Anda di halaman 1dari 4

TEKS BERCERITA MTQ (NABI MUHAMMAD)Peristiwa Nuzul Al-Quran

Nabi Muhammad saw


Bismillahirrahmanirrahim.. Asalamualaikum warahmatulahi
wabarakatuh...
Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati dan disegani barisan para
hakimyang arif lagi bijaksana, barisan guru-guru, sahabat-sahabat dan
para hadirin yangdihormati sekalian.Berdirinya saya di hadapan ini adalah semata-
matauntuk menyampaikan sebuah kisah al-quraniaitu
Peristiwa Nuzul Al-Quran Nabi Muhammad saw
.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Nabi dan rasul terakhir yang diutus oleh Allah Swt. adalah Nabi Muhammad s.a.w
Bin Abdullahpada usia 40 tahun. Iamenyampaikan perintah Allah swt
kepada kaumnya selama 22 tahun 2 bulan dan 22 hari. Nabi Muhammad
dilahirkan di Mekah.Datuknya, Abdul Muttalib, menamainyaMuhammad (orang terpuji),
sebuah nama yangbelum pernah digunakan dan dikenal sebelumnya.Ketika lahir,
Muhammad telah menjadi anak yatim.Pada saat Nabi Muhammad SAW
hampir berusia 40 tahunkesukaannya mengasingkan diri denganberbekal roti dan pergi
ke Gua Hira di Jabal Nur. Rasulullah di Gua Hira beribadah dan memikirkan keagungan
Pencipta alam ini.

Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja
bencana yang menimpamu, Maka dari(kesalahan) dirimu sendiri. kami
mengutusmu menjadi Rasulkepada segenap manusia. dan cukuplah
Allahmenjadi saksi. Surah an Nisa ayat 79.

Gua kecil ini terletak di puncak gunung Jabal Nur, di bahagian utara Mekah, sekitar 5km
dari Masjidil-Haram, di sebelah kiri perjalanan menuju Arafah. Tinggi puncak Jabal Nur
adalah sekitar 200 m. Disekelilingnya terdapat sejumlah gunung, bukit batu dan jurang.
Kawan-kawan semua,
Nabi kita ikhlas dalam beribadah kepada Allah swt, rajindan bersungguh-
sungguh dalam melakukan sesuatu dan berpendirian teguh. Oleh itukita perlu mengikuti
sifat nabi ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Nabi Muhammad saw menguzlahkan diri di Gua Hira kerana baginda ingin menghindar
daripada kehidupan masyarakat arab jahiliyah yang sesat. Nabi Muhammad sawpernah
bermimpi supaya mendekatkan diri dengan Allah swt. Dengan itu ia dapat
mempertahankan iman nabi Muhammad saw.

Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu dia memberikan
petunjuk.Surah Ad Dhuha ayat 7.
Kawan-kawan semua, sekarang ini kita dipaparkan dengan jenayah yang
semakindahsyat seperti MatRempit, ragut, pembunuhan dan sebagainya dalam
masyarakatkita. Semua ini adalah amalan semasa arab jahiliyah dahulu. Umat Islam
seharusnyamengikut sunnah Nabi Muhammad saw seperti sifat sabar,berhijrah demi
kebaikkan ,berhikmah dalam berdakwah dan berhati-hati dalam pergaulan seharian.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Nabi Muhammad saw sentiasa berulang-alik dari rumahnya ke gua Hira seorang
diri.Isteri tercinta, SitiKhadijah sering menghantar makanan untuk Rasulullah di gua
Hira.Satu peristiwa penting berlakumenjelang 17 Ramadhan 610 Masihi, Malaikat Jibril
datang menyampaikan wahyu pertama kepadaRasulullah saw iaitu surah Al-Alaq ayat
1hingga 5.

1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan,


2. Dia Telah menciptakan manusiadari segumpal darah.
3. Bacalah, dan Tuhanmulah yangMaha pemurah,
4. Yang mengajar (manusia)dengan perantaran kalam
5. Dia mengajarkepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Surah Al-
Alaq ayat 1-5..
Rasulullah saw dipeluk oleh Malaikat Jibril sebanyak 3 kali dan barulah Rasululah
sawdapat membacanya.Kawan-kawan semua, kerajaan kita telah banyak
membelanjakanwang membina sekolah dan perpustakaansupaya kita menjadi manusia
yang berilmudan berguna. Oleh itu, kita perlu banyak membaca buku supayamendapat
ilmu danmenjadi pandai. Umat yang berjaya adalah kerana mereka berilmu
danmengamalkanilmunya.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Setelah Rasulullah saw mengalami keadaan yang mengerunkan di Gua


Hira,Rasulullah saw bergegas balik ke rumahnya dan isterinya Siti Khadijahmenenangkan
nya. Selepas itu dia membawa Rasulullah sawbertemu dengan WaraqahBin Naufal,
seorang pendeta Nasrani. Setelah diceritakan peristiwa tersebutkepadanya,tahulah
Waraqah bahawa itu merupakan tanda bahawa Rasulullah saw telah dipilih oleh Allah
swt sebagai seorang Nabi dan Rasul bagi menyampaikan agama Islamkepada seluruh
manusia dan jin.

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Telah kami beri Al Kitab


(Taurat dan Injil)mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-
anaknya sendiri. danSesungguhnya sebahagian diantara
merekamenyembunyikan kebenaran, padahalmereka Mengetahui. Surah Al
Baqarah ayat 146

Kawan-kawan semua,
Anak-anak remaja kini segelintirnya mengalami masalahkeruntuhan akhlak.
Merekaseharusnya diberikan nasihat supaya mereka hidupberpandukan ajaran Islam
yang membawa ke jalan yangbenar. Sebagai penganutajaran Islam , kita harus berikir
sebelum melakukan sesuatu perkara. Kita perlumemintanasihat daripada mereka yang
lebih pandai dari kita agar kita berjaya menjadi manusia berguna.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat


bagi semestaalam. ( Surah Al- Anbiya ayat 107 )

Allah swt telah mengutuskan Nabi Muhammad saw sebagai nabi dan
Rasul terakhirmengajar manusia dan jin ke jalan yang lurus dan pembawa rahmat iaitu
Islam.Namun,kawan-kawan semua, terdapat juga mereka yang tidak beriman kepada
Allah swt padamasa kini.Ada juga yang murtad iaitu keluar daripada agama Islam kerena
disesatkanoleh Syaitan. Kita wajib yakinsepenuh hati bahawa Rasulullah saw adalah nabi
akhirzaman. Kita bersyukur kerana negara kitamenjadikan agama Islam sebagai
agamarasmi.Untuk mengakhiri cerita saya ini, marilah kita sama-sama beriman kepada
Allahswt dan mengamalkanajaran Islam dan meninggalkan segala larangan Allah swt.
Mogakita menjadi insan yang masuk ke dalamsyurga Allah swt kelak.

Wasalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Anda mungkin juga menyukai