Anda di halaman 1dari 58

TAJUK :

KELAHIRAN NABI MUHAMMAD


SAW


Terima kasih Pengerusi Majlis, barisan
panel hakim yang arif lagi bijaksana , guru-
guru serta hadirin sekalian. Saya akan
menyampaikan sebuah kisah yang
bertajuk: kelahiran Nabi
Muhammad S.A.W

Nabi Muhammad SAW berasal
daripada keturunan Bani Hasyim, sebuah
kabilah yang paling mulia dan tinggi
darjatnya di kalangan suku Quraisy yang
mendominasi masyarakat Arab. Ayahnya
bernama Abdullah bin Abdul Muttalib, yang
merupakan seorang pembesar Quraisy yang
besar pengaruhnya. Ibunya pulabernama
Aminah binti Wahab dari yang berasal dari
Bani Zuhrah dan baginda juga merupakan
keturunan daripada Nabi Ibrahim a.s dan
anaknya Nabi Ismail A.S.

Rasulullah dilahirkan didalam keluarga
yang cukup berpengaruh di tanah arab.
Lahirnya baginda dikalangan keluarga
pilihan adalah asas lahiriah yang kuat,
apatah lagi ketika itu masyarakat masih
berpegang kepada semangat Assabiyah yang
kuat.

Adapun, tahun kelahiran Nabi
Muhammad SAW juga dikenali sebagai
Tahun Gajah kerana pada masa itu sebuah
peristiwa besar telah berlaku di Kota Mekah:

Datanglah Abrahah bersama bala tenteranya
Pasukan bergajah yang amat gagah
Datang menyerbu kota mekah
Menghancurkan Kaabah satu matlamat
Ingin membina empayar jajahannya


sajak

Kuasa Allah Maha berkuasa
Tentera abrahah hancur dan musnah
Tatkala Burung ababil melempari tentera
gajah dengan batu-batuan neraka
Manakala Abrahah melarikan diri
meninggalkan tenteranya.

Firman Allah: Surah Al-Fil ayat 1-5 :
4> E-^OE .
E ElG / 4O =
O4') / Og^-
^ E^_
/ E^1E . O) O) =
;_> ^g
EcO4 jgO
= 4N -OC O) / 4 /
^@ )_Og`>
E4OEg4 }g)`
1-c ^j _ =
EO_O- l-EE .
OE` ^)

Sebelum kelahiran Rasulullah, berita
tentang akan lahirnya nabi akhir zaman
telahpun menjadi buah mulut dikalangan
pendita-pendita agama samawi yang lain.
Berita ini telah tersebar dengan cepat sekali
dan seakan-akan semua sudah tahu dan
sedang menunggu lahirnya insan istimewa
itu. Malah Nabi Isa sendiripun telah
mendapat wahyu daripada Allah
swt bahawa akan lahirnya seorang rasul
kedunia dan merupakan nabi yang terakhir
yang akan memimpin ajaran sebenar.


Firman Allah Surah As-Sof (61) ayat ke-6:
O)4C . }g` Ogu4 /
+O;--
4uO
Maksudnya: .......yang akan datang
kemudian daripadaku bernama Ahmad.
-------------------
Adapun setelah Abdul Mutallib menikahkan
anaknya Abdullah dan Aminah binti Wahab,
tidak lama berkahwin maka mengandunglah
si ibu.

Suatu hari Aminah bermimpi didatangi
seseorang, kemudian berkatalah orang itu
kepadanya, "Sesungguhnya engkau
mengandung pemimpin umat ini. Jika
engkau melahirkannya ucapkan, "Aku
meminta perlindungan untuknya kepada
Allah Yang Maha esa dari keburukan semua
pendengki, dan beri nama dia Muhammad."
Selama masa kehamilannya, Aminah
juga melihat sebuah cahaya memancar
dari perutnya. Dengan cahaya itu ia dapat
melihat istana-istana Busra di Syam.
Kejadian yang menakjubkan ini
menunjukkan bahwa di masa depan
Muhammad akan diangkat sebagai Nabi
Allah.
Namun begitu kesedihan melanda
keluarga Abdul Mutallib tatkala anaknya
Abdullah meninggal dunia ketika berada di
Syam. Lebih-lebih lagi Aminah yang sedang
mengandungkan anak mereka, alangkah
sedih pilu hatinya apabila memerima
perkhabaran tersebut.
Akhirnya,
Masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba.
Tanggal 12 rabiul awal tahun gajah
Tarikh kelahiran junjungan mulia
Seluruh alam bersyukur dan bergembira
Lahirnya insan yang teristimewa
Membawa kemuliaan dan juga kerahmatan.

Dalam masa yang sama berlakulah perkara
yang tidak diduga:
Terpadamlah api di biara Majusi
Runtuhnya istana kisra di parsi
Dan terpancarnya cahaya putih dari langit
yang menerangi kota Mekah.
Tanda kelahiran junjungan mulia.

Firman Allah Surah Al-Fath (48) ayat ke 8:
! ^^) ) E4 =
EcO -4)_E-
-6g]=4:N`4
-6CO4^4 ^g


Maksudnya: Sesungguhnya kami telah
mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai
seorang rasul yang menjadi saksi (yang
diterima keterangannya); dan sebagai
pembawa berita kegembiraan kepada orang-
orang yang beriman serta pemberi amarah
kepada orang-orang yang ingkar.

Sebaik sahaja dilahirkan oleh ibunya,
baginda lalu dibawa kepada datuknya Abdul
Muttalib. Beliau menyambutnya dengan
penuh gembira dan membawanya ke kaabah
untuk memanjatkan doa kesyukuran kerana
telah dikurniakan seorang cucu lelaki.
Baginda diberi nama Muhammad yang telah
diilhamkan oleh Allah kepada keluarga
baginda. Muhammad bererti orang yang
terpuji. Ia adalah nama yang paling layak
untuk rasulullah.

Orang yang paling gembira menyambut
kedatangan Rasulullah adalah bapa saudara
baginda iaitu Umar bin Hashim ataupun Abu
Jahal. Sebaik sahaja baginda lahir Abu Jahal
terus berlari disekeliling kota mekah untuk
memberitahu perkhabaran gembira itu.
Kerana itulah pada hari kelahiran nabi,
Allah menghentikan seksaan kepada Abu
Jahal kerana menyambut kelahiran nabi
dengan begitu gembira sekali.

Sungguhpun Muhammad lahir tidak
berbeza dengan bayi-bayi lain, tapi keadaan
sekelilingnya amat luar biasa. Aminah tidak
berasa sakit sewaktu melahirkan.Sambil
disaksikan oleh mak bidan, Muhammad
lahir dengan sihat dan selamat.

Biasanya, bayi yang baru lahir sudah
tentu menangis, tapi Muhammad tidak
begitu, dia diam sahaja. Mak Bidan
menepuk-nepuk tubuhnya, tapi Muhammad
tetap diam. Keadaannya seperti orang
berfikir. Matanya kelihatan bersinar-sinar
seperti hendak melihat sesuatu.

"Luar biasa anakmu ini, dia tidak
menangis, tapi matanya liar seolah-olah
merenung sesuatu diatas," kata Mak Bidan.
Aminah terbaring, diwajahnya terbayang
kegembiraan, bagai mendapat sebuah
gunung emas.
"Luar biasa anak ini, " ulang Mak Bidan,
sambil membelek-belek tubuh bayi itu. "Apa
yang luar biasa?' Tanya Aminah. "Biasanya,
bayi lahir terlentang, tapi dia tertiarap,
kepalanya mendongak kelangit, jari-jarinya
terangkat-angkat seolah-oleh mengira
sesuatu, matanya juga merenung ke langit,
seolah-oleh ada benda yang dipandangnya.
Macam dia mengerti sesuatu, walaupun dia
baru di lahirkan."

Kisah keganjilan Muhammad ini
diceritakan oleh Mak Bidan kepada jiran-
jirannya. Mereka turut hairan mendengarkan
cerita itu. Sejak Muhammad dilahirkan,
keadaan dalam rumah itu tiba-tiba sahaja
berubah. Rumah yang tidak bermaya selama
ini, tiba-tiba sahaja berseri-seri dipandang
serta menjadi tumpuan orang ramia.

Pada waktu malam, rumah itu kelihatan
terang benderang seperti bulan terang
walaupun adakalanya bulan gelap. Wanita-
wanita amat suka ke rumah Aminah mereka
datang berduyun-duyun untuk melihat
Aminah dan anaknya yang baru lahir.
Mereka suka melihat bayi itu. Seolah-olah
ada satu tarikan pada tubuhnya.

Ada diantaranya datang berkali-kali,
semata mahu melihat Muhammad. Mereka
sayang kepada Muhammad. "Alangkah
gembiranya aku kalau mendapat seorang
anak seperti ini," kata diantara wanita yang
datang itu.


Kisah keistimewaan Muhammad itu
telah tersebar di merata-rata tempat. Orang
semakin ramai yang datang. Malah orang
yang tidak kenal dengan Aminah pun turut
datang melihat Muhammad.
Keadaan cuaca juga berseri-seri. Seolah-
olah tersenyum menyambut kelahiran
Muhammad. Sekitar kampung tempat
kelahirannya begitu meriah. Seolah-olah dia
memberi semangat dan cahaya baru kepada
penduduk-penduduk di situ.

"Budak ini bertuah, boleh jadi dia akan
menjadi pemimpin besar di masa akan
datang. Semua orang sukakan kepadanya,"
kata seorang tua sambil menepuk-nepuk
tubuhnya.
Beberapa hari selepas kelahiran nabi,
baginda disusukan oleh Thuwaibah, hamba
perempuan Abu Lahab. Kemudian Abdul
Muttalib mencari perempuan yang bersedia
untuk mengambil upah bagi menyusukanya
dikalangan orang badwi. Begitulah hal orang
arab yang ingin bayi yang dilahirkan
dibesarkan dalam suasana harmoni dan jauh
dari unsur yang tidak baik di kota mekah.

Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab:

; ) - 4p % E . 7 O)
Oc4O * ! -
NE4Ocq O4L=OEO
Ertinya : Demi sesungguhnya, adalah bagi
kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
Yang baik

Berdasarkan ayat itu tadi dapat kita
fahami bahawa Allah telah menurunkan
seorang insan yang mulia untuk
melengkapkan Akhlak dan iman kita supaya
sentiasa tunduk menjunjung perintah Allah
azzawajalla iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Justeru itu jelaslah bahawa kita sebagai
seorang Islam wajib mengikut dan
meneladani setiap perbuatan yang
ditunjukkan dan dianjurkan oleh Rasulullah
sepanjang hayat baginda.

Sekian..

Wabillahi Taufik
walhidayah..assalamualaikum wbt.










TAJUK :
KISAH KETABAHAN NABI AYUB A.S

Terima kasih Pengerusi Majlis, barisan
panel hakim yang arif lagi bijaksana , guru-
guru serta hadirin sekalian. Saya akan
menyampaikan sebuah kisah yang
bertajuk Kisah ketabahan Nabi Ayub a.s

Daun mengkuang si daun pandan
Mari dianyam ditanah
rata pantun
Mari bersama ambil tauladan
Ketabahan Nabi Ayub tajuk cerita

Tahukah rakan-rakan siapakah Nabi Ayub
itu?..... dan kenapakah baginda dijadikan
contoh dalam hal ketabahan atau
kesabaran?.........

Hadirin sekalian
Nabi Ayub merupakan manusia
yang istimewa dalam segala hal
kekayaan dan cukup sabar.Walaupun Nabi
Ayub hidupnya mewah, beliau tidak
sombong dan takbur dengan kekayaannya,
malahan baginda tetap kuat beribadat
kepada Allah. Nabi Ayub a.s sentiasa
menyeru umatnya supaya taat kepada Allah
walau apa jua keadaan sekalipun.
Dalam kesempatan itu, pelbagai helah dan
gangguan telah iblis lakukan untuk menguji
baginda dalam semua perkara . Iblis telah
mencerai-beraikan keluarga baginda yang
ramai dan rukun itu. Hasutan iblis
menyebabkan ramai umatnya membenci
baginda . Hasil ladang dan kebun, ternakan
semakin hari semakin merosot. Kemarau
yang panjang dan banjir besar berlaku.
Kekayaan dan kemewahan yang
dimiliki musnah dan akhirnya
baginda menjadi miskin. Walaupun
demikian, ketabahan, keimanan dan
ketakwaan nabi Ayub a.s semakin
Utuh .Sebagaimana firman Allah dalam
surah Shaad ayat 44 :

) ^ ^ ) 4 } E ; ^ 4 O +
) 6 - / = _ ^ gE u =
- ^ E l (
Ertinya ". Sesungguhnya Kami mendapati
Nabi Ayub itu seorang Yang sabar; ia adalah
sebaik-baik hamba;

Hadirin sekalian
Sekiranya manusia memiliki sifat sabar
seperti nabi Ayub, sudah tentu hidup kita
aman , harmoni dan akan mencapai
ketakwaan yang teguh. Sebagaimana yang
berlaku di Palestin pada hari ini, mereka
tetap sabar walaupun pelbagai serangan di
lakukan oleh pihak zionis terhadap mereka.

Kawan kawan

Iblis tidak jemu dan putus asa,
malah terus mencuba. Iblis serta kuncu-
kuncunya pun pergilah ke suatu tempat
tinggal anak-anak Nabi Ayub iaitu di suatu
gedung yang penuh dengan pelbagai
kemewahan dan kemegahan. Lalu iblis
mengoyang-goyangkan gedung itu sehingga
roboh lalu menimpa ke atas anak-anak
baginda dan terrus bergelimpangan mati.
Melihat keadaan itu, baginda merasa sangat
sedih sambil menangis. Baginda redha
dengan pemergian anak-anak.
Sebagaimana firman Allah surah As Shod
ayat 40 :

) p E ) 4 O +
N g L E ^ 4 O _ " O + ^
4 O N O } = ` 4 * 4
^j
Ertinya : Dan Sesungguhnya ia mempunyai
kedudukan Yang dekat lagi mulia di sisi
kami, serta tempat kembali Yang sebaik-
baiknya (pada hari akhirat kelak).

Kawan-kawan..
Sebagai pengajaran, kita seharusnya redha
dengan apa jua kebaikan dan keburukan
yang telah menimpa kita. Sebagai contoh,
jika kita gagal dalam peperiksaan yang kita
hadapi, maka kita
harus redha dan menerima dengan penuh
rasa rendah diri.

Hadirin sekalian
Iblis merasa marah kerana usaha yang
dilakukannya tidak dapat menggoncang
keimanan, kekuatan, ketaatan serta
ketabahan nabi Ayub. Dalam
keadaanbegitu sekali lagi datang menemui
Allah.
Wahai Allah . Sekiranya nikmat
kesihatan yang engkau berikan kepada nabi
Ayub ditarik kembali, sudah tentu Ayub
tidak akan dapat menginggatimu, melakukan
ibadat dan sebagainya. Iman Ayub pasti
akan berkurang


Hadirin sekalian
Dalam keadaan itu, Iblis terus berniat
jahat terhadap baginda lalu menaburkan
kuman ke dalam tubuh badan baginda,
semenjak dari hari itu, badan baginda mulai
kurus, lemah serta tubuh badan mula
ditumbuhi bintik-bintik kudis, semakin lama
semakin teruk sehingga berulat. Penderitaan
Nabi Allah Ayub menanggung penyakit ini
selama 80 tahun. Ramai dari kalangan
sahabat handainya menjauhi nabi Ayub
kecuali isterinya sahaja yang berada disisi.

Bagaimanakah sekiranya kita yang
menghadapi penyakit tesebut ?....... tetapi
nabi Ayub tetap mengucapkan syukur,
mengingati Allah malahan mulut nabi Ayub
tidak henti-henti mengucap tasbih kepada
Allah. Kita sebagai hamba allah hendaklah
sentiasa berzikir mengingati Allah setiap
masa.Kita mesti redha dalam menghadapi
musibah yang tidak baik berlaku ke atas
kita.

Hadirin sekalian
Dalam keadaan yang segetir ini seorang
hamba Allah yang terbujur tidak bermaya
selain mengharap redha Allah, si iblis
menjelma lagi kononnya sehabat nabi Ayub
sewaktu sihat dahulu. Si iblis mula
melafazkan kata-kata manisnya cuba
menghasut pula isteri nabi Ayub. Wahai
isteri nabi Ayub apalah gunanya
engkau bersuamikan leleki yang sudah
menderita sekian lama. Dalam hati isteri
nabi Ayub, ia terfikir juag berbuat demikian,
akan tetapi rasa sayang dan taatnya kepada
nabi Ayub, ia tidak sanggup berbuat
demikian. Pada suatu hari isteri nabi Ayub
berbisik kepada suaminya. Wahai
sayangku sampai bilakah engkau diseksa
oleh tuhanmu ini?..... dimanakah kekayaan,
anak-anakmu, sahabat-sahabat karibmu dan
kawan-kawan terdekatmu? ..Wahai
sayangku apakah engkau tidak sanggup lagi
bersuamikan aku makanya imanmu kian
menipis? Kata nabi Ayub. Kalau engkau
tidak sanggup lagi tinggal bersama ku,
pergilah dan tinggalkan aku bersendirian di
rumah tanpa anak dan isteri. Selepas
pemergian isterinya, nabi Ayub berdoa
kepada Allah wahai Tuhanku aku telah
diganggu oleh syiton dengan kepayahan dan
kesusahan serta siksaan, sesungguhnya
engkaulah Tuhanku yang maha pengasih
dan maha penyayang .






Allah telah memakbulkan doa nabi Ayub
lalu berfirman dalam surah As- Shod ayat 42

7 * ; . - O ) l E = ) @ _ ; / (
- E O E - ` N ^ 4 O = l
4 O j 1 / 4 = O 4 - _
^jg
Ertinya : " Hentakkanlah (bumi) Dengan
kakimu " (setelah ia melakukannya maka
terpancarlah air, lalu Kami berfirman
kepadanya): " ini ialah air sejuk untuk mandi
dan untuk minum (bagi menyembuhkan
penyakitmu zahir dan batin) ".

Sabar adalah sebahagian daripada
iman, orang yang tabah akan selalu
mendapat rahmat dari Allah. Sebaliknya
orang yang bersifat tergesa-gesa akan
mengalami kerugian yang amat besar.

Sampai sini sahaja kisah saya pada kali ini
. Sekian, wabillahi taufik wal hidaya
wassallamu alaikum warah matullahi
wabarakatuh.












TAJUK :
KISAH NABI MUSA A.S.
MENUNTUT ILMU

Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.

Terima kasih pengerusi majlis, barisan
panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-
guru, seterusnya hadirin sekalian.
Pernahkah kawan-kawan mendengar cerita
tentang kisah Nabi Musa a. s. menuntut
ilmu? Begini ceritanya kawan-kawan..
Pada suatu hari , selepas Nabi Musa
berucap , bangkitlah seorang lelaki lalu
bertanya, Wahai Musa! Siapakah manusia
yang paling pandai? Dengan pantas
baginda menjawab Aku!, Bertanya lagi
Adakah pernah kau tahu, ada orang lebih
berilmu daripada kau? Tidak! jawab
baginda. Tetapi jawapan baginda segera
ditegur Allah . Lantas wahyu
diturunkan menyatakan ada lagi seorang
hamba-Nya yang lebih berilmu
.Baginga insaf dengan teguran Allah
itu, lantas bertanya Wahai Tuhanku,
bagaimana caranya aku dapat
menemuinya? Allah menjawab: Bawalah
ikan ke dalam tempat sangkar dan sekiranya
ikan tersebut hilang, di situlah kamu akan
bertemu dengan hambaKU itu. Bersama
seorang pengikutnya, Yusak Bin Nuh, Nabi
Musa bermusafir mencari lelaki soleh
tersebut hingga menemuinya di satu tempat
di mana bertemunya dua lautan.Firman
Allah dalam surah Al Khafi ayat 60 :
) O ^ ) 4 [ %
` N O < E / _ g E 4 O +
4 E / O E E _ - u E =
/ ` 4 ; E 7 E
- ^ l 4 4 C u } ^
Ertinya : Musa berkata kepada temannya:
"Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga
Aku sampai di tempat pertemuan dua laut
itu.
Tahukah kawan-kawan bahawa sifat riak
adalah merupakan salah satu sifat yang
paling dibenci oleh Allah S.W.T,.Oleh itu
marilah kita menjauhi daripada sifat
tersebut.



Hadirin sekalian...
Setelah berjalan jauh mereka berdua
akhirnya sampai di sebuah batu lalu berhenti
rehat . tiba-tiba ikan yang berada di dalam
sangkar itu meronta-ronta dan selanjutnya
terjatuh ke dalam air. Dengan kuasa Allah
SWT terbentuklah aliran air sehingga
memudahkan ikan sampai ke laut. Yusya
terpegun memerhatikan kebesaran Allah
menghidupkan semula ikan yang telah mati
itu.Selepas menyaksikan peristiwa yang
sungguh menakjubkan dan luar biasa itu,
beliau tertidur dan. Kemudian beliau lupa
untuk menceritakannya kepada Nabi Musa
a.s. Mereka kemudiannya meneruskan lagi
perjalanan siang dan malamnya hingga pada
keesokan paginya, Nabi Musa berkata
kepada Yusya

O = -Ee4 % E} 4
% +O4Eg
E4g>-47 4^47 !
-EEN ; ) 4L1 )
}g` 4^@EEc
-EOE- 4l=4^ ^gg
Ertinya : Bawalah ke mari makanan kita,
sesungguhnya kita telah merasa letih kerana
perjalanan kita ini. (Surah Al-Kahfi : 62)
Tiba-tiba Yusya teringat apa yang berlaku
semaasa mereka singgah di batu tadi, lalu
diceritakan apa telah berlaku kepada
baginda. Tiba-tiba , baginda segera teringat
sesuatu, bahwa mereka sudah menemukan
tempat pertemuan dengan hamba Allah yang
sedang dicarinya. Kini, kedua-dua mereka
berpatah balik untuk kembali ke tempat
tersebut. Baginda Musa berkata,
Itulah tempat yang kita cari.
Tiba-tiba Nabi Khidir dengan tegas,
Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan
sanggup bersabar bersama-samaku.
Wahai Musa, sesungguhnya ilmu yang
kumiliki ini ialah sebahagian daripada ilmu
kurniaan Allah yang diajarkan kepadaku
tetapi tidak diajarkan kepadamu wahai
Musa. Kamu juga memiliki ilmu yang
diajarkan kepadamu yang tidak
kuketahuinya. Nabi Musa seterusnya
berkata, Insya Allah tuan akan mendapati
diriku sebagai seorang yang sabar dan aku
tidak akan menentang tuan dalam sesuatu
urusan pun.Kemudian Nabi Khidir
selanjutnya mengingatkan, firman Allah
dalam surah (Surah Al-Kahfi : 70)
4 % p) *
/j_4u4lE>- E
/j_ = 4*O> }4N 7/E*
-/EEO E[guq
El +OuLg` - [ ^ . gO
^_
Ertinya Jika kamu mengikutiku, maka
janganlah kamu menanyakan kepadaku
tentang sesuatu pun sehingga aku sendiri
menerangkannya kepadamu.
Kawan-kawan, dalam menuntut ilmu
kita hendaklah sentiasa mematuhi segala
arahan yang diberikan oleh guru .
Sesungguhnya keberkatan ilmu yang kita
perolehi itu adalah daripada keredhaan guru.
Seterusnya Nabi Musa a.s. mengikuti
Nabi Khidir dan dalam perjalanan tersebut
terjadilah beberapa peristiwa yang menguji
diri Nabi Musa a.s. yang telah berjanji
bahawa baginda tidak akan bertanya sebab
sesuatu tindakan diambil oleh Nabi Khidir.
Kejadian pertama adalah apabila Nabi
Khidir menebuk perahu yang ditumpanginya
mereka. Nabi Musa tidak dapat menahan
hatinya untuk bertanya lantas beliau terus
bertanya. Nabi Khidir kemudian
memperingatkan janji tersebut, dan akhirnya
baginda meminta maaf kerana mengingkari
janjinya untuk tidak bertanya terhadap setiap
tindakan Nabi Khidir.
Apabila mereka sampai di satu daratan,
Nabi Khidir membunuh seorang anak yang
sedang bermain dengan kawan-kawannya.
Pembunuhan yang dilakukan oleh Nabi
Khidir tersebut membuat Nabi Musa tidak
dapat menahan dirinya untuk menanyakan
hal tersebut . Nabi Khidir kembali
mengingatkan janji tersebut , dan diberi
kesempatan terakhir untuk tidak bertanya.
jika beliau masih bertanya lagi maka
baginda harus rela untuk tidak meneruskan
perjalanan bersama Nabi Khidir.
Seterusnya mereka
meneruskan perjalanan hingga sampai di
kawasan perumahan. Mereka keletihan dan
meminta bantuan kepada penduduk sekitar.
Namun sikap penduduk tidak begitu mesra
dan tidak menerima kehadiran mereka. Hal
ini membuat Nabi Musa merasa kesal
.Setelah dikecewakan oleh penduduk, lalu
Nabi Khidir menyuruh baginda untuk
bersama-samanya memperbaiki tembok
suatu rumah yang rosak di daerah tersebut.
Nabi Musa menahan dirinya lagi untuk
bertanya terhadap sikap Nabi Khidir ini
yang membantu memperbaiki tembok rumah
setelah penduduk menzalimi mereka.
Akhirnya Nabi Khidir menegaskan bahawa
baginda tidak diterima sebagai muridnya
dan baginda tidak perlu lagi untuk terus
meneruskan perlajanan
Nabi Khidir turut menjelaskan mengapa
beliau melakukan hal-hal yang membuat
Nabi Musa bertanya.

Kejadian pertama adalah Nabi Khidir
membocorkan perahu yang mereka
tumpangi kerana perahu itu dimiliki oleh
seorang yang miskin dan di daerah itu
tinggallah seorang raja yang suka merampas
perahu miliki rakyatnya.
Kedua, Nabi Khidir
menjelaskan pembunuhan seorang anak
kerana kedua orang tuanya adalah pasangan
yang beriman dan jika anak ini menjadi
dewasa dapat mendorong ibu bapanya
menjadi orang yang sesat dan kufur.
Kematian anak ini digantikan dengan anak
yang soleh dan lebih mengasihi kedua ibu
bapanya hingga ke anak cucunya.
Ketiga, Nabi Khidir menjelaskan
bahawa rumah yang dinding diperbaiki itu
adalah milik dua orang adik-beradik yatim
yang tinggal di kota tersebut. Di dalam
rumah tersebut tersimpan harta benda yang
diwarisi untuk mereka berdua. Ayah kedua
adik-beradik telah meninggal dunia dan
merupakan seorang yang soleh. Jika tembok
rumah tersebut runtuh, maka ada
kemungkinan harta yang tersimpan tersebut
akan ditemukan oleh orang-orang di kota itu
yang sebagian besar masih menyembah
berhala, sedangkan kedua kakak beradik
tersebut masih cukup kecil untuk dapat
mengendalikan harta peninggalan ayahnya.
Kawan-kawan , kesabaran
adalah kunci utama dalam menuntut ilmu.
Setiap murid juga harus patuh dan
memelihara adab dengan gurunysa. Pernah
tak kita terbaca di dalam akhbar-akhbar
tentang gejala-gejala sosial yang berlaku
sekarang ini yang mana kebanyakannya
berkisar kepada keruntuhan akhlak pelajar
akibat tidak menghormati guru. Oleh itu,
marilah kita sama-sama menuntut ilmu agar
terhindar daripada gejala sosial ini.
Sampai setakat ini sahaja kisah saya kali ini
sekian.. Wabillaahi taufiq Walhidayah
Assalamualaikum Warahmattullahi
Wabarakatuh.






TAJUK :
PERISTIWA NABI ISA DIANGKAT KE
LANGIT

Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.
Terima kasih pengerusi majlis, barisan
panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-
guru, seterusnya hadirin
sekalian Terima kasih diucapkan kepada
tuan pengerusi majlis,, saya ingin
menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk :
Peristiwa nabi Isa diangkat ke langit.
Hadirin sekalian
Tahukan kawan-kawan sekalian, siapakah
baginda Isa a.s?...... Nabi Isa a.s dilahirnya
tanpa bapa.. Dengan ketaatan serta tidak
pernah ingkar suruhan Allah oleh ibu
baginda Maryam, dengan mukjizat Allah
maka Maryam mengandungkan baginda a.s .
Frman Allah dalam surah Ali Imran ayat 45
yang berbunyi..
C 4 E C 4 N .... ) p E ) - !
- C N 4 ] O + g
) E O l = ) / ` g) L u O +
- c O +
- ^ E O 1 E N g 1 O = /
- ^ ` 4 C 4 =
Ertinya ..."Wahai Maryam! bahawasanya
Allah memberikan khabar Yang
mengembirakanmu, Dengan (mengurniakan
seorang anak Yang Engkau akan
kandungkan semata-mata dengan) kalimah
daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih,
Isa Ibni Maryam,
Kawan-kawan...
Setiap kejadian yang berlaku ada hikmah
yang terbaik disebaliknya. Setiap perkara
yang terjadi adalah kehendakNya.
Jannganlah kita mempersoalkan apa yang
telah berlaku malah kita hendaklah berserah
dan redha dalam kehidupan kita walau apa
jua perkara menimpa. Perkara utama ialah
melakukan apa yang disuruh dan
meninggalkan apa yang dilarang.
Hadirin sekalian..


