ini termasuklah segala perbuatan
yang dilakukan dan perkataan yang dilafazkan dalam solat. Seterusnya baginda menerangkan
lagi, bahawa solat merupakan satu dari lima perkara asas terbentuknya Islam.

‫بمنن اْلوسلْمم صعصلىِّ صخيوم س‬


‫ٍصشصهاَصدةم أَون ل إلهص إل اْل وأَنن مميصحنمصد صرمسوومل اْل‬:‫س‬ ‫ص‬

‫ضاَنن‬ ‫ن‬
‫صلْصة صوإيويصتاَء اْلنزصكاَة صواْلصجج صو ص‬
‫صوومم صرصم ص‬ ‫صوأَصقاَمم اْل ن‬

Maksudnya: Islam dibina atas lima perkara: Mengucap dua kalimah


syahadah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan
berpuasa di bulan Ramadhan.

Sabda Rasulullah lagi:

JAPIM Page 6
 IBADAH (GPI 1083)

‫ن‬ ‫ب بننه اْلوصعوبمد اْلسمنلمِ يصيووصم اْلنقصياَصمنة اْل ن‬


‫ٍ أَنظميمروواْ صهيول لصيهم‬:‫صلْةم اْلصوكيتميووبصةم فصإَون أَتصينمصهاَ صوإلن قوييصل‬ ‫إنن أَنوصل صماَ مصياَصس م‬

‫ضي يةم صمي يون تصطيص يلونعنه ثين ي ييموفصعي يمل بنصسم يياَئننراْلوعصماَنل‬ ‫نمي ين تصطيص يلوسع فصييإَون صك يياَصن ليص يه تصطيص يوعع أَوكنملصي ي ن‬
‫ت اْلصفنريو ص‬ ‫م م‬ ‫و‬

‫ك‬
‫مثمل هذَل ه‬ ‫ضة‬
‫اْلوفمروو ص‬
Maksudnya: Sesungguhnya perkara pertama yang akan dihisab pada setiap
orang di hari Kiamat ialah solat fardhu, sekiranya telah disempurnakan, jika
tidak akan ditanya adakah mereka melakukan solat sunat? Jika ada,
disempurnakan solat fardhu tadi dengan solat sunat kemudian amalan fardhu
yang lain pun demikian juga.

Solat adalah ibadat fardhu yang dijelaskan dalam al-Quran dan al-Hadis. Kedua-
duanya menyebut perkara-perkara yang berkaitan dengan solat iaitu diterangkan kepada umat
Islam tentang kaedah solat yang sebenar, kelebihan, darjat solat serta ancaman terhadap
penyelewengan solat. Antara amalan manusia yang pertama dihisab oleh Allah setelah
manusia dibangkitkan di Padang Mahsyar ialah solat. Ini kerana solat adalah ibadat yang
penting dan semua ibadat lain akan dapat dilaksanakan sekira ibadat solat ditunaikan terlebih
dahulu.

1.3 Solat memberi ketenangan, kesyukuran, pengabdian dan keharmonian

a. Ketenangan
Hidup ini telah diumpamakan oleh sesetengah ahli falsafah sebagai tempat untuk
menyelesaikan masalah. Justeru, apabila berdepan dengan masalah, segeralah dapatkan
kekuatan, kebijaksanaan dan kesabaran untuk menyelesaikannya. Caranya ialah dengan
mengadu kepada Allah yang “memberi” masalah itu.

Rasulullah menjadikan solat sebagai perkara yang menyeronokkan dan menenangkan hati.

Sabda Rasulullah SAW:


‫صلْصةن‬
‫ت قمينرةم صعوي ن ون نف اْل ن‬ ‫ن‬
‫مجعلص و‬
Aku menjadi tenang dalam solat.

JAPIM Page 7
 IBADAH (GPI 1083)

Tentu sahaja dalam solat itu, Rasulullah menemui ketenangan dan kekuatan.
Bayangkan, betapa kukuh dan teguhnya jiwa Rasulullah. Baginda dibantu oleh wahyu dan
diperkuatkan oleh mukjizat, namun Baginda masih mencari kekuatan dengan solat. Oleh
kerana diri kita yang begitu lemah, sepatutnya lebih-lebih lagi berusaha mendapat bantuan
Allah menerusi solat.

Marilah mencari kerehatan dengan solat. Mudah-mudahan hati kita menjadi tenang
menghadapi ujian kehidupan.

Solat ialah sebesar-besar dan seutama-utama zikrullah. Firman Allah mafhumnya:

“Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.”

(Taaha : 14)

Hati yang mengingati Allah akan mendapat ketenangan. Ini dapat dilihat dalam firman
Allah yang lain, mafhumnya:

“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.”

(Al-Ra’d 13: 28)

Ketenangan itulah kekuatan dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup. Kita
menghadapi ujian bukan dengan kekuatan otot dan fizikal, tetapi dengan kekuatan hati. Hati
yang tenang tidak akan mudah kecewa, bosan, putus asa dan marah apabila berdepan dengan
kegagalan, kesakitan, kekurangan dan kekalahan dalam hidup.

b. Kesyukuran

Allah s.w.t. telah mengurniakan nikmatnya yang tidak terhingga kepada manusia. Nikmat
Allah swt tidak dapat dihitung oleh sesiapapun:

         


  

Maksudnya; “Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap
apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya

JAPIM Page 8
 IBADAH (GPI 1083)

lemahlah kamu menentukan bilangannya”.


( Ibrahim: 34)

        


         
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan
menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan
habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun
Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai
bantuan”.

(Al-Kahfi:109)

Nikmat Allah s.w.t. tidak terhitung itu yang dikurniakan kepada semua manusia.
Sesiapa yang melakukan solat adalah di antara tanda-tanda mensyukuri segala nikmat Allah
s.w.t.

c. Pengabdian

Solat adalah untuk menyembah dan mengingati Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T:

   


Maksudnya: ”Dan dirikanlah solat itu semata-mata untuk mengingati Daku”.

(Thaha : 14)

Solat adalah pengabdian seorang hamba kepada Allah S.W.T. Berdasarkan maksud
ayat ini solat adalah jalan bagaimana untuk kita sentiasa mengingati Allah Ta’ala. Sekali gus
solat juga merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah S.W.T. atas
segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita. Solat merupakan tanda
pengabdian seorang hamba kepada Allah S.W.T. di atas segala nikmat dan rahmat yang Allah
kurniakan kepada kita. Sekiranya seorang muslim tidak melaksanakan solat,bagaimana cara
dia mengucapkan syukur kepada Allah Taala. Adakah cukup sekadar mengungkap ucapan
Alhamdulillah atau terima kasih Allah tanpa solat. Sesungguhnya orang yang meninggalkan
solat adalah golongan yang kufur dengan nikmat Allah dan sombong seperti lagak Firaun dan
Qarun.
JAPIM Page 9
 IBADAH (GPI 1083)

d. Keharmonian

Solat berjemaah di masjid adalah mampu untuk melahirkan keharmonian. Solat juga
mampu membentuk ukhwah dan saling bertukar fikiran secara rasional tanpa mengira latar
belakang dan fahaman. Ini kerana setiap individu menjaga adab ketika berada di rumah Allah
s.w.t.

Solat berjemaah mengajar umat Islam hidup bermasyarakat dengan disiplin dan
peraturan yang murni dan luhur. Ini dapat digambarkan apabila azan berkumandang, maka
bilallah yang patut dipatuhi dan imam solat yang mesti diikuti, serta saff jemaah yang mesti
diperhati, berdiri sama lurus, rukuk sama tunduk dan sujud sama merendah diri sebagai syiar
dan lambang untuk sama-sama meletakkan kepada Allah s.w.t dan ketaatan hanya kepada
Allah s.w.t dalam menjalani hidup berkeluarga, berjiran tetangga, bermasyarakat, bekerja dan
bernegara.

Apabila masyarakat mengerjakan solat berjemaah maka terhakislah rasa sombong,


dengki dan riya’ bahkan terhasil hidup dalam keadaan berdisiplin dan mematuhi peraturan-
peraturan yang luhur. Begitu juga akan terjalin rasa saling memahami, hidup tenang,
bersopan santun dan penuh kemesraan.

Oleh itu, sebolehnya kita jadikan solat kaedah untuk mendapat ketenangan,
kesyukuran, pengabdian dan keharmonian di dalam diri. Bahkan kepada ahli keluarga,
masyarakat dan semua manusia.

2. KEPENTINGAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN MUSLIM

Solat merupakan perkara pokok dalam Islam yang berkaitan dengan ibadah.
Kedudukannya selepas ucapan dua kalimah syahadah dalam rukun Islam menunjukkan solat
merupakan ibadah utama yang dituntut.

2.1 Kepentingan Solat Dalam Kehidupan Muslim

Kepentingan solat dapat dilihat dengan praktikal lahir dan batin yang dilakukan
sepenuh hati menghadap Allah. Solat dilakukan bertujuan membenarkan pengakuan ucapan
dua kalimah syahadah. Justeru itu di dalam Islam solat merupakan ibadah pokok yang paling
utama. Di samping itu ia bersifat sebagai tiang agama. Sabda Rasulullah s.a.w.:

JAPIM Page 10
 IBADAH (GPI 1083)

‫صلْةم صونذورصوةم صسصناَنمنه اْلنصهاَمد‬


‫س اْلومنر اْلوسلْمم صوعممموومدهم اْل ن‬
‫صرأَ م‬

Maksudnya: Pokok segala urusan ialah Islam (menyerah diri kepada Allah
s.w.l), tiangnya ialah solat dan kemuncaknya ialah berjihad di jalan Allah
s.w.t.

Solat merupakan ibadah yang mula-mula sekali difardhukan kepada setiap individu
muslim. Rasulullah s.a.w. menerima perintah mendirikan solat sewaktu baginda diundang
oleh Allah s.w.t. pada malam Israk dan Mikraj secara langsung tanpa perantaraan. Ini
menunjukkan kepada manusia bahawa solat itu suatu tugas dan amanah dari Allah yang mesti
dilakukan dengan cara yang terbaik. Oleh kerana itu, orang-orang yang gagal mengerjakan
solat adalah dianggap rugi. Sebaliknya orang yang khusyuk dalam solat akan beroleh
kemenangan dan kejayaan. Allah s.w.t. telah berfirman:

       


 

Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman (iaitu)


orang-orang khusyuk dalam solatnya.

(Al-Mukminun : 1-2)

Apa yang dimaksudkan berjaya dalam ayat ialah Allah s.w.t. telah meredhai amalan
orang mukmin yang khusyuk di dalam solatnya dan mereka akan ditempatkan di dalam
syurga Firdaus serta kekal di dalamnya. Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam ayat
berikut:

       


      
 

Maksudnya: Dan orang-orang yang memelihara solatnya mereka itulah


orang yang akan mewarisi (iaitu) yang akan mewarisi Syurga Firdaus,
mereka kekal di dalamnya.

