Anda di halaman 1dari 4

KISAH NABI SULAIMAN

DENGAN RATU BALQIS
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Berjalan-jalan ke Tanjung Jara,

Bermain pasir bersama rakan,

Kisah Nabi Sulaiman pilihan cerita,

Mari bersama kita dengarkan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Tersebutlah kisah suatu cerita,

Nabi Sulaiman yang bijaksana,

Memerintah kerajaan adil dan saksama,

Bersama haiwan-haiwan boleh berbicara.

Rakan-rakan sekalian,

NABI Sulaiman dianugerahkan Allah kebijaksanaan sejak remaja lagi. Beliau juga
memiliki pelbagai keistimewaan, termasuk mampu bercakap, memahami dan
memberi arahan terhadap jin dan haiwan sehingga semua makhluk itu mengikuti
kehendaknya.
Bertitik tolak daripada peristiwa itu, kewibawaan Sulaiman semakin terserlah.
Melihat kecerdasan akal yang ditonjolkannya itu, Nabi Daud menaruh
kepercayaan dengan mempersiapkannya sebagai pengganti dalam kerajaan Bani
Israel. Setelah kewafatan Nabi Daud, maka Nabi Sulaiman pun diberikan kuasa
sebagai pemimpin. Beliau juga dapat menundukkan jin, angin dan burung,
sehingga dapat disuruh melakukan apa saja, termasuk mendapatkan tembaga
dari perut bumi.

Rakan-rakan yang dikasihi,

Setelah membangunkan Baitulmuqaddis, Nabi Sulaiman menuju ke Yaman. Tiba


di sana, disuruhnya burung hud-hud mencari sumber air. Tetapi burung
berkenaan tiada ketika dipanggil. Ketiadaan burung hud-hud menimbulkan
kemarahan Sulaiman. Selepas itu, burung hud-hud datang kepada Nabi Sulaiman
dan berkata: “Aku telah terbang untuk mengintip dan terjumpa suatu yang sangat
penting untuk diketahui oleh tuan di Negeri Saba’…”

“Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita bijaksana yang memerintah Saba’


dan mempunyai singgahsana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya
menyembah matahari, selain Allah…”

Mendengar berita itu, Nabi Sulaiman mengutuskan surat mengandungi nasihat


supaya menyembah Allah kepada Ratu Balqis. Surat itu dibawa burung hud-hud
dan diterima sendiri Ratu Balqis. Selepas dibaca surat itu, Ratu Balqis
menghantarkan utusan bersama hadiah kepada Sulaiman.

Rakan-rakan sekalian,

Nabi Sulaiman melayan utusan tersebut dengan baik dan menceritakan


pengalaman yang dialami di Yaman kepada Ratu Balqis. Ini membuatkan Ratu
Balkis berhajat untuk berjumpa sendiri dengan Nabi Sulaiman. Keinginan Ratu
Balqis itu diketahui Nabi Sulaiman terlebih dahulu dan beliau memerintahkan
tenteranya yang terdiri daripada manusia, haiwan dan jin untuk membuat
persiapan bagi menyambut kedatangan Ratu Balqis.

Nabi Sulaiman juga memerintahkan Ifrit supaya membawa singgahsana Ratu


Balqis ke istananya. Apabila Ratu Balqis tiba Sulaiman bertanya : “Seperti inikah
singgahsanamu?” Dijawab Ratu Balqis: “Ya, memang sama seperti
singgahsanaku”. Kemudian Ratu Balqis dipersilakan masuk ke istana Nabi
Sulaiman. Namun, ketika berjalan di istana itu, sekali lagi Ratu Balqis terpedaya,
kerana menyangka air pada lantai istana Nabi Sulaiman, sehingga menyelak
kainnya.

Berkatalah Sulaiman; “Sesungguhnya ia istana licin yang diperbuat daripada


kaca”. Berkatalah Balqis; “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim
terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman dan kepada Allah,
Tuhan semesta alam.”

Peristiwa itu menyebabkan Ratu Balqis berasa sangat aib dan menyedari


kelemahannya, sehingga dia memohon ampun atas kesilapannya selama ini dan
akhirnya dia diperisterikan oleh Nabi Sulaiman.

Rakan-rakan sekalian,

Pengajaran dari cerita ini ialah :

Pertama : Kita hendaklah beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya.  Kita


juga wajib percaya bahawa Allah Maha Berkuasa untuk menjadikan sesuatu
perkara. Tiada perkara yang mustahil dunia ini.

Kedua : Kita juga hendaklah berani untuk berdakwah dan menyampaikan


keindahan Islam kepada sesiapa saja.
Sekian saja cerita saya..Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai