Anda di halaman 1dari 2

PERANG UHUD

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…Terima kasih pengerusi majlis,


barisan panel hakim yang bijaksan, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Hari ini
saya akan bercerita mengenai kisah Perang Uhud.
Kawan-kawan,
Peperangan Uhud berlaku pada bulan Syawal Tahun 3 Hijrah. Dinamakan Uhud,
mengambil sempena berlaku di kawasan Bukit Uhud berhampiran Madinah.
Seramai 1000 orang tentera muslimin dipimpin Rasulullah terlibat tetapi 300
orang berpaling tadah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubay. Manakala tentera
Quraisy berjumlah 3000 orang, diketuai oleh Abu Sufyan Al-Harb.

Beriman kepada Rasul merupakan Rukun Iman ke-2.

Sambutan maulidur Rasul yang menjadi agenda tahunan negara, tanda kecintaan
kita kepada baginda
Kawan-kawan..

Mengapakan tercetusnya Peperangan Uhud?

Di hati Kaum Quraisy


Hasad menular 1
Dendam membara
Kerana Badar
mereka kalah…kecewa
Tambahan pula
Laluan perdagangan bukan lagi hak mereka
Malah Penduduk Madinah menguasainya..
Faktor tersebut mendorong kaum Quraisy merancang untuk melakukan serangan
balas kepada kaum Muslimin

Kawan-kawan…
Melihat tentera muslimin leka dengan rampasan perang, tentera Quraisy kembali
menyerang. Terkejut dengan serangan tersebut, tersebar pula fitnah kewafatan
Rasulullah.

Tentera Islam menjadi huru hara


Disangka menang, kecundang rupanya
luka parah mengundang duka,
70 syahid menambah sengsara.

Kekalahan diterima penuh redha

Ya…kawan-kawan, Demikianlah kisah Perang Uhud. Meskipun tentera Islam


mengalami kekalahan, namun peperangan tersebut dapat menguji keimanan.

Ayuhlah kita ambil pengajaran


Mantapkan iman tingkatkan amalan
Dugaan ditempuh penuh kesabaran
Matlamat kita syurga idaman

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai