Anda di halaman 1dari 5

PERTANDINGAN BERCERITA MTQ (SK MERBOK PUSAT)

TEKS BERCERITA KISAH WAHYU PERTAMA NABI MUHAMMAD

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Syukran kasir, Tuan Pengerusi Majlis. Barisan hakim yang bijaksana, guru-guru dan rakan semua.

(Lagukan) Kisah Rasulullah Menerima Wahyu Pertama Inilah tajuk cerita.

Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabiulawal Tahun Gajah. Rasulullah SAW merupakan putera kepada Saidina Abdullah dan Saidatina Aminah. Baginda diutuskan oleh Allah kepada umat manusia akhir zaman.

Hadirin sekalian,

Pada zaman Arab jahiliah, penduduk kota Makkah hidup dalam keadaan kacau bilau, pergaduhan dan perbalahan sering berlaku. Yang kuat semakin hebat, yang lemah semakin ditindas. Mereka menyembah berhala, berjudi dan minum arak malah, bunuh membunuh diantara satu kabilah dengan kabilah yang lain. Lebih menyayat hati, anak-anak perempuan yang baru dilahirkan akan ditanam hidup-hidup.

Oleh sebab itu, Nabi Muhammad SAW sering mengasingkan diri di Gua Hira' yang terletak berhampiran kota Makkah. Nabi Muhammad SAW bermunajat dan berzikir mengikut ajaran Nabi Ibrahim AS.

Ketika Nabi Muhammad SAW hampir berusia 40 tahun, kesukaan baginda mengasingkan diri semakin memuncak. Berbekalkan roti, Rasulullah SAW pergi ke Gua Hira di Jabal Nur iaitu kira-kira 5 km dari Kota Mekah. Saidatina Khadijah, isteri baginda sering menghantar makanan kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW

PERTANDINGAN BERCERITA MTQ (SK MERBOK PUSAT)

beribadah dengan penuh kyusuk dan tawaduk. Baginda sering memikirkan keagungan alam untuk mendapatkan ketenangan dan kedamaian. Begitulah betapa murninya peribadi Nabi al-Amin sebelum dilantik menjadi rasul.

Firman Allah di dalam Surah Al-Ahzab, ayat 21:

Mafhumnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik di hari akhirat, serta ia mengingati Allah dengan sebanyak-banyaknya.

Ya kawan-kawan,

Yakinlah bahawa Rasulullah SAW adalah utusan Allah dan ikutan yang terbaik. Katakata dan perbuatan yang menghina Rasulullah SAW adalah dilaknat dan sangat dimurkai Allah SWT.

(Syair) Di Gua Hirak, Nabi bersendirian, Mengasingkan diri, mencari ketenangan, Didatangi Jibril, dengan penuh kejutan, Mengajarkan Nabi risalah kebenaran. Pada suatu hari, ketika Nabi Muhammad SAW sedang beribadah di Gua Hira, baginda didatangi oleh malaikat Jibril. Malaikat Jibril datang memeluk Rasulullah SAW sambil berkata Bacalah. Aku tidak boleh membaca, jawab baginda.

PERTANDINGAN BERCERITA MTQ (SK MERBOK PUSAT)

Lantas Malaikat Jibril sekali lagi memeluk Rasulullah SAW sehinggakan baginda merasakan sesak sukar untuk bernafas melepaskan pelukan dan berkata lagi Bacalah. Jawab baginda Aku tidak boleh membaca.

Malaikat Jibril sekali lagi memeluk baginda. Setelah kali ketiga, jawapan baginda tetap sama, Jibril melepaskan pelukan ke atas Nabi Muhammad SAW. Jibril akhirnya berkata dan Nabi bersedia mengikutinya:

Surat Al-Alaq ayat 1-5.

Yang bermaksud: Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari seketul darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Hadirin sekalian,

Inti pati surah al-Alaq adalah amanah sulung Allah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Bermula dari pengisytiharan Iqra oleh Malaikat Jibril pada malam yang penuh berkat tersebut, sejarah manusia berubah wajah. Banyak kemajuan kini seperti bidang sains, teknologi, geografi, matematik dan seumpamanya adalah bersumber daripada usaha-usaha awal umat Islam yang digerakkan oleh wahyu pertama, Iqra.

PERTANDINGAN BERCERITA MTQ (SK MERBOK PUSAT)

Oleh itu kawan-kawan, marilah kita belajar bersungguh-sungguh. Kita sifarkan kadar buta huruf di negara kita dengan mengamalkan suruhan Allah iaitu membaca dan menulis.

(Nasyid)-Rabbani Bacalah...sebutlah dengan nama Tuhan yang menciptakan segala kejadian di dunia

Bacalah...tulislah dengan pena wahyu yang diutuskan risalah kebenaran untuk insan

Setelah peristiwa itu, Rasulullah SAW dengan penuh rasa gementar segera pulang kepada isterinya Saidatina Khadijah. Lantas baginda berkata: Zammiluni, zammiluni, Selimutilah aku, selimutilah aku. Lalu baginda diselimuti oleh Saidatina Khadijah sambil menenangkan baginda. Baginda menceritakan kepada Saidatina Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku.

Lalu Saidatina Khadijah berkata dengan penuh kasih sayang; Bergembiralah, tenangkanlah hatimu wahai Muhammad.

Demi Tuhan yang

menjadikan diriku, Allah tidak akan sekali-kali menghinamu. Sesungguhnya, engkaulah yang menghubungkan silaturrahim, menjalankan amanah, melaksanakan

tanggungjawab, memuliakan tetamu, mengembalikan hak-hak kepada tuannya dan kaulah orang yang sentiasa bercakap benar.

Kata-kata lemah lembut dan manis inilah yang membuatkan hati Baginda tenang. Sifat isteri solehah dan keibuan Ummul Mukminin Saidatina Khadijah adalah contoh terbaik ibu mithali yang mempunyai sifat seperti amanah, lemah lembut, cergas, cerdas, dermawan dan menjaga rahsia.

PERTANDINGAN BERCERITA MTQ (SK MERBOK PUSAT)

Rakan-rakan sekalian,

Saidatina Khadijah meminta izin kepada Rasulullah SAW untuk mengajukan persoalan kepada sepupunya iaitu Waraqah bin Naufal. Waraqah bin Naufal merupakan seorang yang alim dan berpegang dengan tauhid. Setelah diceritakan peristiwa yang berlaku, Waraqah pun berkata; Demi Tuhan, sesungguhnya dia adalah Nabi kepada umat ini. Sesungguhnya jika aku masih hidup dan di waktu itu orang-orang memusuhimu, nescaya akulah orang yang pertama menolong.

Mendengar kata-kata Waraqah, tenanglah hati Saidatina Khadijah bahawa suaminya yang tercinta adalah pesuruh Allah, Tuhan sekalian alam. (Nasyid Selawat Syifa)

(Pantun) Nabi Muhammad Rasul pilihan, Amalan sunnah jadi ikutan, Akhir kisah jadi teladan, Untuk panduan di akhir zaman.

Sekian. Wabilahhi taufik walhidayah wassalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai