Anda di halaman 1dari 4

TEKS BERCERITA MTQ

KISAH HUJJATUL WADA’

PERKARA DIALOG

PENGENALAN ‫السالم عايكم ورحمة هللا وبركة‬


terima kasih pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru,
rakan-rakan dan seterusnya sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian.

Hajjatul wada’ tajuk cerita, syair


Marilah kita hayati bersama…

Dalam perjalanan hidup Nabi Muhammad saw, salah satu momen besar yang
menjadi perpisahan beliau dengan umatnya adalah peristiwa haji wada’ yang
bermaksud haji perpisahan. Dengarkan cerita saya.

ISI 1 Setelah 23 tahun mengharungi pelbagai dugaan dalam menyampaikan dakwah


islam, Rasulullah saw telah berjaya melebarkan cahaya islam di hampir semua
wilayah di jazirah arab. Pada ketika itu, mekah telah kembali kepada fitrah di
mana kesemua penduduk menyembah Allah dan meyakini bahawa Nabi
Muhammad adalah rasul yang dipilih Allah.

Saatnya wafat menjengah tiba


Jibril menguji khatamnya al-quran
Ibadah iktikaf sebagai pengasingan
Agar tanpanya menjadi kebiasaan

NAS 1     


Maknanya :

185. tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati,

(surah ali-imran 185)

ISU SEMASA 1 Seperti yang sentiasa yang di war-warkan di media massa kematian ahli-ahli
agama, artis-artis , kanak-kanak mahupun bayi yang baru lahir.
PENGAJARAN 1 Antara pengajaran yang dapat diambil di sini ialah:

1. kita harus mempersiapkan diri dengan amalan-amalan baik agar ditempatkan


dalam golongan hamba-hamba-Nya yang soleh.

ISI 2
Apabila tibanya musim haji, Nabi Muhammad mempersiapkan diri untuk menunaikan haji yang
mana merupakan haji pertama sekali gus yang terakhir dalam kehidupan baginda. Baginda
bergerak dari madinah pada 25 zulkaedah 632 Masihi bersama 100,000 orang yang terdiri
daripada pelbagai kabilah untuk menunaikan haji bersamanya.

Kawan-kawan,
Perjalanan dari madinah ke Mekah mengambil masa 9 hari. Pada tanggal 4 zulhijjah, Baginda
mandi dan solat sunat dhuha untuk masuk ke Kota Mekah.setelah menempuh
beberapa hari perjalanan, rasulullah pun sampai di tanah kelahirannya iaitu tanah
suci mekah al-mukarramah. Sebaik sahaja tiba, Baginda kemudiannya bertawaf
di ka’bah dan mengerjakan saie di antara safa dan marwah.
NAS 2   
 
  
 
Maksudnya :

"Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa Yang telah Engkau turunkan, dan Kami
mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah Kami beserta orang-orang Yang menjadi saksi (yang
mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)".

(Surah ali-Imran: ayat 53)

ISU SEMASA 2 Kegigihan seorang warga emas yang kurang berkemampuan menabung rm5
sehari sejak 34 tahun yang lalu wajar diberikan pujian. Warga emas abdul rahman
abdul hamid, 62 tahun berjaya menunaikan haji bersama isterinya tanpa perlu
meminjam dan berhutang.
PENGAJARAN 2 Sebagai orang islam, kita seharusnya seharusnya mempunyai azam untuk
menunaikan haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

ISI 3 Sebaik saja selesai mengerjakan tawaf dan saie, Rasulullah berangkat menuju ke
mina. Baginda mengerjakan solat zuhur, asar, maghrib dan isyak dan
kemudiannya bermalam di sana.

Pada keesokan harinya, setelah matahari terbit, baginda berangkat menuju ke


arafah. Apabila matahari mulai condong ke barat, baginda mula memberikan
khutbah yang mana khutbah tersebut merupakan khutbah yang terakhir
disampaikan oleh rasulullah.

Dalam khutbah terakhir tersebut rasulullah menyentuh akan hak Allah ke atas
manusia dan nilai kemanusiaan yang harus dimiliki oleh manusia. Firman Allah
yang bermaksud :
NAS 3   
    
 
 
 
  
1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -
3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula
berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.

(surah al-asr : 1-3)

ISU SEMASA 3 Pelbagai program-program agama di media massa yang menyeru umat
islam mendekatkan diri kepada agama seperti, semanis kurma, tanyalah
ustaz, tanyalah ustazah, halaqah dan sebagainya.

PENGAJARAN 3 Antara pengajaran yang dapat diambil di sini ialah:

-Galakan berpesan-pesan dalam agama


-sebagai umat islam kita perlulah saling ingat mengingati antara satu sama
lain ke jalan kebenaran.

ISI 4 Kawan- kawan nak tahu lagi tak?

Tidak lama selepas hujjatul wada’, Rasulullah jatuh sakit. Abu Bakar berasa
bimbang dengan keadaan Rasulullah.

Setelah 18 hari berada di mekah, rasulullah kembali ke madinah setelah


beberapa ketika menderita demam panas. Sepanjang baginda sakit, baginda
mengulang-ulang ucapan “bukankah aku telah menyampaikan?” yang mana
sekali gus sebagai petanda bahawa dekatnya ajal baginda.

Abu Bakar ketika itu berasa sangat sedih kerana merasakan bahawa beliau bakal
kehilangan orang yang sangat dicintainya.

NAS 4    


  
  
  
Maknanya :

pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah
cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi
ugama untuk kamu

(Surah Al-Maidah: ayat 3.)


ISU SEMASA 4 Kes kehilangan pesawat MH370 yang masih belum dijumpai hingga ke hari ini
menjadi ujian buat keluarga yang terlibat.
PENGAJARAN 4 Antara pengajaran yang dapat diambil di sini ialah:
-hidup ini penuh dengan ujian.
-kita perlulah sentiasa bersedia dan redha dengan ujian yang diberikan kepada
kita.
Isi 5 Kawan-kawan,

Setelah beberapa ketika berada dalam keadaan sakit, pada 12 rabiul awal 11
Hijrah bersamaan 8 Jun 632 Masihi kekasih agung kita wafat dijemput rabbul
izzati. Seluruh umat menangisi pemergian rasulullah yang merupakan pemimpin
agung yang menjadi kecintaan di hati orang-orang islam. Rasulullah
meninggalkan umatnya ketika berusia 63 tahun.
Nas 5     
    
   
   
   
    
  

144. dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul Yang sudahpun didahului oleh
beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). jika demikian, kalau ia pula mati
atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? dan (ingatlah),
sesiapa Yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada
Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-
orang Yang bersyukur (akan nikmat Islam Yang tidak ada bandingannya itu).

Isu semasa 5 Pejuang Gaza yang syahid mempertahankan agama


Pengajaran 5 Pengajarannya di sini ialah :
-Setiap yang hidup akan merasai mati
-kita perlulah sentiasa berdoa agar mati dalam husnul khotimah.
PENUTUP Rasulullah saw telah menunaikan amanah, menasihati umat, dan telah berjihad di
jalan Allah dengan sebenar-benarnya. Semoga selawat dan salam senantiasa
tercurah kepada baginda. Demikianlah kisah hujjatul wada’.

Sekian dari saya,

Wabillahi taufiq wal hidayah, was salaa mualaikum waroh matullahi


wabaarakaatuh.

Anda mungkin juga menyukai