Anda di halaman 1dari 9

Rasulullah Model Ummah(putera )

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬ . ‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العلمين وبه نستعين وعلى أمور الدنيا والدين‬
‫والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين وعلى أله وصحبه‬
.‫أجمعين‬
Segala puji bagi allah s.w.t yang telah mengumpulkan kita
di tempat yang baik ini
Al-hamdulillah .
Selawat dan salam kepada junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w yang telah
diutuskan oleh allah s.w.t untuk menunjukkan jalan yang benar,menegakkan panji-panji
kebenaran serta menyampaikan rahmat allah kepada kita sekelian.

Yang saya hormati tuan pengerusi majlis.barisan panel hakim yang sentiasa berdiri
utuh dineraca keadilan.perjaga masa yang tidak alfa walau sesaat serta hadhirin
hadhirat yang saya muliakan

Tajuk syarahan saya ialah RASULU LLAH MODEL UMMAH”

Para hadirin hadirat yang dimulikan.

Baginda diutus sebagai Rasul untuk membawa rahmat kepada sekalian


alam seperti maksud firman Allah

"Dan tiadalah kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan


untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam" (surah al-Anbiya:107).

Misinya adalah membina masyarakat rabbani yang dinaungi 'Nur Ilahi'

Baginda juga diutus ke alam ini untuk menyempurnakan budi pekerti


yang mulia. Akhlak baginda adalah pancaran daripada nilai-nilai al-
Quran
Justeru, selaku umat Islam, kita dituntut mencontohi akhlak Rasulullah
SAW.
Terdapat banyak sifat dan akhlak mulia Nabi yang boleh dipelajari,
dihayati dan diamalkan. Antara sifat-sifat kekuatan diri baginda yang
patut dijadikan ikutan ialah tawaduk, pemalu, siddiq, amanah, fatanah,
tabah, sabar, syukur, pemaaf, bertakwa, beristiqamah, . Nabi juga
memiliki al-hikmah (kebijaksanaan) dan Al-Iffah (pengawasan diri).

Nabi juga menjadi contoh ikutan dalam beribadah. Dalam beribadah dan
beramal sholeh, baginda mengajar tentang al-ihsan

Apa itu al-ihsan ?


". 'Al-ihsan' merangkumi segala bentuk kebaikan yang dibuat oleh
manusia semata-mata untuk mendapat keredaan Allah SWT

Rakan –rakan yang dikasihi sekelian,

Baginda s.a.w. juga mengajar umat Islam membantu meringankan


kesusahan saudara Muslimnya dan membantu golongan miskin.
Nabi menegah umat Islam mendedahkan aib atau keburukan saudara
Muslimnya supaya keburukannya ditutup Allah di dunia dan di akhirat
kelak.
Nabi Muhammad SAW merupakan pendidik yang cukup unggul dalam
membangun peribadi insan. Antara sifat-sifat Rasulullah sebagai
pendidik yang boleh dijadikan contoh ialah murabbi,
mualim dan muaddib. Nabi menjadikan al-Quran sebagai sumber
tarbiyah serta bersifat sabar dan menggunakan pelbagai kaedah dalam
mendidik.
Dalam mengurus dan mengendalikan rumah tangga Rasulullah sentiasa
bergaul secara maaruf dengan isteri dan ahli keluarganya.
.
Dari segi kepemimpinan, Rasulullah adalah seorang pemimpin agung
yang memiliki sifat-sifat kepimpinan yang tinggi.
Kepemimpinan baginda sangat menekankan aspek integriti seperti
amanah, bertanggungjawab, telus dan jujur. Baginda memiliki
kemampuan untuk menyusun strategi, bersifat berani, tegas dan
berprinsip tetapi dalam masa yang sama baginda bersifat pemaaf dan
pemurah.
Kesimpulan,

di tengah-tengah arus masyarakat yang semakin subur dengan sifat-sifat


mazmumah (keburukan), maka wajarlah umat Islam kembali
mencontohi akhlak Rasulullah SAW

Firman Allah SWT:

‫لقد كان لكم فى رسول هللا أسوة حسنة‬

"Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh


ikutan yang baik, (Al Ahzab:21)
2..Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik bagi seluruh umat manusia. Hari ini
ramai tokoh yang lahir tampil mengagumkan kita, namun personaliti Rasulullah
dan kebijaksanaan Baginda telah membawa perubahan kepada dunia seluruhnya
sejak lebih 1,400 tahun lalu.

Baginda telah menampilkan transformasi yang besar kepada aspek sosial


masyarakat, aspek pemerintahan dan aspek keteladanan yang boleh dicontohi
pengikut

Rasulullah model ummah..

Sekian,wabillahitaufiqwalhidayah wassalamualaikum
2.1.2015 Rasulullah Teladan Ummah
Nabi Sallallahu Alaihi wa-Sallam adalah insan pilihan yang diutuskan oleh
Allah Subhanahu wa-Taala untuk kesejahteraan sekalian alam. Sejarah
membuktikan kehidupan manusia sebelum diutuskan Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi wa-Sallam atau lebih dikenali dengan zaman
jahiliyyah yang mana manusia ketika itu menyembah berhala dan
melakukan pelbagai kezaliman.
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi wa-Sallam telah diutuskan, maka
kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat dapat
diwujudkan. Begitu juga persaudaraan dapat dibina, manakala kaum wanita
telah diberikan kedudukan dan golongan yang lemah juga telah terbela.
Inilah janji Allah Subhanahu wa-Taala yang telah menyatakan bahawa
perutusan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi wa-Sallam itu sebagai rahmat
bagi seluruh alam. Firman Allah Subhanahu wa-Taala dalam surah al-Anbia
ayat 107:
Yang bermaksud: Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad)
melainkan
untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Ketinggian dan keluhuran peribadi Rasulullah Sallallahu Alaihi wa-


Sallam terlalu banyak untuk kita perkatakan. Antaranya
Ketegasan dalam menegakkan kebenaran menjadi tanda kemantapan iman
Baginda dan tidak pernah memutuskan sesuatu perkara itu menurut nafsu
dan keinginan peribadi. Baginda Sallallahu Alaihi wa-Sallam juga seorang
yang berjiwa kental dan tidak pernah tunduk kepada sebarang tawaran
kebendaan daripada pihak musuh sebagaimana hadis Baginda Sallallahu
Alaihi wa-Sallam yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim.

‫يف‬
ُ ‫ق فِ ِيه ُم الش َِّر‬ َ ‫ِين قَ ْبلَ ُك ْم أنَّ ُه ْم كَانُوا إِذَا‬
َ ‫س َر‬ َ ‫إنَّ َما أ ْهلَ َك الَّذ‬
ِ‫علَ ْي ِه ال َح َّد َوا َ ْي ُم هللا‬َ ‫يف أَقَا ُموا‬ُ ‫ض ِع‬ َّ ‫يه ُم ال‬ِ ‫ق ِف‬ َ ‫ت َ َركُوهُ َو ِإذَا‬
َ ‫س َر‬
‫س َرقَتْ لَقَ َط ْعتُ يَ َد َها‬َ ‫اط َمةَ ِب ْنتُ ُم َح َّم ٍد‬
ِ َ‫أن ف‬ َّ ‫لَ ْو‬
Yang bermaksud: Sesungguhnya orang sebelum kamu binasa kerana
apabila ada orang berpengaruh antara mereka yang mencuri dibiarkannya.
Dan apabila orang lemah yang mencuri mereka akan menegakkan hukum
ke atasnya. Demi Allah, andaikata Fatimah binti Muhammad mencuri
nescaya aku potong tangannya.
Ketekunan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa-Sallam dalam melaksanakan
ibadah digambarkan melalui kesungguhan Baginda Sallallahu Alaihi wa-
Sallam ketika mendirikan solat sehingga bengkak kakinya. Peristiwa ini
diceritakan oleh Aisyah RA. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-
Bukhari.

‫َان يَقُو ُم‬ َ ‫سلَّ َم ك‬ َ ‫علَ ْي ِه َو‬ َّ ‫صلَّى‬


َ ُ‫َّللا‬ ِ َّ ‫أ َ َّن نَ ِب َّي‬
َ ‫َّللا‬
ُ‫ِم َن اللَّ ْي ِل َحتَّى تَتَفَ َّط َر قَ َد َماهُ فَقَالَتْ عَائِشَة‬
‫َّللاُ لَ َك‬
َّ ‫غفَ َر‬ َ ‫َّللاِ َوقَ ْد‬
َّ ‫سو َل‬ ُ ‫صنَ ُع َهذَا يَا َر‬ ْ َ ‫ِل َم ت‬
‫ب‬ُّ ‫َما تَقَ َّد َم ِم ْن ذَ ْن ِب َك َو َما تَأ َ َّخ َر قَا َل أَفَ َال أ ُ ِح‬
‫ُورا؟‬
ً ‫شك‬ َ ‫ع ْبدًا‬ َ ‫ُون‬ َ ‫أ َ ْن أَك‬
Yang bermaksud: Bahawasanya Nabi melakukan qiyamul lail hingga
bengkak kedua tapak kakinya. Maka Aisyah RA. berkata kepada Baginda:
"Mengapa engkau melakukannya seperti ini wahai Rasulullah pada hal Allah
telah mengampuni dosa engkau yang telah lalu dan yang akan datang?
Rasulullah Sallallahu Alaihi wa-Sallam menjawab: Apakah tidak boleh untuk
aku ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur?"
Kemuliaan akhlak Rasulullah Sallallahu Alaihi wa-Sallam hendaklah
dijadikan teladan secara mutlak dan dicontohi oleh manusia sepanjang
kehidupan ini. Kesempurnaan dan kemuliaan akhlak Rasulullah Sallallahu
Alaihi wa-Sallam juga telah diperakui oleh Allah Subhanahu wa-
Taala dalam Surah al-Qalam ayat 4 :
SYARAHAN PUTERI TAHAP 2 ( 2016 ) SASJ

m/s 1
RASULULLAH TOKOH TRANSFORMASI
Sesungguhnya, kelahiran Nabi Muhammad S.A.W membawa rahmat, makrifat,
mukjizat dan syafaat kepada seluruh alam. Baginda adalah kekasih Allah dan
penghulu segala nabi dan rasul. Melalui bagindalah, hari ini kita dapat merasai
nikmat iman dan Islam sebagai bekalan menuju hari abadi.

Firman Allah dalam surah al-Anbiya�, ayat 107 yang bermaksud: �Dan tiadalah
Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat
bagi sekalian alam�, menerangkan betapa Rasulullah adalah manusia paling
agung dan dimuliakan segala makhluk yang ada di bumi sehingga hari kiamat.

Rasulullah adalah contoh dan model unggul umat Islam. Kredibiliti dan
ketrampilan baginda terserlah sebagai seorang bapa yang mulia, suami mithali,
pemimpin adil dan nabi yang agung. Firman Allah dalam surah al-Ahzab, ayat 21

……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

yang bermaksud: �Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu menjadi contoh


paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu�.
HADHIRIN HADHIRAT YANG DIKASIHI SEKELIAN

Islam yang dibawa baginda kekal relevan, segar dan memenuhi cita rasa manusia
di muka bumi ini, melalui perantaraan kitab suci al-Quran yang komprehensif,
akomodatif dan informatif.

Perspektif undang-undang, sosioekonomi, pertanian, teknologi dan pelbagai


dimensi yang mencakupi seluruh persoalan kehidupan manusia turut menjadi
sunnah warisan dan khazanah paling berharga Rasulullah kepada kita.

keseluruhan sunnah Rasulullah adalah bekal yang dapat menghidupkan hati


pengikutnya, membawa mereka kepada darjat keimanan dan ketakwaan yang
tinggi, kebaikan, menjauhi keburukan, membangun keperibadian di sisi akidah,
ibadah, akhlak, fizikal, pemikiran dan sosial dengan kuat dan sempurna.

m/s 2

Menelusuri sirah kehidupan baginda, jelas membuktikan kebolehan, kewibawaan


dan kebijaksanaannya sebagai ahli ekonomi, usahawan dan ahli perniagaan yang
produktif; penternak yang gigih; ahli politik yang mapan, tokoh pendidik yang
cemerlang dan sebagainya.

Produk dan graduan modal insan yang dilatih, dididik dan dicanai baginda
melahirkan generasi emas umat Islam seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan
sahabat lain. Mereka berjaya melakukan transformasi dan reformasi hebat hingga
Islam mampu memimpin hampir tiga per empat keluasan dunia.
Tunas Islam yang tumbuh dan berkembang selepas era itu adalah ikon pewaris,
pejuang dan penyelamat Islam yang sebenar.

PARA PENDENGAR SEKELIAN.

Watak Rasulullah dibentuk oleh Allah melalui al-Quran. Sifat-sifat Nabi terserlah
daripada peribadinya yang mulia, kebijaksanaan Baginda dalam memimpin negara,
berlemah-lembut dan berhikmah dalam berdakwah serta berwasatiah
(bersederhana) dalam soal kehidupan harian. Malah Rasulullah sentiasa
mempamerkan budi pekerti yang baik dan terpuji kepada umatnya.
Allah telah memberi tarbiyah kepada Baginda menjadi seorang yang jujur, amanah
dengan menghadiahkan Nabi pengalaman hidup yang mendidik Baginda seorang
yang terpuji. Terpuji kerana sifatnya yang tidak pernah menyembah berhala,
sentiasa melihat dan merenung terhadap persekitaran dan kekayaan alam
sekelilingnya.

RASULULLAH TOKOH TRANSFORMASI

Hadhirin hadhirat dirahmati allah sekelian.

Banyak teladan dan contoh ikutan ditunjuMuhammad buat pedoman remaja dan
belia. Sesungguhnya kehidupan seorang pemuda dan pemudi Islam tidak dapat lari
daripada menjadikan Rasulullah sebagai model ikutan sepanjang zaman.

Cara dan gaya mendidik remaja menghayati sirah harus bersesuaian dengan jiwa
remaja iaitu ke arah mematangkan remaja dan melatih mereka berfikir sebagai
manusia yang bertanggungjawab memikul amanah yang telah Rasulullah
tinggalkan kepada setiap umat Islam.

M/S 3

Selain itu, Rasulullah harus ditonjolkan sebagai tokoh di zaman remaja Baginda.
Ketokohan Baginda sebagai tokoh perniagaan sejak remaja lagi menyerlahkan
Baginda sebagai ahli perniagaan remaja yang pintar membina strategi perniagaan
berlandaskan nilai murni dan kejujuran.

Beliau ialah tokoh remaja yang kata-katanya dipercayai setiap lapisan masyarakat,
tidak kira tua atau muda. Di sini, Rasulullah telah menetapkan asas kukuh bagi
peribadi anak muda yang ingin bergerak aktif dan berjaya dalam bidang perniagaan
iaitu bersifat amanah dan bertanggungjawab selain daripada mengetahui kemahiran
dan strategi dalam perniagaan, walaupun masih baru dalam bidang tersebut.

Selain diri Rasulullah sendiri, sirah Baginda juga menampilkan ramai tokoh remaja
lain yang gemilang hasil didikan Rasulullah seperti Ali bin Abi Talib, Usamah bin
Zaid ,Tariq bin Ziyad, Abdullah bin Zubair, Fatimah binti Muhammad, Aisyah
binti Abu Bakr dan ramai lagi tokoh remaja yang menonjol kewibawaannya dalam
masyarakat. Rasulullah telah berjaya mendidik mereka mewarisi peribadi unggul
dan keberanian dalam menegakkan agama Islam.

Kesimpulannya.

1. Di tengah-tengah arus masyarakat yang semakin subur dengan sifat-sifat


mazmumah (keburukan), maka wajarlah umat Islam kembali mencontohi
akhlak Rasulullah SAW
2. Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik bagi seluruh umat manusia. Hari ini
ramai tokoh yang lahir tampil mengagumkan kita, namun personaliti
Rasulullah dan kebijaksanaan Baginda telah membawa perubahan kepada
dunia seluruhnya sejak lebih 1,400 tahun lalu.
3. Baginda telah menampilkan transformasi yang besar kepada aspek sosial
masyarakat, aspek pemerintahan dan aspek keteladanan yang boleh
dicontohi pengikut.

Sesungguhnya, kelahiran Nabi Muhammad s.a.w membawa rahmat seluruh alam.

(rahmatan lil-alamin) seperti firman Allah surah al-Anbiya: ayat 107

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………….

m/s 4
Artinya.

"Dan tiadalah kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk


menjadi rahmat bagi sekalian alam" (surah al-Anbiya:107). Misinya adalah
membina masyarakat rabbani yang dinaungi 'Nur Ilahi' (cahaya ketuhanan).

Anda mungkin juga menyukai