(Al-Mukminun : 9-11)

JAPIM Page 11
 IBADAH (GPI 1083)

Selain itu, kelebihan dari segi pahala solat fardu lima kali sehari semalam adalah
menyamai lima puluh kali solat setiap hari. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w.:

‫ن‬ ‫ن‬ ‫ت صعلصيىِّ اْلنيب صيلىِّ اْلي علييه وسيلمِ صولييلصيةم اْوسيصرىَ بنينه اْل ن‬
‫ت‬
‫صي و‬
‫ي ثني نمق ص‬
‫ت صخوسم و ص‬
‫صيلصصواْ م‬ ‫فمنر ص‬
‫ضي و‬
‫س‬ ‫ي‬ ‫م‬ ‫ل‬ ْ‫ا‬ ‫ي وإنن ليك نبينذهن‬
‫ن‬ ‫د‬
‫ص‬ ‫ي‬
‫ص‬ ‫ل‬ ‫ل‬
‫م‬ ‫و‬ ‫ي‬ ‫ق‬
‫ص‬ ‫اْل‬ ‫ل‬
‫م‬ ‫د‬
‫ل‬ ‫ي‬ ‫ب‬‫ي‬ ‫ي‬ ‫ل‬ ‫ن‬
‫يه‬ ‫إ‬ ‫د‬
‫م‬ ‫ي‬ ‫م‬
‫ن‬ ‫م‬‫م‬ َ‫يا‬ ‫ي‬ ‫حنت جنعلت صخوسماَ ثن نيمون‬
‫د‬
‫ص‬ ‫و‬ ‫ص‬ ‫ص‬ ‫ص‬ ‫و‬ ‫ص‬ ‫م‬ ‫ص‬ ‫ص‬ ‫ص‬ ‫و‬ ‫ص م و س‬
‫صخونسموي‬

Maksudnya: Difardhukan solat ke alas Nabi Muhammad saw pada malam


Israk sebanyak lima puluh waklu kemudian dikurangkan hingga menjadi
lima waklu, lantas Nabi Muhammad diseru, Ya Muhammad: sesungguhnya
perkataan di sisiku tidak dapat diubah lagi dan sesungguhnya bagi engkau
dengan solat lima waklu ini (dinilai sama) dengan lima puluh waktu.

Rasulullah s.a.w. menjelaskan tentang kegagalan orang-orang yang mendirikan solat dengan
sabdanya:

‫س لصيهم نمون قنصياَنمنه إل اْلنسمهيمر‬ ‫مر ن ن س‬


‫ب قصياَئمِ ليصوي ص‬
Maksudnya: Banyak sekali orang-orang yang mengerjakan solat tidak ada
daripada pekerjaan solat itu melainkan berjaga malam sahaja.

Di dalam Islam, solat menjadi satu keutamaan dan sebagai tiang yang menyokong
ibadah-ibadah yang lain. Kelebihannya ialah dengan menanamkan rasa khusyuk dan
merendahkan diri setiap individu di sisi Allah s.w.t. Perkara ini dinyatakan dalam hadis:

‫ن‬ ‫ن ن‬
‫ب صماَ يصمكوومن اْلصعوبمد مون صربله صومهصو صساَجدد فصيأوكيثصيمرواْ اْللدصعاَءص‬
‫أَقيصر م‬

Maksudnya: Keadaan yang paling dekat bagi seseorang hamba dengan


Tuhannya ialah di dalam keadaan dia sedang sujud. Maka banyakkanlah
berdoa ketika itu.

Solat juga merupakan amalan yang paling utama selepas pengakuan beriman dengan
Allah. Bertepatan dengan kedudukannya sebagai ibadah yang paling utama dalam Islam dan
JAPIM Page 12
 IBADAH (GPI 1083)

dikasihi Allah, amalan ini lebih bersifat praktikal dari sudut rohani dan jasmani. Ia juga
menghendaki jiwa dan perasaan individu bersih daripada sebarang bentuk kesyirikan kepada
Allah.

Oleh kerana ianya bersifat rabbani dengan sendirinya solat itu adalah menyucikan
jiwa dan akal individu muslim dari sebarang perkara mungkar. Bersih dari sebarang unsur
kesyirikan terhadap Allah s.w.t. dan segala sifat-sifat buruk yang bertentangan dengan naluri
manusia muslim. Ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam firmanNya:

          
          
  

Maksudnya: Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang


diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun);
Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar;
dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan
kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

(Al-Ankabut : 45)

Setiap amalan ibadah dalam Islam merupakan pengesahan keimanan seseorang yang
beriman. Dengan demikian setiap amalan ibadah mencerminkan kehidupan seorang muslim
dalam seluruh aspek. Pokok ibadah ialah solat dan ianya memberi kesan ke dalam kehidupan
kita seperti mensucikan serta membersihkan hati kita.

Solat adalah ibadat yang paling utama untuk membuktikan keislaman seseorang. Bagi
mengukur keimanan dan keikhlasannya dapat kita lihat ketika seseorang mendirikan dan
mengerjakan solat. Islam memandang solat sebagai tiang agama dan intisari Islam terletak
pada solat kerana dalam solat tersimpul seluruh rukun agama merangkumi ucapan dua
kalimah syahadah tanda kesucian hati terhadap Allah s.w.t., agama dan manusia. Firman
Allah s.w.t:

        


       
       

JAPIM Page 13
 IBADAH (GPI 1083)

         


  
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka
yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka dan apabila
dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka dan
kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. Iaitu mereka yang mendirikan solat
dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada
mereka. Itulah orang-orang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka
akan memperolehi beberapa darjat ketinggian di sisi Tuhannya dan
ampunan serta rezeki yang mulia.

(Al-Anfal : 2-4)

Terdapat pelbagai keterangan yang menegaskan bahawa iman dan amalan seseorang
tidak diterima melainkan orang itu mendirikan solat. Jelasnya, apabila solat dapat
diselesaikan maka amalan-amalan lain juga akan mudah diterima oleh Allah.

Antara kepentingan solat ialah:

1. Bukti kehambaan kepada Allah

Solat mempunyai peranan yang sangat penting di dalam diri seseorang dan sesebuah
masyarakat. Fungsinya amat besar dalam kehidupan kerana ia merupakan pertalian terus
menerus di antara hamba dengan Allah s.w.t. tanpa sebarang perantaraan, samada orang biasa
atau golongan ulamak. Firman Allah s.w.t:

          
        

Maksudnya: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku,


maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat, Aku mengabulkan
permohonan orang yang mendoa apabila dia berdoa kepadaKu, maka
hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka
beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Surah al-Baqarah (2): 186

JAPIM Page 14
 IBADAH (GPI 1083)

Tujuan utama difardhukan solat ialah untuk membuktikan tanda keimanan seseorang
hamba. Tidak ada iman tanpa solat. Ini kerana Iman dan Islam saling bertautan. Justeru itu,
apabila seseorang mengaku beriman tetapi tidak pernah melakukan solat maka perlakuannya
tidak diterima oleh syarak. Tujuan yang lain ialah untuk menjauhkan manusia dari perbuatan
tidak elok dan membersihkan diri daripada ucapan dan perlakuan yang buruk.

2. Membersihkan jiwa atau rohani.

Sabda Rasulullah s.a.w:

‫ن‬ ‫ن‬ ‫ن‬


‫ضصؤصهاَ صومخمشوصعصهاَ صومرمكوصعصهاَ إل‬
‫صلْةد صموكتميووبصهد فصييموحسممن مو م‬ ‫صماَ مون إومنرسئ مموسملسمِ صوت م‬
‫ضمرهم ص‬
‫ك اْلندوهر مكنله‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫ت صكصفاَرسة لنماَ قص ويبيلصهاَ نمن اْللذ نيمو ن‬
‫كبييصرسة صوذل ص‬
‫ب صماَ صلو ييموؤت ص و‬ ‫و‬ ‫صكاَنص و ص ص ص ص‬

Maksudnya: Tiada seorang muslim yang menghadiri solat wajib lalu


disempurnakannya wudhuk, khusyuk dan rukuknya melainkan solat itu
menjadi penebus dosa yang terjadi sebelumnya selama tidak mengerjakan
dosa besar dan itu untuk selamanya.

3. Membina jiwa dan iman seseorang.

Mengingati solat adalah perkara utama rukun Islam dan sekaligus merupakan bukti
keimanan seseorang. Firman Allah s.w.t.:

            
       
Maksudnya:

Alif Lam Mini. Kitab al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya, menjadi
petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa iaitu orang-orang yang beriman
kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan solat serta
membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

(Al-Baqarah : 1-3)

JAPIM Page 15
 IBADAH (GPI 1083)

Jelasnya, apabila sempurna solat seseorang maka eloklah dalam segala amal
ibadahnya yang lain. Ia juga memberi kesan terhadap tingkahlaku dalam kehidupan seharian.

4. Mencegah perkara keji dan mungkar.

Firman Allah s.w.t:

          
          
  
Maksudnya: Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang
diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun);
sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar;
dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan
kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

(Al-Ankabut :45)

Menurut Imam al-Ghazali, ayat tersebut menyatakan bahawa dengan solat, perkara
keji dan mungkar dapat dihindari. Ini kerana solat itu dapat mengawal nafsu seseorang,
namun jika sebaliknya iaitu jika solat seseorang tidak dapat mencegah perkara keji dan
mungkar maka seseorang itu bukan semakin rapat malah semakin jauh.

Jelasnya, hanya solat yang sempurna atau yang dibina atas dasar khusyuk dan rendah
diri kepada Allah s.w.t. dapat menyinari hati, membersihkan jiwa dan mengajar seseorang
hamba itu adab-adab pengabdian serta kewajipannya terhadap Allah s.w.t. Ianya dapat
menanamkan rasa keagungan kepada Allah di hati pemiliknya.

5. Mendisiplinkan diri

Solat sememangnya mampu melahirkan individu yang berdisiplin dalam banyak segi
seperti kepatuhan kepada waktu. Solat melatih insan supaya sentiasa bersedia dan
berwaspada kepada waktu iaitu waktu menunaikan solat. Apabila tiba waktunya maka
digalakkan bersegera menunaikan panggilan azan dan janganlah lalai atau leka dengan urusan
lain. Ini adalah kerana kita berkeyakinan Allahlah yang lebih besar serta paling layak
dimuliakan. Falsafah daripada konsep ini ialah kita harus berdisiplin dengan waktu dalam
setiap urusan.

JAPIM Page 16
 IBADAH (GPI 1083)

Solat juga mendidik seseorang agar taat kepada pemimpin dan menghindari dari
setiap perkara yang dimurkai Allah s.w.t. Seterusnya kita dilatih mematuhi setiap suruhan
sebagaimana di dalam solat untuk dipraktikkan di luar solat seperti menutup aurat, menjaga
hati, merendahkan pandangan, menepati janji dan seumpamanya.

Solat berjamaah pula melatih umat Islam mentaati pemimpin, mengikuti peraturan,
mematuhi undang-undang dan menghormati ketua. Keadaan ini dapat dilihat apabila imam
mengangkat takbir, para makmun turut sama-sama mengangkat takbir, apabila imam
membaca al-Fatihah atau ayat al-Quran para makmun mendengar dengan teliti dan tekun,
apabila imam rukuk maka para makmun turut rukuk begitu juga ketika imam sujud maka para
makmun turut sujud sehinggalah ketika imam memberi salam. Oleh itu sesiapa yang terkeluar
daripada garisan dan peraturan ini, seolah-olah telah keluar sifat-sifat kemanusiaannya.

Perkara yang perlu dititikberatkan juga ialah solat berjamaah kerana ianya
mempunyai hikmah yang tersendiri dari segi mendidik hidup bermasyarakat. Ia bukan sahaja
dapat memupuk semangat saling kenal mengenali antara satu sama lain, malah dapat
mengikis penyakit masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Seterusnya kita dapat
berbincang untuk menyelesaikan masalah yang timbul di samping melahirkan perasaan
kekeluargaan dan kasih sayang. Oleh itu solat berjamaah telah dijadikan fardhu kifayah dan
diberi darjat yang tinggi berbanding solat bersendirian.

Dengan demikian, solat lima waktu merupakan sumber utama terhadap kemuliaan
akhlak dan pembentukan nilai kehidupan setiap orang. Oleh itu, solat hendaklah didirikan
dengan sebaik-baiknya untuk menjadi insan kamil, peribadi muslim yang sempurna dan
sentiasa aktif lagi dinamis dalam menjalankan pengabdian kepada Allah s.w.t. serta kebaktian
terhadap sesama manusia.

3. SOLAT MENURUT PERSPEKTIF SAINS DAN KESIHATAN

Sebelum membicarakan ibadat solat menurut perspektif sains dan kesihatan, terlebih
dahulu kita melihat ibadat berwuduk menurut perspektif tersebut. Mengambil wuduk dengan
sempurna disertai penuh pemahaman dan menghayati hikmah semasa mengenakan air di
setiap anggota wuduk akan memberi kesihatan kepada seseorang. Apabila kita
menyempurnakannya, sudah tentu kita akan menikmati kelebihan atau fadilat berwuduk

JAPIM Page 17
 IBADAH (GPI 1083)

menurut perspektif sains dan kesihatan. Terdapat anggota yang wajib dan juga anggota yang
sunat ketika berwuduk. Kedua-dua anggota wajib dan sunat perlu dibuat kerana kesemuanya
mempunyai hikmah dan kebaikan tertentu.

3.1 Wuduk menurut perspektif Sains dan kesihatan


Bermula dengan kita bersugi atau berus gigi. Semasa bersugi segala kotoran akan
dibersihkan dan mulut menjadi segar. Semua makanan yang tertinggal di celah gigi dapat
dibersihkan, tetapi jika sebaliknya makanan yang terlekat di celah gigi akan mengganggu
semasa membaca bacaan solat. Secara tidak langsung dengan bersugi akan melancarkan
bacaan di dalam solat.

Bersugi sebelum menunaikan solat sangat dituntut oleh Rasulullah, andainya ia tidak
menyusahkan umatnya, ia hampir menjadi suatu kewajipan. Betapa Allah dan Rasulullah
SAW mementingkan kebersihan mulut khususnya sebelum kita menunaikan solat. Dengan itu
gigi dan mulut kita akan sentiasa bersih dan manusia di sekeliling akan selesa mendampingi
kita apabila mereka berada bersebelahan dengan kita ketika di dalam saf.

a) Membasuh kedua-dua pergelangan tangan.


Kesihatan yang kita akan perolehi ialah kebersihan tangan kita boleh
menghindarkan pelbagai penyakit. Ini kerana dalam pekerjaan seharian kedua-
dua belah tangan digunakan untuk memegang pelbagai benda. Kemungkinan
tangan kita akan tersentuh bakteria atau kuman semasa kita bekerja.
Membasuh kedua-dua belah tangan dan celah-celah kuku akan menghindarkan
sebarang jangkitan kuman.

Kajian Sains telah membuktikan ada kedua-dua belah tangan ada urat saraf
yang sangat sensitif terutama di telapak tangan. Apabila saraf-saraf yang halus
tersentuh air, maka ia akan meningkatkan daya rangsangan pada telapak
tangan. Peredaran darah akan kembali lancar dan mengembalikan kesegaran
pada kedua-duanya.

b) Berkumur-kumur.

JAPIM Page 18
 IBADAH (GPI 1083)

Berkumur-kumur akan membersihkan mulut daripada sisa makanan yang ada di


dalam mulut setelah kita bersugi. Berkumur juga dapat menggerakkan otot-otot dan
urat pada wajah melalui regangan untuk menguatkan otot-otot pipi. Selain itu juga
mampu mengelakkan daripada berlaku radang kerongkong, gusi dan paru-paru.
Berkumur-kumur juga dipercayai dapat menghindarkan daripada penyakit selesema
dan demam.

c) Memasukkan air ke dalam hidung dengan kadar sedikit dan mengeluarkan


semula.
Semua kotoran yang ada di dalam udara yang disedut oleh hidung akan dapat
dibersihkan. Cara ini dapat membersihkan sebarang kuman yang terdapat di dalam
rongga hidung kerana udara yang kita sedut mengandungi bahan debu, kotoran dan
kuman.

Cara ini akan membersihkan hidung serta menyegarkan pernafasan dan fikiran.
Kekerapan memasukkan air ke dalam hidung dapat mengelakkan berlakunya
tompokan bakteria di dalam hidung. Secara tidak langsung dengan membasuh hidung
akan menjauhkan penyakit resdung, sinus dan penyakit-penyakit yang berkaitan
dengannya. Melalui hidung berbagai-bagai penyakit boleh dihidapi jika kotoran tidak
dibersihkan.

d) Membasuh muka.
Muka kita terdapat banyak titik-titik sensitif yang apabila dikenakan air ia akan
merangsang liang roma untuk mengaktifkan semula kawasan tersebut. Rongga kulit
akan terbuka sambil mengeluarkan kotoran yang terlekat di celah-celah rongga. Muka
kita akan berasa segar dan kotoran akan dibuang daripada melekat di bahagian muka.
Apabila kulit muka disapu dengan air, ia dapat membantu mengeluarkan kandungan
minyak yang terdapat di dalam kelenjar kulit. Kuman tersebut kalau tidak dibersihkan
boleh mendatangkan penyakit seperti jerawat, kudis, gatal dan sebagainya.

Membasuh muka juga dipercayai boleh memelihara kesihatan mata dan


menjauhinya daripada penyakit rabun. Sudah tentu, muka kita akan bercahaya di
akhirat nanti sebagai bukti orang yang sentiasa mengambil wuduk. Nur yang terpancar

JAPIM Page 19
 IBADAH (GPI 1083)

di muka kita adalah anugerah Allah kepada hamba-Nya yang taat. Kita berdoa semoga
kita dimasukkan di dalam golongan tersebut.

e) Membasuh tangan hingga ke siku.


Kajian telah membuktikan bahawa membasuh tangan hingga ke siku
melancarkan peredaran darah pada organ tangan di bahagian atas dan lengan. Kedua
lengan dan tangan adalah organ-organ yang paling lemah dibandingkan organ tubuh
lainnya kerana jauhnya daripada pusat peredaran darah iaitu jantung. Apabila kita
membasuhnya serta menggosoknya, dengan cara ini mampu merangsang saraf-saraf
di bawah lengan untuk aktif dan melancarkan pengaliran darah.

Ia juga boleh menguatkan peredaran darah pada organ-organ tersebut sehingga


membantu kita menambah tenaga. Kedua-dua tangan ini juga yang sering digunakan
oleh manusia untuk menyentuh sesuatu yang mudah terjadi jangkitan kuman semasa
memegang benda-benda. Di antara kuman itu ialah cacing pita di celah-celah kuku
yang boleh membawa penyakit berbahaya di dalam perut dan usus.

f) Membasuh sedikit kepala.


Menyapu air di kepala mampu menghilangkan rasa pening dan menurunkan
tekanan darah. Air akan segera meredakan kepanasan yang ada pada suhu kepala dan
seterusnya mengembalikan suhu normal kepala. Darah akan mengalir seperti biasa
dan dapat memperbaiki degupan jantung. Membasuh keseluruhan kepala dapat
meredakan rasa marah, migrain, tekanan dan penyakit jantung.

g) Membasuh kedua-dua telinga.


Antara kelebihan berwuduk ialah dapat menjaga kebersihan telinga. Telinga
mudah dihinggapi kotoran yang boleh menghalang gelombang bunyi masuk ke
dalam rongga telinga. Dengan membasuh telinga mampu memulihkan sistem deria
dan tahap penerimaan getaran dapat diaktifkan. Di samping itu juga air boleh
membantu memulihkan sistem daya imbangan di dalam telinga.

h) Membasuh leher.

JAPIM Page 20
 IBADAH (GPI 1083)

Membasuh leher semasa berwuduk seperti melakukan urutan terapi saraf. Air
yang terkena ke atas leher boleh menurunkan suhu badan dan mengelakkan daripada
demam dan sakit kepala.

i) Membasuh kaki hingga ke buku lali.


Apabila kita membasuh kaki ianya dapat mengembalikan stamina seseorang.
Juga membantu pertumbuhan sel-sel otak dan secara terus mengalirkan darah ke
seluruh badan. Mampu merehatkan otak dan mencapai tahap tenang dan nyaman
kerana semua urat yang berhubungan dengan anggota badan terletak di kaki.

j) Tertib. Segala rukun dan aturan membasuh anggota-anggota di dalam wuduk


hendaklah dilakukan dengan teratur, yang dahulu didahulukan dan yang kemudian
diakhirkan.

Jika kita berjaya menghayati dengan memberi sepenuh perhatian dan mengetahui
hikmah di sebalik setiap sapuan air ke anggota-anggota wuduk, nescaya kita mendapat
kesihatan yang sangat baik dalam kehidupan kita di dunia.

Ketahuilah setiap sapuan air ke anggota wuduk itu akan menggugurkan dosa-dosa
kecil seperti dosa mendengar perkara yang melalaikan dan sia-sia. Selain itu juga anggota-
anggota wuduk akan bercahaya semasa di akhirat nanti kesan daripada wuduk sempurna yang
dilakukan oleh seseorang.

Berwuduk mempunyai banyak kelebihan dan rahsia yang tersirat. Kita bukan semata-
mata membasuh anggota-anggota wuduk malah sebenarnya ia adalah proses ke arah
menjadikan jiwa kita bersih. Betapa pemurahnya Allah bilamana segala dosa-dosa kita yang
tidak kita sedari turut gugur bersama air wuduk. Kita sememangnya tidak dapat lari daripada
melakukan kesalahan dan kesilapan dalam hidup. Kesalahan-kesalahan itu dapat dihindari
dengan mengambil wuduk sekurang-kurangnya lima kali sehari semalam. Natijahnya dosa-
dosa kita akan diampunkan oleh Allah setiap kali kita berwuduk.

Secara saintifiknya seluruh badan kita juga akan bertambah sihat apabila air wuduk
dialirkan ke badan kita. Rawatan secara semula jadi ini juga adalah rahmat Allah yang
disediakan untuk hamba-Nya yang sering berwuduk. Kita mendapat keuntungan dalam dua

JAPIM Page 21
 IBADAH (GPI 1083)

segi iaitu dari sudut jasmani dan rohani. Apabila kedua-dua unsur ini mencapai tahap yang
sempurna, lahirlah insan yang disifatkan oleh Allah sebagai sebaik-baik makhluk.

3.2 Solat menurut perspektif Sains dan kesihatan


Solat menurut perspektif sains dan kesihatan bermula dari niat.
a. Niat.
Niat merupakan kata kunci kepada setiap ibadah yang ingin dilakukan. Tanpa niat
yang ikhlas kerana Allah semua amalan yang dilakukan akan tertolak dan tidak mendapat
nilaian di sisi Allah. Begitu juga jikalau niat sesuatu ibadah itu dilakukan kerana selain
daripada Allah, amalan sedemikian tidak diterima di sisi Allah dan dikira sia-sia malah boleh
mendatangkan syirik kepada-Nya.

Apabila niat dilakukan betul hanya kerana Allah Taala, hati akan menjadi tenang dan
lapang serta menjadikan fikiran sentiasa bersifat positif. Seseorang itu dibentuk oleh niat dan
pemikirannya. Jika positif terbit daripada niat fikirannya maka positiflah tindakan dan
amalannya. Begitulah sebaliknya.

Niat kerana Allah adalah pintu ke arah menjadikan rohani dan jasmani kita sihat. Jika
kita sering memikirkan tentang kesusahan akan sempit dan deritalah jiwa. Jika kita lapang
dan redha, tanpa keluh-kesah dengan segala ujian, di samping menyerahkan diri kepada
Allah. Jiwa kita menjadi kaya.

Apabila jiwa dan fikiran rehat dan lapang secukupnya, secara tidak langsung
berbagai-bagai penyakit dapat dicegah tanpa memerlukan rawatan. Kerana berpunca daripada
pemikiranlah jiwa dan badan kita merana.

b. Berdiri Tegak dan Takbiratul Ihram.


Semua pergerakan solat adalah memberi kesihatan sangat banyak. Antaranya ialah semangat
dan kekuatan kerana bukan sahaja kita membaca ayat-ayat al-Quran tetapi juga kita
berhubung dengan Allah yang menciptakan manusia. Ketika solat kita memuji, menyanjung,
memohon, berdoa dan bermunajat kepada Allah. Sudah pasti Allah akan memperkenankan
permintaan hamba-Nya yang tulus ikhlas.

JAPIM Page 22
 IBADAH (GPI 1083)

Doa-doa dan lafaz di dalam solat adalah berupa wahyu yang diturunkan oleh Allah
kepada Nabi Muhammad. Sumber wahyu yang mulia ini jika dibaca dengan penuh perasaan
akan menjadikan fikiran, jiwa dan tubuh badan berinteraksi dan wujud hubungan dengan
Allah. Tubuh badan kita akan menjadi lebih sihat dan jiwa kita akan bersih daripada setiap
gangguan syaitan dan unsur-unsur khianat. Ia juga sebagai benteng kita daripada diganggu
oleh anasir dengki dan ilmu ghaib.

Solat membantu pertumbuhan antibodi dan membekal darah serta oksigen ke seluruh
badan. Antibodi yang dikeluarkan di dalam badan akan mampu melawan sel-sel penyakit
seperti virus dan bakteria di dalam tubuh. Otak yang lapang dan jiwa yang tenang
merangsang antibodi melawan dengan cepat terhadap virus penyakit. Ketenangan semasa
solat dibantu oleh lafaz suci bacaan zikir dan doa dapat mengelakkan badan daripada
dipengaruhi hawa nafsu yang didorong oleh syaitan. Penyakit-penyakit ilmu hitam juga dapat
dihindari.

Solat juga adalah rangkuman gerakan dan regangan badan. Ia seperti senaman ringan
yang dilakukan sebagai rutin pada setiap awal pagi, menjelang tengah hari, petang, awal senja
dan malam hari. Regangan-regangan yang dilakukan di dalam solat adalah merupakan
kedudukan yang amat sempurna untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

Secara saintifik, kejadian tubuh badan di antara lelaki dan wanita mempunyai gerakan
dan kedudukan yang berbeza di beberapa tempat di dalam solat. Ini kerana struktur tubuh
lelaki dan wanita tidak sama. Perubahan posisi dan gerakan di dalam solat merupakan aktiviti
pemulihan seluruh anggota badan kita yang mampu menghindarkan banyak penyakit.

c. Mengangkat Takbir
Semasa bertakbir, kita mengangkat kedua-dua belah tangan. Secara tidak langsung
menegangkan otot dada dan bisep pada lengan. Diafragma udara juga akan terbuka dan
oksigen memasuki badan sebelum kita memulakan solat. Rongga dada seperti paru-paru
mendapat bekalan udara secukupnya dan membantu menyegarkan badan serta memulih
tenaga tubuh.

JAPIM Page 23
 IBADAH (GPI 1083)

Semasa berdiri, seluruh kekuatan tulang akan dapat diperkuatkan. Tulang kaki
menjadi lebih stabil dan di posisi ini tulang di dalam badan sedang dalam keadaan rehat.
Pergerakan di dalam solat merupakan latihan gerakan ringkas bagi pembetulan kedudukan
tulang serta melancarkan pergerakan sendi.

d. Ketika Rukuk
Rukuk mempunyai hikmahnya tersendiri. Semasa rukuk otot-otot betis dapat diregangkan
serta menjauhkan daripada penyakit kejang terutama di bahagian betis dan pangkal paha.
Rukuk memberi tekanan kepada dinding pembuluh darah di permukaan kedua-dua betis.
Tekanan ini menggerakkannya untuk proses pengaliran darah di urat betis bahagian sisi serta
menguatkan dinding urat-urat yang lemah.

