Anda di halaman 1dari 16

Kesan Solat Terhadap Pembinaan Sahsiah Yang Baik

TAcRIF SOLAT

2.1 Tacrif Yang Mengambarkan Rupa Solat Yang Zahir

Perkataan Solat adalah diambil dari Bahasa cArab yang bermaksud : Doac memohon kebajikan
dan pujian. Maka solat Allah S.W.T. kepada Nabi-Nya ialah pujian Allah kepada Nabi-Nya.
Sebelum Islam, orang cArab memakai kata solat dengan erti kata sedemikian dan erti tersebut
terdapat juga pada beberapa tempat di dalam Al-Quran.[1]

Firman Allah S.W.T :

Ertinya :
“ Dan bersolatlah atas mereka (berdoaclah untuk mereka) kerana sesungguhnya solatmu
(doacmu) itu, menenangkan dan mententeramkan mereka”

Adapun tacrif solat menurut para Fuqaha iaitu : Beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai
dengan takbir, disudahi dengan salam, yang dengannya kita bercibadah kepada Allah, menurut
syarat-syarat yang telah ditentukan.

Tacrif yang diberikan oleh Fuqaha ini hanyalah mengenai rupa solat sahaja tidak mengenai
hakikat dan rohnya. Tegasnya tacrif tersebut hanya mengambarkan solat yang dapat didengar
dan dilihat sahaja tidak termasuk ke dalam pengertian ini, hakikat dan jiwa solat.

2.2 Tacrif Yang Melukiskan Hakikat Solat

Ahlul Hakikah telah mentacrifkan solat dengan pengertian yang mengambarkan hakikat solat,
iaitu : Berhadap hati (jiwa) kepada Allah, secara yang mendatangkan takut kepada-Nya, serta
menumbuhkan di dalam jiwa rasa keagungan kebesaran-Nya dan kesempurnaan kekuasaan-Nya.
Dengan lain perkataan ianya diertikan : Hakikat solat itu ialah : menzahirkan hajat dan keperluan
kita kepada Allah yang kita sembah, dengan perkataan dan pekerjaan atau dengan kedua-duanya.
Oleh yang sedemikian dikatakan bahawa solat itu adalah doac.

Harus dimaklumi bahawa di antara persoalan yang jelas ialah : Menzahirkan hajat kita pada
seseorang. Baik kita zahirkan dengan perbuatan, mahupun kita zahirkan dengan sikap keadaan.
Bererti kita mohon sesuatu nickmat, atau kita mengharap supaya terhindar dari sesuatu
kesusahan dan kemelaratan.

2.3 Tacrif Yang Menggambarkan Jiwa Solat

Ahlul Macrifah telah mentacrifkan jiwa solat dengan pengertian yang menjelaskan solat itu
sebagai : Berharap kepada Allah S.W.T. dengan sepenuh jiwa, dengan segala khusyukc di
hadapan-Nya dan berikhlas bagi-Nya serta hadir hati dalam berzikir, berdoac dan memuji.
Ringkasnya roh solat ialah : berhadapan kepada Allah dengan khusyukc , ikhlas, hadir hati, baik
dalam berzikir, baik dalam berdoac mahupun dalam memuji. Inilah roh atau jiwa solat yang
sebenar. Untuk mewujudkan hal itu disyaricatkanlah solat. Sekali-kali tidak disyaricatkan solat
berdasarkan rupanya tetapi mengingati jiwanya.

2.4 Tacrif Yang Melengkapi Rupa, Hakikat dan Jiwa Solat

Tacrif yang lebih melengkapi rupa dan hakikat solat itu ialah : Berhadap hati (jiwa) kepada Allah
dengan hadap yang mendatangkan rasa takut, menumbuhkan rasa kebesaran-Nya dan kekuasaan-
Nya dengan sepenuh khusyukc dan ikhlas di dalam beberapa perkataan dan perbuatan yang
dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam.

Solat yang telah difardhukan ke atas orang-orang Islam, menurut kaifiah yang telah dilaksanakan
oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. dan telahpun sampai kepada kita dengan
jalan-jalan yang mutawatir, merupakan upacara yang utama yang dilakukan bagi menerangkan
rasa berhajat kepada Tuhan yang Macbud dan rasa kebesaran Allh S.W.T. yang mempengaruhi
jiwa, sekiranya solat yang sedemikian hakikat dan jiwanya itu dapat dilaksanakan pada kadar
yang paling sempurna.

Adalah perlu dijelaskan di sini, sebab dinamakan cibadah yang penting ini dengan nama solat
adalah kerana mengingati bahawa di dalam solat itu terdapat tawajjuh ( usaha berhadap diri pada
Allah ) dan doac ( seruan memohonkan hajat dan ampunan hanya kepada Allah S.W.T sahaja )

Justeru itu, mengingati hal ini amat wajarlah kita memakai kata solat dan jangan sekali-kali
menggunakan kata terjemahannya iaitu sembahyang. Apalagi apabila diingati bahawa kata
terjemahan sembahyang itu berasal dari bahasa Sanskrit yang bererti penyembahan ke atas dewa-
dewa.

KESAN SOLAT

3.1 Pengenalan

Solat atau sembahyang adalah rukun kedua yang menjadi asas terbinanya Islam. Solat juga
merupakan tiang agama dan satu cibadah wajib ke atas setiap umat Islam untuk melakukannya
dalam apa jua keadaan selagi akalnya masih sihat dan waras. Jika ditinjau dalam al-Quran
terdapat lebih dari 25 tempat ayat “ aqama” yang merujuk kepada makna perintah agar
melaksanakannya atau mendirikan solat dan terdapat lebih 70 kali perkataan “ as-solah” atau
sembahyang diulang-ulang dan disebut dalam al-Quran, antaranya :

Firman Allah S.W.T.

Ertinya :
“ Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan
mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian
apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu
(dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang
diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya “

Sebagai umat Islam, sama ada remaja, dewasa, lelaki mahupun perempuan hendaklah memerhati
, memahami dan menghalusi dengan sehalus-halusnya perintah dari solat ini. Oleh kerana itu ,
Baginda nabi SAW telah berpesan kepada umat Islam sejak 1400 tahun yang lalu supaya ibubapa
mengajar dan menyuruh anak-anak agar mengerjakan cibadah solat sejak umur mereka 7 tahun
dan pukullah mereka jika enggan solat ketika berusia 10 tahun.

Firman Allah S.W.T :

Ertinya :
“ Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun
bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepada mu, (bahkan) Kamilah yang
memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang
bertakwa “

Jadi sudah tentu pengaruh dan kesan positif solat kepada kehidupan umat Islam terlalu besar,
terutama dalam membentuk jiwa, diri, akhlak mulia, sifat amanah, perpaduan, keberkatan hidup
berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Malahan cibadah solat berupaya menjadi benteng diri
mencegah dari melakukan perbuatan keji dan munkar. Betapa besar kepentingan dan kesan yang
timbul dari solat kepada orang-orang Islam yang beriman.

Bukti atau dalil solat mempunyai kedudukan yang besar dan utama ialah :

a. Solat itu ialah tiang agama, tidaklah tegak agama tanpanya.Apabila roboh atau runtuh tiang,
maka akan robohlah binaan Islam.

b. Solat ialah amalan pertama yang akan ditanyakan di akhirat yang akan menjelaskan amalan
lain atau menentukan nasib seseorang di sana.

c. Solat ialah perkara agama yang terakhir akan hilang. Apabila seseorang itu tidak melakukan
solat maka tidalah lagi saki baki agama Islam itu.

d. Solat ialah perkara terakhir yang diwasiatkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. sebelum beliau
wafat.

e. Allah S.W.T. memuji orang yang tetap bersolat dan menyuruh anak isterinya agar turut serta
bersolat.

f. Allah S.W.T. mencela orang yang menyia-nyiakan solat dan orang yang bermalas-malasan
dalam melakukannya.
g. Solat ialah sebesar-besar rukun Islam dan tiang besarnya selepas mengucap dua kalimah
syahadah.

h. Allah mengeluarkan perintah kewajipannya di atas tujuh lapisan langit dengan mengangkat
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. sendiri naik ke sana (Mustawa) tanpa perantaraan
orang tengah iaitu Jibril A.S.

i. Allah mewajibkan umat Islam solat 50 kali dalam sehari semalam, kemudian dikurangkan
dengan sebab rahmat Allah S.W.T. sedangkan pahalanya tetap sama. ( dikira sebagai 50 kali
solat)

j. Kefardhuan solat lebih banyak disebut dalam al-Quran berbanding kefardhuan yang lain.

k. Solat ialah awal pertama ibadah yang diwajibkan mendahului kewajipan puasa, zakat dan haji.
l. Allah mewajibkan solat dilakukan lima kali dalam sehari semalam., berbeza dengan rukun-
rukun Islam yang lain. Ianya tidak begitu kerap, ini disebabkan peranannya (solat) amat besar.

m. Solat diwajibkan ke atas semua peringkat umur, yang baligh, berakal serta cukup syarat-
syaratnya.

Umat Islam tidak perlu menghitung dan membuat peratusan terhadap bilangan anak yang tidak
solat pada zaman ini. Hal ini kerana mereka masih belum memperbaiki sistem pendidikan agama
anak-anak yang ada kini. Adapun bapa, ia tetap berhadapan dengan Allah S.W.T. di hari akhirat
terhadap perlakuan dan sikap anak-anak yang telah meninggalkan cara hidup Islam yang telah
diwarisi sejak zaman keemasan Islam lagi.

Solat adalah merupakan suatu cara hidup terpenting dalam kehidupan orang yang beriman dan
beragama bagi setiap orang di seluruh pelusuk dunia Islam. Selagimana seseorang Islam itu
masih berakal dan sedar, maka ia wajib melakukan solat dalam waktunya.iaitu dalam waktu-
waktu yang segera

Tiada hukum yang membolehkan seseorang meninggalkan solat dengan alasan untuk
mengqadhakannya di waktu kemudian. Qadha solat hanya dibolehkan bagi sesiapa yang tidak
sengaja untuk meninggalkannya. Contohnya seperti terlupa untuk melakukan solat kerana terlalu
sibuk, tertidur kerana terlalu letih atau mengantuk hingga luput waktunya.

Dalam lembaran kitab suci al-Quran , Allah memuji orang yang melakukan solat lebih dari 80
kali. Seterusnya Allah memuji para hamba-Nya yang bersolat dengan baik (mengikut sunnah
serta khusyuck) dan berusaha memelihara solatnya secara berterusan. Kepada mereka disediakan
Syurga Firdaus; mereka akan kekal di dalamnya.

Semua di atas adalah perkara yang telahpun kita akui kebenarannya tetapi di sini pengkaji
mengajak sidang pembaca, agar melihat dengan lebih mendalam dari kacamata bagaimana
peranan solat berjaya membentuk pelajar?. Sebagai permulaan mari kita perhatikan antara kesan-
kesan berikut :

3.2 Hormat Guru

Guru ialah sesiapa yang pernah memperkenalkan, mengajar, membimbing, menunjuk dan
mendidik seseorang ke arah kebaikan yang diredhai oleh Allah S.W.T. samaada secara langsung
atau tidak langsung, di dalam mahupun di luar sekolah.

Kebiasaannya seseorang guru itu umurnya melebihi umur muridnya, mempunyai ilmu dan
pengetahuan yang luas serta pengalaman yang melebihi muridnya. Guru juga mempunyai
kemahiran yang lebih dalam bidang yang akan diajar olehnya. Justeru itu, mereka dihormati
bukan sahaja kerana ilmu pengetahuannya dan juga pengalamannya tetapi juga kerana umurnya
yang lebih dewasa daripada muridnya. Ini adalah kerana Islam menganjurkan orang yang lebih
muda menghormati orang yang lebih tua daripadanya.

Selain daripada itu, sesiapa yang diklasifikasikan sebagai seorang guru adalah kebiasaannya
bersama pelajar atau murid dalam menyampaikan pengetahuan yang berguna tidak kira dalam
apa jua bidangnya. Mereka sanggup meluangkan masa mendidik dan mengasuh pelajar ke arah
kebaikan tanpa mengenal erti jemu. Mereka juga ikhlas mencurahkan apa yang mereka tahu
kepada para pelajarnya.

Disebabkan jasa dan pengorbanan guru yang tidak terhingga inilah yang menyebabkan para
pelajar berjaya menduduki status yang yang selesa dalam alam pekerjaan. Pengorbanan guru
amat bermakna bagi pelajar kerana tanpa guru mereka tidak akan dapat mengecapi kejayaan
yang mereka idam-idamkan.

Menghormati guru adalah merupakan satu tuntutan Allah S.W.T. Islam telah mengangkat
martabat seorang guru ke peringkat tertinggi satu tingkat di bawah tingkatan iman dan ubudiyah
kepada Allah S.W.T.

Sabda Rasulullah S.A.W. :

“ Muliakanlah guru-guru agama kerana barang siapa memuliakan mereka, bererti ia telah
memuliakan Aku “

Akhlak seseorang pelajar dengan gurunya dapat diterjemahkan melalui cibadah khusus yang
telah diwajibkan. Melalui cibadah khusus seumpama solat seorang hamba dalam kontek sebagai
seorang pelajar dapat membina hubungan baik dengan Allah sekaligus menjadikan dirinya
hormat kepada guru seumpama saranan Allah S.W.T.. Melalui pengulangan solat lima waktu
sehari semalam yang dikerjakan secara tetap pada waktunya serta ikhlas menghindarkan dirinya
daripada melakukan amalan yang buruk.

Solat adalah merupakan cibadah penyucian jiwa dari sifat-sifat mazmumah ( keji ) yang terdapat
dalam jiwa manusia. Dalam diri manusia terdapat seketul daging iaitu hati. Dan hati akan
meninggalkan satu tompok hitam di atas satu kejahatan yang dilakukan.Hati yang hitam sukar
dihilangkan melalui ubat doktor tetapi hati akan menjadi putih bersih setelah mendapat rawatan
dari Maha Pencipta. Salah satu dari ubatnya adalah melalui solat.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

“ Sesungguhnya apabila orang mukmin itu melakukan satu dosa maka akan timbullah satu bintik
hitam di hatinya. Jika ia bertaubat, menyesal diri dan memohon ampun, bersihlah hatinya dari
bintik itu. Tetapi jika ia menambah dosanya, maka bertambahlah bintik hitam di hatinya
sehingga seluruh hati menjadi hitam “
Melalui Hadis tersebut menjelaskan kepada kita bahawa dalam kehidupan aturan Allah ini,
terdapat larangan-larangan yang wajib dijauhi oleh setiap hambanya sama sekali. Larangan yang
wajib dihindari ini mengandungi hikmah-hikmah yang tersembunyi. Sebagai seorang pelajar,
setiap larangan Allah yang menimbulkan dosa haruslah ditinggalkan segera.

Dosa sepertimana yang telah dimaklumi ialah perbuatan yang melanggar hukum Allah. Dalam
satu Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa satu ketika An-Nawas bin
Samcan telah datang berjumpa dengan Rasullullah S.A.W untuk bertanya tentang pengertian
kebaikan dan pengertian dosa.

Rasulullah S.A.W telah memberikan jawapan :

“ Kebaikan ialah akhlak yang baik, dan dosa ialah apa yang beredar di dalam hati mu yang kamu
tidak suka orang lain mengetahuinya “

Justeru itu apabila timbul rasa takut pada cazab siksaan Allah yang maha pedih maka ia menjadi
pendinding kepada para pelajar dari melakukan sesuatu yang bersalahan dengan kehendak
syariat Islam. Ia bermaksud dengan sebab solat menjadikan setiap orang lebih beringat tentang
balasan dosa yang akan diterima kelak bilamana melakukan kejahatan atau melanggar batas-
batas yang telah Allah S.W.T gariskan.

