Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

Buku yang dipilh bagi mengulaskan berkenaan ibadah solat menurut fiqh. Ibadah secara
etimologi bererti merendahkan diri serta tunduk. Di dalam Syara’, ibadah mempunyai
banyak definisi, teapi makna dan maksudnya satu. Antara definisi lain adalah, ibadah ialah
taat kepada Allah dengan melaksanakan perintah-Nya melalui lisan para rasulNya.Ibadah
itu dibahagikan kepada ibadah hati, lisan dan anggota badan. Rasa kahuf (takut), raja’
(mengahrap), mahabbah (cinta), tawakkal (ketergantungan), raghbah (senang) dan rahbah
(takut) adalah ibadah qalbiyah. Manakalah solat, zakat, haji dan umrah alah ibadah
badaniyah qalbiyah.

1.1 ULASAN KANDUNGAN ARTIKEL

Kajian ini dilaksanakan adakah bertujuan untuk menghuraikan tentang maksud dan hikmah
ibadah solat yang lebih mendalam. Solat merupakan tiang agama, ia meruapakan rukun islam
yang kedua selepas daripada megucap dua kalimah syahadah. Amalan pertama yang akan
dihitung di hari kiamat nanti adalah pada solat seseorang. Sekiranya solat fardhu seseorang
tidak dilaksanakan dengan sempurna, maka amalan lain tidak lagi berguna. Kewajipan solat
merupakan perintah Allah S.W.T kepada hambaNya yang cukup syarat. Ia dapat memberi
kesan positif dalam kehidupan sekiranya dilaksanakan dengan sempurna. Mengerjakan solat
dengan sempurna dapat memelihara diri daripada melakukan perkara keji dan mungkar
sebagaimana firman Allah S.WT. yang bermaksud “sesungguhnya solat itu mencegah dari
perbuatan yang keji dan mungkar” (surah al- ankabut ayat 45).

Seterusnya pengertian solat dari segi Bahasa, solat bermakksud doa. Dari segi istilah pula
solat ialah beberapa perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan
salam mengikut rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu.

Selain itu, terdapat banyak hikmah di dalam solat antaranya adalah solat dapat mencapai
ketenangan jiwa. Ketenangan jiwa dapat dicapai dengan solat yang sempurna sama ada
dengan melengkapkan solat fardhu yang lima ataupun tambahan kepada solat-solat sunat yang
lain. Hal ini kerana, tujuan ibadah solat dilaksanakan adalah untuk mendekatkan diri kepada
Yang Maha Esa. Seterusnya, solat dapat membentuk peribadi yang mulia. Solat dapat melatih
seorang muslim untuk menjadi peribadi yang Tangguh dan mudah menyerah saat menghadapi
masalah. Seterusnya, meningkatkan darjat bagi orang muslim melaksanakan solat, maka Allah
akan meninggikan darjatnya dan menghapus kesalahannya.
Walaubagaimanapun, ramai yang mengambil ringan tentang solat dan tidak mengetahui
syarat- syarat sah solat. Syarat sah solat ialah syarat yang menentukan sama ada sah atau
tidak solat itu. Syarat sah solat adalah berakal, suci daripada hadas besar dan kecil seperti
mandi wajin. Selain itu, hendaklah suci daripada Najis pada badan dan menutup aurat dengan
sempurna. Hal ini adalah untuk solat kita diterima oleh Allah.

Seterusnya, Sekiranya solat yang dilakukan menjadi batal, maka haruslah diulangi semula.
Antara perkara yang membatalkan solat adalah berkata-kata dengan sengaja, menambah atau
mengurangkan perbuatan dalam rukun solat dan dada tidak mengahadap kiblat dengan
sengaja.

Islam itu mudah,Keringanan dalam soalt diberikan oleh Allah melalui penjelasan Rasulullah
kepada mukallaf bila ia mengalami kesulitan, terdapat keringanan dalam pelaksanaan solat.
Antaranya adalah keringanan mengurangi jumlah rakaat apabila bermusafir dan solat dalam
keadaan sakit seperti duduk atau baring.

RUMUSAN

Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk meghuraikan tentang ilmu ibaah solat.
Tema kajian ini adalah syarat sah solat. Di samping itu, Konsep kajian adalah kewajipan
menunaikan solat merupakan suatu kesempurnaan dalam kehidupan manusia. Manakala
Kaedah kajian daripada sumber skunder iaitu pengumpulan daripada sebuah buku.
Implikasinya adalah dapt memberi kefahaman lebih mendalam tentang pentingnya solat dan
terdapat banyak hikmah yang kita perolehi jika kita melakukan ibadahsolat. Hal ini dapat
mengusyukkan lagi solat seseorang untuk mendapatkan keredhaan Allah dan bukan semata-
mata sekadar solat untuk mendapatkan pahala tetapi untuk mengejar syurga Allah. Akhir sekali,
solat dapat melahirkan keperibadian yang unggul terhadap umat islam.

Anda mungkin juga menyukai