Anda di halaman 1dari 2

Keangkuhan Raja Namrud

Assaalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh...Yang saya hormati, barisan


panel hakim, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Hari ini saya akan
menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk Keangkuhan Raja Namrud.

Kawan-kawan....
Dalam sejarah peradaban dunia, Raja Namrud dilabelkan sebagai seorang raja
yang angkuh sehingga sanggup mengaku dirinya sebagai tuhan. Suatu hari ketika
pertemuan Raja Namrud dengan Nabi Ibrahim. Dengan angkuh Raja Namrud
bertanya :

“Wahai Ibrahim, siapakah TuhanMu? Adakah bagimu Tuhan selain aku?”

Nabi Ibrahim tetap yakin menyatakan bahawa Tuhan baginda adalah yang
menghidupkan dan mematikan. Namun , Raja Namrud enggan mengalah dan
menjawab dengan sombong :

“Aku juga boleh membunuh manusia dan membebaskannya juga.


Hahhaahaahahahahha...”

Begitulah Raja Namrud yang sesat dan menyesatkan orang lain. 

Kawan-kawan yang disayangi sekalian,

Pada suatu masa ketika rakyat di Kota Babylon asyik berpesta. Nabi Ibrahim
mengambil kesempatan untuk memusnahkan berhala-berhala sembahan
kaumnya dan meninggalkan berhala yang paling besar.

Namrud marah pada pemuda


Yang menghancurkan tuhan berhala
Ibrahim ditangkap lalu disiksa
Dibakar dalam api yang menyala [Nasyid 1 Muharram]

Nabi Ibrahim tidak takut dengan tindakan kejam Raja Namrud terhadapnya
kerana baginda yakin Allah pasti membantunya.

Kawan-kawan yang budiman,


Keangkuhan Raja Namrud semakin menjadi-jadi sehingga beliau mencabar semula
Nabi Ibrahim seraya berkata :

"Sekiranya Tuhanmu mempunyai Malaikat, maka kirimkanlah mereka supaya


berperang denganku."

Lalu, Nabi Ibrahim memohon bantuan Allah untuk memberi pengajaran kepada
manusia sombong seperti Raja Namrud. Tiba-tiba, tentera Raja Namrud
ketakutan. Ruang angkasa berubah menjadi gelap kerana dipenuhi dengan jutaan
nyamuk.

Jutaan nyamuk menuju ke arah mereka dengan dengungan yang membingitkan.


Tentera Namrud kebingungan. Mereka bertempiaran cuba menyelamatkan diri.
Namun seorang demi seorang rebah menyembah bumi menjadi 'ratahan' nyamuk
yang rakus menghisap darah. Namun Allah menunda kematian Namrud agar dia
dapat menyaksikan sendiri kehancuran tenteranya kerana berani mencabar
Tuhan. Namrud dibiarkan pulang ke mahligainya dalam keadaan penuh terseksa
akibat gigitan nyamuk di seluruh tubuhnya.

Selama tiga hari nyamuk menghurung pekarangan mahligai Namrud.


Bagaimanapun selama tempoh itu ,dia tetap enggan bertaubat. Lantas serangga
kecil itu menyelinap masuk ke lubang hidung serta seluruh rongga raja yang
angkuh itu. Dia menggelupur dan menjerit menanggung kesakitan yang amat
sangat. Beberapa ketika kemudian Namrud menemui ajalnya.

Ya Kawan-kawan,

Kisah Namrud perlu dijadikan pedoman bagi seluruh umat Islam kerana ia
menceritakan pembalasan Allah terhadap manusia yang ingkar dengan ajaran
Allah. Ingatlah, setiap perbuatan jahat kita akan mendapat balasan yang setimpal
daripada Allah.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai