Anda di halaman 1dari 6

KEPENTINGAN DAN KEISTIMEWAAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN MUSLIM

Kepentingan Sembahyang
Sembahyang merupakan ibadah yang penting, istimewa dan unik.
Sembahyang dapat menghubungkan insan dengan penciptanya secara
langsung. Sembahyang juga merupakan ibadah yang pertama disyariatkan
dan yang paling akhir ditinggalkan oleh manusia. Dari segi amalan ibadah
sembahyang dipenuhi dengan sebutan takbir, tahmid dan zikir.
Sembahyang adalah merupakan ibadah yang ringan yang mampu dikerjakan
oleh setiap orang. Ringan atau beratnya ibadah sembahyang bergantung
kepada keimanan seseorang itu. Semakin beriman seseorang itu semakin
mudahlah ia dapat melakukannya. Dalam cuaca sejuk umpamanya, amatlah
sukar seseorang itu untuk bangun melakukan sembahyang Subuh tetapi bagi
mereka yang mempunyai keimanan yang mantap, mereka tidak akan
meneruskan tidur seandainya belum menyempurnakan sembahyang Subuh
itu.
Ganjaran sembahyang adalah amat besar sekali. Ibadah ini dapat membantu
menyelamatkanmanusia daripada azab akhirat. Ibadah ini juga dapat
menghilangkan kegelisahan, mendatangkan ketenteraman, ketenangan dan
kebahagiaan. Dalam hadis dan pelbagai pendapat ulama menyebutkan
bahawa sembahyang dapat membantu memakbulkan doa seseorang.
Keistimewaan, keunikan dan keunggulan sembahyang dapat difikirkan dan
dihayati oleh insan yang memahami erti segala ucapan, perbuatan dan
segala gerak-geri yang dilakukan ketika melakukan ibadah sembahyang.
Perlakuan Rasulullah SAW. ketika sembahyang bukan hanya sekadar
mementingkan kewajipan lahir seperti berwudhuk, berpakaian suci dan
kemas, menghadapkan muka ke arah kiblat tetapi baginda juga mengambil
berat tentang sesuatu yang berhubung kait dengan yang batin misalnya
memahami dan menghayati erti bacaan, perbuatan dan segala perlakuan
sembahyang. Dengan kata lain Rasulullah SAW. melakukan sembahyang
dengan kesungguhan lahiriah dan batiniah.
Apabila seseorang mempraktikkan sembahyang cara Rasulullah SAW. sudah
pasti mereka akan dikurniakan ketenangan dan ketenteraman lahiriah dan
batiniah. Sebaliknya jika mereka cuai mengikuti cara Rasulullah SAW. maka
kerugianlah yang akan menimpa mereka sama ada di dunia atau di akhirat.
Dengan kata lain, sembahyang yang mereka kerjakan adalah sia-sia dan

tidak mendapat ganjaran daripada Allah SWT.


PENGERTIAN SEMBAHYANG
Dari sudut bahasa sembahyang sering diertikan dengan doa atau memohon
kebajikan dan pujian. Dari sudut syarak, sembahyang diertikan sebagai
Beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi
dengan salam, dilakukan dalam keadaan beribadah kepada Allah SWT.
dengan menurut segala syarat yang telah ditentukan.
Pengertian yang dikemukakan oleh ulama feqah ini hanya menggambarkan
sembahyang lahiriah sahaja, sedangkan ulama tasauf pula menambahkan
lagi definisi sembahyang ini dengan pengertian sembahyang yang batin.
Tambahan yang mereka paparkan ialah:Menghadapkan jiwa kepada Allah
SWT. secara yang boleh mendatangkan takut kepada-Nya serta
menumbuhkan dalam jiwa rasa keagungan, kebesaran, kesempurnaan dan
kekuasaan-Nya. Sebahagian ulama mendefinisikan roh sembahyang dengan
perkataan:Berharap kepada Allah SWT. dengan hati dan penuh kekhusyukan
di hadapan-Nya, ikhlas dan menghadirkan hati dalam berzikir, berdoa dan
memuji Allah SWT. Oleh itu apabila difahami dan dihayati pengertian
sembahyang seperti yang tersebut di atas, maka nampaklah keindahan dan
kecantikan sembahyang itu. Perhubungan sedemikian menepati matlamat
asal kejadian insane iaitu untuk menyembah Allah SWT.
HUKUM SEMBAHYANG
Di dalam al-Quran banyak sekali ayat yang dapat dijadikan dalil tentang
kewajipan sembahyang. Di bawah ini diperturunkan sebahagian daripada
petikan ayat-ayat al-Quran dan hadis yang menerangkan kepentingan dan
keperluan sembahyang.
Dirikanlah sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu boleh mencegah
daripada perbuatan jahat dan keji. (Al-Ankabut : 45)
Peliharalah semua sembahyang dan sembahyang wusta (sembahyang yang
paling baik) dan berdirilah kamu untuk Allah dalam keadaan khusyuk. (AlBaqarah : 238)
Islam didirikan atas lima dasar : Mengaku bahawa tiada Tuhan yang
disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah,
mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan puasa
di dalam bulan Ramadan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sembahyanglah sebagaimana kamu melihat aku sembahyang (Riwayat


Bukhari)
Daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis tersebut, maka dapatlah disimpulkan
bahawa hukum sembahyang itu wajib. Sesiapa yang tidak melakukannya
adalah melakukan dosa besar.
KEWAJIPAN SEMBAHYANG
Sembahyang diwajibkan kepada seluruh umat Islam yang telah baligh,
berakal dan suci daripada sebarang hadas. Sembahyang tidak diwajibkan
kepada:
a)Kanak-kanak yang belum baligh
b)Orang yang gila
c)Orang yang tertidur
Meskipun sembahyang tidak diwajibkan kepada kanak-kanak yang belum
baligh, namun mereka perlu mendapat latihan amali daripada penjaganya.
Kecuaian penjaga dalam membimbing anak-anak untuk mengerjakan
sembahyang pada waktu umur tujuh tahun umpamanya akan menyebabkan
kesusahan dan kesukaran bagi penjaga untuk mendidik mereka apabila
dewasa kelak. Para penjaga wajib member peringatan, tunjuk ajar dan
pukulan yang tidak menyakitkan terhadap mereka yang telah mencapai
umur sepuluh tahun jika mereka enggan mengerjakan sembahyang.
Orang yang tidak sedar dan mengerti apa yang diucapkan dan tidak faham
terhadap apa yang mereka lakukan seperti gila, pitam, pengsan
umpamanya, tidak wajib mengerjakan sembahyang. Ini adalah kerana
sembahyang adalah semata-mata untuk menyembah, mengagung dan
mengingati Allah SWT. Oleh kerana itu Allah SWT. melarang orang yang
berada dalam keadaan tidak sedar daripada melakukan sembahyang dengan
firman-Nya yang bermaksud:
Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengerjakan sembahyang
pada hal kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang
kamu baca. (An-Nisa : 43)
Kewajipan sembahyang masih dituntut terhadap orang yang sakit. Hanya
cara mengerjakannya adalah berbeza dan disesuaikan dengan kesanggupan
pesakit. Sembahyang boleh dilakukan sama ada secara berdiri, duduk atau

baring mengikut keupayaan pesakit itu.


Termasuk dalam kategori tidak sedar ialah orang yang tertidur. Mereka tidak
wajib mengerjakan sembahyang tetapi wajib mengganti sembahyang
dengan segera sebaik sahaja mereka tersedar daripada tidur. Rasulullah
SAW. bersabda yang bermaksud:Apabila kamu lupa mengerjakan
sembahyang hendaklah kamu sembahyang pada waktu ingat (Riwayat
sebahagian Ahlus-Sunah)
KEISTIMEWAAN SEMBAHYANG
Dalam Islam, setiap ibadah mempunyai keistimewaan dan kelebihan. Ibadah
senbahyang mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Antara
keistimewaannya ialah:
1)Ibadah yang utama dan pertama
Sejarah telah membuktikan bahawa peristiwa Israh dan Mikraj Nabi
Muhammad SAW. adalah suatu yang paling menakjubkan bagi penduduk
Makkah dan seluruh umat Islam. Imam Ahmad berkata:
Sembahyanglah ibadah yang mula-mula difardhukan oleh Allah SWT.
kepada Rasul-Nya sebelum amal ibadah yang lain.
2)Ibadah yang diwasiatkan Pesanan terakhir yang diungkapkan oleh Nabi
Muhammad SAW. kepada seluruh umatnya ketika baginda hendak wafat
ialah supaya umatnya tidak meninggalkan sembahyang.
3)Amal yang paling awal dihisab Kesempurnaan ibadah sembahyang
menentukan kesenpurnaan ibadah yang lain. Sebaliknya kecuaian
sembahyang boleh menjejaskan ibadah yang lain. Oleh kerana itu kedudukan
sembahyang amat tinggi nilainya jika dibandingkan dengan ibadah yang lain.
4)Amal yang paling akhir ditinggalkan Tuntutan kehidupan pada zaman yang
moden ini menjadikan manusia semakin sibuk dalam pelbagai hal. Kesibukan
menjadi alasan bagi manusia untuk meninggalkan sembahyang. Jika
manusia tidak lagi mengerjakan sembahyang bererti dunia akan berakhir.
5)Asas syiar Islam Hubungan makhluk dengan Khaliqnya ditentukan oleh
sembahyang kerana sembahyang merupakan syiar Islam yang utama dan
satu-satunya ibadah yang dapat menghampirkan seseorang hamba kepada
Allah SWT. Terdapat hadis mengatakan bahawa keislaman dan keimanan
seseorang itu ditentukan oleh ibadah sembahyang. Jika mereka tidak

sembahyang bererti telah hapus tanda-tanda keislaman dan keimanan


mereka. Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud:
Sempadan orang Islam dengan kafir iaitu sembahyang (Riwayat Ahmad
dan Muslim)
Urusan yang memisahkan antara kita(muslim) dengan mereka(kafir) ialah
sembahyang, maka sesiapa yang meninggalkannya sungguh ia menjadi
kafir (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
SEKSA ORANG YANG TIDAK SEMBAHYANG
Allah SWT. telah mengemukakan pelbagai ancaman yang sangat dahsyat
terhadap orang yang tidak sembahyang. Seseorang yang meninggalkan
sembahyang bereti mereka telah meninggalkan hak Allah, hak Rasul, hak
dirinya dan segala hak orang Islam.
Tiga seksaan semasa di dunia
a)Allah SWT. menghilangkan berkat daripada usaha dan rezekinya
b)Allah SWT. menghapuskan tanda-tanda kesalihan daripada mukanya
c)Sentiasa mendapat kebencian daripada orang yang beriman
Tiga seksaan ketika hendak mati
a)Ketika rohnya akan dicabut, dia akan berada dalam keadaan yang sangat
dahaga
b)Ketika rohnya dicabut, dia berasa kesakitan yang amat sangat
c)Dikhuatiri mati dalam keadaan Suul Khatimah(mengakhiri ajal dengan
kejahatan)
Tiga seksaan semasa di dalam kubur
a)Ketika ditanya olek Munkar dan Nakir, dia sangat sedih dan tidak boleh
member jawapan
b)Kuburnya menjadi sangat gelap
c)Kuburnya menyempit sehingga tulang-tulang rusuknya berselisih
Tiga seksaan semasa hari akhirat
a)Ketika dihisab, amal buruknya lebih banyak daripada amal baik
b)Allah SWT. sentiasa murka kepadanya
c)Diseksa olek Allah SWT. dengan api neraka

Meninggalkan sembahyang pula bereti seseorang itu secara terus-terang


meruntuhkan tiang agama. Jika tiang agama runtuh maka amalnya juga
runtuh dan mereka ini termasuk dalam golongan yang sangat rugi sama ada
di dunia ataupun akhirat.
KEWAJIPAN SEBELUM SEMBAHYANG
Apabila seseorang hendak melakukan sembahyang, mereka mesti
melaksanakan beberapa kewajipan supaya ibadah sembahyangnya diterima
oleh Allah SWT. Antara kewajipan yang mesti dikerjakan ialah:
1)Menyempurnakan wuduk
2)Berpakaian suci dan kemas
3)Mengetahui masuk waktu
4)Menutup aurat bagi lelaki dam perempuan
5)Menghadap kiblat
KESIMPULAN
Salah satu sifat kes kesempurnaan Allah SWT. iaitu baik dan suka kepada
sesuatu yang sempurna. Allah SWT. tidak menerima suatu keyakinan,
ucapan dan perbuatan kecuali yang sempurna dan baik. Ibadah sembahyang
merangkumi kepercayaan, ucapan dan perbuatan. Sembahyang yang terbaik
adalah keyakinan yang benar, ucapan yang teratur dan perbuatan yang
mencerminkan sikap dan perbuatan Rasulullah SAW. Sembahyang yang
dikerjakan mengikut cara Rasulullah SAW. akan memperoleh ketenangan,
ketenteraman dan sekaligus dapat mendidik jiwa manusia kea rah yang
benar dan baik. Di samping itu, sembahyang dapat juga melahirkan sifat
mahmudah dan menolak sifat mazmumah.

Anda mungkin juga menyukai