Anda di halaman 1dari 4

KAFFARAH BUNUH

Kesalahan kaffarah sahaja ke atas orang-orang yang melanggar sesuatu larangan di dalam
beberapa jenis ibadah dan juga jenayah,termasuk jenayah pembunuhan.
Hukuman kaffarah ini bersumberkan firman Allah Taala dalam Surah al-Nisa, ayat 92 (yang
bermaksud) :
Dan barangsiapa membunuh seseorang Mukmin secara tersalah hendaklah ia
memerdekakan seorang hamba sahaya yang beriman serta membayar diyat yang diserahkan
kepada keluarga (mangsa bunuh) melainkan jika ia bersedekah. Jika ia (mangsa bunuh) itu
dari kaum yang memusuhi kamu pada hal ia beriman maka hendaklah (pembunuh)
memerdekakan hamba sahaya yang beriman dan jika (mangsa bunuh) itu dari kaum kafir
yang ada perjanjian damai antara mereka dengan kamu, maka hendaklah (pembunuh)
membayar diyat yang diserahkan kepada keluarga (mangsa bunuh) serta memerdekakan
hamba sahaya yang beriman. Barangsiapa yang tidak memperolehinya hendaklah ia
(pembunuh) berpuasa dua bulan berturut-turut untuk penerima taubat daripada Allah dan
adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana
Ayat di atas pada zahirnya menunjukkan bahawa hukuman kaffarah adalah
diwajibkan kerana membunuh secara tidak sengaja dan membunuh menyerupai dengan
sengaja. Akan tetapi ulamak berselisih pendapat mengenai hukuman kaffarah ini sama ada
ianya juga diwajibkan ke atas penjenayah yang membunuh dengan sengaja atau tidak.
Pendapat Ulama
Imam al-Shafie berpendapat bahawa kaffarah adalah diwajibkan ke atas penjenayah
yang membunuh secara sengaja, kerana kalaulah hukuman ini diwajibkan ke atas pembunuh
yang tidak sengaja dan yang menyerupai sengaja maka lebih-lebih lagi hukuman kaffarah
ini diwajibkan kerana kesalahan membunuh secara sengaja. Pendapat ini diasaskan kepada
riwayat daripada Wasilah binti al-Asqaq yang menyatakan bahawa ketika Nabi Muhammad
s.a.w. datang menemui kami, degnan membawa seorang yang telah diwajibkan hukuman
bunuh, baginda telah bersabda :
Maksudnya :
Merdekakanlah seorang hamba untuknya, nescaya Allah akan memerdekakan
daripada api neraka bagi setiap anggota tubuh badannya

Imam Abu Hanifa, Malik dan Ahmad berpendapat bahawa bagi penjenayah bunuh
secara sengaja tidak diwajibkan hukuman kaffarah, kerana nas-nas mengenai pembunuhan
secara sengaja dengan jelas menyebutkan bahawa hukumannya ialah qisas dan tidak
menyebutkan hukuman kaffarah baginya. Selain daripada itu terdapat riwayat yang
menyatakan bahawa Suwaid binti al-Samit yang di dapati bersalah membunuh seorang lakilaki di zaman Rasulullah s.a.w. telah diwajibkan hukuman qisas sahaja dan tidak tidak
diwajibkan hukuman kaffarah. Begitu juga diriwayatkan bahawa Umru ibn Umayyah
didapati bersalah membunuh dua orang pada masa Rasulullah telah dijatuhkan hukuman
qisas dan tidak dikenakan hukuman kaffarah.

Oleh kerana kaffarah merupakan hukuman yang telah ditetapkan syarak, ianya mesti
disabitkan melalui nas-nas dan tidak boleh disabitkan melalui qias. Sedangkan tidak terdapat
nas yang menunjukkan kewajipan hukuman kaffarah bagi penjenayah yang membunuh
dengan sengaja. Walau bagaimanapun Imam Malik menyarankan supaya penjenayah yang
membunuh dengan sengaja itu dikenakan hukuman kaffarah jika hukuman qisas
digugurkan daripada penjenayah yang membunuh dengan sengaja sama ada kerana sebabsebab yang menghalang hukuman qisas ataupun kerana penjenayah itu telah dimaafkan.

Definisi
Dari sudut bahasa :(al-Kafru) yang bermaksud menutup. Dinamakan kafarah kerana ia
menutup dosa dan mendapat keringanan daripada Allah s.w.t.
Dari sudut Istilah :ia bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa
membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu
penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakkannya.

Definisi kaffarah sebahagian pendapat ulama


Sesuatu balasan yang menakutkan sama seperti pembalasan hudud atau tazir.

Jenis-jenis Kaffarah
1) Membunuh dengan sengaja
2) Membunuh tidak sengaja
3) Separuh sengaja

Pembunuhan Dengan Segaja :


Seseorang yang melakukan pembunuhan ke atas orang lain dengan sengaja dengan
menggunakan sesuatu alat yang biasanya boleh mematikan.Misalnya dipukul dengan batu
berat,atau tongkat yang tajam,atau ditumbuk dengan tangannya berturut-turut.
Hukuman
Bagi ulama yang menerima kaffarah sebagai hukuman bagi penjenayah bunuh
secara sengaja maka kaffarahnya ialah dengan memerdekakan seorang hamba sahaya yang
beriman. Jika sekarang ini tidak ada hamba tetapi berkemampuan, maka kenalah bersedekah
sebanyak nilai seorang hamba yang akan dinilai dengan berpuasa dua bulan berturut-turut.
Jika berpuasa pun dia tidak mampu juga, maka ianya tetap menjadi kewajipan sehingga dia
berpuasa, maka bolehlah dia memberi makan kepada 60 orang miskin berqiaskan kepada
hukuman qisasnya bagi kesalahan zahir. Akan tetapi pendapat ini tidak dapat diterima
kerana Allah S.W.T menyebutkan mengenai hukuman kaffarah itu hanya memerdekakan
hamba dan berpuasa 60 hari berturut-turut. Sebaliknya tidak menyebutkan tentang memberi
makan kepada orang-orang miskin.

Pembunuhan Tidak Sengaja :


Seseorang itu membunuh tanpa niat.Misalnya seseorang itu ingin bergurau dengan
rakannya di tepi sungai,lalu dia menolak rakannya itu ke sungai dengan niat ingin bergurau
tanpa mengetahui bahawa rakannya itu tidak pandai berenang lalu rakannya itu matilemas di
dalam sungai.Maka ini dipanggil pembunuhan tanpa niat atau tidak sengaja.
Hukuman
Mengikut hukum asal,hukuman bagi kesalahan ini adalah diyat sama seperti dalam
kes terdahulu dan juga hukuman kaffarah.Hukuman alternatif, ialah memerdekan seorang
hamba yang beriman dan tiada hukamn tazir dikenakan.Hukuman ikutan (tabiyyah) iaitu
haram menerima harta pusaka dan haram menerima wasiat.

Pembunuhan Separuh Sengaja :


Seseorang yang melakukan pembunuhan ke atas orang lain dengan sengaja juga
dengan menggunakan sesuatu alat yang biasanya tidak boleh mematikan.Misalnya dipukul
dengan batu ringan,atau tongkat yang kecil,atau ditumbuk dengan tangannya tidak berturutturut.Walaupun perbuatan ini tidak dilakukan dengan sengaja,tapi pada lazimnya,ia tidak
boleh mematikan.Tapi tiba-tiba orang itu mati.Inilah yang dipanggil pembunuhan separuh
sengaja.
Hukuman
Hukuman asal bagi kesalahan ini ialah diyat seperti dalam kes pembunuhan sengaja
dan hukuman kaffarah.Hukuman alternatif,bagi kes ini dikenakan tazir sebagai hukuman
alternatif kepada hukuman diyat dan puasa sebagai alternatif bagi hukuman kaffarah.Hukman
ikutan (tabiyyah) terdapat 2 hukuman bagi kesalahan ini ialah haram haram menerima
pusaka dan haran menerima wasiat.

Pembunuhan Sengaja Yang Dimaafkan Wali atau Ahli Waris Yang Dibunuh
Seseorang itu sengaja membunuh orang lain secara kejam dengan menggunakan
sesuatu alat yang boleh mematikan.Misalnya pisau,keris,pistol,senapang,dihempetkan batu
besar sehingga mati,menikam mangsa tertubi-tubi dan perkara-perkara yang boleh
menyebabkan kematian maka si pembunuh haruslah memohon maaf kepada ahli waris si mati
lalu ahli waris memaafkan si pembunuh itu barulah dinamakan diyat.

Firman Allah :
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu melaksanakan qishaash berkenaan
dengan orang-orang yang dibunuh. Orang merdeka dengan orang merdeka,hamba sahaya
dengan hamba sahaya, perempuan dengan perempuan.Tetapi, barangsiapa yang memperoleh
maaf dari saudaranya,hendaklah (yang mema'afkan) mengikutinya dengan cara yang baik,
dan membayar diat (tebusan) kepadanya dengan baik (pula). Yang demikian itu adalah
keringanan dan rahmat dari Tuhan kamu. Barangsiapa yang melampaui batas setelah itu,
maka ia akan mendapat siksa yang sangat pedih.

(Surah Al-Baqarah ayat 178)

Anda mungkin juga menyukai