Anda di halaman 1dari 3

QARUN DITELAN BUMI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….

Terima kasih peneraju acara


Barisan hakim yang adil lagi saksama
Kisah Qarun ditelan bumi tajuk saya
Ambillah iktibar panduan bersama

Kawan-kawan,

Siapakah Qarun?

Firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 76 yang ;

Inna Qooruuna Kaana min qaumi muusa

“Sesungguhnya Qarun adalah dari Kaum Nabi Musa”

Qarun miskin rajin bekerja


Asal miskin akhirnya kaya
Emas permata tidak terkira
Berkat doa Nabi Musa

Ya Kawan Kawan,

Masya Allah…Qarun menjadi semakin kaya.

Tetapi, Qarun tenggelam dengan kemewahan emas permata. Hingga dia lupa
kepada pencipta-Nya dan Nabi Musa dikhianatinya

Rakan-rakan,

Islam melarang keras umatnya bersifat sombong dan tamak..

Qarun semakin bermaharajalela.. Nabi Musa tiada, keluar kota.

Ha.. Ha.. Ha.. Ha.. Sekarang aku telah kaya. Kau! Kau! Mari Ikut aku!!

Bani Israel rasa tersiksa


Tiada Musa tambah derita
Turunlah wahyu perintahkan Musa
Balik ke Mesir demi kaumnya.
Musa pulang membawa perintah. Qarun diarah keluarkan zakat. Melenting Qarun
sambil menjawab, “Ya, Ya, Ya,!! Aku sedang mengira jumlah untuk kubayar
zakat”..

Janji hanya tinggal janji


Sampai masa tidak dibayar
Qarun berdegil terus mengingkari
Dituduh Musa penipu besar.

Berkata Qarun dengan sombongnya, “Aku kaya kerana pengetahuan dan


kepandaian yang ada padaku”.

Qarun terus mencari akal. Difitnahnya Nabi Musa dengan pelacur yang diupah.
Habis Kaum Musa disebarkan fitnah. Berdoalah Nabi Musa kepada Allah.

Dengan sabar… Musa berdoa…


Allah membantu.. Sekelip mata….
Wanita pelacur itu bergetar jiwanya..
Akhirnya mengaku..
Fitnah semata…

Wahai kawan-kawan sekalian,

Bergegar bumi terbelah dua


Menelan Qarun serta pengikutnya
Baru tersedar kerana siksa
Tiada Allah ampunkannya.

Menjerit Qarun sekuat hatinya, “Musa.. Musa… Tolonglah! Aku bertaubat Musa.
Ampuni aku Musa.”
Allah berfirman dalam Surah Al-Qasas ayat 81 yang bermaksud;

“Lalu Kami timbuskan dia bersama rumahnya dalam tanah, maka tidak dia
mendapat golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah”

Harta hanya hiasan dunia


Zakat bagi mereka yang berada
Janganlah tamak dan haloba
Kisah Qarun di telan bumi teladan semua

Wabillahi taufiq walhidaayah

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Anda mungkin juga menyukai