Setelah baginda dilahirkan, semasa
baginda masih dalam buaian baginda boleh
berkata-kata. Itulah Mukjizat Allah
S.W.T Setelah meningkat dewasa baginda
telah dijar oleh Allah mengajarnya ilmu
menulis, dan hukum-hukum aturan ugama,
dan juga kandungan Kitab-kitab Taurat dan
Injil.
Dengan Izin Allah, maka Nabi Isa
dilantik menjadi rasul dan utusan Allah
untuk kaumnya. Baginda meyeru kepada
kaumnya agar taat kepada Allah. Baginda
menyeru untuk kembali jalan yang benar.
Firman Allah dalam surah al Imran ayat
51 :
) p E ) - ! - O 4 . )
: / 4 O 4
N ; : + +
- E O E - O 4 O [
1 _ ) ` G O - 4
Ertinya :. "Sesungguhnya Allah ialah
Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu,
Beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan
Yang lurus".
Hadirin sekalian..
Nabi Isa a.s. telah dikurniakan mukjizat
mukjizat dari Allah S.W.T untuk
membuktikan akan kekuasaan Allah
terhadap kaumnya. Antara mukjizat baginda
membuat bentuk seekor burung dari tanah
liat kemudian ditiup padanya lalu
menjadilah ia seekor burung (yang
hidup). Baginda boleh menyembuhkan
orang buta sopak, baginda boleh
menghidupkan kembali orang-orang yang
mati
Ya kawan-kawan ,
Mukjizat adalah adalah satu keistimewaan
yang Allah telah berikan kepada rasulNya.
Kita hendaklah percaya akan kekuasaan
Allah. Janganlah kita bersandarkan kuasa
yang lain selain dari kuasa Allah. Pada masa
sekarang kita lihat, ramai lagi masih percaya
dengan perkara yang khurafat dyang
kononnya kuasa yang mereka puja itu dapat
membantu mereka dan menyelesaikan
kesulitan mereka
Hadirin sekalian
Usaha nabi Isa a.s dalam menyampaikan
dakwah telah mendapat tentangan yang amat
amat hebat daripada pengikut ajaran nabi
Musa a.s yang telah diselewengkan oleh
bangsa Yahudi semata-mata untuk
mendapatkan keuntungan duniawi.
Pelbagai usaha yang kaumnya lakukan
untuk membunuh dan melenyapkan baginda
dari dunia ini. Allah Maha Kuasa . Setiap
apa yang dirancang oleh kaumnya akan
menemui jalan buntu. Firman Allah dalam
Surah Al-Imran ayat 54 ;
( 4 ` 4 : E N - 4 ` 4 : E 4
+ ! - ( + ! 4 - = E O +
- ^ E @ 4
Ertinya : Dan orang-orang (Yahudi Yang
kafir) itupun merancangkan tipu daya
(hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah
pula membalas tipu daya (mereka); dan
(ingatlah), Allah sebijak-bijak Yang
membalas (dan menggagalkan Segala jenis)
tipu daya
Kawan-kawan..
Janganlah menggunakan agama Allah
untuk mendapatkan keuntungan di dunia
semata-mata kelak nanti kita akan binasa.
Sebagaimana kita lihat sekarang, ramai
manusia mempergunakan agama Islam
walhal mereka bukan orang betul-betul
beramal dengan agama islam tetapi
mempergunkan untuk mengaut
keuntungan yang berganda. Dan janganlah
menngunakan pelbagai helah untuk
mendapat keuntungan yang akhirnya pasti
akan memakan diri.

Tersebutlah kisah Yahuda celaka
Terpedaya dengan kebendaan
dunia
Sanggup mengkianati kawan
sebaya Pantun
Akibta angkara yahudi durjana

Allah s.w.t telah mengubah wajah
Yahuda serupa dengan nabi Isa tanpa ada
perbezaannya walaupun sedikit. Yahuda
merupakan seorang murid yang terpilih,
akan tetapi dia sanngup mengkianati
Baginda ini akibat angkara yahudi.

Dengan kekuasaan Allah S.W.T turunlah
firman Allah dalam surah Ali Imran ayat
3.55 yang berbunyi
) O ^ ) 4 % + ! -
C 4 g 1 O = / - ) + )E O )
` N - 4 O 4 g O
4 O 4 - g N l E ) O )
4 ` N C _ )- N E ` g ;
g 4 % - ! - ( E N -
Ertinya : (ingatlah) ketika Allah berfirman:
"Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan
mengambilmu Dengan sempurna, dan akan
mengangkatmu ke sisiKu, dan akan
membersihkanmu dari orang-orang kafir,
Hadirin sekalian
Setelah nabi Isa a.s diangkat oleh
malaikat ke langit ketiga , maka berlakulah
keajaiban yang sememangnya sukar
dipercayai dengan akal manusia tanpa
keimanan yang teguh kepada Allah s.w.t.
seluruh anggota Yahuda berubah bagaikan
kilat, seterusnya turut sama berubah seperti
suara nabi Isa a.s. Dia ditangkap lalu
dibunhu oleh kaum yahudi.
Ya kawan-kawan...
Janganlah kita menjadi orang-orang yang
mengkhianati kawan kita sendiri.
Mengkianati kawan sendiri akan membawa
padah yang memakan diri sendiri. Pada hari
ini kita lihat, ramai manusia
mempergunakan kawan-kawan untuk
mengaut keuntungan kepada diri sendiri.
Isa Al Masih rasul ajaib
Pantun
Lahir kedunia tidak berbapa
Wafatnya baginda bukan di salib
Tetapi di ganti Yahuza durjana

Sekian sahaja kisah saya pada hari ini.
Wabillahitaufiq walhidayah
assalamualaikum warohmatullahhi
wabarakatuh.





KISAH KETABAHAN
NABI AYYUB A.S

Yang mulia tuan pengerusi majlis,
barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan
seperjuangan sekalian.
Assalamualaikum dan selamat
sejahtera.
Berjalan-jalan ke Tanjung Jara,
Bermain pasir bersama rakan,
Kisah Nabi Ayub pilihan cerita,
Mari bersama kita dengarkan.
(pantun)
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Tersebutlah kisah suatu cerita,
Kisah Nabi Ayyub diuji Ilahi,
Sifatnya alim, beriman dan bertakwa
Digoda iblis yang iri hati (Syair)
Rakan-rakan sekalian,
Salah seorang malaikat telah berkata;
Aku tidak pernah melihat seorang
manusia yang hidup
diatas bumi Allah yang lebih baik dari
hamba Allah Ayyub. Dia adalah seorang
mukmin sejati dan ahli ibadah yang
tekun. Walaupun mempunyai harta
yang banyak, namun sebahagiannya
digunakan untuk menolong orang fakir
miskin. Hari-harinya terisi penuh
dengan ibadah, sujud
kepada Allah dan bersyukur atas
segala nikmat yang yang ada. Para
malaikat mengakui kebenaran itu
bahkan menyebut lagi beberapa sifat
dan tabiat yang lain yang ada pada diri
Nabi Ayyub.
Hadirin sekalian,
Percakapan para malaikat yang
memuji-muji Nabi Ayyub itu didengar
oleh Iblis laknatullah yang sedang
berada tidak jauh dari tempat mereka
berkumpul. Mereka merasa panas hati
dan jengkel mendengar kata-kata
pujian para malaikat. Mereka tidak
rela melihat seorang dari anak cucu
anak Nabi Adam menjadi seorang
mukmin yang baik, ahli ibadah yang
tekun dan melakukan amal soleh.
Maka pergilah Iblis mendatangi Nabi
Ayyub untuk melihat sejauh mana
kebenaran pujian para malaikat itu.
Ternyata memang benar Nabi Ayyub
patut mendapat segala pujian itu.
Siang dan malam sentiasa berada di
mihrabnya untuk melakukan solat,
berzikir, bertasbih dan bertahmid. Iblis
pun menggoda Nabi Ayyub supaya asyik
kepada dunia namun usahanya gagal.
Telinga Ayyub pekak terhadap segala
bisikannya dan hatinya sudah penuh
dengan iman dan takwa. Cinta dan
taatnya kepada Allah merupakan
benteng daripada serangan godaan
Iblis laknatullah.
Hadirin yang dikasihi,
Akan tetapi Iblis laknatullah masih
tidak berputus asa lalu
menghadap Allah untuk menghasut. Ia
berkata : Wahai Tuhan, sesungguhnya
Ayyub yang menyembah, bertasbih dan
bertahmid menyebut nama-Mu, tidak
berbuat demikian seikhlas dan setulus
hatinya kerana cinta dan taat pada-
Mu. Ia melakukan semua itu kerana
takut akan kehilangan semua
kenikmatan duniawi yang
telah Engkau kurniakan kepadanya.
Lalu Allah berfirman : Sesungguhnya
Ayyub adalah seorang hamba-Ku yang
sangat taat kepada-Ku, ia seorang
mukmin sejati, apa yang ia lakukan
untuk mendekati dirinya kepada-Ku
adalah semata-mata didorong oleh
iman yang teguh dan taat yang bulat
kepada-Ku.
Seterusnya Allah mencabar iblis supaya
menggoda Nabi Ayyub yang terkenal
sebagai seorang yang beriman dan
bertakwa.
Hadirin sekalian,
Setelah itu, iblis pun mengumpulkan
syaitan-syaitan, pembantunya dan
bersepakat untuk merosakkan aqidah
dan iman Nabi Ayyub. Caranya ialah
dengan memusnahkan harta
kekayaannya sehingga ia menjadi
seorang yang miskin, mencerai-
beraikan keluarganya sehingga ia
menjadi sebatang kara. Nabi Ayyub
juga diuji dengan penyakit kulit yang
teruk dan bermacam-macam penyakit
yang lain sehingga baginda menjadi
sangat kurus. Isteri yang dikasihinya
juga meninggalkannya lantaran
termakan pujukan syaitan durjana.
Maka tinggallah Nabi Ayyub sendirian
dalam kesakitan namun baginda tetap
tabah dan sabar kerana yakin dan
beriman bahawa Allah sentiasa
bersamanya.
Rakan-rakan sekalian,
Nabi Ayyub dipilih sebagai nabi dan
teladan yang baik bagi hamba-hamba-
Nya sehingga dikenali sebagai simbol
kesabaran. Pengajaran dari cerita ini
ialah : Pertama : Kita hendaklah
beriman kepada Allah dengan sebenar-
benarnya. Kedua : Kita hendaklah
sabar dalam menghadapi apa jua
dugaan dan cabaran. Allah sentiasa
bersama kita.
Sekian saja cerita saya..Sekian, terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai