Anda di halaman 1dari 4

TEKS BERCERITA MTQSS 2015

DUGAAN NABI YUSUF A.S. (PEREMPUAN)

Terima kasih Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan
yang dikasihi.
DUGAAN NABI YUSUF A.S. tajuk cerita, marilah kita hayati bersama.
Nabi Yusuf a.s adalah anak ke tujuh daripada 12 orang anak Nabi Yaqub a.s. Baginda
merupakan keturunan Nabi Ibrahim a.s. yang dikurniakan rupa paras yang tampan. Nabi Yusuf
anak yang paling disayangi oleh Nabi Yaqub a.s. berbanding dengan saudara-saudaranya yang
lain.
Kawan-kawan,
Firman Allah s.w.t:


Maksudnya :
Demi sesungguhnya! (kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi
beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya (tentang hal mereka untuk
mengambil iktibar).
(Surah Yusuf: ayat 7)
Pada suatu malam, Nabi Yusuf bermimpi sesuatu yang amat menakjubkan.
11 bintang, matahari dan bulan pun bersujud
Tanda nabi yusuf bakal menjadi seorang pemimpin
Dinasihati ayahnya agar disembunyi
Kerana khuatir iri hati dan dengki

Nasyid
Seiring
Sehaluan
UNIC (corus)

TEKS BERCERITA MTQSS 2015

Ya kawan-kawan,
Hasad dengki racun masyarakat
Jangan di biar meruntuh muafakat.

pantun

Lihatlah perpecahan yang terjadi dalam negara Islam di dunia. Hal ini berpunca daripada sifat
hasad dengki yang tertanam di dalam hati mereka.
Kawan-kawan:
Yusuf yang kecil pun dibawa berjalan-jalan ke dalam hutan
Ditinggalkan keseorangan dicampak dia jauh ke dalam perigi
Angkara jahat aniaya abang-abangnya yang sangat iri hati
Nabi Yaakub ayah mereka buta sedih sekali.

Nasyid
Kisah Nabi Yusuf a.s
AURA

Firman Allah:


Maksudnya:
Dalam hati mereka (golongan Yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad
dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka
(Surah al-Baqarah: ayat 10)
Kawan-kawan,
Kejadian buli dan tingkah laku ganas dalam kalangan remaja haruslah dipandang serius oleh
semua pihak. Kes buli yang berlaku di sebuah asrama anak yatim di Kangar Perlis baru-baru ini
tidak harus berlaku dan perlu ditangani.
Kawan-kawan nak tahu,
Rupa-rupanya Baginda diselamatkan oleh pedagang dan dijual kepada pembesar Mesir. Mulai
hari itu tinggallah baginda di istananya sehingga dewasa.
Firman Allah:

TEKS BERCERITA MTQSS 2015

Maksudnya:
Dan ketika Yusuf sampai ke usia dewasa, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta
ilmu pengetahuan
(Surah Yusuf : ayat 22)
Nabi Yusuf bijak dan tampan
Zulaikha amat berkenan
Godaan rayuan Zulaikha lakukan
Nabi teguhkan iman
Ya kawan-kawan,

Nasyid
Kasih Padamu
Hafiz Hamidun

Kini, manusia telah hilang rasa malu. Insiden terbaru gadis Melayu bertudung bersentuhan
dengan artis k-Pop tidak sepatutnya berlaku. Ingat kawan-kawan, malu adalah sebahagian
daripada iman.

Akhirnya, Nabi Yusuf dipenjarakan.


Walau sering Nabi dikhianati,
Namun Allah tetap lindungi,
Dipenjara masih terus berbakti,
Dihargai mentakwil mimpi.

Nasyid
Duniaku Dakwahku
Ayai feat Altimet

Firman Allah s.w.t:


Maksudnya :
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi
Mesir;
(Surah Yusuf: ayat 56)
Setelah Baginda dilantik menjadi menteri di Mesir, baginda bertemu semula dengan ayah dan
saudara kandungnya. Baginda tidak berdendam malah bersedia memaafkan saudara kandungnya.

TEKS BERCERITA MTQSS 2015

Kawan-kawan,
Sifat pemaaf amat dituntut dalam Islam. Sikap yang ditunjukkan oleh PU Azman dalam isu
fitnah yang dilemparkan terhadapnya boleh dijadikan iktibar.
Demikianlah dugaan yang telah menimpa Nabi Allah Yusuf a.s. Semoga menjadi iktibar kepada
kita semua sebagai tauladan.
Sekian,

Anda mungkin juga menyukai