Anda di halaman 1dari 16

PENDIDIKAN ISLAM

1.0 MUKADDIMAH

Sesungguhnya solat adalah merupakan ibadat terpenting yang pertama dan


wajib ke atas orang-orang islam sebelum diwajibkan puasa, zakat dan haji. Tidak
kira sama ada solat berjemaah, mengerjakan solat Jumaat atau solat sunat hari
raya, ketiga-tiganya mempunyai kelebihan yang sama penting kepada umat Nabi
Muhammad SAW.

Kita pelu mengetahui dan memahami bahawa setiap perintah Allah Taala itu
ada mengandungi hikmat, faedah dan kebaikan yang banyak begitu juga sebaliknya.
Setiap larangan Allah Taala itu pasti ada keburukan dan bahayanya. Sebenarnya
banyak faedah dan hikmat yang boleh kita perolehi dengan mendirikan solat. Selain
mendapat ganjaran yang besar yang disediakan oleh Allah SWT di akhirat nanti, ia
juga merupakan suatu bentuk pendidikan rohani dan jasmani di mana ia secara
langsung memelihara dan mendidik kita supaya menjadi orang yang baik, berbudi
pekerti mulia, bersopan santun, berhati bersih dan berjiwa taqwa.

Solat juga merupakan benteng atau kubu bagi menyelamat serta memelihara
diri dari segala keburukan dan kejahatan. Perkara ini amat jelas sekali sebagaimana
firman Allah SWT

Terjemahan : “Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari segala
kekejian dan kemungkaran”.

(Surah Al-Ankabut ayat 45)

Bermaksud orang yang benar-benar bersolat sudah pasti tidak melakukan


sebarang kejahatan dan sesuatu yang berbentuk dosa seperti berjudi, berzina,
berbohong, mencuri dan sebagainya. Oleh itu, melihat kepada betapa besarnya
faedah solat dan hikmat yang diperolehi dari Allah SWT, maka lantaran itulah kita
diperintahkan solat dan diperintah supaya menyuruh anak-anak kita juga bersolat,
sebagaimana yang disebuat di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW :

Terjemahan : “Perintahkanlah anak-anak kamu solat sekalipun umur mereka baru


berusia tujuh tahun dan pukul mereka (dengan sebab meninggalkan solat) setelah
mereka berusia sepuluh tahun”.

1
PENDIDIKAN ISLAM

Berdasar kepada hadis tersebut, jelas sekali bahawa kita


dipertanggungjawabkan untuk mendidik dan menyuruh anak-anak kita supaya
mendirikan solat, mudah-mudahan mereka akan terus hidup membesar dalam
keadaan terdidik dan menjadi manusia yang berguna dalam hidup.

Manakala di dalam konteks solat berjemaah, banyak faedah-faedah yang


boleh diperoleh jika umat Islam mengerjakan solat secara berjemaah. Allah SWT,
Tuhan Yang Maha Mengurnia, disamping sudah mengurniakan banyak kurniaan
kepada orang yang bersolat lima waktu, solat jumaat dan solat jenazah. Dia
menambah lagi beberapa kurnia kepada orang yang bersolat lima waktu secara
berjemaah. Antara faedah solat secara berjemaah adalah memperoleh pahala 27
kali solat seorang diri. Abdullah bin Umar r.a memberitakan bahawa Rasulullah SAW
bersabda:

Terjemahan : “Solat jemaah itu melebihi solat seorang diri dengan dua puluh tujuh
darjat”

(HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Terjemahan : “Solat seorang lelaki dalam jemaah melebihi (pahala) solatnya


seorang diri sebanyak dua puluh tujuh”

(HR. Al-Bukhari dan Muslim)

2.0 DEFINISI

2
PENDIDIKAN ISLAM

Solat berjemaah, solat jumaat dan solat sunat hari raya mempunyai
persamaan yang amat nyata sekali iaitu ia dilakukan secara berjemaah. Seperti
yang kita sedia maklum, melakukan solat secara berjemaah mendapat ganjaran
pahala yang lebih banyak berbanding solat secara bersendirian. Jemaah itu sendiri
bermaksud beramai-ramai atau bersama-sama. Oleh kerana itu banyak kelebihan
demi melahirkan masyarakat yang murni melalui solat secara berjemaah. Di sini,
saya perincikan lagi makna setiap solat yang disebut seperti di atas.

2.1 SOLAT BERJEMAAH

Di dalam Al-Quran, ada ayat yang menyatakan bahawa kita diperintah


melaksanakan solat secara berjemaah di masjid-masjid seperti Firman Allah SWT:

Terjemahan: “Dan dirikanlah solat, dan keluarkanlah olehmu zakat dan ruku’lah
kamu beserta orang-orang yang ruku’

(Surah Al-Baqarah, Ayat 43)

Terjemahan : “Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (agama Islam) dan
janganlah kamu bercerai-berai”.

(Surah Ali ‘Imran, ayat 103)

Terjemahan : “Wahai segala manusia!, bahawasanya Kami telah menjadikan kamu


daripada seorang lelaki dan daripada seorang perempuan, dan Kami telah jadikan
kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kenal-mengenal”

(Surah Al-Hujurat, ayat 13)

Di dalam ketiga-tiga ayat di atas, jelas menyatakan kepentingan berjemaah.


Dalam ayat pertama, kita diperintahkan bersolat bersama-sama (beramai ramai)
manakala dalam ayat kedua pula menekankan kita supaya bersatu padu. Ini
bermakna, jemaah itu adalah jalan atau permulaan untuk kita bersatu padu dan
saling mengenali antara satu sama lain. Hukum mendirikan solat jemaah ialah sunat
muakkad.

Secara khususnya, jemaah adalah bermaksud mengadakan “perikatan antara


Imam dengan makmum, antara pemimpin dengan rakyat, walaupun makmum
seorang sahaja”. Keistimewaan jemaah kepada umat Islam adalah semasa solat
3
PENDIDIKAN ISLAM

sunat hari raya (Aidilfitri atau Haji), solat Jumaat, solat gerhana dan solat minta
hujan. Agama Islam menuntut supaya kita bersolat jemaah di masjid pada setiap
waktu solat dan pada setiap minggu di hari Jumaat supaya kita saling mengenali
antara jiran mahupun penduduk kampung dan perhubungan yang erat dapat dijalin
untuk membentuk satu masyarakat yang murni serta saling bantu membantu.

2.2 SOLAT JUMAAT

Solat Jumaat ialah solat dua rakaat sesudah khutbah pada waktu Zuhur di hari
Jumaat. Hukum solat Jumaat adalah fardu Ain, ertinya wajib ke atas tiap-tiap lelaki
dewasa yang beragama Islam, merdeka dan tetap di dalam negeri. Tidak wajib
Jumaat atas perempuan, kanak-kanak, hamba sahaya dan orang yang sedang
dalam perjalanan. Firman Allah SWT:

Terjemahan : “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu diseru untuk solat pada
hari Jumaat, maka hendaklah kamu segera mengingati Allah dan tinggallah jual beli”

(Surah Al-Jum’ah, ayat 9)

Kemudian Rasulullah SAW bersabda :

Terjemahan : “Jumaat itu hak yang wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam
dengan berjemaah bersama-sama, kecuali empat macam, hamba sahaya,
perempuan, kanak-kanak dan orang sakit”.

(HR. Abu Daud dan Hakim)

Daripada ayat di atas jelas menunjukkan bahawa pentingnya mengerjakan


solat Jumaat bermakna mereka yang tidak menghadiri solat Jumaat dengan tidak
ada uzur atau halangan tertentu maka ia berdosa. Jadi apabila seseorang itu tidak
menghadiri jamaah Jumaat ke masjid, hendaklah ia mengerjakan dua rakaat juga.

Sementara itu, mengikut mazhab Imam Syafi’i berjamaah dalam mengerjakan


solat Jumaat itu wajib dan termasuk dalam syarat sah mendirikan solat Jumaat.
Seandainya seseorang tertinggal atau tidak sempat melaksanakan solat Jumaat
maka harus menggantikan dengan solat zohor.

2.3 SOLAT SUNAT HARI RAYA

4
PENDIDIKAN ISLAM

Solat sunat hari raya mula dilaksanakan oleh Rasulullah SAW pada tahun
kedua hijrah di Madinah dan kemudiannya ia menjadi amalan dan terus
dilaksanakan sehingga Rasulullah wafat. Lantaran itu meninggalkan solat sunat hari
raya adalah seperti perlakuan memandang rendah pada agama.

Solat sunat hari raya turut diwajibkan ke atas para wanita. Antara
keistimewaan solat sunat hari raya berbanding solat Jumaat ialah kita diwajibkan
membawa bersama-sama orang perempuan samada tua ataupun muda untuk
sama-sama berkumpul mengerjakan solat sunat hari raya. Alasan mewajibkan juga
para wanita mengerjakan solat sunat hari raya dan menghadiri jamaah ada disebut
di dalam hadis

Terjemahan : “Kami diperintahkan oleh Rasulullah untuk membawa keluar


perempuan-perempuan yang haid dan gadis gadis pingitan pada hari raya Aidilfitri
dan Adha. Perempuan yang haid, mengasingkan diri dari solat, mereka
menyaksikan kebajikan dan seruan kaum muslimin”

(HR. Bukhary Muslim, Bulughul Maraam 99)

3.0 HURAIAN

Persamaan di antara solat jemaah, solat Jumaat dan solat sunat hari raya
ialah ketiga-tiganya dilakukan secara berjemaah. Berjemaah atau bersama-sama di
dalam solat dapat melahirkan insan yang murni kerana selain mengenali antara satu
5
PENDIDIKAN ISLAM

sama lain, kita juga dapat bertukar-tukar pendapat semasa berkumpul untuk
mengerjakan solat. Bagaimana solat jemaah, solat Jumaat dan solat sunat hari raya
dapat melahirkan insan yang murni dihuraikan seperti di bawah:

3.1 Bertambah Khusyuk dan Bertambah Rajin Beribadah.

Jika diperhatikan suasana pada hari Jumaat pada sebahagian masjid di mana
masjid berkenaan bersih tanpa bau yang tidak menganggu, malah disemerbakkan
dengan wangian yang dipakai oleh para makmum di sana sini di dalam masjid,
sesudah itu kelihatan seorang demi seorang datang awal ke masjid dengan
berpakaian berish lagi elok dan gerak geri langkah dengan hormat dan lemah
lembut, ditambah kehebatan imam dan bilalnya serta suara hebat dan jelas lagi
merdu semasa membaca Al-Quran dan azan, maka semuanya itu akan
menambahkan kekhusyukan dalam solat

Manakala sifat kerajinan akan bertambah dengan sendiri dari dalam diri
apabila melihat suasana beribadat yang tenang di dalam masjid serta kesungguhan
dan kerajinan sebahagian ahli jemaah bangun bersolat sunat beberapa kali dan
berdoa. Begitu juga ada yang membaca Al-Quran, berselawat, berwirid dan berdoa.

3.2 Dapat Mendalami Ilmu Agama

Menerusi solat jemaah, kita dapat mempelajari agama secara langsung


terutama sekali kepada orang yang cetek pengetahuan agama lebih-lebih lagi
kepada saudara-saudara baru. Jika kita bersolat jemaah contohnya solat Subuh,
Maghrib dan Isyak (solat ketika malam di mana sebahagian bacannya nyaring), kita
dapat mempelajari bacaan Al-Fatihah dan sebahagian surah dan juga takbir, tasbih
dan lain-lain termasuk bacaan iqamah dan wirid selepas solat.

Gerak geri semasa solat juga boleh dipelajari dari masa ke semasa dan jika
ada yang tidak difahami, kita boleh bertanya terus kepada imam atau makmum
selepas wirid solat. Seandainya sesebuah masjid mengadakan kuliah-kuliah agama
dan majlis ilmu juga forum atau perbincangan, maka ahli jemaah berpeluang untuk
menambahkan ilmu dan dapat juga menggandakan pahala.

3.3 Menghayati Nilai Individu Sebenarnya.

6
PENDIDIKAN ISLAM

Di kalangan masyarakat kita, terdapat segelintir orang yang masih bersalah


anggap terhadap nilai seseorang menyebabkan mereka tidak dapat mematuhi Allah
dengan sebenarnya dan implikasi buruk yang berlaku ialah mereka memuliakan
seseorang yang tidak patut dimuliakan dan sebaliknya menghina seseorang yang
tidak wajar dihinakan.

Seseorang manusia tidak dianggap mulia jika mereka hanya mempunyai


pengetahuan yang sangat tinggi atau hanya kerana berjaya mengumpul harta
kekayaan yang banyak di dunia, atau mempunyai keturunan termulia atau
memperoleh gelaran terhormat ataupun dia seorang penguasa yang mempunyai
kuasa tertinggi.

Akan tetapi kemuliaan seseorang adalah masih tersembunyi di kalangan


masyarakat disebabkan ukurannya terletak pada dasar taqwanya kepada Alllah
SWT. Allah sahaja yang lebih mengetahui taraf ketaqwaan seseorang hamba-Nya
berdasarkan niat, sifat hati dan amalannya di mana sebahagian amalan itu tidaklah
diketahui oleh orang ramai (bila dilakukan di malam hari).

Allah SWT telahpun berfirman:

Terjemahan : “Sesungguhnya semulia-mulia antara kamu di pandangan Allah ialah


yang paling bertaqwa (kepada-Nya) di kalangan kamu”

(Surah Al-Hujurat, ayat 13)

Rasulullah SAW ialah manusia yang paling mulia di antara makhluk. Baginda
juga mengetuai Rasul-rasul Ulu Al-‘Azm dan penutup para Rasul. Semasa baginda
hidup, selain bertugas sebagai Rasul (ketua agama), baginda juga bertugas sebagai
ketua Negara, ketua hakim dan ketua panglima perang. Selain itu baginda juga
bertugas sebagai imam solat merangkap pengkhutbah dan imam Jumaat. Manakah
lagi nilai tertinggi selain nilai yang dianugerahkan kepada baginda SAW.

Ketua Negara atau pemimpin berhak dan paling sesuai untuk berkhutbah dan
menjadi imam solat Jumaat. Ketika itu, orang yang nilai lahirnya paling mulia ialah

7
PENDIDIKAN ISLAM

imam solat. Dialah juga yang mendahului kedudukan utama dalam Negara dan
masyarakat.

Bagi sesebuah Bandar, kampung atau desa pula, imam solatlah yang
dipandang mulia dalam masyarakat setempat, dan dianggap bahawa dia benar-
benar paling bertaqwa kepada Allah SWT. Sedang manusia yang paling rendah dan
hina ialah orang-orang munafiq, orang-orang kafir dan menderhakai Allah Taala.
Tiada ukuran ilmu, harta, keturunan, pangkat dan kedudukan yang menjadi kayu
pengukur kemuliaan seseorang di hadapan Allah SWT. Dalam solat jemaah, imam
adalah orang paling mulia manakala makmum sama-sama menjadi hamba Allah
yang juga mulia dan tidak patut dihina. Inilah sistem nilai manusia sebenar di mana
mereka adalah sama taraf selain yang paling bertaqwa kepada Allah adalah paling
mulia di sisi Allah dan masyarakat Islam. Ukuran nilai yang selainnya adalah bersifat
keduniaan yang tidak bererti, malah merugikan dalam kehidupan di akhirat.

3.4 Hidup Mematuhi Pimpinan.

Adalah menjadi sunnah Allah, sebahagian haiwan hidup berkawan dan


mengikut kepalanya seperti lebah, semut, biri-biri dan sebagainya. Mereka patuh
kepada ratu atau kepalanya yang biasanya mempunyai sifat yang lebih hebat
berbanding yang lain.

Manakala dari konteks solat secara berjemaah, sekumpulan manusia (paling


kurang seorang) mengikut seorang imam yang berada di hadapan mereka dan
menurut perbuatan dan sebahagian bacaan imam dengan berbaris bagai pasukan
tentera tanpa senjata, di mana yang mendahului di barisan hadapan ialah lelaki
diikuti pula dengan barisan wanita manakala kanak-kanak lelaki berada di belakang
lelaki dewasa dan kanak-kanak perempuan di belakang wanita dewasa.

Nabi SAW tidak mengingini ada seseorang yang bersolat seorang diri di bahagian
belakang di samping kumpulan yang ramai.

Rasulullah SAW mengatakan bahawa seseorang imam itu dilantik atau


diadakan ialah untuk diikuti atau dipatuhi sehingga bila tidak dipatuhi, maka solat
seseorang makmum akan terbatal menurut syarat-syaratnya.

3.5 Hidup Harmoni, Sama Rata Tanpa Rasa Angkuh


8
PENDIDIKAN ISLAM

Perlu kita ketahui bahawa, sesipa yang datang awal ke masjid, dia berhak
untuk berada di saf pertama di sebelah kanan imam, sebagai suatu keistimewaan
dan ganjaran yang diperoleh pun besar. Tiada siapa yang boleh menganggu gugat
kedudukan ini. Kedatangan awal ke masjid ibarat sistem nombor giliran tanpa
nombor.AL-BARRA’ bin ‘Adzib r.a menyebutkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

Terjemahan: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas


(orang-orang) yang berada di) shaf-shaf yang hadapan”.