Semasa rukuk juga dapat menggerakkan kedua-dua lutut dengan menggerakkan


tangan di atas tempurung lutut dan menekannya serta dapat mendorong kedua-dua tempurung
itu ke belakang. Dengan cara ini peredaran darah akan lancar di dalam kedua-dua tempurung
ini. Semasa ditekan dengan tangan ke belakang, darah dan zat makanan akan sampai ke
bahagian tempurung. Kedudukan tulang belakang juga menjadi tegap dan membantu proses
pembetulan semula kedudukan tulang belakang.

e. Iktidal
Kedudukan iktidal adalah suatu posisi yang sangat baik untuk otak. Pada masa iktidal otak
akan mendapat oksigen secara cepat setelah tunduk sedikit selepas rukuk. Pada masa ini
tahap ketenangan adalah tinggi berlaku di dalam otak. Badan menjadi normal setelah otak
berfungsi secara maksimum selepas itu.

f. Sujud
Solat membantu pertumbuhan antibodi dan membekal darah serta oksigen ke seluruh badan.
Kebiasaannya oksigen dan darah agak lambat sampai ke bahagian atas tubuh badan
disebabkan daya graviti bumi. Sujud dalam solat boleh mempercepatkan penghantaran darah
dan oksigen kepada bahagian dada, leher dan otak.

Seterusnya, fungsi jantung ialah bergerak mengepam darah ke seluruh badan. Tugas
menggerakkan darah yang sukar ialah mengepam darah ke kepala. Apabila sujud yang

JAPIM Page 24
 IBADAH (GPI 1083)

dilakukan semasa solat, jantung mudah mengepam darah ke seluruh anggota di badan kerana
tiada halangan graviti bumi. Sujud yang lama dapat menenangkan jantung dan melancarkan
pergerakan darah. Sujud seperti ini dapat menjernihkan darah di paru-paru iaitu dengan
membuang karbon dioksida dengan cepat dan menggantikannya dengan oksigen serta
membuka jalan pengaliran darah ke paru-paru.

Sujud dapat merehatkan hati kerana darah dapat mengalir lancar terus menerus.
Keadaan ini dapat mengurangkan penyakit jantung, lemah, pening, sesak dada, pengsan,
sesak nafas dan lain-lain. Proses pengosongan hawa panas juga berlaku terutama pada
anggota badan yang tertentu iaitu hidung, kening, kedua-dua tangan, kedua-dua lutut dan
kedua-dua kaki.

Gerakan kedua-dua tangan dan penekanan ke tanah dapat menguatkan persendian


tulang dan melancarkan peredaran darah. Selain itu, dapat mewujudkan tekanan pada perut,
kedua-dua lutut dan kedua-dua kaki sehingga dapat menguatkan persendian pada tulang
tersebut sambil mengatasi daripada reput. Bahagian atas punggung terasa ditarik dan diregang
menjadikan otot atas belakang anjal dan sihat.

Semasa sujud, tekanan darah akan menjadi kuat di bahagian kepala. Darah dialirkan
dengan cepat ke bahagian otak. Pada masa ini semua oksigen dan darah bertumpu di
bahagian sel-sel otak. Cara ini menambah kecergasan otak dan berupaya memberi isyarat
kepada badan dengan lebih pantas. Degupan jantung juga akan bertambah apabila jantung
berkedudukan terbalik dan melawan graviti bumi. Darah lebih cepat dipam ke otak dan
seluruh badan. Semua saraf kembali aktif dan mempunyai tenaga tambahan dengan bantuan
aliran darah yang pantas serta bekalan oksigen yang mencukupi. Pelbagai penyakit juga dapat
disembuhkan seperti sakit jantung, lelah, demam dan kanser.

g. Memberi Salam
Semasa memberi salam, berlaku regangan otot-otot di bahagian kepala dan leher. Ia
membantu pergerakan otot-otot leher secara sempurna. Ia juga mampu menjadikan bahagian
kepala dan leher lebih ringan semasa pergerakan serta udara juga dapat dibekalkan dengan
jumlah yang lebih banyak. Secara khususnya juga penyakit yang berpunca di bahagian kepala
dapat dirawat dengan regangan urat leher semasa memberi salam. Kesimpulan, solat bukan

JAPIM Page 25
 IBADAH (GPI 1083)

sahaja menjadi terapi kesihatan tubuh badan secara lahiriah malah menjadi kekuatan rohani
yang membuatkan diri kita sentiasa cergas dan bahagia.

PENUTUP

Ketetapan waktu-waktu solat sebanyak lima kali sehari semalam adalah kala waktu
yang memberi manfaat yang banyak kepada manusia. Kita bukan sahaja dapat sentiasa
bertemu dengan Allah semasa solat malah kesihatan kita juga akan berada di tahap yang
terbaik. Tidak hairanlah ramai para ulama terdahulu berasa tidak mencukupi dengan hanya
menunaikan lima waktu solat fardu sahaja. Lantas mereka menambahkan lagi dengan
mengerjakan solat-solat sunat yang lain untuk mencapai dan mengekalkan kenikmatan
khusyuk solat. Dengan melaksanakan solat dengan khusyuk akan memberi kesihatan yang
baik kepada insan.

1. Solat merupakan tonggak kepada Islam. Bincangkan?

2. TerangkanUJI MINDA cara solat berperanan mencegah perkara keji dan


bagaimanakah
mungkar.

3. Jelaskan rukun-rukun solat?

4. Huraikan kepentingan solat sebagai asas pembinaan sahsiah muslim?

5. Jelaskan kepentingan solat sebagai asas kepimpinan dalam sesebuah


masyarakat?

6. Sebut dan huraikan lima kelebihan wuduk menurut perspektif sains dan
kesihatan?

JAPIM 7. Page 26
Jelaskan tiga kelebihan solat menurut perspektif Sains dan kesihatan?
 IBADAH (GPI 1083)

JAPIM Page 27

Anda mungkin juga menyukai