Anda di halaman 1dari 3

KISAH NABI SULAIMAN DAN RATU BALQIS.

Ratu Balqis adalah seorang wanita yang sangat cantik dan mempunyai akal yang cerdas, oleh
sebab itulah golongan jin merasa iri hati dengannya. Mereka mengatakan bahawa Ratu Balqis
itu mempunyai dua aib, pertama tubuhnya pendek dan kedua betisnya seperti betis unta.

    Maka Nabi Sulaiman memerintahkan supaya para Jin mengubah sedikit singgahsana Ratu
Balqis, lalu beliau menyuruh pula membangun sebuah mahligai yang dibuat dari kaca.
Bahagian bawah mahligai tersebut dan kelilingnya mengalir sungai-sungai dengan berisikan
ikan-ikan, di atas air itu dibuat sebuah jambatan daripada kaca.
 
    Ketika Ratu Balqis dan rombongan tiba, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: �Apakah ini
singgahsanamu? Ratu Balqis menjawab: Mungkin! Ia tidak mengatakan ya, kerana dilihatnya
ada sedikit perubahan. Tetapi tidak mengatakan bukan, disebabkan ada sebahagian yang
serupa dengan singgah-sananya. Dari jawapan Ratu Balqis itu, tahulah Nabi Sulaiman as
bahawa ia adalah seorang wanita yang berakal sempurna serta bijaksana.

    Kemudian Nabi Sulaiman as menyuruh tamunya itu masuk ke dalam istana. Ketika Ratu
Balqis melihat ke dalam istana, ia melihat seakan-akan ada aliran air, sehingga ia mengangkat
kainnya, sehingga betisnya tersingkap. Nabi Sulaiman as melihat betisnya itu, maka tidak ada
satu aibpun seperti yang disampaikan oleh golongan jin.
 
    Nabi Sulaiman berkata kepada Ratu Balqis: �Ini adalah sebuah mahligai yang licin, ia
dibentuk daripada kaca.� ketika Ratu Balqis menyaksikan betapa hebatnya Nabi Sulaiman, ia
berkata dalam hatinya: �Walaupun kerajaanku luas, singgahsanaku indah dan megah, bala
tenteraku ramai, namun jika dibandingkan dengan semua yang aku saksikan ini, seakan-akan
milikku tidak bererti.

    Kemudian ia berkata seperti yang diungkapkan di dalam Quran, firman Allah SWT surah An
Naml ayat 44 bermaksud: �Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap
diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah Tuhan semesta alam.� Setelah
itu Ratu Balqis pun berkahwin dengan Nabi Sulaiman as. Peristiwa pernikahan Nabi Sulaiman
dengan Ratu Balqis ini terjadi pada hari Jumaat.

    Begitu besarnya kerajaan Nabi Sulaiman as. yang mana angin sebagai kenderaannya,
manusia dan jin sebagai tenteranya, burung sebagai pembantu dan teman-teman
bercakapnya, binatang-binatang buas sebagai buruhnya dan para malaikat sebagai
utusannya.
 
    Nabi Sulaiman as mempunyai satu padang, sebahagian tanahnya terbuat daripada emas
dan sebahagian lagi daripada perak. Jika tenteranya berbaris di padang itu, maka panjang
barisan itu tidak kurang dari seratus parsakh. Sedangkan luas tempat tinggalnya adalah
sebulan perjalanan.

    Kemudian golongan jin membuat untuknya sebuah permaidani daripada emas dan perak.
Pada permaidani tersebut terdapat dua belas ribu mihrab, pada setiap mihrab terdapat kursi
daripada emas dan perak, kemudian duduk di atas tiap-tiap kursi tersebut seorang yang alim
dari ulamak Bani Israil.

    Pada setiap hari dimasak kira-kira seribu unta, empat ribu lembu dan empat puluh ribu
kambing. Nabi Sulaiman juga mempunyai piring-piring yang besar bagaikan kolam dan periuk
yang tetap berada di atas tungku.

Firman Allah SWT:

�Para jin membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendaknya dari bangunan yang tinggi
dan patung-patung dan piring-piring yang besarnya seperti kolam dan periuk yang tetap
berada di atas tungku.� (Saba�: 13)       Begitu besarnya nikmat dan kelebihan Nabi
Sulaiman as. Namun begitu kelebihan dan kenikmatan umat Nabi Muhammad SAW yang
beriman, di dalam Syurga nanti disediakan tempat-tempat tinggal dan darjat, kebun-kebun,
sungai-sungai dan buah-buahan. Di dalamnya diperolehi segala sesuatu yang menyenangkan
jiwa dan mata. Di dalamnya juga terdapat sesuatu yang tidak pernah terlintas oleh fikiran
manusia.

    Dikisahkan bahawa serendah-rendah darjat tempat umat Nabi Muhammad SAW di dalam
Syurga itu ialah seratus kali luas kerajaan Sulaiman as. Malah lebih baik, kerana Syurga
adalah tempat yang abadi. Di dalamnya tidak ada matahari, kesejukan, kesakitan, kesusahan
serta lain-lain penderitaan. Di Syurga adalah tempat yang abadi, kesenangan tanpa batas,
pemberian tanpa dihitung, penerimaan tanpa ditolak.

    Ada Syurga yang dinamakan dengan Darussalam, di dalamnya mempunyai keselamatan
tanpa adanya kebinasaan, kenikmatan tanpa malapetaka, kecintaan tanpa permusuhan,
kemuliaan tanpa kehinaan serta bermacam-macam lagi kenikmatan yang sukar untuk
diungkapkan.
    Kemudian Syurga Jannatunna�im. Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa
disediakan di sisi Tuhan mereka Syurga kenikmatan. Di dalamnya para hamba-hamba-Nya
bertempat tinggal, para nabi menjadi sahabatnya, tinggal kekal  dalamnya dengan kurnia yang
berlimpah ruah. Tidak ada kesusahan di dalamnya, terdapat bidadari cantik dan jelita,
mahligainya tinggi dan tempat yang luas.

    Syurga Firdaus, disediakan bagi orang-orang yang tidak menyekutukan Allah SWT dengan
sesuatu, menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat, tidak membuat kemungkaran serta
menjalankan segala yang diperintahkan Allah SWT. Allah SWT menjadikan penghuni Syurga
ini sebagai kekasihNya.

    Di dalam Syurga Firdaus terdapat empat sungai, iaitu sungai dari air tawar, sungai dari air
susu yang tidak berubah rasanya, sungai dari air arak yang lazat rasanya dan sungai air madu.
Di dalamnya juga diperolehi berbagai macam buah-buahan. Ada lagi empat mata air iaitu:
Salsabil, Zanjabil, Rohiiq dan Tasniim. Ada lagi dua mata air yang mengalir dan dua mata air
yang memancar, iaitu Al-kaafuur dan Al-kautsar. Di dalamnya juga diperolehi segala sesuatu
yang tidak pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam
hati.

Firman Allah SWT:

�Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu di dalam taman-taman dan sungai-sungai, di


tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Berkuasa.�
(Al-Qamar: 54-55)

Anda mungkin juga menyukai