Solat berperanan di dalam membentuk pelajar menghormati gurunya sekiranya memiliki cirri-
ciri berikut :

a. Mengikut Arahan

Pelajar akan mengikut nasihat dan bimbingan guru dalam menghadapi liku-liku hidup yang kian
mencabar dewasa ini. Pelajar-pelajar juga akan tahu membezakan arahan yang patut diikuti iaitu
yang tidak melanggar hukum-hukum syarak iaitu arahan yang membawa kebaikan kepada
mereka.

b. Cinta dan Kasih

Seorang pelajar akan menaruh rasa cinta dan kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar dan
mendidik mereka, sekalipun sedikit sahaja ilmu dan pengetahuan yang dicurahkan oleh guru itu.
Cinta dan kasih kepada guru akan mendapat keberkatan daripada Allah kerana guru adalah mulia
di sisi Allah S.W.T.

c. Hubungan Baik

Seseorang pelajar mempunyai hubungan baik dengan guru ; bukan sahaja semasa dalam sesi
persekolahan malahan juga di luar sesi persekolahan ; dan bukan sahaja semasa berada di dalam
kawasan sekolah, malah di luar kawasan sekolah juga turut dititik beratkan.

d. Tidak Meninggi Suara


Jika berkomunikasi dengan guru, pelajar menggunakan suara yang rendah dan mengurangkan
percakapan. Tidak menggunakan suara yang nyaring melebihi suara guru yang akan
mengakibatkan guru rasa tercabar dengan tindakan tersebut.Disamping mencerminkan sikap
yang kurang sopan di hadapan gurunya.

e. Diam Serta Memahami

Semasa guru sedang bercakap atau menyampaikan kuliah dan pengajaran di dalam kelas, pelajar
akan diam serta memahami apa yang disampaikan oleh guru. Pengajaran guru akan dihadapi
dengan penuh minat. Pelajar akan bertanya sekiranya ada kemusykilan dalam sesuatu
pembelajaran dan pelajar yang solat tidak terlalu pasif di dalam kelas sehingga mengakibatkan
suasana menjadi hambar.

f. Berterima Kasih

Pelajar yang menghargai guru sentiasa tidak lupa untuk berterima kasih kepada guru sesudah
mereka memberikan sesuatu pengajaran dan turut mendoackan mereka. Ini adalah bertujuan
untuk memohon keberkatan ilmu yang disampaikan oleh guru dalam sesi pembelajaran.

g. Merendah Diri

Pelajar cemerlang selalu merendahkan diri dan tidak memanggil guru dengan namanya, tetapi
menggunakan kata-kata panggilan yang sesuai dan hormat seperti cikgu, ustaz,ustazah, tuan guru
( tok guru) dan sebagainya.

h. Mengenang Jasa Guru

Pelajar yang baik selalu mengenangi jasa guru yang telah mencurahkan ilmu dan membimbing
pelajar dengan penuh dedikasi tanpa mengira penat dan lelah. Guru itu ibarat pelita, membakar
diri bagi menerangi orang lain.

i. Jangan Menyakiti Perasaan Guru

Sepanjang hubungan dengan guru, mereka (pelajar yang menjaga solat) tidak sekali-kali
mencuba menyentuh perasaan atau menyakiti hati guru dalam apa jua cara sekalipun. Perasaan
hati guru seharusnya dijaga walau dalam apa jua keadaan.

j. Bertegur Sapa

Pelajar terlebih dahulu bertegur sapa guru di kala bertemu atau bersua. Apalagi jika sudah lama
tidak berjumpa dengan guru. Ini kerana guru sudah tentu tidak dapat mengenali rupa para
pelajarnya yang telah lama tidak dijumpainya.

k. Mendoackan Guru
Apabila guru meninggal dunia, pelajar akan solat untuknya, mengiringi jenazahnya ke tanah
perkuburan dan sentiasa berdoac agar Allah S.W.T. merahmati rohnya. Ini adalah penghormatan
yang seharusnya dilakukan oleh setiap pelajar kepada guru-gurunya sebagai tanda terima kasih
yang tidak terhingga kepada guru yang mendidik mereka sehinggalah mereka menempuh
kejayaan.

3.3 Patuhi Masa

Al-Quran dan As-Sunnah telah memberikan perhatian yang sangat penting terhadap penjagaan
masa. Sebagai seorang muslim kita hendaklah menjaga masa. Tidak mencukupi sekadar
menyedari kewajipan menjaga masa sahaja, bahkan wajiblah meletakkan pengurusan masa itu
sepertimana yang dikehendaki oleh Islam.

Kewajipan yang pertama ke atas setiap muslim ialah memastikan masanya diisi dengan perkara-
perkara yang berfaedah untuk dunia dan akhiratnya. Seterusnya untuk kesejahteraan ummah
sejagat, rohani dan jasmani. Penjagaan masa hendaklah seperti penjagaan harta benda , bahkan
lebih penting daripada itu. Generasi terdahulu lebih menitikberatkan terhadap penjagaan masa.
Ini adalah kerana mereka dapat melihat melalui matahati mereka betapa bernilainya harga masa
itu.

Sepertimana yang telah diungkapkan sebelumnya bahawa syicar Islam telah meyakinkan lagi
betapa berharganya masa dalam memberikan sumbangan terhadap kemajuan manusia seiring
dengan peredaran dunia , peredaran matahari dan perubahan malam dan siang.

Ketika mana malam sampai ke penghujungnya dan fajar mula terbit , terdengar seruan menyeru
manusia yang masih dibuai mimpi, untuk bangun menikmati udara pagi yang bersih lagi segar
dengan bangun menunaikan solat subuh.

Ketika itu manusia diperingatkan supaya bertemu di hadapan pencipta mereka sendiri, iaitu
Allah S.W.T. yang menyusun segala urusan, dan memberikan rezeki kepada mereka. Manusia
diminta supaya tidak tamak mengejar harta dunia. Ketika itu manusia di wajibkan solat zohor.

Firman Allah S.W.T :

Ertinya :
“ Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat)
keampunan dari Tuhan mu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi,
yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa “

Setelah matahari berada di sebelah barat, seruan kali ketiga berkumandang menyeru manusia
menunaikan solat cAsar. Apabila matahari tidak menampakkan cahayanya, terdengar panggilan
kali ke empat, menandakan panggilan untuk solat di penghujung hari iaitu solat Maghrib.

Begitulah keadaan kehidupan seorang muslim pada setiap hari. Memulakan kehidupan
sehariannya dengan cibadah solat dan penutupnya juga dengan cibadah solat. Iaitu bermula
dengan solat subuh di pagi hari dan di akhiri dengan solat Isya. Semuanya itu pada masa yang
telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Jelas sekali di sini, melalui ketetapan masa dalam setiap lima
waktu solat mampu mentarbiah pelajar dari aspek patuhi masa, samada disedari maupun tidak
disedari.

Kita seharusnya sedari bahawa di antara nickmat yang tidak ternilai adalah pengurniaan Allah
solat dan masa lapang. Pengkaji tidak bercadang untuk menjelaskan maksud solat kerana telah
dijelaskan sebelumnya, manakala maksud masa lapang di sini ialah, tidak terikat dengan urusan
keduniaan dan tidak menghalang seseorang itu daripada urusan akhirat.

Kita tidak dapat menafikan bahawa banyak dalil-dalil yang telah menjelaskan kepada kita
tentang kewajipan seseorang itu untuk berusaha dalam kehidupan dunianya. Namun begitu kita
tidak seharusnya tenggelam dalam lautan keduniaan, sehingga tidak mampu untuk menunaikan
kewajipan solat terhadap Allah S.W.T.

Pada asasnya, keadaan kerugian hanyalah berlaku dalam urusan perniagaan sahaja. Al Syeikh
Minawi mengumpamakan seseorang yang memikul tanggungjawab itu adalah seumpama
peniaga, manakala nickmat solat dan masa lapang itu, adalah seperti modal perniagaan yang
merupakan di antara sebab ke arah keuntungan sesuatu perniagaan.

Justeru itu barangsiapa yang melakukan pekerjaan setelah selesai solat dan melakukan dengan
penuh khusyuck, maka ia akan berjaya sama ada di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Dan
sebaliknya akan berlaku iaitu barang siapa yang tidak mengikut perintah Allah iaitu tidak solat
perniagaannya akan rugi serta modalnya juga turut hilang.

Para ulama’ terdahulu amatlah tidak menyukai apabila seseorang yang tidak mengisi masa
lapangnya dengan acmalan-acmalan kebaikan. Umpama berjalan-jalan tanpa tujuan, duduk
berborak kosong di tempat-tempat awam dan lain-lain lagi. Dengan itu masa bukan lagi suatu
nikmat kepadanya tetapi telah menjadi satu bala kepadanya. Ada pula yang mengatakan masa
lapang bagi seorang lelaki itu adalah kelalaian manakala bagi seorang perempuan adalah
pembuka jalan ke arah mengikut kehendak hawa nafsunya.

Adalah amat rugi, apabila masa lapang dimiliki oleh belia remaja khususnya para pelajar
dipersia-siakan. Usia muda adalah suatu usia yang mudah melakukan apa sahaja mengikut hawa
nafsu sendiri. Tambahan pula apabila seseorang itu mempunyai sumber kewangan yang melebihi
keperluan. Mereka mampu melakukan apa sahaja yang dikehendakki oleh nafsu jahat mereka.

Firman Allah S.W.T :

Ertinya :
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang
beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentacati kebenaran dan
nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran”.

Jadi ke atas setiap yang beriman kepada Allah dan yang sudah tentunya dapat menilai nickmat
masa yang Allah anugerahkan buatnya serta menyedari kepentingannya maka bersegeralah kita
mematuhi masa dengan mengisi masa dengan camalan-camalan kebajikan sepertimana tuntutan
Allah.

Dalam al-Quran, Allah telah menegaskan bahawa solat yang difardhukan itu mempunyai waktu-
waktunya yang tertentu.

Firman Allah S.W.T :

Ertinya :
“ Bahawasanya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman, yang
tertentu waktunya “

3.4 Akhlak Pelajar

Sebagai seorang hamba Allah, keyakinan dan icktikad terhadap kewujudan dan kekuasaan Allah
tidak boleh diragukan sama sekali. Keyakinan ini menjadi tunjang dan asas dalam kehidupan
seorang muslim. Pelajar muslim pastinya tidak terlepas dari kepercayaan dan keyakinan ini.
Dengan hanya beriman kepada Allah sahajalah, seseorang pelajar mempunyai akhlak kepada
Allah sekaligus menepati syarat pertama Rukun Iman. Keimanan kepada Allah bukan sahaja apa
yang tersemat di hati tetapi lebih tertumpu kepada acmal yang menjadi tongkat memimpin
kepada akhlak yang lebih baik.

Akhlak memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan tingkah laku dan kehidupan
seseorang. Setiap tingkah laku yang lahir daripada manusia sebenarnya adalah cerminan daripada
apa yang tersemat dalam dirinya.

Sebagaimana menurut al-Ghazali :

“ Setiap yang ada dalam hati akan menzahirkan kesannya pada anggota badan sehinggalah setiap
pergerakannya adalah berlandaskan kepadanya “.

Maka dengan ini apabila akhlak menjadi sebati dalam diri ia akan menzahirkan tindakan spontan,
bergantung kepada nilai akhlak yang ada padanya. Seorang pelajar Islam dikatakan berakhlak
bilamana sering melakukan solat pada waktunya.

Firman Allah S.W.T :

Ertinya :
“ Bahawasanya solat itu, menghalangi manusia dari Fahsya dan munkar “

Akhlak adalah cerminan keimanan seseorang. Dengan erti kata lain, iman yang sempurna akan
menghasilkan akhlak yang mulia atau dengan perumpamaan yang mudah, ibarat pohon yang
semata-mata bergantung kepada kesihatan dan keelokan akarnya.

Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya :

“Golongan yang beriman yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya “
Tamadun sesuatu umat adalah terletak kepada sejauh mana penghayatannya dan kemurnian
sumber peradabannya. Justeru, akhlak adalah mercu tanda, berjaya atau tidaknya sesuatu umat
dalam melakukan proses kemajuan dan pembangunan. Tanpa akhlak nescaya manusia akan
berada di lembah kehinaan biarpun kejayaan material yang dicapai amat menakjubkan. Faktor
yang membelakangkan akhlak jugalah yang menyebabkan sesuatu umat tidak dikira mencapai
tahap ketamadunan yang sebenarnya.

Allah S.W.T. telah berfirman :

Ertinya :
“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah
gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka, dan
hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.( Iaitu) orang-orang yang mendirikan solat dan yang
menafkahkan sebagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang
beriman dengan sebenar-benarnya. mereka akan memperoleh beberapa darjat ketinggian di sisi
Tuhannya dan ampunan serta rezeki (nikmat) yang mulia.

Berdasarkan ayat ini, maka bila bertambah seseorang itu dalam melakukan solat maka makin
bertambah jugalah tahap keimanan mereka. Dalam solat itu seseorang hamba bukan sahaja dapat
bercakap atau berdialog dengan Tuhannya dan memohon sesuatu tetapi ia juga dapat
mendekatkan diri kepada-Nya sedekat-dekatnya, terutama semasa sedang sujud.

Jadi seseorang yang tidak solat bermakna tidak membuat hubungan dengan Tuhannya. Maka
terputuslah daripada nikmat, rahmat,belas kasihanNya.Suburlah akhlak yang keji dan hina,
sekaligus ia tidak dapat bermunajat dan mendekati Tuhannya, tempat makhluk bergantung harap.

Pada dasarnya, setiap yang beriman itu mengenali Allah dan Rasulnya, kerana itu mereka cinta
kepada keduanya serta patuh dengan melakukan suruhan-Nya terutama solat lima waktu.
Sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, mereka membenci Allah dan Rasulnya, terutama
orang-orang munafik.

Solat itu adalah cahaya, maka sesiapa yang melakukannya akan memperolehi cahaya tersebut.
Ini bermaksud barangsiapa yang kerap bersolat, maka keadaan dirinya dikatakan cahaya di atas
cahaya, bersinar gemilang di hadapan Tuhan An Nur iaitu cahaya iman dihias indah dengan
cahaya solat yang melahirkan budi perkerti yang mulia.

Cahaya solat itu berkilauan dalam hati orang mukmin, bersinar ke atas mukanya dan memantul
ke atas setiap anggotanya. Cahaya dimana seseorang dapat bergaul dalam masyarakat dengan
selamat. Maka ia dapat melihat apa yang orang tidak nampak akan kebenaran dan sesuatu
hakikat.

Orang yang mengenali Allah S.W.T. dan mengetahui perintahNya, dia tidak akan sombong,
bahkan segera menurut dan mengikuti apa sahaja perintah Allah S.W.T. dan Rasulnya. Mengapa
manusia perlu sombong sedangkan kerajaan agung yang mencipta, memelihara dan
mentadbirkan seluruh alam ini dari dasar tujuh petala bumi dari sebelah bawah membawa ke
tujuh petala langit di sebelah atas, ditambah lagi dengan alam raksasa ghaib adalah semuanya di
tangan Allah S.W.T.yang mempunyai segala sifat Keagungan dan Kemuliaan : sifat kehebatan
yang boleh sombong mengatasi manusia.

Merendah diri adalah suatu sifat yang mulia dan terpuji. Sifat ini adalah pakaian utama bagi
orang yang berkedudukan tinggi dan berpangkat, dan ia juga menaikkan darjat orang yang
berkedudukan rendah dan miskin. Maka solat merupakan suatu latihan bagi orang yang
berkedudukan tinggi untuk dapat merendahkan diri kepada Allah, Tuhan Maha Pencipta. Jika
belum dapat merendahkan diri, maka ketahuilah bahawa kesemua makhluk yan g berakal dan
tidak berakal adalah tunduk kepada Allah Tacala pada setiap masa dan mereka patuh takut dan
bimbang menunggu apa sahaja yang akan dilakukan Allah kepada mereka.

Menurut Al-Qustani R.A. antara sebab mengapa solat ini dilakukan lima kali dalam sehari ialah
untuk memeluhara manusia dalam kehidupan sehariannya yang biasanya lalai oleh adanya nafsu
keinginan, kelalaian, lupa, terlibat dengan tabicat dan tradisi. Maka solat dapat mencegah dari
nafsu yang buruk dan merugikan.

Di dalam agama Islam, solat adalah alat yang dapat mengawal diri seseorang daripada dosa dan
kemungkaran. Solat dapat mewujudkan manusia yang patuh, baik, mulia dan berakhlak terpuji.

3.5 Disiplin Dalam Kelas

Dalam pembinaan sahsiah yang baik, disiplin diri yang ketat dan dipatuhi dengan keadaan yang
sungguh-sungguh mampu mendidik ke arah remaja yang berwawasan, maju dan berjaya. Ini
adalah kerana sejarah telahpun membuktikan kepada kita, negara yang bertamadun memiliki
undang-undang atau disiplin diri yang tinggi.

Kita sedia maklum bahawa setiap orang yang tidak dibatasi oleh undang-undang dan disiplin,
individu itu dikatakan lemah dan tidak akan berjaya. Umpama contoh, setiap pelajar Islam
inginkan kejayaan di dalam peperiksaan. Dan untuk mendapat kejayaan, pelajar tidak akan
terlepas dari menguasai ilmunya. Cara untuk menguasai ilmu adalah melalui pembacaan dan
latihan. Manakala pembacaan dan latihan, hendaklah mempunyai jadual yang lengkap agar
mudah diikuti oleh setiap pelajar.

Sebagai pencari ilmu, samada ilmu keagamaan atau ilmu mengurus dunia, setiap pelajar Islam
hendaklah mengetahui dan mengamalkan disiplin-disiplin dan undang-undang yang telah
digariskan oleh Allah untuk menjamin keberkatan dan kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Penuntut ilmu hendaklah saling menasihati sesama mereka khususnya di dalam menjadikan diri
sentiasa berada dalam keadaan berdisiplin dan mengikut garis panduan undang-undang Islam
sebenar. Sebab Islam bukan agama individu tetapi agama yang membimbing ke arah kejayaan
untuk semua orang.

Jika ditinjau pada ibadah solat, terdapat padanya undang-undang atau peraturan-peraturan yang
wajib diikuti. Patuh terhadap undang-undang bermakna solat dari segi zahiriah telah sempurna
dan sah. Sebagai kajian mari kita perhatikan undang-undang tersebut :
a. Undang-undang Sebelum Solat

Sebelum solat kita dirikan, maka kita harus mengetahui lebih dahulu tentang beberapa syarat
solat iaitu ;

· Mengetahui masuknya waktu solat.


· Suci dari hadas kecil dan hadas besar
· Badan, pakaian dan tempat solat harus suci dari najis.
· Menutup aurat: Setiap lelaki dan perempuan yang akan bersolat haruslah menutup auratnya
iaitu menutupi sebahagian anggota badannya agar tidak bertelanjang yang boleh menyebabkan
solatnya tidak sah dan batal.
· Menghadap kiblat

b. Undang-undang Ketika Solat

Dalam mendirikan solat maka yang harus dan perlu diketahui dengan sungguh-sungguh adalah
fardhu-fardhunya sebagaimana berikut :

· Berniat dalam hati


· Membaca takbiratul ihram
· Berdiri bagi mereka yang berkuasa ketika solat fardhu.
· Membaca surah al Fatihah
· Rukuk
· Ictidal dengan thumacninah
· Sujud
· Duduk tahiyat akhir
· Memberi salam
· Tertib

Setiap pelanggaran undang-undang, solat dikira sebagai rosak (batal) atau maksud secara
mudahnya solat yang dikerjakan tidak diterima oleh Allah S.W.T kerana telah berlaku padanya
kecacatan yang sepatutnya wajib dielakkan.

Setiap orang bilamana melakukan solat, wajib mematuhi undang-undang tersebut. Undang-
undang yang dipatuhi disulami dengan hadir hati, khusyukc akan melahirkan perilaku yang
terpuji. Bagi seorang pelajar, akan tercanailah mengikut undang-undang yang digariskan al-
Quran.

Solat yang dimulakan dengan takbir (mengagungkan Allah Tuhan Semesta) dan dilakukan
dengan rukuk dan sujud serta tahiyyat di mana di dalamnya terdapat undang-undang yang
digariskan serta hendaklah dipatuhi. Di dalamnya juga terdapat pengakuan terhadap Allah dan
Rasul-Nya serta pelbagai bacaan, adalah benar-benar dapat mengubah insan yang mampu
berfikir.

Sesungguhnya manusia yang mulia di sisi Allah ialah orang yang beriman dan bertakwa kepada-
Nya pada setiap masa.Justeru itu orang yang bersolat adalah orang yang mempunyai kedudukan
yang mulia semasa di dunia dan juga di akhirat.

Kita telahpun mengetahui untuk mendapat syurga Allah hendaklah mengikut garis panduan yang
telah ditunjukkan Allah melalui kitabnya Al-Quran, Al-Hadis, Ijma dan Qias.Ini bermakna tidak
ada jalan singkat untuk memperolehi ganjaran pahala melainkan menunaikan setiap perkara yang
telah difardhukan Allah padanya, khususnya solat.

3.6 Patuhi Undang-Undang Sekolah

Solat dan kepimpinan merupakan dua perkara yang amat penting dan telah mendapat tempat
yang khusus dalam syiar Islam. Solat dan kepimpinan merupakan elemen utama dalam
mencorakkan sesebuah institusi pendidikan, di samping menjadi penentu jatuh dan bangunnya
institusi pendidikan tersebut. Kerjasama erat di antara tanggungjawab solat dan imam selaku
pemimpin amat penting dalam membentuk generasi al-Quran.

Secara umumnya seseorang yang menjadi imam, telah memegang satu amanah yang perlu
dilaksanakan dengan rasa penuh tanggungjawab. Imam seumpama kepala kepada anggota badan
yang lain. Kepala letaknya di atas yang penuh kemuliaan di samping terletak padanya anugerah
akal yang telah Allah bekalkan. Otak bertindak sebagai pemandu kepada anggota badan yang
lain.

Dalam solat setiap tindakan imam akan diikut oleh makmum. Maksudnya solat melalui syarat
dan undang-undangnya telah mewajibkan makmum mengikut pada setiap perbuatan imam. Solat
dikatakan rosak seandainya tidak mengikut perbuatan imam. Justeru itu telah menjelaskan
kepada kita bahawa melalui solat berjama’ah telah mendidik pelajar khususnya, mematuhi
undang-undang Islam juga undang-undang sekolah selagi mana tidak berlawanan dengan syariat
Islam.

Bila kita bercakap mengenai kepimpinan Islam, kita tidak boleh lari daripada dua sumber iaitu
al-Quran dan al-Hadis. Al-Quran dan al-Hadis mengajak serta memandu kita ke arah makruf
( kebaikan ) dan menjauhi mungkar ( kemaksiatan ). Panduan tersebut adalah bertujuan untuk
membentuk kehidupan masyarakat yang menjadikan Islam sebagai satu cara hidup.

Ketenangan adalah suatu nikmat yang penting dalam kehidupan manusia. Dengan adanya
ketenangan, seseorang dapat bersolat dengan khuyuck, dapat bergaul dengan ibubapa secara
baik, dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan dapat menyumbang kepada kesihatan yang
sempurna.

Ketenangan yang sebenar hanyalah dapat diperolehi oleh orang yang bersolat dengan ikhlas dan
orang yang selalu membaca dan mendengar ayat-ayat suci al-Quran, ianya adalah bahan-bahan
santapan rohani yang sebenar dan dapat memberikan ketenangan di dunia dan di akhirat.

Firman Allah S.W.T. :

Ertinya :
“ Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan
ia berkeluh kesah, Dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir, Kecuali orang-orang yang
mengerjakan solat, yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya”.

Ketenangan yang dinyatakan berdasarkan ayat tersebut adalah ketenangan yang diperolehi
melalui perlakuan solat. Solat yang dilakukan mengikut perturan yang betul akan melahirkan
pelajar yang patuh terhadap undang-undang sekolah selagimana undang-undang tersebut tidak
bersalahan dengan Islam.

3.7 Perhubungan Dengan Kawan

Secara alamiah, kita adalah makhluk sosial dan selalu condong kepada kemajuan dan peradaban.
Oleh yang sedemikian itu, berhubungan dan berteman dengan orang lain adalah salah satu faktor
terbentuknya kehidupan sosial tersebut. Kita tidak akan mampu merealisasikan kehidupan sosial
kecuali melalui berhubungan dengan orang lain iaitu melalui jalinan persahabatan dan berteman.
Justeru kita tidak akan mungkin menyendiri.

Sehubungan dengan itu, persoalan yang seharusnya diperhatikan dalam pendidikan anak remaja
adalah hubungan sosial mereka dalam berteman. Acuan Islam amatlah diperlukan kerana tanpa
acuan yang betul, yang tidak didasari oleh syariat Islam menjerumuskan mereka ke jurang
kehancuran.

Memilih teman yang tepat adalah ibarat memilih persimpangan jalan yang berliku iaitu jalan
penuh kebahagiaan atau jalan kesengsaraan. Teman yang tidak solat akan menyeret temannya
menuju kesesatan dan kerosakan moral. Sekiranya memilih teman yang baik dan mengerjakan
solat serta dari keturunan yang terhormat, akan menghantar kepada kebahagiaan samaada di
dunia dan akhirat.

Imam Shadiq mencontohkan teman yang baik dengan angin yang menghembus di kebun bunga
mawar lalu mnyebarkan semerbak mewangi. Ertinya, dengan teman yang baik kita akan terhibur
dan merasa lega dan lapang hati sebagaimana dia terhibur ketika merasakan hembusan angin
yang membawa bersama wangian mawar.

Amirul Mukminin Saidina Ali telah berkata :

“ Hati-hatilah kamu berteman dengan orang-orang yang fasik, kerana kejahatan demi kejahatan
akan bertemu” Dalam riwayat lain, Saidina Ali juga mengatakan : “ Bertemu dengan orang-
orang yang jahat, menyebabkan buruk sangka terhadap orang-orang yang baik “.

Penelitian telah membuktikan bahawa orang yang berkawan dengan kelompok yang baik,
melaksanakan solat pada waktunya, bangun mengerjakan solat malam, menjaga hukum-hukum
syariat Islam maka natijahnya sikapnya pasti akan berubah dengan jelas.

Firman Allah S.W.T :

Ertinya :
“ Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari
orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat macruf, atau mengadakan
perdamaian di antara manusia. dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari
keredhaan Allah, Maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar”.

Allah telah menyebut beberapa camal kebajikan yang mewajibkan para pelakunya kekal selama
lamanya di dalam syurga Firdaus. Yang berdiri paling depan dari amal kebajikan tersebut iaitu
solat, yang terakhir juga solat. Allah puji orang-orang yang beriman. Sifat pertama dari orang
beriman yang terpuji itu ialah orang-orang yang memelihara solatnya.

Ringkasnya untuk mendapat seorang kawan yang baik pelajar seharusnya memerhatikan perkara
yang utama dahulu iaitu solat kerana segala kebaikan terpancar melalui solat. Di samping solat
juga mampu mendidik diri ke arah sahsiah yang baik dalam perhubungan dengan kawan-kawan.

Anda mungkin juga menyukai