(HR. An-Nisa’i :Sahih: Al-Albani)

Aisyah r.a memberitakan bahawa Nabi SAW bersabda:

Terjemahan: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas ahli-


ahli di kanan saf (sbelah kanan imam).”

(HR. Abu Daud dan Ibnu Majah: Hasan: Al-Albani)

Dalam ayat di atas, “selawat Allah bererti mengampunkan, manakala “selawat


malaikat” bererti mereka meminta ampun untuknya.

Seterusnya sumber yang sama memberitakan bahawa Nabi SAW pernah bersabda:

Terjemahan: “SesungguhnyanAllah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas orang


ayng menyambung shaf-shaf (yang terputus).”

(HR. Ahmad dan Ibnu Khuzaimah: Sahih dan direstui Az-Zahabi)

Kaum lelaki datang ke masjid dengan sebaik-baik pakaian serta bersih,


manakala kaum wanita biasanya dengan pakaian khas yang berwarna putih. Dapat
9
PENDIDIKAN ISLAM

dilihat dengan jelas di sini bahawa di dalam mengerjakan solat secara berjemaah,
samada tua, muda, miskin atau kaya semuanya memakai pakaian yang sama tanpa
menunjukkan pakaian untk bermegah-megah di hadapan Allah. Hampir samalah
dengan pakaian orang yang berihram haji atau umrah. Semuanya mengajak
manusia berfikir tentang kerendahan diri di hadapan Allah dan memupuk rasa sama
taraf iaitu qiyam sama berdiri, rukuk sama tunduk dan sujud sama menyungkur ke
bumi serta sama-sama mengikut perbuatan zahir imam sambil menggunakan
bacaan yang hampir sama. Sama-sama bertakbir sesudah imam bertakbir dan
sama-sama bersalam sesudah imam memberi salam.

Itulah gambaran manusia yang menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa,
berkiblat yang satu dengan erti sama-sma mengesakan dan menyembah Allah Yang
Maha Satu tanpa syirik dan masing-masing mengingini keredhann-Nya dan syurga-
Nya sekaligus takut akan kemurkaan-Nya dan neraka-Nya.

3.6 Dapat Tolong-Menolong

Perkenalan dan pertemuan yang berlaku pada setiap pagi, petang dan malam
antara sesama jemaah yang bersolat dapat mencetuskan tindakan susulan iaitu
ingin menolong dan membantu saudara-saudara sesama Islam yang fakir miskin,
hidup terlantar, terkena bencana, kekurangan dan lain-lain masalah.

Allah SWT sendiri telah berfirman:

Terjemahan: “Dan bertolong-tolonganlah kamu untuk berbuat kebaikan dan taqwa


dan (tetapi) janganlah kamu tolong-menolong untuk berbuat dosa dan permusuhan”

(Surah Al-Maidah, ayat 2)

3.7 Menghayati Hidup Bersatu

Masjid adalah lambang persatuan ummah dan mimbarnya sebagai arah kiblat
mereka yang menghala ke arah Baitullah, di Mekah. Manakala suara azan yang
berkumandang pada setip kali masuknya waktu solat adalah merupakan lambang

10
PENDIDIKAN ISLAM

pergerakan umat Islam, suatu antara kumpulan yang banyak adalah


menggambarkan suatu gerakan serentak di seluruh kawasan serantau (satu iklim
yang hampir sama-sama matla’, sama nampak anak bulan).

Solat jemaah dapat menyatukan ummah, sekurang-kurangnya penduduk


setempat untuk menggerakkan sesuatu pembangunan masyarakat dan Negara
termasuk mempertahankan Negara daripada serangan musuh samada secara zahir
atau secara tersembunyi. Penyatuan seperti ini mungkin berlaku menerusi khutbah
Jumaat, majlis-majlis ilmu, forum, perbincangan dan lain-lain dari semasa ke
semasa.

3.8 Hidup Kasih-Mengasihi

Islam mengajar umatnya agar hidup cinta mencintai dan kasih mengasihi
antara orang-orang yang beriman dan sebaliknya mengajar mereka membenci
kekufuran dan peminatnya, dan orang yang ingkar terhadap Allah dan hukum-Nya.
Demikianlah pengajaran yang disampaikan melalui surah Al-Fatihah (membenci
orang yang dimurkai dan orang yang sesat)

Tiadalah suatu nikmat yang paling besar melebihi nikmat merasakan kasih
kepada sesiapa sahaja orang yang beriman tanpa mengira bangsa dan warna kulit
dan juga bahasa mereka.

Rasulullah SAW telah bersabda:

Terjemahan: “Tidaklah sempurna keimanan seseorang kamu sehingga dia


mengasihi saudaranya apa yang dia kasihi (ingini) untuk dirinya sendiri”

(HR. At-Tirmizi dan Ibnu Majah: Sahih)

Sesungguhnya tiada suatu agama di dunia ini yang membawa suatu ajaran
yang paling penting, suci, mulia dan dekatnya hubungan antara penganutnya ibarat
hubungan saudara sendiri (adik-beradik) seperti yang dibawa oleh agama Islam.

3.9 Dapat Menghayati Hidup Bermasyarakat

11
PENDIDIKAN ISLAM

Islam ialah satu agama yang lengkap, tinggi lagi unggul. Ia tidak mengajar
umatnya hidup bersendiri-sendiri sebagaimana umat barat, malah dia telah
mempersaudarakan antara individu-individu umatnya menjadi hidup bersaudara
yang menghendaki mereka untuk turut bergaul, sekurang-kurangnya sewaktu
mereka bersolat jemaah, lima kali dalam sehari. Tiada suatu ibadat lain yang

diwajibkan agar dilakukan sekerapnya selain solat lima waktu secara berjemaah di
mana dia bertujuan melaksanakan konsep “hidup bersaudara”. Allah SWT berfirman:

Terjemahan: “Hanya sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (hidup)


bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu, dan takutlah kepada
Allah semoga kamu dirahmati”.

(Surah Al-Hujurat, ayat 10)

Kesan pergaulan melalui solat jemaah ialah seseorang Islam dapat


berkenalan antara satu sama lain dan cuba mengetahui keadaan hidup masing-
masing serta kediaman, pekerjaan, kegemaran, keperluan dan sebagainya.

4.0 ULASAN

Berdasarkan pemerhatian saya, solat Jumaat dan solat sunat hari raya yang
dikerjakan secara berjemaah banyak mendatangkan manfaat dari segi sosial kepada
umat Islam. Contohnya solat Jumaat, ia dapat mendidik umat Islam untuk hidup
bermasyarakat secara tertib dan teratur kerana telah ditetapkan hari Jumaat sebagai
hari untuk kaum muslimin membuat pertemuan kerana ia merupakan hari yang
paling utama dalam seminggu. Selain sebagai ibadah yang bersikap ubudiyah,
sesungguhnya solat Jumaat mengandungi nilai-nilai rohaniah dan kemasyarakatan
yang sangat tinggi. Allah menetapkan hanya sehari dalam seminggu agar kaum
Muslimin tidak merasa terlalu kerap yang dapat meinbulkan berat di hati dan
sebagainya. Jika pertemuan Jumaat ini terlalu lambat, maka hilanglah hikmah yang
sangat besar yang telah diatur oleh Allah pada solat Jumaat tersebut.

12
PENDIDIKAN ISLAM

Di samping itu, solat Jumaat dapat menyatukan kaum Muslimin dan


menumbuhkan rasa kasih sayang sesama umat Islam. Selain itu, ia juga dapat
membangunkan gabungan kaum muslimin yang kuat kerana dalam khutbah yang
disampaikan itu berisi hikmah-hikmah dan nasihat-nasihat yang berguna serta boleh
diguna pakai dalam kehidupan seharian seperti menyuruh bertaqwa, beribadah,
beramal soleh, berbuat keadilan dan kebajikan, saling membantu dan lain-lain.
Untuk pengetahuan kita, Solat Jumaat juga dinamakan dengan himpunan kecil
sebelum kita dihimpunkan dalam satu himpunan besar di Padang Mahsyar.
Muhasabah diri dalam himpunan kecil ini sangat diperlukan sekali dalam
membangun dan membina diri ke arah insan yang bertakwa.

Manakala bagi solat sunat hari raya, semua umat Islam berkumpul bersama-
sama termasuklah kaum wanita, orang tua dan kanak-kanak. Semuanya berhimpun
untuk mengerjakan solat sunat hari raya di samping bertegur sapa dan menyambut
ketibaan bulan mulia dengan penuh syukur dan puji-pujian ke hadrat Illahi.

Suasana seperti ini sudah tentu dapat mewujudkan masyarakat yang saling
mengambil berat antara satu sama lain dan menjadikan kita ada rasa
tanggungjawab terhadap orang yang memerlukan. Sebagai contoh, apabila kita tiba
di masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya, kebetulan terdapat beberapa
orang fakir miskin di situ,apalah salahnya kita menghulurkan sedikit sumbangan atau
sedekah sekurang-kurangnya untuk meringankan beban dan membuat mereka
gembira bagi sama-sama meraikan bulan yang mulia. Berdasarkan hadith Nabi
SAW bahawa keimanan mempunyai lebih tujuh puluh unit, malah sampai 77 unit,
dan difahamkan bahawa keimanan itu boleh bertambah sempurna dan berkurang
menerusi amalan baik atau buruk, dan amalan yang yang paling serius dilakukan
seseorang beriman ialah solat lima waktu secara berjemaah.

Al-Quran menyebutkan tentang pertambahan iman:

Terjemahan: “...Dan agar orang yang telah beriman bertambah imannya.”

(Surah Al-Muddaththir, ayat 31)

Terjemahan: “....Supaya mereka bertambah iman (dan yakin) di samping keimanan


(dan keyakinan) yang ada pada mereka”.

13
PENDIDIKAN ISLAM

(Surah Al-Fath, ayat 4)

Manakala orang yang kufur ialah orang yang kosong iman atau rosak
keimanannya sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Terjemahan: “Perbezaan antara kekufuran dan keimanan itu (bila) meninggalkan


solat”

(HR. At-Tirmizi: Sahih)

Dan dengan keimanan juga yang membawakan seseorang agar tetap dan
terus mendirikan solat, dan solat itu pula menambahkan keimanan yang telah ada.
Perhatikan firman Allah Taala:

Terjemahan: “Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman agar mereka tetap


mendirikan solat”.

(Surah Ibrahim: ayat 31)

5.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya banyak faedah atau hikmah yang boleh diperolehi


apabila melakukan solat secara berjemaah demi melahirkan masyarakat yang murni
dan berperkerti mulia. Apa yang penting ialah sikap mementingkan diri sendiri dapat
dibuang kerana semasa berjemaah kita adalah sama di sisi Allah. Semasa
berjemaah para malaikat akan berkumpul menyaksikan orang yang beribadat secara
berjemaah di masjid.

Allah SWT sendiri telah berfirman:

Terjemahan: “Dan solat Subuh, sesungguhnya solat Subuh (secara berjemaah di


masjid) itu adalah disaksikan (oleh para malaikat di mana mereka memohon
keampunan).”
14
PENDIDIKAN ISLAM

(Surah Al-Isra’, ayat 78)

Manakala di hujung sebuah hadith Abu Hurairah r.a berbunyi:

Terjemahan: “Malaikat-malaikat malam dan siang berkumpul (menyaksi dan


mendoakan kebaikan ahli-ahli ibadah) pada solat Subuh (secara berjemaah).”

(HR. Al-Bukhary dan Muslim)

Demikian juga para malaikat akan berkumpul menyaksikan orang yang solat Asar
(di mana mereka akan memuliakan para jemaah).

Barangsiapa yang bersolat jemaah, dia akan didoakan oleh para malaikat
sebelum solat dan sesudahnya, selama dia belum berhadath atau tidak menyakiti
seseorang dengan mengumpat atau mengadu domba.

Terjemahan: “.....Dan para malaikat akan mendoakan ke atas salah seorang


daripada kamu selagi dia berada di tempat solatnya, di mana mereka akan berdoa:
‘Wahai Allah, rahmatilah dia wahai Allah, ampunilah dia. Wahai Allah terimalah
taubatnya (bila dia bertaubat),’ selama dia tidak menyakiti orang lain, selama dia
belum berhajat.”

(HR. Al-Bukhary dan Muslim)

Oleh itu, melalui ibadat solat kita sepatutnya menjadi insan yang menjaga
kelakuan dan tingkah laku kerana melalui ibadat yang sempurna kita pasti tidak akan
melakukan perkara yang ditegah oleh Allah SWT. Apatah lagi, nikmat yang
berganda akan diperoleh jika kita melakukan solat secara berjemaah di masjid.

15
PENDIDIKAN ISLAM

16

Anda mungkin juga menyukai