Anda di halaman 1dari 4

Beberapa hari lepas, kita dah bincang tentang betapa pentingnya solat.

Dalam tajuk Solat


itu fardhu bagi umat islam, dapat kita simpulkan bahawa selagi kita bernyawa, selagi
itulah solat difardhukan (diwajibkan) bagi kita umat Islam.

Kedudukan solat dalam Islam adalah teramat tinggi dan teramat mulia. Perkara ini telah
diperjelaskan dalam sabda nabi s.a.w yang bermaksud:

“Sembahyang itu adalah tiang agama, maka sesiapa yang mendirikannya bererti dia telah
menegakkan agamanya. Kemudian sesiapa yang meninggalkannya bererti dia telah
meruntuhkan agamanya” — Hadis riwayat Baihaqi.

Sanggupkah kita meruntuhkan agama? Tepuklah dada, tanyalah iman.

Sebelum kita pergi lebih jauh, aku nak tanya dulu. Pembaca Soleh.Net dah solat ker?

Kalau belum, pergilah solat dulu. Lepas tu jangan ke mana-mana, sambung balik baca
Soleh.Net dengan penuh khusyuk dan tawadduk.

Dalam memperjelaskan kepentingan solat, Rasulullah s.a.w bersabda lagi, yang


bermaksud:

“…dan tiada agama bagi orang yang tidak menunaikan solat. Sesungguhnya kedudukan
solat dalam agama Islam diibaratkan seperti kepala kepada tubuh badan” — Hadis
riwayat at-Tabrani daripada Ibnu Umar r.a.

Uish, tak pedih ker baca sabda ni? Ibarat kepala di tubuh badan. Kalau takde kepala,
memang tak hidup! Jadi janganlah kita pandang rendah perihal solat.

Yang setia dan tak pernah tinggal solat tu, alhamdulillah. Yang masih lagha dan main-
main tu, bertindaklah segera, moga-moga masih belum terlambat.

Satu lagi sabda nabi s.a.w yang juga riwayat at-Tabrani yang memperkatakan perihal
solat, yang bermaksud:

“Awal-awal perkara yang dihisab atas hamba pada hari Kiamat ialah solat. Maka
sekiranya solat itu elok nescaya eloklah lain-lain amalannya (diterima Allah), dan
sekiranya solat itu rosak nescaya rosaklah lain-lain amalannya (ditolak oleh Allah).”

Berat betul ibadah solat ni. Bukan seperti yang kita sangka. Bukan seperti yang kita amal.
Harap-harap solat kita semua diberi petunjuk, supaya elok dihisab oleh Allah di Akhirat
nanti.

Solat adalah rukun Islam yang kedua dan yang paling utama selepas mengucap dua
kalimah syahadah.
Menurut kitab Fiqh As-Solah, di dalam sesebuah solat itu terkumpul hakikat kelima-lima
rukun Islam, termasuklah ucapan dua kalimah syahadah, zakat, puasa, dan haji.

Menakjubkan! Mengucap tu memang kita tahu. Tapi, macam mana boleh ada zakat dan
haji pulak? Haa, inilah yang kita nak kupas hari ni.

Menurut kitab Fiqh As-Solah lagi, memberi salam merupakan doa memohon keselamatan
dan kesejahteraan kepada orang lain.

Salam ini menepati pemberian zakat untuk menolong orang-orang yang susah supaya
mereka pun hidup bahagia, aman dan sejahtera.

Solat itu sendiri merupakan zakat harian. Ini kerana orang yang bersolat demi kerana
menunaikan kewajipan solatnya, dia telah merelakan dirinya menunaikan ibadah solat
dan sanggup mengorbankan masanya yang berharga yang boleh digunakan untuk mencari
harta kekayaan.

Jadi ketika dia menunaikan solat itu, bererti dia telah membelanjakan masanya yang
berharga yang merupakan sumber untuk menghasilkan harta kekayaan untuk
melaksanakan kewajipan solatnya.

Oleh itu, dia dikatakan seorang yang telah menzakatkan masanya untuk bersolat.

Malahan dia juga seorang yang telah menzakatkan hartanya kerana membeli pakaian
keperluan solatnya sebagaimana orang yang berzakat mengeluarkan hartanya kerana
kewajipan berzakat.

Selain itu, pelaksanaan solat itu telah merangkumi pengertian zakat dari segi bahasa, iaitu
kebersihan dan kesuburan.

Dengan menunaikan solat bererti dia telah membersihkan waktunya dari perlakuan-
perlakuan dosa sebagaimana zakatnya telah membersihkan hartanya.

Malah dia juga adalah seorang yang telah menambah dan menyuburkan lagi kebajikan
dan pahala dari ibadah solatnya, sebagaimana zakat telah menambah dan menyuburkan
keberkatan dan keuntungan kepada pemberi zakat.

Manakala dari sudut haji pula, menurut kitab Fiqh As-Solah, mengadap kiblat yang
menghala ke arah ka’abah adalah menepati mengerjakan ibadah haji di Mekah. Sudut
puasa tidak pula diterangkan dalam kitab ini.

Setakat ini sahaja aku nak sampaikan tentang kedudukan dan kepentingan solat.

Ini baru bahagian I, bahagian II akan menyusul tidak lama lagi, insya-Allah.

Sekian, wallahu a’lam.


Alhamdulillah dapat juga aku sambung tajuk ini ke bahagian II seperti yang aku janjikan
dulu dalam post Kedudukan dan kepentingan solat dalam Islam.

Solat adalah suatu penghormatan yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita di mana kita
diizinkan mengadap-Nya dengan rasmi sebanyak lima kali sehari semalam.

Sedangkan dalam hidup kita seharian pun belum tentu kita dapat membuat perjumpaan
rasmi dengan bos kita sebanyak lima kali, siap dengan dibolehkan pula untuk
mengemukakan pelbagai permohonan dan rayuan.

Solat juga merupakan satu kunjungan mahabbah bagi menziarahi Rasulullah s.a.w di
mana kita memberi salam dan mempersembahkan ibadah dan doa restu kepada Baginda
semasa membaca tahiyyat.

Selain itu, melalui kewajipan berjemaah dan fardhu Jumaat solat adalah suatu ibadah
yang mempunyai hubungan dua hala iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan dengan
manusia.

Kerana tinggi dan mulianya kedudukan solat itu, maka perintah kewajipannya
disampaikan sendiri oleh Allah s.w.t kepada Rasul-Nya pada malam Israk dan Mikraj.

Bukan setakat itu sahaja, Allah s.w.t juga telah memperkukuhkan lagi perintah-Nya itu
dengan mengulangi suruhan menunaikan kewajipan solat itu berulang kali di dalam Al-
Quran.

Sehinggakan di saat-saat kewafatan Rasulullah s.a.w pun, Baginda tetap berpesan lagi
kepada umatnya dengan sabda yang bermaksud,

“Peliharakanlah solat! Peliharakanlah solat! Dan peliharakanlah hamba-hamba sahaya


kamu!” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Justeru teramat penting dan mulianya solat, Allah dan Rasul-Nya telah
mempertanggungjawabkan ke atas bahu ketua keluarga untuk melaksanakan kewajipan
munyuruh keluarganya bersolat.

Firman Allah yang bermaksud,

“Dan perintahkanlah keluargamu mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu dalam


mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu, (bahkan) Kamilah yang
memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah), akibat (yang baik itu adalah) bagi (orang-
orang yang bersifat dengan) taqwa.” (Toha: 132)

Tanggungjawab ibu bapa mendidik dan memerintah anak-anak mereka bersembahyang


sudah bermula semenjak si anak berumur tujuh tahun. Hal ini dinyatakan oleh Rasulullah
s.a.w. dalam sabdanya yang bermaksud,
“Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat semasa mereka berumur tujuh tahun, dan
pukullah mereka (jika mereka meninggalkan solat) semasa mereka berumur sepuluh
tahun, dan juga (dalam peringkat umur tersebut) hendaklah dipisahkan tempat tidur
mereka (jauh) antara satu dengan yang lain,” (Hadith riwayat Abu Daud).

Demikianlah kedudukan solat. Betapa pentingnya solat dalam Islam. Sama-samalah kita
tingkatkan usaha memeliharanya. Wallahu a’lam.

Anda mungkin juga menyukai