Anda di halaman 1dari 4

NABI MUHAMMAD DI GUA HIRA

Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana,
guru-guru, rakan seperjuangan seterusnya hadirin dan hadirat sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Tahun satu belajar Iqra
Tahun enam khatam AlQuran
Kisah Nabi Muhammad di gua Hira
Tajuk cerita menjadi pilihan
Nabi Muhammad s.a.w lahir pada 12 Rabiul awal 570 Masihi. Bapanya bernama
Abdullah b. Abdul Mutalib. Manakala ibunya pula bernama Aminah bt. Wahab.
Baginda menjadi yatim piatu ketika berusia 6 tahun.
Kawankawan sekalian,
Kota mekah pada ketika itu, amat menyedihkan. Perbuatanperbuatan terkutuk
semakin berleluasa seperti penyembelihan anak perempuan, penindasan,
pembunuhan, penipuan dan sebagainya.
Ketika Nabi berusia 35 tahun, Allah mengilhamkan Nabi Muhammad s.a.w supaya
mengasingkan diri di dalam sebuah gua di atas sebuah bukit. Bukit itu bernama
Jabal Nur , terletak kirakira 5 km dari Kota Mekah.
Kawankawan sekalian,
Selama 5 tahun baginda berulang alik dari gua Hira ke rumahnya. Jika bekalan
makanan sudah habis baginda akan pulang ke rumah atau khadijah sendiri akan
menghantar makanan kepada baginda. Isterinya Siti Khadijah amat memahami
keadaan suaminya itu.
Bertahannus Muhammad di gua Hira
Menjauhi maksiat yang siasia
Dikala genap 40 tahun usia
Mimpi indah sering menjelma
Umpama subuh hening suasana
Semakin hampir dengan pencipta
Setelah mendapat mimpi baik itu baginda semakin gemar beribadat dan
mengasingkan diri untuk mepertahankan iman.
Begitulah kawankawan...
kita mesti berpendirian teguh supaya kita tidak kalah kepada hawa nafsu
syaitan.Kisah buang bayi semakin kritikal hingga tidak dapat dibendung lagi. Inilah
akibat inginkan kebebasan mengikut hawa nafsu serta nipis iman mereka.
kawankawan
Kita hendaklah berhijrah demi kebaikan, berhikmah dalam berdakwah dan berhatihati dalam pergaulan.Lihatlah apa yang berlaku hari ini apabila manusia tidak mahu

berhijrah demi kebaikan maka berlakulah jenayah seperti ragut, mat rempit dan
terbaru simbah asid. Manusia kini semakin hilang sifat kemanusiaan.
Firman Allah yang berbunyi :

Yang bermaksud : Maka Kami mudahkan baginya jalan yang mudah.


(Surah AdDhuha: 7)
Gua Hira menggamit kisah silam
Satu peristiwa nabi bersendiri
Iqra diturunkan Muhammad ditabalkan
Tersurat sudah kalam dari Tuhan
Pada suatu malam 17 Ramadhan setelah penat beribadat, baginda didatangi
malaikat Jibril menyerupai seorang lelaki yang kacak memakai pakaian berwarna
putih. Dengan tegas lelaki itu berkata : Bacalah.Aku tidak tahu membaca, Kata
Muhammad. Lelaki itu memeluk Muhammad dengan kuat lalu berkata lagi, bacalah
olehmu. Sekali lagi Muhammad barkata,aku tidak tahu membaca. Lelaki misteri
memeluk Nabi buat kali ketiga,bacalah.Aku tidak tahu membaca!, kata
Muhammad sekali lagi. Kemudian lelaki itu mengajar Nabi surah AlAlaq : 15
Firman Allah :

Maksudnya : Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah


mencipta manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu yang Maha
Pemurah. Yang mengajar dengan perantaraan kalam. Dia mengajar manusia apa
yang tidak diketahuinya.
Kemudian lelaki misteri memperkenalkan diri kepada Nabi Muhammad s.a.w, aku
adalah malaikat Jibril, aku datang kepada engkau menyampaikan risalah Tuhanmu.
Begitulah kawankawan,
Kasih sayang dan menuntut ilmu menjadikan hidup kita aman dan damai. Tanpa
keduaduanya, gejala negatif seperti keruntuhan akhlak pemuda dan pemudi
semakin meningkat. Keskes perceraian semakin bertambah dari masa ke semasa
akibat cemburu dan buruk sangka.
Kawankawan sekalian,
Nabi Muhammad sangat cemas, baginda segera keluar dari gua Hira dengan
perasaan takut, letih dan gementar. Dalam kegelapan malam baginda turun dari
Jabal Nur itu untuk pulang ke rumah.

Menemui isteri tercinta


Dengan ketakutan terserlah diwajah
Pada isteri tempat dicerita
Segala peristiwa penuh sejarah
Selimutkan aku. Selimutkan aku. Kata Muhammad. Segera Khadijah
menyelimutkan suaminya dengan rasa kasih kepada suami tercinta. Apakah yang
berlaku ke atas suamiku, bisik hati kecil Khadijah. Terdetik dihati Siti Khadijah untuk
menemui sepupunya Waraqah b. Naufal seorang pendeta Nasrani yang alim.Setelah
mendengar cerita Khadijah, Waraqah berkata, demi Tuhan, ia adalah
Malaikat Jibril yang pernah diutus kepada Nabi Musa as. Ketahuilah Khadijah
Sesungguhnya Muhammad itu adalah rasul bagi umat ini. Janganlah bimbang.
Firman Allah yang berbunyi :

Maksudnya : Orangorang yang Kami datangkan kitab kepada mereka, mereka


mengenalinya sebagaimana mereka mengenali anak anak mereka.
(Surah AlBaqarah : 146)
Ya kawankawan,
Bertindaklah mengikut nasihat yang baik dan rujuklah pada yang lebih arif barulah
selamat hidup kita. Unit kaunseling yang terdapat di negara kita perlu bekerjasama
dengan pelbagai pihak supaya keruntuhan akhlak remaja dapat dibendung.
Kawan-kawan,
Suatu hari Nabi Muhammad bertemu Waraqah di Kaabah. Waraqah beritahu
baginda, Engkau akan dituduh pendusta, dihina, diusir dan diperangi. Demi Tuhan !
seandainya aku masih hidup ketika itu, aku pasti akan membantu mu. Selepas
peristiwa itu, Nabi Muhammad semakin kerap beribadat di gua Hira. Baginda tidak
lagi gentar setiap kali didatangi malaikat Jibril untuk mengajar wahyu.
Suatu ketika Malaikat Jibril tidak lagi datang lagi mengunjungi Nabi Muhammad
s.a.w. Hati baginda semakin rindu menerima wahyu seterusnya. Baginda semakin
kuat bermunajat dan merintih kepada Allah. Sebenarnya tempoh wahyu tidak
diturunkan itu adalah supaya Nabi Muhammad bersedia untuk menerima tugas yang
besar dan mulia.
Firman Allah berbunyi :

Maksudnya : Dan Kami tidak mengutuskan engkau (ya Muhammad) melainkan


menjadi rahmat untuk semesta alam.
(Surah AlAnbiya : 107)

Ya Kawan-kawan,
Kita harus yakin bahawa Nabi Muhammad adalah nabi akhir zaman. Isu murtad
dalam masyarakat kita amat membimbangkan kerana tanpa segan silu mereka pergi
ke mahkamah syariah mahu menukar agama.
Anak yatim jiwa perkasa
Cekal, teguh, iman dan taqwa
Mengharungi lautan pancaroba
Demi berkata Tuhan Itu Esa.
Sekian......
Wabillahi taufik wal hidayah assalamualakum warahmatullahi wabarakatuh....

Anda mungkin juga menyukai