Anda di halaman 1dari 44

IBADAT SOLAT DALAM

MEMBENTUK JATIDIRI
MUSLIM
MENGAPA SOLAT PENTING?
• Solat merupakan ibadat yang
menghubungkan seorang
hamba dengan Allah S.W.T. bagi
membuktikan ketaatan dan
kepatuhan kepadaNya.
• Solat merupakan tiang agama.
• Solat ialah perkara pertama
yang akan dihitung oleh Allah
Kepentingan Ibadat Solat
• Tidak diterima sesuatu amalan kebajikan yang
dilakukan oleh seseorang manusia melainkan dia
mengerjakan solat. Ini bertepatan dengan sabda
Nabi Muhammad s.a.w. :

‫ فمن‬,‫الصالة عماد الدين‬


‫ ومن‬,‫أقامها فقد اقام الدين‬
.‫هدمها فقد هدم الدين‬
Maksudnya:
“Solat itu tiang agama, barang siapa mendirikan
solat, sesungguhnya dia telah mendirikan agamanya,
barangsiapa meruntuhkan solat, sesungguhnya dia
telah meruntuhkan agama”.
• Sabda Nabi Muhammad s.a.w. lagi:

‫ الصالة فان‬, ‫ان اول ما ينظر من أعماله‬


‫حازت له نظر في أعماله وان لم تجزله في‬
.‫شيء من أعماله بعد‬
Maksudnya:
• “Bahawasanya permulaan amalan yang
diperhatikan (pada hari kiamat) ialah solat.
Maka jika betul urusan solatnya, dilihatlah
amalan-amalannya yang lain. Jika tidak
betul urusan olatnya, tidaklah dilihat lagi
kepadanya amalan-amalannya yang lain”.

• Daripada keterangan di atas, jelas


menunjukkan kepada kita tentang betapa
pentingnya ibadat solat dalam kehidupan
kita seharian.
MAKSUD SOLAT
• Perkataan "Solat" beerti DOA dan
menurut istilah syarak, solat ialah
beberapa perkataan dan
perbuatan yang didahului dengan
takbir dan diakhiri salam dengan
syarat-syarat tertentu.
• Sebelum melakukan ibadat solat,
seseorang itu mestilah terlebih
dahulu menyucikan diri daripada
hadas dan najis.
• Sekiranya ibadat solat itu dilakukan
dalam keadaan dirinya kotor, maka
amalan tersebut tidak sah.
• Solat merupakan tanda
pertalian terus SEORANG
HAMBA dengan Allah.
• Islam memfardhukan ke atas
umatnya melaksanakan solat
WAJIB sebanyak lima waktu
sehari semalam.
• Solat adalah pokok atau
asas dalam Islam,ia juga
adalah landasan
perhubungan manusia
dan PERNYATAAN
KEPADA KEIMANAN yang
berlubuk di kalbu serta
merupakan pengwujudan
secara nyata keimanan
kepada perkara ghaib.
• Disamping itu ,ia adalah SYARAT
TERTEGAKNYA KEISLAMAN
seseorang kerana ia hasil
kewujudan dari pada rukun yang
pertama,iaitu syahadah yang
membawa pertalian antara lafaz
dan amalan.
• Soal-soal peribadatan yang telah
disyariatkan di dalam Islam dan
yang dipandang sebagai tiang
keimanan bukanlah upacara atau
perbuatan tanpa erti atau tujuan
atau yang dipaksakan kepada
manusia supaya melakukan
perbuatan yang tidak jelas maksud
dan tujuannya.
• Sebaliknya ,semua kewajipan
yang telah ditetapkan oleh
Islam kepada umatnya adalah
merupakan LATIHAN YANG
BERULANG-ULANG untuk
membiasakan umatnya agar
dapat hidup dengan budi
pekerti yang lurus dan benar
serta berpegang teguh pada
budi pekerti yang sedemikian
biarpun berbagai-bagai
perubahan yang berlaku.
• Al-Qur'an dan Sunnah
Rasullullah dengan jelas
mengungkapkan
kenyataan-kenyataan
tersebut.
• Misalnya,solat fardhu yang
diperintahkan Allah
supaya didirikan
mempunyai HIKMAHNYA
YANG TERSENDIRI.
• Sebagaimana Firman
Allah: Surah al-
Ankabut:ayat 45)
KONSEP SOLAT DALAM ISLAM
• Ibadat dalam islam adalah
berlainan sekali dengan konsep
ibadat dan amalan-amalan
agama atau kepercayaan lain.
• Konsep ibadat dalam islam tidak
sama dengan apa yang
dimaksudkan pada pandangan
orang-orang sekular dalam dunia
ini.

• Kerana ianya bukannya


perbuatan mengasingkan
diri atau perbuatan yang
dilakukan mengikut
perantaraan tertentu.
• Islam telah menyebut kepentingan
solat dalam berbagai-bagai segi.
• Antaranya, ia menjadi sesetengah
sifat orang yang bertakwa yang
menurut arahan kitab suci Al-Quran.

• Mereka yang melengkapkan dirinya


dengan sifat-sifat yang terpuji
mendapat petunjuk daripada Allah
S.W.T dan seterusnya beroleh
kejayaan.
• Al-Quran daripada segi yang lain
menerangkan solat memberikan
kesan pembersihan diri dan
mengawaln ya daripada terjerumus
ke lembah penghinaan serta
membersihkan manusia daripada
naluri-naluri yang tidak sihat.
Firman Allah S.W.T: ( Surah Maarij : 19-22)
• Sebaliknya orang yang meninggalkan solat
digelarkan orang yang tenggelam dalam hawa
nafsu yang bakal menjadi ahli neraka.
• Firman Allah S.W.T : ( Surah Al- Maryam : 59)
Firman Allah S.W.T : ( Surah Al- Maryam : 59)
• Solat sangat memberikan kesan dalam
membentuk peribadi muslim kerana ia dapat
mencegah daripada Fasyak dan mungkar.
• Firman Allah S.W.T ( Surah Al-Ankabut : 45)
• Fasyak sebagaimana yang ditakrifkan oleh AL-
Raghib Al-Asfahani adalah sesuatu yang
tersangat keji sama ada dari segi perkataan
atau perbuatan. Zina, mencuri dan minum
arak termasuk dalam fasyak.
• Manakala, mungkar pula ialah sesuatu yang
diingkari oleh syarak.
• Hakikat solat bukan
setakat menunaikan
syarat dan rukun yang
zahir, tetapi hendaklah
dilaksanakan solat itu
dengan ikhlas bertujuan
untuk MENDAPATKAN
KEREDAAN ALLAH
S.W.T.
• Sesungguhnya orang
muslim sahaja yang
cintakan solat.
• Firman Allah S.W.T
menerangkan orang
munafik : ( Surah An-
Nisa : 142 )
Pendidikan Daripada Ibadat
Solat

Dalam Membentuk Peribadi Muslim


Mengingati Tuhan, Pencipta Alam.
Ibadah Solat akan mengingatkan seorang hamba
kepada penciptanya, Allah & melahirkan rasa
kecintaan kepadaNya
Solat Menghalang Perbuatan Keji dan
Mungkar.
• Solat juga akan menjadi penghalang kepada
perlakuan-perlakuan buruk dan keji. Firman
Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 45:
Solat Melahirkan Ketenangan Jiwa.

• Solat mampu melahirkan ketenangan jiwa,


ketenteraman jiwa, hati yang tabah, damai
lagi pemurah.
Solat Mampu Mendidik Akhlak Mulia.
• Perbuatan dan bacaan tertentu dalam solat mampu mendidik dan
mengasuh seseorang untuk berakhlak mulia seperti ikhlas, bersopan
santun, baik tutur kata dan menjaga maruah diri.
• Akhlak sebegini secara tidak langsung memberi rasa malu kepada
seseorang itu untuk mendedah aurat di khalayak ramai.
Sifat terpuji
• Solat boleh melengkapkan diri manusia dengan
SIFAT-SIFAT YANG TERPUJI, dan bagi orang yang
mengerjakan solat mereka mendapat petunjuk
daripada Allah Taala serta mereka beroleh kejayaan.
• Firman Allah Taala yang bermaksud: Surah al-
Baqarah :1-5)
Pembersihan Diri
• Selain daripada itu, solat juga boleh memberi kesan
terhadap pembersihan diri dan mengawalnya daripada
terjerumus ke lembah kehinaan.
• Solat juga boleh membersihkan manusia daripada
naluri-naluri yang tidak sihat.
Solat Menyucikan Zahir dan Batin.
• Solat melatih diri
seeorang supaya
sentiasa bersih zahir
dan batin.
• Suci dari kekotoran
luaran dan suci dari
kekotoran dalaman
seperti khianat, riak,
ujub (sombong) dan
lain-lain lagi.
• Kemurnian jiwa raga itu
adalah diperolehi
daripada pembersihan
hati dari syirik khafi dan
jali serta kewajiban
bersuci dari hadas dan
najis.
• Masyarakat yang bersih dari kekotoran zahir
dan batin ini mampu membendung gejala-
gejala buruk yang selalu melanda umat Islam
terutama manusia ketika ini yang
mementingkan kebendaan.
Solat Dapat Mengekalkan Kesihatan
Tubuh Badan.
• Ibadat solat mementingkan penjagaan
kebersihan. Ibadah ini menghasilkan
pergerakan tubuh badan.
• Gabungan kebersihan dan pergerakan boleh
membantu mengekalkan kesihatan,
melancarkaan perjalanan darah dan juga
menggerakkan serta menyegarkan urat saraf.
Hal ini dapat memberi kecergasan kepada
tubuh badan.
• Tubuh sihat, otak juga menjadi
cerdas. Dengan ini masyarakat
keseluruhan juga menjadi sihat dan
tidak lembab dan malas.
Solat Melatih Displin Diri.

• Ibadah solat melatih kehidupan yang berdisplin dan


mengikut peraturan melalui penjagaan waktu solat,
berbaris dalam saf dan kewajiban mengikut imam.
• Sebelum itu, seseorang itu perlulah dahulu untuk
membersihkan diri dengan berwudhuk .
• Displin begini dapat menjadikan masyarakat Islam
sentiasa mengikut peraturan dan mematuhi undang-
undang.
• Tidak ada yang berani menentang undang-undang
bermakna tiada jenayah yang berlaku. Dengan ini
masyarakat akan sentiasa aman tanpa ada kacau bilau.
Solat Dapat Melahirkan Semangat
Bersatu Padu.

• Melalui solat berjemaah dan solat Jumaat,


semangat perpaduan, bekerjasama dan
mahabbah dapat ditanam dan dipupuk.
Solat Dapat Melahirkan Semangat
Bersatu Padu.
• Semangat sebegini menjadi pemangkin kepada kelahiran sesebuah
masyarakat yang kuat, maju, bahagia dan damai. Sesebuah
masyarakat dilihat begitu bersatu hingga musuh-musuh islam
apabila melihat keadaan begini, mereka akan menjadi takut dan
gerun untuk menjatuhkan orang islam.
• Sesebuah masyarakat dilihat begitu bersatu
hingga musuh-musuh islam apabila melihat
keadaan begini, mereka akan menjadi takut
dan gerun untuk menjatuhkan orang islam.
Mengawal hawa nafsu

• Sebaliknya orang yang meninggalkan sembahyang


digelar orang yang tenggelam dalam hawa nafsu yang
bakal menjadi ahli neraka.
Disiplin
• Orang yang melakukan
solat dengan baik dan
khusyuk akan
mengekalkan disiplin
kebersihan pada dirinya
menjadi bersih tubuh
badan, pakaian mahu pun
tempat tinggalnya.
• Hal itu membuatkan
dirinya sihat.
• Selain itu solat juga
mengajar tentang disiplin
waktu.
• Setiap kali mendengar laungan azan untuk solat
dia akan segera untuk mendirikan solat sama ada
secara berjemaah atau bersendirian.
• Hal sedemikian secara beransur-ansur akan
membina disiplin waktu dalam diri pengamalnya.

Anda mungkin juga menyukai